.. mencari si dia yang soleh ..
Yang Ini Apa Maksudnya?
Seorang sahabat mengajak saya menyertai SKIM SUMBANGAN (a.k.a. skim piramid berbentuk sumbangan).
“Kita bagi duit kat orang, orang bagi dut kat kita, yang penting niat kena betoi.” Katanya.
“Hang tak kan tak tau teori nabi Muhammad?” Satu soalan yang buat saya tersentak. Bila pula nabi ada teori-teori ni? Semua yang keluar dari mulut nabi adalah kebenaran yang pasti jadi. Semua berdasar petunjuk wahyu. Bukan macam teori ekonomi yang kadang-kadang tidak berlaku mengikut prinsip teori.
“Macam mana tu?” saya tanya dia.
“Ada dalam buku motivasi aku dok baca.” Dia kemudiannya menjelaskan apa yang dia ingat.![]()
Saya pun dengan penuh rasa ingin tahu pergilah dapatkan buku tu. Rupanya buku yang selalu tersusun di rak-rak kedai buku tapi tak terlintas nak pegang.
Antara kandungan yang mengelirukan saya, penulis seolah-olah menggambarkan bahawa Rasulullah telah “mencipta lafaz niat solat”. Rasulullah tak pernah mencipta niat solat. Kalimah yang selalu kita sebut “Ussalli solatan… etc etc” tidak berasal daripada nabi. Semua ulama bersetuju bahawa nabi tidak memulakan solat melainkan dengan lafaz “Allahu-Akhbar”. Ini adalah berdasarkan hadith Riwayat Imam Muslim.[1]
Ia adalah bid’ah. Nabi tidak mengucapkan apa-apa sebelum bertakbir. Hanyasanya yang menjadi pertikaian sama ada ia termasuk bid’ah hassanah atau bid’ah dhalalah. Namun, menurut Sheikh Muhammad Nasirudin Al-Albani di dalam Sifat Solat Rasulullah, semua perkara bid’ah dalam ibadah adalah kesesatan.
Penulis juga menyatakan, nabi Muhammad telah mencipta teori ini sejak 1400 tahun dahulu.
Pertama, jika beliau bermaksud menceritakan tentang hadith “semua perbuatan bermula dengan niat,” beliau mungkin tidak menyelidik asal usul hadith tersebut.
Di dalam Kitab Riyadhus Salihin, hadith ini di bahagian mula-mula. Imam Nawawi menceritakan bahawa Rasulullah berkata demikian ketika beliau mengetahui ada seorang sahabat berhijrah kerana ingin berkahwin dengan seorang awek cun.[2]
Rasulullah bersabda, “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.” Mana yang teorinya?
Kedua, dan jika penulis bermaksud menceritakan tentang lafaz niat dalam solat apabila berkata demikian, beliau sedang mempromosikan satu bid’ah yang tidak berasal dari nabi. Ini kes berat. Rosnah Mat Aris pun boleh kena gam sebab satu ayat yang tidak sengaja.
Menurut Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka.” [3]
Wallahu’alam.
Tak tahu lah, mungkin saya sendiri yang keliru membaca bahagian tu.. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan.
Terima kasih.
.
.
p/s : Tiada buku motivasi yang lebih baik selain daripada Al-Quran.
.
Nota kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim : 2
[2] Riyadhus Shalihin (terjemahan M Abdai Rathomy), Al-Imam An-Nawawi, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapore, 1994; Jilid 1, ms 60.
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim : 588
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 25, 2007 at 9:28 am, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
alahai sheikh ……. Small matter sja perkara ni, untuk orang yang mempunyai pengetahuan agama yang baik. Tahu membezakan benar dan batil. Big matter kepada orang yang asing dengan agama, mereka nanti ingat lafaz niat adalah sunnah nabi. Apabila dirujuk semula dengan penerbit atau penulis. Aku confirm dorang akan buat perkara ni jadi small matter. Tambah-tambah tauke besar penerbitannya yang terkenal hebat dengan “kreativiti” dan “kritik” tu, sudah tentu akan mengeluarkan hujah-hujah yang kreatif menutup perkara ni. Abaikan saja sheikh, you are dealing with the big fish. Tentang dengan hati udah lerrr, walaupun “wa hua ‘adaful iman”.
Mana cerpen kau sheikh? hari ini hari rabu?
about 4 years ago
ehmmm…kita kena ingat.nabi menerima segala tunjuk ajar direct dari Allah. bukan macam kita hari ini, walaupun ambil PHD dalam bidang agama, tapi kena ke unuversiti, buat tesis dibawah seliaan pensyarah…
jadi, soalnya sekarang yang mana hebat? tentulah Rasulullah kerana baginda terima tarbiah direct dari Allah…