Petua Megnet Jodoh – Episod 3

Sambungan dari Petua Megnet Jodoh – Episod 2

“Untuk membuat semua manusia sayangkan kita, kita kena buat tuhan sayang kat kita dulu,” saya mula menerangkan.

Ini bukan kata-kata saya, melainkan dari hadith nabi. Ada sepotong hadith di dalam kitab Riyadhus Salihin yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, “Apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Jibril lalu mencintainya, kemudian Jibril mengundang kepada seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka kamu semua mesti mencintai si fulan. Para penghuni langit pun mencintainya. Setelah itu diletakkan kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi.”[1]

“Kalau nak buat tuhan sayang kita, kita kena menjaga semua amalan wajib dan semua amalan sunnah.” Saya menambah.

Ini juga berdasarkan sebuah hadith qudsi daripada kitab yang sama dan bab yang sama. Sekali lagi Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Allah berfirman, “Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekati Aku dengan sesuatu yang amat Kucintai apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu mendekatiKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya.”[2]

“Banyak perkara tu Mr. Web,” budak pompuan tu macam kecewa sikit.

“Yang wajib semua kena buat. Sunnah memang banyak, tapi jaga yang satu ini cukup, confirm lepas seminggu pi mana saja orang asyik pandang kita.” Terang saya.

“Bukan setakat pandang, depa nanti tengok kita dan berkata dalam hati, ehh cute-nya budak ni, sejuk mata memandang.” Saya tidak bergurau.

“Bukankah itu lebih baik dan lebih long-lasting dari amalan seperti mandi bunga?” Saya bertanya.

“Apa tu?” Dia menunjukkan minat semula.

.

Bersambung .. Petua Magnet Jodoh Episod 4

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4772
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #6021

4 Trackbacks