.. mencari si dia yang soleh ..
Bahaya Mulut Celupar
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]
Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah.
Wallahu’alam
Formula Mengubati Mulut Celupar Daripada Rasulullah
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646
[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 16, 2007 at 11:01 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Lebih baik DIAM… tenang2 kan fikiran tu… dekat2 kan diri kpd Allah…
Taklah menyakitkan hati yg membaca mahupun yg menulis…. serta yg mendengar!
about 4 years ago
INGATKAN DIRI TENTANG KEHIDUPAN DI DUNIA CUMA SEMENTARA.. BERINGATLAH WAHAI HAMBA ALLAH SEKALIAN ALAM..
about 4 years ago
KEMUSNAHAN HIDUP MANUSIA TIDAKLAH KERANA ORANG LAIN IANYA DATANG DARI DIRI KITA SENDIRI.MAKA BERTAUBATLAH SERTA BERSAMA SAMA BERTAKWA BERIMAN KPD ALLAH SWT.
about 4 years ago
Benar tu kerana mulut badang binasa..
Berhati-hatilah ketika menutur kata..
sentiasa ingat apa yang bakal terjadi sebelum berbicara..
about 4 years ago
cakap itu perak,diam itu emas… jd kalau kita rasa ckp sesuatu itu baik,fikir dulu krn mgkin diam itu lebih baik drpd bercakap.wasalam…
about 4 years ago
saya setuju dengan pandangan yg ada, kita lebih baik diam dari berkata2 yg bukan2 ttp jgnlah sampai jadi pendiam sehingga hendak menyuarakan pandangan yg bernas dan juga mempertahankan agama kite jd jahil. wassalam.
about 4 years ago
saya bsetuju dgn komen2 diats.. sy jgk bpendapat krn mulut badan binasa.
saya pernah jgk dpt pengalamn mcm 2..kerana gara2 mulut celupar seseorang
hubungan sy dgn keluarga punah ranahhhhh…..
about 4 years ago
kadang-kadang rasa sedih jugak, ada di antara umat Islam yang celupar menghina hukum Allah SWT. Kalau tidak tahu, lebih baik duduk diam2. biar yang arif yang bercakap!
about 4 years ago
Bercakap biarlah ada ilmu…jangan cakap seperti tin kosong…
about 3 years ago
izinkan sy ambl artikel ni tuk letak dlm bolg ya!syukran…
http://www.blogger.com/
about 3 years ago
askum..
terima kasih kepada penulis blog. Sedikit sebanyak membantu menambah ilmu d dada.. diam itu lebih baik dari menyakiti..
about 2 years ago
askum..syer stuju dgn smua komen yg diberikan tu..kta tdk bleh mngata org dgn sebutan tdk mnyenangkan..
about 2 years ago
Assalammualaikum, pls log in and give ur comment for my future improvement. Thanks
about 1 year ago
Benarlah apa yang dituliskan berkaitan dengan bahaya mulut celupar orang sekarang cakap laser sangat. Bercakaplah bila perlu dan zikirlah kpd Allah selebihnya untuk kebahgian kita semua diakhirat.