.. mencari si dia yang soleh ..
Teknik Mengenal Pasti Calon Yang Beragama ..
Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?
Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.
Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”
Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.
Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.
Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.
Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.
Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2]
Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.
Wallahu’alam.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] Ihya Ulumuddin, Al-Imam Al-Ghazali; Di dalam Kitab Ilmu, Bab Mengenai Ilmu Terpuji dan Tercela …
[2] Koleksi kitab-kitab Ihya Ulumuddin mengandungi hadith-hadith daif, palsu serta riwayat yang kadang-kadang tidak bersumber. Justeru, para ulama telah meringkaskan dan menapis maklumat tersebut lalu dijadikan kitab ringkasan seperti Bimbingan Mukminin.
..
..
..
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 22, 2007 at 4:03 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Insyaallah akan ketemu insan yang berakhlak dan memiliki fardhu ain yang baik..
AMin..
about 4 years ago
Amat bernas artikel nie….
about 4 years ago
SY MEMANG SOKONG 100%
about 4 years ago
YE LA MUDAH2HAN SMUA ORANG DAPAT JODOH Y BAIK_2 AMIN………..
CAMNE PUN “punk not dead k”
about 4 years ago
Kurang ilmu boleh diajar, tapi kalau kurang akhlak dan tak mau pula dididik…macamana ya?
about 4 years ago
insyaallah..
about 4 years ago
punk punk jugak…ingat akhirat 2…dekat sana besok.RENUNGKANLAH>>
about 4 years ago
Itu EGO namanya…. susah la klu dpt org mcm ni…. tak boleh nak beri teguran sket… isskk…. rasa diri dia aje yg betul… masalah!
about 4 years ago
Akum..
Artikel ni boleh dijadikan sumber inspirasi dan boleh di ikuti.. Insyaallah..
about 4 years ago
assalamualaikum;
buat semua insan2 yang akan memasuki alam rumahtangga pastikan anda menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dengan sebaik mungkin.insyaallah rumahtangga akan tenang dan bahagia sepertimana hadias rasulallah pilihlah yang beragama nescaya engkau akan bahagia.sama2lah kita berusaha mencari ilmu agama dengan sebanyak mungkin.
about 4 years ago
Arrange marriage je la gamaknye…
about 4 years ago
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, vice versa.justeru, kalau inginkan calon suami/isteri yang baik, kita sendiri pun mesti kena baik..mesti berusaha untuk tambah ilmu akhirat..sentiasa muhasabah diri..etc.insyaallah semoga Allah temukan dengan orang yang baik².amin..
about 4 years ago
alahai markonah ….. siapa yang cakap lelaki baik confirm dapat perempuan baik? tuhan ada cakap? cuba check semula maksud ayat quran tu ……. jangan main taram tafsir ikut selera nafsu……..dose.
about 4 years ago
aduhai saudara samarluki yang bijaksana.kiranya saudara penuh ilmu di dada, why not dikongsi bersama dan bukannya “pooh-poohed ” statement orang yang jahil seperti saya.
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
so..saudara samarluki..could u pls tafsirkan ayat tersebut supaya orang jahil seperti saya > memahami dan tidak tersesat jalan.
about 4 years ago
Salam En. Samarluki…
I wonder if u think u know what’s the TRUE meaning of good man will end up with good woman, (In Quran) then by all means please write it down here…. thank u in advance and appreciate it very much.
about 4 years ago
Angel..
it seemed that he knows everything.we’ll see what he’s going to say about this.i can’t wait!!
about 4 years ago
Salam semua,
Cuba baca penuh tafsiran & intipati kesemua surah An-Nur tu….. Tafsiran ayat Al-Quran ada 7 lapisan ye. Jgn main ceduk setengah-setengah je…. Bahaya tu!
about 4 years ago
Salam semua,
Cuba baca penuh & kaji intipati surah An-Nur tu. Intipati didalam Al-Quran ade 7 lapisan ye, tersurat dan tersirat. Jangan main ceduk setengah-setengah je…. Bahaya tu!
Sebab tu Al-Quran turun secara berperingkat…. supaya manusia boleh terima dan faham. Disertakan complete dengan DIY manual (Do it yourself) yang termaktub seperti Al-hadith, Sirah, Hukum Syariah, Hukum Akal, dan serta tatasusila masyarakat semasa (yg tidak bercanggah dengan islam). Sebab tu, Islam itu complete, sebagai Way of Life. Dimana jua, didalam dunia ini termasuk diangkasa lepas.
about 4 years ago
AbgAL..
sebab tu sy minta beri penjelasan lanjut.kalau banyak ilmu..apa salahnya berkongsi di sini.tak rugi sikit pun kan?
about 4 years ago
alahai sayangku markonah …. Apabila engkau berkata “it seemed that he knows everything.we’ll see what he’s going to say about this.i can’t wait!!” seolah-olah engkau mengajakku berdebat ayat-ayat Allah. Berani sungguh engkau, takut sungguh aku.
Sayangku, jika engkau menyelak semua tafsir nescaya engkau akan dapati ayat tersebut bukanlah janji tuhan yang membawa maksud, seorang wanita baik akan “confirm diberi” lelaki baik. Sebaliknya ia menyatakan seorang wanita baik selalunya “mencari dan memilih” seorang lelaki yang baik. Mencari jenis yang sama.
Sayangku, ayat itu adalah ayat membebaskan Aisyah dari fitnah zina. Apabila engkau paste ayat tu, pastelah sampai habis. Jangan ambil yang bahagian atas sahaja.
Sayangku markonah, tidakkah engkau pernah berjumpa dengan para isteri yang baik tetapi para suami yang sebaliknya? Adakah itu bermaksud tuhan tidak menunaikan janjiNya atau kita yang pandai-pandai menafsir ayatNya tanpa pengetahuan yang sah, lalu menyalahkan tuhan apabila ditimpa masalah rumahtangga.
about 4 years ago
see..cepat sungguh encik samarluki melatah!!saya tak pernah meragui apa yang ada dalam al-quran cuma mungkin sebab cetek ilmu yang membuatkan orang yang cerdik pandai macam encik samarluki telah tersalah membuat andaian.
ada ker saya kata CONFIRM perempuan baik for sure akan dapat lelaki baik?tak ada kan?saya cuma cakap..INSYAALLAH Allah akan temukan kita dengan orang baik².kalau berlaku perkara sebaliknya..perempuan/lelaki baik bertemu dengan pasangan yang tak baik seperti jodoh antara Asiah dan Firaun, semuanya adalah ujian tuhan.mcm saya jugak ler..kalau ditakdirkan bertemu dengan pasangan yang tak baik..takkan saya nak salahkan takdir ilahi?hanya Allah jua yang mengetahu kebaikan akan sesuatu kejadian.saya redha!
————
i’m not here to bash anybody and i’m not hostile.maybe sarcastic but not hostile.no offence!!peace!
about 4 years ago
Nampak gaya nyer ramai pula yg berlumba-lumba nak tunjukkan kehebatan berdebat mengenai keagamaan ni yea… bebaik bro… debat jgn sampai riak… afraid people will feel offended or misunderstood 4 ur good intention!
Apa pun, saya hanyalah insan yg masih byk kelemahan dan masih perlu belajar serta perjalanan hidup masih jauhhhh nunnn di sanaaaaa…..
Mohon maaf jika selama memberi pandangan, pendapat serta berkongsi pengalaman ini ada membuat saudara & saudari serta tuan-tuan & puan-puan kecil hati dan merasa kurang puas hati… harap maafkan saya.
about 4 years ago
Salam Cik Markonah,
Apa yg Bro. Samaluki kata tu betuul…… Itu laah sebab, ayat-ayat Tuhan nie, saya tak berani berdebat…. takut2, kita yang hamba disisiNya….. tersilap tafsir. Berilah kepada yang ‘Ahlinya’ untuk berbicara.
Cuma bila nak berbicara hak Allah nie….. Akal guna dulu, baru mulut keluar ayat. Jgn disebaliknya, hanya sebab kita belajar, tahu,hafal, faham…… Menghayati dan akur kepadaNya adalah perkara yang amat berlainan. Klau cam tu, saya pegi ngaji di Al-Azhar, bila balik je confirm saya akan jadi org yg alim, warak lg tawaduk laa. Tak tentu lagi….. sebab itu adalah hak Tuhan, kita cuma berusaha…. Itu pun klau Tuhan nak beri peluang, nak ke Jannah.
Aruah guru saya pernah berpesan, “Kenal lah diri kamu rata-rata, sebelum kamu kenal Tuhan”.
about 4 years ago
alahai markonah … usahlah memutar belit fakta kerana ingin menutup kesilapan. Jika bukan itu yang dimaksudkan sudah tentu dikau tidak akan mengemukakan ayat-ayat Al-Quran.
about 4 years ago
astaghfirullah…terpulanglah wahai encik samarluki.only god knows what i mean.enuf is enuf.cukup sampai sini.saya mengaku saya silap tapi saya tak bermaksud nak mempertikaikan ayat Allah.hanya orang² seperti encik samarluki yang salah membuat tafsiran ttg org yang macam saya.i dun mind what do u want to say about me.i know myself better than others, and Allah knows me better than I know.
sekian, wassalam.
about 4 years ago
Baik lah Tok Guru samarluki…. hehe….

Nak belajar ilmu agama ni kena cari Tok Guru ek? Mcm bapak saya la… saya risau kalau-kalau Tok Guru itu mengajar ajaran sesat… pula pelajarnya seorang yg fanatik tentang agama…. saya mcm biasa je.. belajar dgn Ustaz je laaa…. Segan nak blajar dgn Tok Guru yg byk ilmu ni…
Maaf ye Tok Guru sekalian……..
about 4 years ago
cik markonah & cik fallen angel janganlah merajuk & berkecil hati dengan org lelaki yg sebegitu dah memang perangai lelaki ni memang nak menang aje tak kira apa jua.sebab tu sy ckp kawin ni menyusahkan (nak-nak dpt mcm samarluki/abg al) asyik diorang aje nak menang….kita ckp lain dia dengar lain,pastu taknak dengar penjelasan org…kalau diaorg bt salah lak pandai aje nak tutup…
about 4 years ago
Puan Kelapa Tajam,
Susah gak ek org yg byk ilmu agama ni asyik dia nak menang abistu hati kita ni dok mcm mana??? takut gak klu jumpe org mcm ni, klu tak kena cara mahu kita ni asyik dok ‘Yes Sir’, ‘Yes Sir’ ajeeee merana body mcm nih! tak boleh nak kongsi dan berdebat secara sihat sket, mau naik sora takpun tak pasai tapak tgn yg sebesar tudung saji tu singgah ke muka ku ini… adoi! tak sanggup! kita klu boleh nak dia faham keadaan kita yg jahil ilmu ni kena laaa byk2 kan saborr.. klu tak saborr mcm mana?? hehe… takut arrr…!! hrrmm….
Penah gak terkena tasbih abah sbb tak boleh nak jawab soalan pasal keagamaan! ingat sampai skrg ni…. fanatik dulu dgn skrg dah lain dah bapak aku tu… isk isk iskkk…. risau!
about 4 years ago
kita ni org pompuan kenalah bantu membantu sesama kita.tak dpt bantu wang ringgit sokongan moral pun jadilah…..
about 4 years ago
asslamualaikum…
ehmm…topik yang menarik! kdg2 mmg sukar nak buat pilihan. kadang2 nampak warak, tapi sifat seperti takbur, sombong, iri hati masih bersarang dalam hati. padahal, diantara tujuan Rasul diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak…
memang sukar nak bezakan permata dan kaca..
about 4 years ago
aku setuju tp manusia ni biasalah nak yg lawa aje kadang-kadang tau tak berapa elok tp nak juga yg itu…. tepuk dada tanya selera….
about 4 years ago
sama2 la berdoa mg2 dpt yg baik….yg penting kte tahu dimana kte berada dan tdk cpt melatah.
about 4 years ago
assalamualaikum semua..salam perkenalan…
about 4 years ago
haii..
about 4 years ago
iye betul.
about 4 years ago
gunakan la panduan itu dengan sebaik-baiknya..(~_~)
about 4 years ago
Sifat ikhlas itu hanya Allah yang boleh menilai..namun terdapat tanda2 yang boleh kita perhatikan samada seseorang itu ikhlas atau tidak..
Seorang yang ikhlas..
Takut akan kemasyhuran kerana kelebihan yang dimiliki.
Beliau lebih menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara dan tidak terus menuding jari kepada orang lain.
Selesa menjalankan kerja secara senyap..iaitu spt menderma tetapi tidak mahu orang tahu.
Tidak mengharapkan pujian
Tidak bakhil untuk memberikan pujian terhadap orang lain.
Mementingkan keredhaan Allah lebih utama.
Tidak kisah buat pekerjaan orang lain yang bukan termasuk dalam bidang tugasnya.
TETAPI seorang yang TIDAK IKHLAS suka menjadi terkenal..dan mendapat pujian..
petikan motivasi di tv..
about 4 years ago
Salam..memang sukar untuk mengenalpasti calon yang beragama…tetapi secara realitinya orang-orang beriman itu akan terpancar dari tutur bicara, perlakuan, gerak geri dan pandangan mereka..Walaupun tidak memiliki rupa paras yang cantik, namun terpancar kemanisan dan seri pada wajahnya, tutur bicaranya penuh makna walaupun ketika bergurau, tanda keilmuan yang dimilikinya…gerak gerinya penuh kesopanan lambang ketinggian budi pekerti…subhanallah…beruntunglah barangsiapa yang mampu mujahadah untuk memiliki ciri-ciri tersebut…dan beruntunglah juga barangsiapa yang memiliki pasangan sedemikian…A-meen
about 4 years ago
sya stuju dgn sweet n siti tu..bg sya ikhlas tu bukan takat tu je..bnyk lg petandanya antranya dpt trima baik buruk yg y dtntukan pdanya,cpt sejuk/mngalah dlm hal2 yg xmembawa manfaat,dan yg sya pasti sgt2..hal2 yg di lakukan dgn niat yg IKHLAS xkira dri segi prbuatan or perhubungan pasti ianya tiada smpadan dan berpanjangan..percaya la wahai teman2 yg ku..xde kira mngira..itula IKHLAS yg sebenar2nya..
kkdg hati ni trkilan kita slalu ikhlas tp org slalu ambik kesempatan sakit kan hati kita..hmm..
bg insan yg beragama lak mudah nk kenal..tp bukan sesaat..mybe mkan masa gak..lama kelamaan sikap yg sebenar akan terkeluar gak klau dia tipu kita wat2 alim..percaya la teman2 ku..Tuhan tu maha adil..slalu la mohon perlindungan pdNYA n ingat kat DIA sntiasa..jgn asyik ingat boyfren jer..pasti Tuhan melindungi kamu..yg pnting wat soal silidik n siasat dulu..
about 4 years ago
Pendapat anda semua bukan salah, tapi dalam hidup ni bukan apa yg kita fikir tapi apa yg kita faham. Kadang2 hati bermaksud lain, tafsir dilidah menjadi lain dan penerimaan org yg mendengar juga lain. Dalam soal jodoh saya mencari yang tulen dari Allah S.W.T. Tak perlu takut apa2 walau jodoh itu tak kunjung datang. Kerana Allah lebih mengetahui. Tentulah kena berusaha, doa jangan putus dan selalu bersangka baik sesama insan. Orang lain juga seperti kita, mencari yang paling terbaik untuk diri masing2, maka kenelah renung diri untuk sentiasa sedar akan diri sendiri.
about 4 years ago
Assalamualaikum…
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahan perihal jodoh dengan kawan2 semua.
PETANDA SI DIA JODOH KAMU
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti
memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Hanya dengan menatap mata
atau mendengar suaranya, kita akan merasakan
getaran dan seolah ingin terus bersamanya.
Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar
seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh
kita atau bukan? sila read more..
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagiaan kamu…
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya…
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau
begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!
Adakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu
temui padanya?
Insya Allah, kalau sudah jodoh tidak ke mana…
about 4 years ago
Assalamualaikum…
Apa pendapat korang tentang perempuan pinang lelaki? Adakah ianya boleh diterima dengan positif oleh masyarakat kita sekarang ni atau ianya dikatakan melanggar adat?
Jika kita lihat secara realistik, kebiasaan lelaki yang meminang seorang perempuan, jika pinangannya ditolak adalah perkara biasa dan boleh diterima. Tapi jika perempuan meminang seorang lelaki dan ditolak, ianya perkara yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah perempuan tersebut dengan amat hebat. Ini pendapat saya secara umum sahaja.
Dari sudut agama, tiada salahnya kan. Contoh terbaik seperti Siti Khadijah sendiri yang meminang Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, kenapa ianya kurang dipraktikkan sekarang oleh masyarakat kita. Jika dilihat pada akhir zaman ini, lelaki semakin berkurangan dan wanita pula semakin ramai. Rasanya kalau perempuan tunggu untuk dipinang, alamatnya ramai yg jadi andartu. Poligami adalah salah satu pilihan tapi berapa orang yang sanggup.
Ok lah, sahabat2 sekalian. Harap ada respon positif dari anda.
about 4 years ago
salam untuk semua (jugak Salam Ramadhan).
)
Hmm.. this is the 1st time i login to MyJodoh after the last time was 3rdJanuary07.
Byk topic yg saya dah baca, tapi topic ni jugak yg buat saya terpaut hati..
Nota yg ditinggalkan oleh Miss Little Angel
(8signs shows that he’s the one for you).
Bila baca Point 1, saya ok jer.. Point 2.. relax…
Sampai ke point yg last.. ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat lelaki saya. semua 8signs tuh kami dah pernah alami bersama.
Susah senang, suka duka mmg kami dah pernah tempuhi sama2..
bohong la kalau kata di awal perkenalan dulu,
saya tak terasa cam he’s “the one” for me…
(the best part: dia tak penah/TAKKAN tahu saya pernah ada crash on him
Perasaan suka dalam diam tuh hanya bertahan sementara sahaja…
sebab dia (ok la kita panggil dia Aril..) minat ngan 1 of my female friend, Miss A.
overall, saya restui dalam diam (aku nih sume dalam diam jer kan?!!)
Pd mulanya, Miss A nih macam payah plak nak terima Aril, sebab dia terasa yg Aril bukan la ciri2 yg dia nak pada bakal suaminya…
tapi now, mereka dah pon selamat berkawan secara serius.. Miss A pon dah mula terima baik-buruk si Aril nih.. tuh pon lepas almost 10bulan! amek ko~! and now bakal berakhir ngan sebuah ikatan perkahwinan (next year nyer story plak..)
Tapi bila dah berkasih nih, Aril kata dia dapat rasakan: berkawan baik ngan saya lagi baik.. sebab katanya:
“berkawan ngan ko berikan aku 1 perspektif yg jauh berbeza bila aku bercinta”
Sebab sebagai teman baik, dia bebas lakukan apa saja depan saya, means dia tak perlu la nak sopan2/bebas bicara apa saja/bincang ttg rencana masa depan dia dalam bidang unit amanah syariah yg kami ceburi sama2 nih/ttg kereta impian dia, ttg family… pendek kata : SEMUA. Miss A pon tak tau banyak perkara ttg dia..
Kekadang ade gak bgtau dia, “Bang, apa yg ko fikirkan nih tak berapa betol gak, aku kawan, dia future wife ko, mana bleh ko berat sebelah..”
Aril kata: “tak kira.. yg pentingnya kita kawan baik. ingat, ko teman terbaik aku, ko akan jadi kawan baik aku dunia akhirat.”
Ya Allah, masa dia bgtau saya ayat tuh, saya terasa syukur sgt dikurniakan sahabat yg begitu menghargai sahabatnya. terasa gak nasib baik la kami tak jadi lebih dari kawan..
Bila lihat history back then, saya ada few male friend yg amat2 baik ngan saya,
masa berkawan mmg kamcing (tapi tetap ada batasannya). sampailah datang seru mereka akan mula berGF atau bakal berkahwin, mereka2 nih akan termenung jap, 1- mstila sbb lepas nih kami dah tak boleh nak huhahuha cam dulu.. sebab nak p mana, ngan sapa : kena anto daily report.
so saya amek jalan mudah, keep a distance away from them. sayang as kawan2 tuh mmg ada, tapi i always put my place at their Gf’s shoes..
“aku suka ker klau BF/Suami aku ade kawan baik perempuan..”
fikir singkat, ok jela kalau mereka nak berkawan,
tapi bila fikir dalam2, mmg sapa pompuan pon tak mau.. termasuk la saya..
so selalunya kawan lelaki yg kamcing ngan saya akan lost contact ngan saya once they all dah involved ngan serious relationship/marriage. sayang mmg sayang, tapi nak buat ner kan.. terpaksalah..
sorang kawan baik saya penah buat kad kahwin bergambar hanya kerana nak tunjukkan pada saya pic wife dia (dia inilah yg paling payah nak putus, sampai cakap : alah, bini, bini, kawan tetap kawan aper… saya cakap, tak boleh, so menjelang dia menanti kelahiran anak sulung tahun lepas, kami pon dah makin saling lost contact, moga dia bahagia.. ).
kadang2 saya terfikir, saya nih layak untuk jadi kawan baik kepada lelaki, tapi bukan isteri atau umi yg baik terhadap keluarganya. saya jenis spoiler (suka pamper kan kanak2…, meaning to say,saya dapat imagine kalau saya ada my own kids 1 day, apa yg anak2 nak, saya bagi, susah camner pon, saya akan cari jalan penuhi kehendak mereka, kalau ayah marah, umi akan marah ayah balik sebab marah anak2 umi..alalala..larat ker? )..
buktinya? saya dah buat ujikaji pon… pada anak buah tunggal (sementara jek) and pada my anak2 angkat (i’m weekend parent to my 3 friend’s kids..)
hasilnya takat nih: hampeh~! mmg spoiled 110%~!
camner ekk.. kena laa pelan2 ubah.. sifat tak boleh ubah, tap sikap boleh berubah.
** so saya nak anda pon share opinion: boleh terima ker? bestfriend spouse or GF/BF kita berlainan jantina..?
** ttg issue “perempuan pinang lelaki”, walaupun saya tak pernah lihat secara personal lagi, saya tetap sokong “perempuan pinang lelaki”, yg jadi later issue maybe ada fikiran saya: si family lelaki cam malu ker, atau lelaki tuh sendiri yg malu, sebab perkara nih melibatkan ego/masyarakat. tanpa masyarakat pon kita tak boleh hidup rite.. tapi as time passing by, benda2 nih org akan lupa… biasalah, satu2 issue hangat2 pon setahun 2 jer, pastuh org dah tak amik port.
maybe ini coretan/bebelan/nukilan saya yg 1st and the last. sebenarnya saya lagi suka membaca tulisan dari tulisan sendiri dibaca anda semua
salam
azlyna
about 4 years ago
Saya rasa terpanggil pulak nak berkongsi pendapat dengan cik little angel. Biarpun cadangan anda tu rasanya baik juga tetapi dalam zaman ini masyarakat belum dapat menerima perempuan pinang lelaki. walau saya sendiri pun fikir janggal juga kalau benar2 terjadi.
Ketika Siti Khatijah merasa sangat senang dengan pribadi Rasullullah S.A.W beliau telah menyatakan perasaan nya kepada org tengah. yang kemudian menyampaikan pula kepada Rasullullah. Apabila telah saling bersetuju bapa saudara Rasullullah sendiri yang kemudian datang meminang Siti Khatijah.
Jadi sebenarnya konsep tersebut memang betul. Sebagai perempuan kita boleh memilih dengan siapa kita ingin berkahwin dan boleh menyatakan dengan cara yang bersopan. Kerana itu kita memerlukan org tengah utk menyampaikan hasrat hati kita. Saya rasa kalau kita telah temui seorang lelaki yg menyenangkan pribadinya tentu tak salah kalau kita menyatakan hasrat untuk mendekatinya, dengan cara yang dihalalkan oleh syarak. Walauapapun jodoh itu ditangan Tuhan. dan kita harus berusaha dengan kemampuan kita asal tidak melanggar hukum hakam agama dan hidup bermasyarakat.
Kalau terkejar2 sangat pun jika tidak diizin Tuhan tetap juga kita tak dapat.
Salam.
CT
about 4 years ago
Assalamualaikum…
Pertama skali, saye amat berterima kasih kpd kwn2 yg sudi berkongsi pendpt dan pengalaman dengan saye di blog ni. Smmgnye ini la yg dhrpkan. Saling bertukar2 idea yg boleh mmbantu sesame kite.
Saye tertarik dgn pengalaman Miss Azlyna ttg menjdi bestfriend kpd kaum lelaki.. ye la..lain org lain pengalaman hdp. kisah saye pulak lain. Selame ni, saye xpernah bercinta, xtau mcm mane rasenye menyintai & dicintai.
kwn lelaki pun xrmai sgt. pernah saye trfikir ade bnda yg xkena ke dgn dri saye hinggakan lelaki takut nak dkt. nak kate saye sombong, tidak, saye peramah jgk orgnye. selidik punye selidik, ade lelaki yg nak kenal saye, teragak2 sb ade somebody yg dgki tlh menceritakan pelbagai tanggapan buruk ttg saye. dan somebody tu adalah salah sorg kwn pompuan saye yg pernah jd bestfriend saye.. mula2 tak percye tp saye dpt tau dr salah sorg yg dipercayai tlh dgr perckpn kwn saye tu dgn lelaki terbabit. bile saye bersemuka dgnnye, die buat xfhm dan xnk mngaku…
sedih tu mmg sedih tp saye susah nak marah org @ tduh org sebrgn. hnye doa pengubat hati saye spya kebenaran akan muncul satu ari nnti. tp saye hairan kenape lelaki tu nak kenal saye, tp bertnye perihal saye pd kwn saye, tdk terus melalui saye sendri. dan skrg, saye menerima kesan yg tdk sepatutnye drp lelaki tu. dia terus berpndagn negatif terhdp saye. apalagi cerite ni dah tersebar ke pengetahuan kwn2nye yg lain. malu mmg malu tp nak buktikan saye bukan begitu saye xde bukti dan xtau caranye.
saye pun xtau ape motif kwn pompuan saye tu terhdp saye.. kalu dia dgki sb kecntikan, saye xcantik pun mlh dia lebih cntik drp saye. cuma mgkin dlm soal keje saye lebih diberi tumpuan drp bos & teman2 sekerja.. nk kate dia dgki sb ade lelaki minat kt saye…die lg la rmai peminat dari saye. ntah la. skrg pun kami sudah xbertgur sape..yg peliknye dia yg seakan membenci saye, padahal saye yg sepatutnye bencikan dia atas ape yg dia lakukan pd saye.. xfhm la…
hmmm, mgkin dia menderita penyakit hati kot…tp saye doa pd Allah supaye ubati penyakit hati dia dan berikan die ptunjuk ke jln yg benar. supaya dia insaf atas apa yg dia lakukan krn saye sudi maafkan die.
Ok lah sahabat sume… saye hanye meluahkan apa yg terpendam dan pengalaman hidup yg boleh dikongsi bersama… apa pun yg terjd, hdp ini mesti diteruskan dengan berlandaskan kebenaran dan bertunjangan Islam. Insya Allah…
Wassalam.
about 4 years ago
slm..sy mcm terpanggil dlm membicarakan persoaln tentang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ni..
memang ayat ini adalah untuk menunjukkan tentang kesucian s.aisyah r.a yang dituduh dengan safwan. dlm kes ini juga disebabkan kaum munafik memperbesarkan fitnah ini,jd trnlah ayat 23 tentang fitnah ini. dan rentetan itu juga ayat 26 dr surah yg sama juga diturunkan disebabkan untuk menjelaskan keadaan sebenar.bukankah rasullullah s.a.w itu adalah insan yang sebaiknya..lantaran itu juga aisyah r.a juga pasti wanita yang benar. secara hikmahnya ayat 26 itu memang dijanjikan allah kepada semua hambanya agar sentiasa menjadi orang yang baik dan insyaallah orang itu juga akan mendapat jodoh yang baik.wallahhua’lam…
about 4 years ago
edi,
Di dalam Al-Quran juga menceritakan beberapa lelaki baik yang berkahwin dengan perempuan tidak baik seperti … Nabi Lut dan Nabi Nuh …
“Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.
Surah At-Tahriim, Ayat 10
macama mana pulak tu, jelaskan sikit ..?
about 4 years ago
sememangnya org yg baik utk org yg baik tetapi ingat jodoh pertemuankan ditangan tuhan,kita tak boleh nak melawan takdir….mungkin ada hikmah tuhan pertemukan jodoh seseorg tu,saling melengkapi yg tak baik mungkin akan jadi baik lepas kawin siapa tahu ?ini semua ketentuan Allah S.W.T….
about 4 years ago
Apa yg di perkatakan oleh kelapa tajam itu ada benarnya..kita hanya merancang.. hanya allah yg. menentukan…Allah swt juga mengatakan bahawa ia amat hampir kepada hambanya (al-Baqarah:186) dan apabila sesorang itu memohon kpdnya, nescaya ia akan memperkenankan permohonan tersebut (Ghafir:60)
kenyataan di atas jelas memperlihatkan kpd kita betapa allah swt agar setiap hambanya sentiasa berdoa drp perkara yg paling kecil, hinggalah kepada masalah yg. besar….
Doa yg di pohon adakalanya diperkenankan ketika kita masih hidup… dan Doa di perkenankan, tpi di tangguhkan di akhirat kelak.. dan adakalanya di hapuskandosa-dosa dgn kadar apa yg ia berdoa, selagi ia tidak berdoa dgn suatu dosa atau memutuskan hubungan keluarga.. atau tergesa2 menyatakan AKU berdoa wahai tuhanku, maka bagaimanakah Engkau tidak memperkenankan kepada ku…..
tAPI Sebagai manusia biasa kita tidak dapat Lari dari terdetik di hati bila Lagi jodoh aku tuhan nak MAKbulkan… Tapi itu adalah hakikat hidup manusia di jadikan berpasang2 Cuma kita yg. tiada Pasang… cuma beli baju Melayu nak berpasang siap ngan songket sekali…
Ada ulama yg berpendapat bahawa di dalam syurga itu nanti disamping bidadari ada pula bidadaranya… kedua2nya di sebut “Hurul-Aini”..sedang tinggal di dalam khaimah-khaimah Syurga menunggu hari kiamat.. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran….Hurul-aini yg cantik, putih bersih (kini) dipingit di dalam Khaimahnya… (Ar-Rahman)..
Kalau Kita Balik Raya ni mesti Jumpa member2 & Saudara mara… Mesti Tanya Dengan ayat “POWER”… bila lagi NAK???, ANAK dah BErapa?// dengan orang mana?? biasalah..tpi kita jangan Marah… KITA senyum dan senyum hingga nampak lesung PIPIT munkin ada orang YG BERKENAN……
about 4 years ago
encik omarm xleh kata xde pasangan..wat lemah semangat org yg lom kahwin je..
kan setiap yg Allah cptakan mempunyai pasangan..dlm surah yaasin ayat 36 xsilap.. “subhanallazi qhala khal azwaaja min maa tumbitul ardhu wa min amfusihim waamim maa la ya’lamun…” mksud nya lebih kurang cmni..setiap yg Allah cptakan berpasang-pasangan dan hanya Dia juga yg maha Mngetahui..
yakin kita ada pasangan cuma Allah belum ketemukan kita dgn pasangan kita tu..masa ye lom tiba lg bah..yg pnting kita hadapi hari2 yg mndatang dgn membnyak kan amalan2 mndekatkan diri kpdNYa..insyaAllah hati kita akan tenang,dpt trima ketentuan Tuhan di sampaing trus berusaha berdoa..xgitu encik omarm nye..