.. mencari si dia yang soleh ..
Ingat Mati Sementara Masih Hidup
Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.
Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 95, Allah telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati. Firman Allah, “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.”
Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.” [1]
Wallahu’alam.
.
.
.
[1] Fadhilat Al-Quran, Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 44; Riwayat Baihaqi
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 18, 2007 at 5:57 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Kekdg terlupa jua almaklumlah manusia mudah lupa & lalai…
Terima kasih Tuan WM mengingatkan dan menyedarkan….
about 4 years ago
kita selalu terlupa dengan kematian.. kerana itulah kita selalu melakukan dosa padaNya…
Semoga kita sama ingat mengingati
about 4 years ago
Kalaulah semua manusia ingatkan mati dan balasan selepas kematian pasti duni ni aman dan damai..tidak seperti sekarang ni
about 4 years ago
Naturally human being are forgetful creature…
Tepuk dada tanya iman… dah bertambah iman ke makin kurang iman….
about 4 years ago
Ingat lima perkata sebelum datang lima perkara
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sibuk
5) hidup sebelum mati…
renung-renungka…
about 4 years ago
Mati itu terlalu sakit,
didalam kubur terlalu sempit,
ular dan kala datang menggigit,
papan pula menghimpit…
Mati itu terlalu lazat
bagi syuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
sentiasalah kita beringat
about 4 years ago
Dimanakah saya hendak mencari kitab2, kuliah2, ceramah2 berkenaan persediaan menghadapi mati?
Bilakah masjid2 ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah?
about 4 years ago
… mati itu indah, nikmat lagi lazat..! Maklumlah.., balik ke asal dan pulang ke kampung sentosaku…!! Itupun bagi mereka yang tahu jalan pulang.., lagi mengenal akan Tuan yang empunya diri..
Tambahan pula dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin..! Sukakah kalian(org-org beriman) menetap dalam penjara lama-lama..? Sama ada suka, berani atau takut, anda akan dibebaskan dari ‘ penjara’ ini apabila sakaratulmaut datang mengundang untuk pulang..
..kalau tak tau dan tak jumpa jalan pulang, alamat sesat-larat lerr…! Oleh itu bersedialah mencari jalan pulang sebelum kita dijemput pulang.., ianya akan ditunjuki sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh…
ALLAH berfirman..,”Dan orang-orang yg berjihad untuk(mencari keredhaan)Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka akan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” – (Al Ankabut :69)
about 2 years ago
website ini sangat baik, sesuai untuk dijadikan rujukan, dan pedoman
about 1 year ago
peringatan kepada diriku dan semua… kematian
sentiasa mengekori kita… cuma kita x tau bila
masa nyawa kita akan dipisahkan….bersama2lah
kita membawa bekalan yang sebaik2nya untuk
lebih aman disana…insyaallah
about 1 year ago
kematian adalah sesuatu hukum yg pasti,anggaplah ia sesuatu yg indah dan bukan menakutkan..