Petua Megnet Jodoh – Episod 4

sambungan daripada Petua Megnet Jodoh – Episod 3

"Solat tahajud sis," kata saya.

Sis bermaksud sister. Sister adalah saudara perempuan. Islam adalah agama persaudaraan. Jangan salah faham, ia bukan bermaksud “kakak” seperti sangkaan sesetengah orang. Istilah ini sinonim dengan para pelajar UIA. Ke mana saja di dalam kampus akan terdengar panggilan sister itu, broter ini. Kadang-kadang terasa asing apabila dipanggil brother Azrul.

"Bangun pukul 3 atau 4 pagi setiap hari, solat dua rakaat. Setiap rakaat baca surah panjang-panjang." Saya menerangkan.

"Kalau tak mampu baca surah panjang-panjang, lepas solat tahajud duduk mengaji sampai subuh. Boleh kot?" Saya mencadangkan.

“Perghhh …..Penat tu,” kata budak pompuan tu.

“Memang laa. Kan awal-awal tadi saya cakap, ustad-ustad pun tak mampu buat. Tapi solat malam merupakan salah satu dari beberapa amalan yang menyebabkan tuhan sayang.” Saya menceritakan.

“Orang tengah nyenyak tidur, tetapi you boleh bangun sembah Dia, mestilah Dia sayang.” Saya menyatakan rasional hal berkenaan.

“Ada dalam sebuah hadith, kalau tuhan dah mula sayang dekat satu-satu orang tu, orang tu nanti nampak berseri-seri all the time. Orang tengok akan jatuh sayang.” Saya meneruskan.

Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Imam Muslim. Suhail Bin Abu Saleh pernah berada di Arafah pada suatu hari. Umar Abdul Aziz tiba-tiba datang dengan wajah yang berseri-seri. Orang ramai berdiri memandangnya. Suhai lalu berkata kepada ayahnya, “aku yakin Allah mencintai Umar Abdul Aziz.” Si ayah kemudian bertanya, “alasannya?” Beliau menjawab, “kerana beliau mendapat simpati orang ramai.” Ayahnya kemudian mengesahkan, “tepat sekali.” Selanjutnya ayahnya menceritakan hadith apabila Allah mencintai seorang hamba seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.[1]

“Lain .. lain ? Ada lagi tak ?” Budak pompuan tu bertanya lagi.

bersambung lagi

.

.

Nota Kaki
~~~~~~
[1]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4772

23 Trackbacks