.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Petua Megnet Jodoh – Episod 1

July 12th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 354 times!

Saya pernah ditanya tentang hukum mandi bunga, saya tak tahu nak jawab ketika itu. Melainkan saya cuma cakap, “nabi tak pernah buat benda macam tu”.

“Yang saya tahu, Aisyah r.a. bercerita, orang perempuan mandi selepas haid, disuruh pakai kasturi untuk mewangikan badan”, saya cuba berdalih. [1]

“Bukan sebab nak bagi wangi laa Mr. Web, sebab nak tambah seri, bagi cepat jodoh.” Budak pompuan tu kata.

“Itu saya tak reti nak komen,” saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memberi komen dalam hal ini.

Saya tambah, “kalau you niat mandi, kerana nak cepat jodoh dan kalau tak mandi, you rasa tak dapat jodoh. You ada masalah akidah. Jodoh tu di tangan tuhan.”

“Bukan itu salah satu dari usaha ke?” tanya dia lagi. “Dr Fadzilah Kamsah kata boleh.” dia merujuk kepada sesuatu yang saya tidak tahu.

“Entah, saya tak berani komen tentang itu, yang saya tahu, nabi tak buat, sahabat tak buat dan di dalam Islam ada cara yang lebih hebat dari mandi bunga.” terang saya.

“Yer ke Mr Web?” Dia ingin tahu.

“Yer laa, bukan setakat lelaki saja nanti tertarik kat you, malah semua orang yang you jumpa nanti malam tidur tak lena teringat kat you. Kalau you dah kawin, mak mertua you nanti sayang giler kat you. Dan ia tidak bercanggah langsung dengan Islam sedikit pun. Apa kelas mandi-mandi bunga ni..” kata saya.

“Pakai penangkal ker?” dia tanya sinis.

“Isshh .. syrik,syirik,” saya menafikan.

“Abih tu .. ?” Dia nak tahu jugak.

“Nabi pun dok buat yang ni.” Saya cuba menghangatkan suasana.

“Ye laa .. cakaplah apa dia.” Dia tanya.

“Tapi saya rasa, kalau cakap pun tak guna, belum tentu you mampu buat.” Ikhlas saya katakan.

“Perkara ni mudah, tapi tak mampu dilakukan. Ustad-ustad pun belum tentu mampu buat.” Saya terangkan.

“Tak per .. tak per .. cakap jer laa. Kot-kot saya boleh cuba.” Kata dia, begitu berminat sekali ..

bersambung ..Episod 2

——————–
Ini cerita benar. Mungkin dialog asalnya berlainan daripada yang ini kerana saya tidak berapa ingat. Wanita yang dimaksudkan dah ada anak dua. Walaupun suaminya bukan dari kalangan pengguna myJodoh, tetapi dia telah menggunakan formula tersebut dan last-last kahwin jugak. Lelaki yang dikahwini itu juga boleh dikatakan hebat orangnya.

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari : #303

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

10 Responses

  • hani says:

    Slm.setakat pengeyahuan saya, mandi bunga dibolehkan sebagai kaedah rawatan @ ikhtiar. Biasanya orang yang lambat bertemu jodoh ni slalu stress..bila stress,tubuh mudah terdedah kepada masalah kesihatan,perangai pun jadi cpt moody,wajah pun nampak kusam & tak berseri.

    Mandi bunga yang dibenarkan dalam islam mempunyai 3 komponen utama,pertama air.Kedua Bunga.Ketiga doa.

    1. Air-pernah tak denga hidro-terapi? Hampir semua doktor & ahli sains bersetuju bahawa air boleh di gunakan untuk rawatan.Samaada diminum @ mandi.
    2.Bunga-Setiap tumbuhan ade manfaatnya untuk manusia,kita mengambil bunga kerana ia mempunyai perbagai warna & haruman.Warna mengandungi energi.setiap warna mengandungi energi yang berbeza.Manakala haruman pula adalah salah satu kaedah aromaterapi.Kaedah ini tidak salah,malah sering disebut oleh ibn sina dalam kitab-kitabnya
    3.Doa-Kebelakangan ini ramai saintis yang mengkaji tentang air.struktur air yang paling cantik dalam dunia ialah air zam-zam.air biasa yang dibacakan doa@ayat quran akan juga membentuk struktur yang cantik.serta membantu rawatan.Doa juga adalah penghubung antara hamba dengan Pencipta.selain itu secara psikologi doa dapat membantu keyakinan pada Allah dan pada diri sendiri.

    Kesimpulanya, mandi bunga memang boleh membantu menyihatkan tubuh menaikkan seri wajah & keyakinan diri.Malangnya ada kaeadah mandi bunga yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat melayu adalah bertentangan dengan Islam, sebagai contoh tidak menggunakan doa,tetapi jampi serapah yang diragui berkaitan dengan meminta pertolongan dari jin.ini adalah dilarang keras! kerana membawa syirik.Ade juga yang melibatkan membuka aurat sebagai contoh perawat lelaki yang memandikan wanita. ini dah kes ambik kesempatan malah memang ditegah oleh Islam.

    Itu saje komen saya.Wallahu a’lam.

  • hani says:

    Setaip ikhtiar boleh membantu kejayaan hanya dengan izin Allah..

  • Fallen Angel says:

    Pernah mandi bunga dan rempah mcm ala2 SPA tu…. best…! badan rasa segar dan wajah nampak berseri… :) Niat buat la kerana Allah… pastikan tanpa was-was… ;)

  • abd.rahman talib says:

    sebenarnya setiap yang berlaku ada sebabnya.segala usaha ada kejayaannya.cuma diingat janganlah melakukan apa yang tak sepatutnya dan lari dari akidah.yang penting di sini anda harus yakin dengan diri sendiri dan berusaha.munkin sekarang belum berjaya tapi percayalah suatu hari anda akan menemui juga kejayaan itu

  • alfendi says:

    Betul ke mandi bunga boleh mendekat jodoh? rasanye tak la..jika kata tambah seri diri tu ye la.. sebab setiap bunya yg di campur untuk kegunaan mandi bunga itu mempunyai kaitan dengan frekuansi badan kita atau dengan kata lain gelombang aura yg ada pada badan kita. So.. apa2 pun kita nk jodoh kita cepat ialah jangan lupa kita terus berdoa pada Allah SWT.. Kan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.. walaupun kita berbisik di dalam hati. Dan yakin pada ketentuan Allah soal jodoh kita semua ni..Insya’Allah jangan risau ada punya jodoh kita masing2.. tinggal cepat dan lambat je.. :)

  • Cahaya says:

    Memang orang kata mandi bunga bukan saja untuk jodoh tetapi ada yang kata buang sial juga.

    Bagi saya semua ketentuan Illahi. Allah tidak melarang kita berusaha tetapi dengan niat kerana Allah, Insha’allah segalanya tidak mustahil.

    Jangan pula anda nak mandi bunga dengan niat anda terpesong itu dilaknat oleh Allah sama sekali. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Takut jadi haru biru.

  • MasJambi says:

    A’kum semua… untuk pengetahuan saudara-saudari yang dirahmati Allah… Mandi bunga asalnya daripada agama HINDU…. Ilmu aura juga dari ajaran hindu… jadi beringatlah bahawa ia adalah HARAM di sisi agama Islam. Sebenarnya berkenaan dengan aura dan sebagainya ini ..ia hanyalah teori semata-mata dan tiada kebenaran di dalamnya. Jangan sesekali anda mudah terpengaruh. Mandi bunga daripada pemerhatian saya tiada unsur-unsur perubatan tetapi sekadar wangi sahaja. Namun sekiranya benar ingin berwangi maka gunakan sahaj minyak wangi..tetapi jangan untuk perempuan yang hendak keluar rumah, ia jadi haram. Islam tiada langsung mengajar akan mandi bunga. Bukan bererti Islam itu sempit tetapi sememangnya ia tiada dalam perubatan. Hanya sekadar teori yang diambil dari falsafah dan ajaran HINDU. Mandi bunga adalah salah satu upacara keagamaan HINDU. Masyarakat kita masih mengamalkan mandi bunga ini kerana dahulunya HINDU.

  • x-Senior Pengamal Aura says:

    Daripada pengalaman saya sememangnya benar apa yang dinyatakan oleh saudara di atas… Saya juga berasa amat kesal dengan apa yang pernah saya pelajari…. Masyarakat kita sudah dilanda suatu ancaman aqidah berbentuk moden. Sebenarnya ilmu aura, reiki, chakra, inner power ini adalah berasal daripada hindu dan buddha. Ia adalah falsafah, ajaran dan amalan sami-sami hindu dan buddha. Sekarang ini sudah terlalu meluas pengiklanan dan promosi produk-produk yang sangat membahayakan aqidah ini. Pelbagai produk yang dikeluarkan seperti cecair aura (aura seri, aura genius), batu-batu kristal, batu-batu jed, magnet-magnet yang konon-kononya adalah usaha untuk meningkatkan kualiti diri samada dari sudut kesihatan dan penampilan diri… Semuanya itu berasal dari teori ajaran agama hindu dan buddha. Penghasilan produk-produk seperti aromaterapi (cecair, lilin, dsbnya) adalah lebih kepada merosakkan aqidah umat Islam. Ia bukanlah usaha kerana sememangnya ia tiada sifat-sifat penyeri, penyembuh, dsbgnya…melainkan hanya dipromosikan berlebih-lebihan sahaja.

    Seorang sahabat saya mengambil kedotoran dalam bidang ilmu metafizik ini, menjelaskan bahawa dari pengelaman dan pemerhatiannya..apa yang dipelajarinya selama ini adalah sekadar teori semata-mata. Malah ia amat berbahaya kepada aqidah umat Islam. Mengharapkan kebaikan daripada sesuatu yang diluar kuasanya..itulah yang dinamakan mempercayai tangkal.

    Jadinya di sini saya perjelaskan bahawa produk-produk yang diharapkan mendatangkan kebaikan ini adalah sebenarnya tangkal dalam bentuk moden kerana ia tiada manfaat dalam perubatan melainkan teori semata-mata. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah hasil kajian saintis di makmal. Kenyataan ini tidak berasas. Penyediaannya sememangnya dilakukan dimakmal kerana mengadunkan pati bunga-bunga, tetapi tidak semestinya apa yang diahasilkan dimakmal itu adalah halal di sisi agama Islam. Sayangilah diri anda dan masyarakat Islam. Sayangilah aqidah kita. Kembali ke aqidah yang murni.

  • aku ni says:

    ada hikmah bumi kita dipenuhi air…cuma otak kita je terhad…

  • bajukurung says:

    brother azrul..
    em sy nak mintk izin copy ur article utk dikongsi bersama kawan2..bleh ke?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.