.. mencari si dia yang soleh ..
Hukum Taranum Al-Quran
TILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.
Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.
Melagukan al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.
Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.
Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.”
Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang daripada mendengarnya.
Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:
“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”
Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.
Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.
Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)
“Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar,” katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:
“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768).
“Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.
“Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.
“Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.
“Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah,” katanya.
Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.
“Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum,” katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadis bermaksud: “Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.”
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.
“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
“Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan al-Quran,” katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi), lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
“Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.
“Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
“Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi,” katanya.
Cuma, katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan musyafahah (belajar secara langsung dan menghadap guru).
“Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran al-Quran,” katanya.
Dipetik Daripada Harian Metro, 1 Ogos, 2007
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on August 1, 2007 at 8:53 am, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
assalamualaikum…
akademi al-quran (aq) kat tv9….dr situ sy mula mengenali jenis lagu dalam bacaan al quran yg disampaikan oleh para qari dan qariah….mmg merdu dan sangat meyentuh hati ketika mendengarnya….
about 4 years ago
a’ah, elok juga ada AQ sebab dah terlalu banyak program hiburan realiti.tapi biasalah, kalau dah yang baik tu kurang jer sambutan….tak macam AF!
about 4 years ago
hmm…saya nak tanya , apa yg anda rasa jika anda melagukan sesuatu ayat dalam al-Quran yang maksudnya anda tidak ketahui? kadang2 maksud dalam al-Quran bukan semuanya adalah cerita dan nasihat..tetapi kebanyakan nya adalah suruhan dan tegahan. serta doa..secara rasionalnya bacaannya mestilah berunsurkan suruhan dan tegahan atau doa bunyinya…(selalunya ramai yg membaca kuat dan nyaring atau ikut tajwid sahaja dan ianya berlainan dengan maksud sesuatu ayat itu.) bagi yg paham ayat..terasa lain dan tak sama penyampaiannya…
klu tak silap saya , nabi sendiri membaca al_quran dengan perlahan2, satu ayat dengan satu ayat yg lain.berhenti dan sambung semula …rasanya nabi taklah sampai menarik suara tu sampai tinggi sgt..cuma sewaktu berkhutbah sahaja nabi menyampaikan sesuatu amanat dengan suara yg tinggi kerana masa tu mane ade microphone…dan sahabat lain yg sambungkan ape yg nabi kata(mintak tolong carikan hadis ini, saya pernah dengar tp tak ingat)
terus terang saya katakan saya tak berminat dengan majlis tilawah ni…
saya tak rasa ape yg mereka baca ikhlas dan merdu pun..sakit telinga adalah!!
cuma yg berkenan pada saya adalah pada masa tadarus al_quran pada bulan puasa..kita yg tak paham makna pun rasa syahdu dan masuk dalam jiwa..
klulah majlis tilawah ini digunakan utk pikat islam adalah tidak bersesuaian..sbb fitrah manusia mencari ketenangan jiwa bukannya expression…
about 4 years ago
soalan saya…mane lagi penting klu saya boleh/tidak boleh berbahasa arab ‘belajar memahami maksud/tafsir atau tajwid’…
about 4 years ago
ju saran kan if u nak blajaq baca Al-Quran u all leh layari quranexplorer.com…dctu ada mksud skali siap leh dngaq amcm depa bca..tp klau nk mcm2 taranum tu memang xlah bnyk sgt..skureng2 nya kita leh blajaq bca ikut hukum tjwid yg btul n tau mksud..
about 4 years ago
Apakah niat saya dan mereka-meraka yang membaca Al-Quran??Apakah tanda orang yang membaca Al-Quran kerana Allah dan apa pula tanda orang yang membaca Al-Quran kerana selain Allah??Kenapa bila kita solat sunat sorang-sorang kita tak baca macammana kita baca depan orang ramai????
about 4 years ago
satu yg ju pasti sgt bila kita lakukan ikhlas krn Allah prbuatan tu xde kesudahan nya..mksud ju kita sntiasa mngamalkan nya slagi hayat di kandung badan tnpa ada rasa jemu..n bila kita tnggal kan kita rasa ada sesuatu yg kureng dlm hdup ni..mcm nk jugak buat..klau tnggal hati xtenang..
about 4 years ago
Tarannum..ialah satu kaedah melahirkan seni bunyi bacaan al-quran lebih sempurna dan lebih cantik yg. sesuai dengan mukjizat al-quran… Banyak Hadis yg. Sohih menunjukan bahawa Rasullah sendiri mmerintahkan umatnya supaya melagukan al-quran…. Lagu bacaan al quraan itu yg boleh membawa kpd kekhusyukan… yg mempunyai sifat kelembutan sahaja yg boleh mmbawa kepada kekhusyukan spt: lagu Soba, Jiharkah dan Nahwand…. TARTIL iaitu bacaan cantik yg lengkap dan sempurna… ianya dihasilkan dari gabungan as-sout/tajwid dan tarannum yg tersebut…
Alunan Tarannum al-quran tidak sama dgn lagu2 nyayian bahkan tidak sama dgn lagu penglipur lara, syair qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab2 agama lain yg dialunkan seindah bacaan al-quran… kerana taranum al-quran mmpunyai kaedah dan perinsip hukum2 bacaan sesuai dgn kehendak ilmu tajwid al-quraan.
Bagi mendapatkan kemahiran ini tidak ada jalan mudah utk menguasai nya melainkan melalui pengajaran dan pembelajaran secara talqi dan musyafaahah drp guru al-quran yg muktabar… ILMU yg ada kita kongsi Bersama…..
about 4 years ago
saya amat bersetuju dengan man, apelah ertinya dgn bacaan sahaja sedangkan kita sedikit pun tidak memehami ayat2 Allah itu…sedangkan Muhammad sendiri tidak layak untuk melagukan AlQuran…kita ni sapa la kan…alanhkah elok kalau kita baca dan faham ia lebih terkesan kat hati kita…
about 4 years ago
kepada man sy igtkan jgn sekali2 kita ingkar hadis nabi yg mengatakan ‘apabila kamu hendak membaca al-quran bacalah dgn suara yg elok” cuba anda rujuk kembali!!
about 3 years ago
Saya difahamkan Quran itu diturunkan untuk kita baca(dengan tajwid), faham maknaya, menghayati maknaya, diamalkan dalam kehidupan kita ajaranya dan disampaikan kepada orang lain. Tanyalah diri sendiri dimana kita sekarang?. Kalau nak belajar taranum..belajarlah tapi jangan lupa tanggungjawab kita terhadap Al Quraan itu. Bahagilah masa mengikut keadaan masing2. Fakta Yang penting didulukan dan pastikan ada keikhlasan dan tujuan. Sekian pandangan saya yang juga minat taranum, bahasa arab dan tafsir.Kak Nor.
about 3 years ago
tajwid baik, taranum pun baik buat apa nak digaduhkan,dahulu di dahulukan, ada masa tambahkan ilmu
about 3 years ago
Baca,alquran dng hukum tajwid yg betul dng berbgai taranum.Insyaalah membuat hati yg mati..Kembali bergetar dan ingat akan kebesaran Allah..
about 3 years ago
al-Quran panduan hidup…bacalah selalu sbgai umat islam supaya slamat hidup di dunia akhirat..amin..
about 2 years ago
al-quran itu kalamullah,
byk ilmu ttg quran ni, spt yg d bicarakan tajwid dan tarannum.
kedua2nya adalah tuntutan dalam islam(berdasarkan hadis Rasulullah. so, kpd sedara2, jgnlah bergaduh @ berhujjah mngenai tuntutan tersebut. kerana harus di ingat samada sedara suka @ tak suka, lebih baik diam. “jangan ingkar” jika ada nas dr hadis nabi @ ayat quran. kerana jika kita ingkar perkara sunat, KUFUR hukumnya. tetapi jika kita ingkar perkara yang wajib, KAFIR hukumnya. begitulah dalam mana2 bab hukum pun.
pandangan saya, jika sedara minat, teruskan mendalami ilmu tersebut. jika tak minat, janganlah ingkar. lebih baik diam. wassalam.
about 2 years ago
saya dah baca banyak komen kat atas dan saya rasa terpanggil untuk memberi pndapat. Saya bersetuju dengan cikgu din, jika kita minat teruskan, kalau xminat, xpayah nak ingkar atau nak kutuk. smua org ada pndapat peribadi. Mmg benar apa gunanya ada ilmu tarannum jika kita tidak mampu memahami makna seperti yang diujarkan di atas, tetapi saya teringat satu hadis Nabi S.A.W. (betulkan saya jika ada kekhilafan di sini), “Bacalah Al-Quran, (sama ada memahami atau tidak memahami). Tertarik saya untuk berkongsi satu cerita.
Dalam sebuah kampung, ada seorang cucu dan datuknya tinggal bersama. Cucunya mndengar setiap hari datuknya mmbaca sebuah buku dengan khusyuk. Suatu hari ketika datuknya pergi ke kebun, dia turut serta. Selepas selesai melakukan kerja, datuknya mmbawa bakul yg kotor bersamanya dan berehat di bawah sepohon pokok di tepi sungai. Cucunya mula bertanya :
“Datuk apa yang datuk baca setiap hari tu? Saya tak faham pun apa yang datuk baca”
Datuk : Al-Quran. Kamu tak faham sebab Al-Quran itu dalam bahasa Arab.
Cucu : Datuk faham ke?
Datuknya menggeleng sambil tersenyum.
Cucu : Habis kalau datuk tak faham, buat apa datuk baca Al-Quran tu? Apa yang datuk dapat?
Datuknya tersenyum kemudian meminta cucunya mengambil bakulnya yang kotor itu tadi dan membilasnya di dalam sungai. Menurut kata-kata, cucunya membawa bakul itu dan membilas, kemudian kembali kepada datuknya. Beberapa kali datuknya meminta cucunya berbuat demikian membuatkan cucunya terpinga-pinga akan permintaan datuknya itu namun dia hanya menurut. Akhirnya pada kali kelima, dia bertanya kembali soalannya tadi : Datuk belum menjawab soalan saya.
Datuknya tersenyum kemudian berkata : Cuba kamu lihat bakul tu.
Cucunya menurut dan terkejut. Bakul yang tadinya kotor telah menjadi amat bersih.
Datuknya berkata, “Kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan tadi, tetapi setelah melakukannya berulang kali, bakul itu menjadi bersih. Demikian jugalah Al-Quran. Kamu mungkin tidak memahami maknanya, tetapi dengan membacanya, hati kamu akan menjadi bersih, seperti bersihnya bakul itu sekarang. Nabi bersabda, “Bacalah kamu akan Al-Quran, samada dalam memahami ataupun tidak”.
Sahabat di atas ada mengatakan sedangkan Muhammad tidak layak melagukan Al-Quran, saya persoalkan. Nabi S.A.W. mungkin tidak pernah melagukan tetapi Nabi S.A.W. tidak melarang. Dalam satu hadis ada mengatakan, “Satu saat di mana Allah tidak melepaskan pandangan daripada seorang hambanya adalah ketika dia melunakkan suara ketika membaca Al-Quran” dan juga ada satu hadis mengatakan, “Allah itu cantik dan suka akan kecantikan”. Juga dalam sebuah hadis, nabi pernah meminta Abu Musa untuk mengalunkan Al-Quran. Kemudian baginda S.A.W. tersenyum lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan aku seruling Nabi Daud”.
Mohon maaaf saudara Man, saya tidak bersetuju dengan pndapat anda mengenai keikhlasan kerana ikhlas bukan kita yang ukur. Melontarkan pendapat mengatakan mereka tidak ikhlas lebih berunsur umpatan daripada pendapat. Mohon maaf atas kelancangan bahasa, saya juga insan yang mohon diberi petunjuk oleh Allah S.A.W.
Wallahualam…
about 2 years ago
pun begitu, adalah lebih bermakna untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Paling utama, betulkan tajwid. Memahami bacaan bersama tarannum sebenarnya satu keharusan kerana setiap lagu tarannum membayangkan emosi berbeza. Sebagai contoh, jika kita membaca ayat mengenai kemurkaan dan amaran Allah, selalunya kita menekankan dengan mengeraskan suara dan selalunya ayat sebegini, sebagai contoh kemurkaan Allah banyak terisi dalam surah at-Taubah, selalunya tarannum Hijaz menjadi pilihan bacaan. Utk menunjukkan ekspresi keinsafan dan ketakutan, selalunya, tarannum beralun dan perlahan seperti Soba digunakan. pun begitu saya xpunya banyak ilmu dalam bidang ini. Jika ada kesilapan, mohon betulkan.
Wallahualam…
about 2 years ago
salam ramadan semua;
al-quran mukjizat, salah satu mukjizatnya ialah alquran boleh dilagukan. tak sama mcm buku-buku yang kita baca.
nak lagukannya, ada cara dan kaedahnya. seeloknya belajar untuk memahami cara dan kaedahnya tersebut.
al-quran samada faham atau tak faham maknanya, maka kena baca, kerana baca itu adalah ibadah. apabila ibadah, dapat dua pahala.
pahala pertama; kerana membaca
pahala kedua; kerana bersusah payah dalam menyebutnya.
kalam allah yg first turun surah iqra’ yg bererti suruhan ‘membaca’ untuk memahami makna perlulah belajar. lebih-lebih lagi kita org melayu bukan arab, bahkan arab pun tak faham kerana bahasa al-quran ini bahasa yg fasohah kalam memberi erti sefasih-fasih pertuturan dan dalam maknanya..
maka untuk mengusai kedua-dua ilmu tadi iaitu fasih dan makna perlulah belajar secara berterusan, dan kena ingat al-quran itu adalah ibadah.
setiap ibadah itu ada ganjaran pahalanya, bukan alif, lam, mim itu pahala, tetapi alif itu pahala, lam itu pahala, dan mim itu pahala. mafhum hadis nabi s.a.w.
semoga bermanfaat semua.
about 1 year ago
Assalamualaikum.apa pula hukum wanita bertaranum di khalayak lelaki yang bukan muhrim?tq
about 1 year ago
assalamualaikum w.b.t..
Hakikatnya terdapat byk khilaf ulama tntg hukum suara wanita berkaitan dgn bacaan berlagu atau bertarannum dikhalayak rmi spt musabaqah al-quran dan sbgnya..ada haram,harus dan tidak mengapa..
mmg suara wanita adalah aurat..tetapi tidaklah smpi hukumnya haram bila mengeluarkn suara..klu haram smua wanita2 adalh bisu blaka..
tetapi dlm aspek bertarrannum mengikut pndgan sy sendiri..wanita tidak berapa digalakkan ntk menyertai musabaqah tetapi harus shj..krn takut mnimbulkan fitnah bg lelaki bkn muhrim yg mendengarkn..dan ia xlah dikatakn haram secara mutlaq..ilmu ana hnya sedikit..ini shj dpt dikongsi..wallahu a’lam