.. mencari si dia yang soleh ..
Petua Megnet Jodoh – Episod 4
sambungan daripada Petua Megnet Jodoh – Episod 3
"Solat tahajud sis," kata saya.
Sis bermaksud sister. Sister adalah saudara perempuan. Islam adalah agama persaudaraan. Jangan salah faham, ia bukan bermaksud “kakak” seperti sangkaan sesetengah orang. Istilah ini sinonim dengan para pelajar UIA. Ke mana saja di dalam kampus akan terdengar panggilan sister itu, broter ini. Kadang-kadang terasa asing apabila dipanggil brother Azrul.
"Bangun pukul 3 atau 4 pagi setiap hari, solat dua rakaat. Setiap rakaat baca surah panjang-panjang." Saya menerangkan.
"Kalau tak mampu baca surah panjang-panjang, lepas solat tahajud duduk mengaji sampai subuh. Boleh kot?" Saya mencadangkan.
“Perghhh …..Penat tu,” kata budak pompuan tu.
“Memang laa. Kan awal-awal tadi saya cakap, ustad-ustad pun tak mampu buat. Tapi solat malam merupakan salah satu dari beberapa amalan yang menyebabkan tuhan sayang.” Saya menceritakan.
“Orang tengah nyenyak tidur, tetapi you boleh bangun sembah Dia, mestilah Dia sayang.” Saya menyatakan rasional hal berkenaan.
“Ada dalam sebuah hadith, kalau tuhan dah mula sayang dekat satu-satu orang tu, orang tu nanti nampak berseri-seri all the time. Orang tengok akan jatuh sayang.” Saya meneruskan.
Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Imam Muslim. Suhail Bin Abu Saleh pernah berada di Arafah pada suatu hari. Umar Abdul Aziz tiba-tiba datang dengan wajah yang berseri-seri. Orang ramai berdiri memandangnya. Suhai lalu berkata kepada ayahnya, “aku yakin Allah mencintai Umar Abdul Aziz.” Si ayah kemudian bertanya, “alasannya?” Beliau menjawab, “kerana beliau mendapat simpati orang ramai.” Ayahnya kemudian mengesahkan, “tepat sekali.” Selanjutnya ayahnya menceritakan hadith apabila Allah mencintai seorang hamba seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.[1]
“Lain .. lain ? Ada lagi tak ?” Budak pompuan tu bertanya lagi.
bersambung lagi
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4772

July 25, 2007 - 4:10 pm
Solat sunat Taubat, Tahajjud & Istikharah…..
Insya’Allah…
July 25, 2007 - 10:22 pm
sukarnya bertemu dengan lelaki yang mementingkan agama..
July 26, 2007 - 8:45 am
Rabiatul A’dawiyah…. (suka baca kisah ahli syurga ni)
Ada lelaki yg mementingkan agama… tapi terlalu memilih dan pilihan pula tertakluk kpd wanita2 yg betul2 tahu pasal agama shj…..
Bila dicerminkan diri ni, tak dapek lah den nak nolongnye… dpt yg tahu basic ilmu agama dan amalkan pun dah cukup sempurna dah tu bagi diri ni… hrrmm….
July 26, 2007 - 3:52 pm
yaah..betul tu fallen…;)
July 30, 2007 - 1:45 pm
mudah-mudahan dilapangkan hati untuk bangun menghadapNya di tengah malam.
August 12, 2007 - 1:07 pm
as’kum…
ketika masih belajar dulu ada kawan yang membangkitkan issue perempuan selalu mencari lelaki yang mementingkan agama dan boleh membimbing.
tetapi kawan saya mempersoalkan semula adakah si perempuan itu bersedia untuk dibimbing? adakah dia akan marah ketika si lelaki mula menegur mana yang tak betul dan bersediakah dia untuk sedikit mengorbakan kesenangan dunia untuk memperoleh kesenangan akhirat?
August 13, 2007 - 1:13 am
Assalamu’alaikum….Tidak kira lelaki atau perempuan…semua inginkan pasangan beragama, bahkan syarat ini merupakan item utama yang disarankan oleh Rasulullah dalam memilih pasangan…agama itu didirikan atas nasihat, menunjukkan peri pentingnya saling nasihat- menasihati ke arah kebaikan… ini bukan bermakna si suami saja yang berhak menasihati, si isteri juga mempunyai tanggungjawab untuk menasihati suami andai tingkahlakunya menyimpang dari landasan Islam..Cuma dalam persoalan nasihat dan membimbing ini..perlu kita lihat maksud ayat Al-Quran…”Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl : 125). Ada ulama’ mentafsirkan hikmah kebijaksanaan itu meliputi cara penyampaian, contoh teladan dan ilmu pengetahuan..Di sinilah memerlukan kualiti kepimpinan seseorang suami untuk membimbing isteri…dan di sini juga memerlukan kualiti layanan isteri dalam melembutkan hati suami…bersediakah kita untuk mengurangkan ego dalam diri demi sebuah rumahtangga yang aman harmoni…seandainya pasangan kita masih tidak lembut hati untuk menerima nasihat..berdoalah kerana doa itu senjata orang beriman….wallahua’lam…
August 13, 2007 - 8:49 am
Salam Fazel,
Saya sanggup terima teguran utk memperbaiki diri demi hari akhirat sok drpd teguran supaya mewarnakan rambut serta memakai pakaian zaman jahiliah pintaan suami saya utk kebanggaan dia atau tayangan buat kengkawan dia….
Saya sanggup!!
dah penat tgk betapa materialistiknya dunia ni hingga manusia lupa darjat dan asal usul! hrrrmmmm…. terfikir ada ke lelaki sebegini yg sanggup nak membimbing wanita lemah seperti saya?
kalau lah ada, alhamdullilah…….!
August 13, 2007 - 10:38 am
klau org tu dah jd suami kita sudah pasti kita syg kat dia..sbb dia dh jd sbhgian dr hdup kita n dah pasti apa yg dia suruh akan kita laksanakan sebaik yg mungkin xgitu..ada baiknya sblum khwin tu bincang dlu..supaya xnyesal khwin ngan ssorg tu nnti..
August 5, 2008 - 2:02 pm
sebelum kawin mmg bole planning..bincang isu sana sini.org ni nk beralah org sana nak beralah..tp bila dh kawin sume yg di “bincang”kan tu xjadi reality pon…
tp bila lepas kawin,dh jadi bini,pendapat kita sebelum kawin sume kne tolak tepi..nak tanak kne ikut ckp dia….sebab dia suami.ketua keluarga..xbole bangkang..huhu…..ayat sebelum kawin manis….
lepas kawin..kelat…
August 13, 2008 - 4:14 pm
susah betul nak cari lelaki yang betul2 ikhlas dlm perhubungan..semuanya menyakitkn hati..
December 6, 2008 - 11:12 am
Salam En Azrul.Alwi,bile agaknyer sambungan episod ke4 nih?slalu update setiap hari ape yer?sgoh menarik cerita yg disampaikan diselit dgn pelbagai info yg sgt2 berguna..
Jazakallah
December 6, 2008 - 1:17 pm
salam,pada orang yang dulu jahat dan sekarang nak jadi baik ni ada tak peluang nak dapat org yang dia suka/.
December 24, 2008 - 7:15 pm
slm..betul tu sniper, nak juga tanya soalan tu.. tp bagus kalau lupakan kisah lalu, buka buku baru.. sempena maal hijrah ni.. kalau boleh biar dapat yang sama-sama cari apa sebenarnya makna tanggungjawab di dunia ini..dah jemu lak hidup untuk seronok je..dapat yang nak kawan,semua setakat kawan je..bila tanya lebih-lebih, mula la hilang, pasti datang balik..letih..”sepatutnya manusia tidak perlu merasa gundah walau sekali, jika tahu apa yang dicari..”
March 25, 2009 - 2:43 pm
Salam, abis kat sini jer ker? mana sambungnya lagi?
May 28, 2009 - 12:16 pm
salam.. kepada semua.. petua magnet ini sgt2 baik untuk di praktikan… sy dah cuba.. walaupun tak sehebat mana amalan sy ketika tahajud, tetapi saya rasai kelainanya dengan hari2 yang lain.. doa sy agar sy tidak putus untuk melaksanakanya.. isnyAllah… betul tu lyn .. sambungan dia mana moderator?
June 11, 2009 - 8:24 am
saya ni antara orang yang dikecewakan….. saya pernah bertunang tetapi tidak kesampaian jodoh… sebenarnya kekuatan istikharah dan tahajud amatlah tidak dapat dinafikan….saya bukan sahaja dapat melalui mimpi tetapi melalui realiti..memang mengecewakan….tapi dah memang takde jodoh… yang ke dua plak…orangnya memang baik dan pegangan agama pun kuat jugak… cuma ada perkara yang menyebabkan ketidakserasian… tapi saya masih lagi memohon petunjuk Allah, kalau betul dia adalah jodoh yang terbaik dengan saya…saya akan terima dia sebagai suami..apapun apa yang berlaku..ingatlah Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kita bukan untuk menghukum kita…percayalah, setiap manusia tidak sempurna, apapun yang terbaik datang dari Allah, yang buruk datangnya dari kita sendiri…rajin-rajinlah buat solat sunat dan amalan lain supaya sentiasa dirahmati Allah….Wallahualam…
July 26, 2009 - 9:44 pm
bile sambungan nye ni?
dah 2 thn since this post..huhu
July 30, 2009 - 10:02 pm
percayalah btul 2 kita mesti berusaha untuk memastikan inginkan jodoh kita…
December 3, 2009 - 9:55 pm
ana ukhtukum fil lslam..
terasa sedih plak membaca kisah mardiah 2…inilah kehidupan…ada suka,ada duka.. tapi saya percaya mardiah seorg yg kuat semangat…sbb…ini ialah sebahagian ujian Allah kepada kita..dan Allah tidak akan menduga kta sekiranya kita tidak mampu menghadapinya…apapun dugaanya..Insyaallah kta dpt hadapi sebaik mungkin…
ini jga petanda allah cakna pada kita…smoga kta semua dipertemukan jodoh yang terbaik secepat mungkin…amin…