.. mencari si dia yang soleh ..
Taktik Lazim Untuk Menipu Wanita
Secara fitrah, semua wanita di dunia mencari lelaki sebagai pelindung. Justeru, wanita amat tertarik kepada lelaki yang dapat menjamin keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.
Wanita akan merasa selamat apabila bersama dengan lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ada beberapa golongan lelaki yang selalu mempamerkan kekayaan untuk menonjolkan faktor ini bagi menarik perhatian golongan wanita. Itu adalah perkara normal. Yang tidak normalnya ialah apabila “terlalu” mempamerkan faktor ini.
Juga terdapat segolongan lelaki yang berbohong dengan kemampuannya. “I ada sebuah firma,” “I akan belikan U sebuah kereta,” “I dah ada rumah dua tingkat untuk U,” “I kenal datok ini dan datok itu” dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara yang disebut tidak benar.
Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 21, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?”
Sebaliknya cari seorang pasangan yang sederhana dan rajin. Orang yang rajin biasanya dapat dikenali dengan kekemasan diri mereka. Kereta kemas, rumah kemas, meja kemas, pakaian kemas. Ini kerana mereka sentiasa menggunakan sepenuh masa mereka untuk melakukan sesuatu. Biasanya orang rajin akan mendapat ganjaran baik dari kerajinannya. Itu adalah memadai sebagai jaminan keselamatan kewangan.
Wanita juga akan rasa selamat apabila bersama lelaki yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang keagamaan. Di akhir zaman ini, ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran, ramai yang tidak khatam fardhu ain, ramai yang tidak benar-benar menghayati Islam, pendek kata ramai yang dahagakan agama. Apabila berbicara bab nikah dan kahwin, semuanya akan memberi fokus kepada lelaki yang beragama.
Golongan-golongan lelaki yang mampu memberikan nasihat-nasihat baik, memberi bimbingan dan sebagainya akan menjadi perhatian ramai wanita. Bukan sahaja di myJodoh, tetapi di mana-mana di bumi ini. Ini akhir zaman!
Masalah wujud apabila terdapat segolongan lelaki menggunakan pendekatan ini untuk melakukan maksiat. Pada peringkat permulaan semuanya berbentuk nasihat dan ucapan salam. Pada pertengahannya, semua berbau lucah. Pada penghujungnya, semua akan berakhir dengan perkara-perkara terlarang.
Untuk mengelakkan diri diperdaya oleh lelaki seperti ini, seorang wanita perlu mendalami ilmu agama. Anda mungkin berasa takjub apabila melihat orang lain menceritakan tetang sirah-sirah nabi atau hadith-hadith yang tidak pernah anda dengari. Tetapi anda tidak akan berasa takjub sekiranya anda telah lebih awal mengetahui semua itu.
Tidak susah. Hanya dengan mengkaji dua sumber asal Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terjemahan Al-Quran bernilai tidak lebih dari RM20 boleh di dapati dari mana-mana kedai buku agama atau pasar malam. Hadith-hadih mungkin terlalu banyak untuk dikaji, tetapi memadai dengan mendapatkan senaskah salinan Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.
Dengan cara ini pengetahuan agama seseorang akan meningkat dalam masa terdekat. Bertanya dengan orang lebih pengetahuan adalah amat perlu. Perbanyakkan zikir agar tidak terlalai adalah suatu kemestian. Perbanyakkan solat-solat sunat untuk mencipta rekod diri. Lalu apabila muncul seorang lelaki yang menceritakan perihal agama, anda akan lebih bersedia dan tidak mudah terpedaya.
Wanita juga mudah tertarik dengan lelaki yang dapat memberi keselamatan dirinya. “Macho” dan “carring.” Ini adalah fitrah. Wanita akan berasa lebih selamat apabila lelaki sebegini berada di sisi mereka.
Bayangkan sebuah lorong yang telah diketahui ada seekor anjing garang. Anda ingin melaluinya tetapi anda takut. Tiba-tiba muncul seorang lelaki dan berkata, “tak per cik, jangan takut, kita jalan sama-sama.” Lalu anda berjalan dengan perasaan selamat. Anda mungkin jatuh hati dengannya. Ini adalah fitrah.
Bayangkan pula anda sedang berjalan di lorong lain. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, “eh cik, kat sini ada anjing garang, dua hari lalu dia dah gigit orang. Entah-entah dia nanti gigit cik. Tapi kalau cik jalan dengan saya, cik akan selamat.” Ini adalah contoh penipuan. Lelaki tersebut tidak ikhlas melindungi anda.
Anda mungkin faham dengan contoh di atas dan tahu mengambil tindakkan yang sewajarnya. Tetapi bayangkan apabila anda menerima satu Pesanan Peribadi dari seorang lelaki di myJodoh dengan berbunyi, “Hati-hati dik, di myJodoh ni banyak penipu. Ada orang pernah kena rogol oleh lelaki di sini.” Secara automatik anda akan mempunyai sedikit rasa percaya kepada lelaki berkenaan. Padahal sekiranya dia sekadar menghantar pesanan biasa, belum tentu dia akan mendapat perhatian anda.
Untuk mengelakkan perkara sebegini, seorang perlu belajar bergantung kepada tuhan setiap masa, lalu bertawakal. Bayangkan situasi di lorong tadi, apabila seorang lelaki muncul dan menceritakan tentang bahaya berjalan seorang diri. Sekiranya anda mempunyai keyakinan untuk bergantung kepada tuhan, anda boleh menjawab, “terima kasih encik, tapi ayah saya pesan, jika baca ayatul kursi, InsyaAllah akan dijauhi segala binatang buas.” Lalu anda akan lebih selamat. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 51, “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.
Wallahu’alam.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 3, 2007 at 3:31 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
saya pun setujuuuu apa pun kita mesti tanamkan keikhlasan dalam hati… niat suci kerana Allah… jumpa mak bapa dan berterus terang hajat sebenar kalau dah berkenan…. jangan dok tangguh perkara yg. baik… Lama2 kata orang bekulat… abok pun tarak!!!
about 4 years ago
Masih ada ke orang lelaki yang jujur kat luar sana? wallahu alam……
about 4 years ago
omarm,,, i ni dah tiada ibu bapa di dunia ini. Tempat untuk tumpang bermanja-manja sementara masih hidup.. masihkah ada insan yang sudi menjadi tempat untuk saya menumpang kasih. Di manakah ibu dan bapa mertuaku !!!!
about 4 years ago
Cik Tie… tak kira di mana kita berada… jika sesuatu pekara itu kita lakukan dgn niat keikhlasan kerana Allah… Pasti Allah makbulkan permintaan kita … dan di permudahkan jodoh kita di kalangan org yg. beriman…
about 4 years ago
Cik tie janganlah terlalu negatif..Think positif. jika tidak takdelah orang kahwin kalau semua laki tak jujur.
about 4 years ago
Wahai sahabatku…,
…tidakkah kau perhatikan akan lawak-jenaka yang dilontarkan oleh queen..?
Pandai sungguh dia mengumpan…, sudahkah miker pastikan jenis umpan yang ditaburkannya itu…? huhu huaaa…! Makan umpan itu.., jangan tak makan.., biar sangkut sampai di uluhati…
about 4 years ago
betul tu omarm jodoh pertemuan Allah yg tetpkan. Mesti ada lelaki yg jujur dan beriman. Tp bukannya ramai.. Sbarla queen. Kalau awk rasa masalah 2 paling berat, ingat ada lg org yg tangung masalah lebih berat dari awk. Allah dah tetpkan jodoh kita. Cuma lambat atau cepat je.. Yg penting doa. Doa untuk mendapat keredhaan Ilahi..Allah 2 lbh mengetahui segala2nya walau pn sekecil zarah..fikir positif. Yg pergi biarkan pergi. Kita yg hidup harus teruskan perjuangan. Kasih sayng pasti kita akan rasa. Usaha, doa, tawakal..InsyaAllah..Senyum Skit.
about 4 years ago
Tima kasih sahabatku Van Ckulop…teman baru belajor faham tentang umpan yg di maksudkan… teman akan makan umpan tu!!!! Bior sampai sakit perot teman.. tapi jgn sampai sakit atie…
Setiap orang mempunyai cara yg berlainan dalam menabor umpan, tapi adakah umpan yg. ada sedia di tabor untuk teman???? Bagi yg. teragak-agak nak tabor umpan dgn. seseorang mungkin sudah sampai masanya anda bertindak… Jika tidak mempunyai keyakinan yg tinggi pun, berpura2lah untuk yakin, dengan harapan, keyakinan yang sebenar akan diperolehi??????
Berterus teranglah pada yg. sudi, mengharap pada yg sayang…. Cuba lah “resepi” ini yg membolehkan anda melalui apa saja kemungkinan…….
about 4 years ago
Salam.
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh nieta, jodoh pertemuan Allah jua yang menentukan. Andai bercinta lama dan merancang untuk berubah tangga ttp ditakdirkan dia bukan milik kita redhalah menerimanya. MMkin ada insan yg lebih baik dari bekas kekasih yang bukan takdirkan untuk menjadi jodoh kita….
Bersabar, berusaha menghadapi segalanya…. InsyaAllah, Allah x akan mengecewakan hamba-Nya. Semoga suatu masa nanti kebahagiaan akan kita milikki…
Amin
about 4 years ago
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan
KeluargaYang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran
about 4 years ago
susahla nk cari org yg betul2 jujur. napa setiap kali jmpa je msti laki org? ada kah takdir ku untuk bermadu? takutla..
about 4 years ago
assalammualaikum, kejujuran adalah sebuah keikhlasan yang tidak perlu di buat2.. ia lahir dari dalam jiwa yang mendambakan kebahagiaan hakiki.. semoga Allah sentiasa membuka pintu hati kita ke arah kejujuran dan keikhlasan..
about 4 years ago
salam semua…
saya orang baru…saya sekarang ni sedang menahan siksa..saya tertipu oleh lelaki…
saya hanya inginkan kasih sayang dan juga kebahagiaan dalam perhubungan…tp kenapa saya ditipu?
saya menanggung hutang bank untuk sepuluh tahun lagi.htg yg sy buat krn tlalu menyanyangi dia…
dan sekarang ini baru sya tau dia adalah tunangan orang…kadang2 sy kuat untuk hadapi semua ini…kdg2 sy lemah….sy bkn org senang…sengsaranya hidup sy..sudahlah ditinggalkan…menanggung beban lagi…apa yg sebenarnya keum lelaki inginkan dr seorang wanita???
about 4 years ago
sudah berapa kali saya dipermainkan…ditipu…saya takut untuk buka pintu hati…saya takut untuk kecewa…prestasi kerja saya jatuh…mana saya tak pening..dpt gaji jer…habis bayar htg…untuk diri sendiri pun cukup2 jer..simpanan takder.lelaki yg menipu ni tak fikir ke yg perbuatan dia menyakitkan org ramai???lelaki sepatutnya membimbing tp kenapa mereka menipu kaum hawa yg lemah??? Saya cuma mengharapkan untuk berasa bahagia sebentar sj..krn hidup di akhirat yg kekal abadi…tp kenapa..sy terus disakiti oleh kaum lelaki??? takder ke lelaki yg benar2 jujur dlm dunia ni????
about 4 years ago
Kejujuran & Keikhlasan adalah asas dlm sesuatu perhubungan.
Baik lelaki /wanita siapa yg tak pernah menipu/ditipu.
Sukar untuk membezakan org jenis musang berjanggut nih, cuma bila mengenali mreka & belajar dari kesilapan dapat menyelamat kita dari trus tersasar..tapi itupun ada yg terlepas..
haih.. moga d jauhkan lah..
about 4 years ago
rambut sama hitam.. hati lain2. sbb 2 kalau bolh xyah bercinta lama2. kita bercinta lepas kahwin lagi terasa bahagia nya hidup. bukan senang untuk cari laki yg betul2 jujur sekarang. tp xd nafikan bukan senang juga untuk cari pompn yg betul2 jujur. nita bukan pandai nk berkata2. tp nita hanya mmpu nasihatkan kawan2 nita, jgn sayang orng yg belum jd milik kita. mmg pedih akn menjelma 1 hari nanti..
about 4 years ago
keikhlasan tak perlu ditunjuk..biar orang yang menilai sendiri..apa yang kita nampak tak smestinya orang lain akan nampak juga…
about 4 years ago
bile terbace luahan orang, baru kita tahu, ramai rupenyer lelaki yang jahat ni, sama juga dgn perempuan yg jahat. tapi dalam byk2 luahan hati ni, sekurang2nya saya tahu yg saya bukan jenis itu, saya jujur, saya setia, kalu tak mahu, saya bgtau awal2 n tak mainkan hati org. kepada sesiapa yang pernha ditipu, pegang kepercayaan bahawa ‘Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui, Sebaik-baik Perancang’. InsyaAllah lebih mudah untuk kita melupakan apa yang terjadi, untuk memaafkan dan melepaskannya…. kadan-kadang perbuatan yang buruk, perlu dibalas dengan kebaikan, tu put a stop to everything, tq
about 3 years ago
Assalamualaikum semua. Mula2 kwn nak tanya ada ke tak kat sini org yg seumur hidupnya x pernah menipu? Ada? Tak ada kan. Kwn pasti dan percaya setiap org di sini dlm hidupnya pernah menipu (kerana kita ni manusia biasa x maksum) cuma yang bezanya penipu yg betul2 menipu utk meraih @ mndptkan sesuatu dgn penipu seperti yg pernah p ramlee sebut sbg bohong sunat.
Dlm hidup ini senang je, mereka yang menipu (bukan bohong sunat ye) dan menganiayai org lain hidupnya takkan senang. Kalau senang pun sekejap aje. Bila org dah tau dan kenal yg dia ni kaki penipu, lps tu hidupnya akan susah le. Simple kan? Malah bohong sunat sekali pun bila org dah tau kita berbohong, lps tu susah juga le.
Wallahualam
about 3 years ago
Jin… saya akui mmg Lumrahnya sekali sekala terpaksa juga buat begitu… nak selamatkan diri… tapi dlm hati mesti ingat… menipu tuu… berdosa….
Saya pernah.. bertanya pada pelajar tahun pertama di kelas.. saja2 nak tengok reaksi diorang…
siapa yg sedang bercinta??? ada mengaku dan ada yg tersenyum malu-malu.kambing!!!..
sya ckp dgn pelajar pompuan, “Girls, jangan cari lelaki yg sama umur untuk bercinta, Ambil pelajar tahun akhir.”
Bila lelaki tanya, sya pulak jawab “perempuan sering serius dalam bercinta… tetapi lelaki hanya hendak berseronok2 dan suka2 sajaaaa!!!!
Kata bebudak lelaki… “You nak I nak, you bagi I ambik dan bila I dapat I belah”… Lalu semua budak pompuan terperanjat berok….
Kemudian sya tanya mereka bebudak lelaki…”kalau anda bercinta sekarang adakah anda memikirkan soal perkahwinan???” nyata jawapannya tidak,,!!! Sebaliknya fikiran wanita memang telah sampai ketahap ituuuu!!!!
Lelaki lambat matang berbanding dgn pompuan dilihat dgn jelas drp dedikasi, ketekunan, keseriusan dan iltizam pada sesuatu… Lelaki sering ambil mudah dlm apa jua perkara sekali pun.. Mereka hanya menjadi matang setelah terantuk…
Walau pun saya matang… tapi berasal dari kpg. bukit putus… nama kpg di pendalaman,, bila bertunang putus ajer memanjang????….
about 3 years ago
Omarm..u tak boleh streotype kan semua org..x semua lelaki tu jahat dan x juga semua perempuan tu baik..hanya percentage yg membezakannya..sama juga dgn bab matang ni..ada juga lelaki yg cepat matang dan ada juga perempuan yg lambat matang..begitu juga dgn dedikasi, ketekunan, keseriusan, iltizam & apa2 yg sewaktu dgnnya..
Lagi satu Omarm..rasa2 kwn hanya org lain yg boleh menilai samada kita matang atau tidak?
Yg u tanya secara pukul rata dlm kelas tu buat apa? Budak2 student u tau le tengah happy go lucky. Try u tanya one by one dari hati ke hati mesti ada yg jawab x sama.
Percaya tak? Setiap perhubungan tu, x kira la kawan, kekasih, tunang, laki bini, bisnes ke apa ke kalau salah seorg dari awal lagi sudah x ikhlas ianya x akan kekal.
Perhubungan mestilah secara dua hala bukan satu hala. Contoh laki bini, bini jgn dok harap laki je dok jaga hati dia, bini pun mesti jaga hati laki. Paling penting rasa hormat antara satu sama lain mesti ada.
Entah le kwn pun bukannya pandai sangat bab2 ni
about 3 years ago
“JIN” dengar nama tu pun sya dah naik seram sejuk..
Lambat atau cepat “matang” bergantung pada cara pergaulan dan mengambil sikap sambil lewa bagaimana lelaki set up mentality terhadap wanita… kebanyakan lelaki sekarang suka enjoy dulu sebelum memikirkan alam rumah tangga.. kadang2 telampau enjoy terbabas sampai terlupa alam berumah tangga!!!
Perjalanan hidup antara Laki bini (guna bahasa JIN) perjalanan waktu lazimnya mempengaruhi kita samada berpuas hati atau tidak… perkongsian hidup laki bini sentiasa berubah-ubah… Perkongsian ini harus di belai dan di jaga sepanjang masa bagi mengekalkannya happy sepanjang masa…
Harus disertakan dgn pendidikan, Belajar memahami antara satu sama lain secara peringkat demi peringkat dan mengekalkan komunikasi dua hala……
Hubungan awal kawin sering manis dan bahagia… lama kelamaan kemanisan semakin hambar… nak pandang muka bini pun tak mahu.(meluat).. menyebabkan rasa tak puas hati duduk di rumah berbanding ngan di luar…. secara tak langsung hubungan laki bini dah jadi tak sempurna… nilai perkongsian telah berubah dan tidak terpelihara…jadi GHAPLAH…..
Pada pandangan saya kita akan puas hati dan bergembira kalau mencapai dan inginkan… saya akan berpuas hati dan bergembira kalau mencapai ketenangan setiap kali bersama isteri(kalau ada)… dan mendapatkan secawan “KOPI” berbual sama2, berbincang, memberi pandangan dan memaksimunkan masanya dgn sya… mencapai ketenangan setiap kali bersama dengan isteri & anak2 yg baik sebagai penyambung zuriat dan berjaya mendidik anak2 soleh yg akan mendoakan kita….
JIN… ini hanya sekadar pandangan dan impian…!!!
about 3 years ago
manusia di lahirkan atas pentas dunia untok drama baik atau burok,biasa nya yg burok-tak benar akan disangjungi daripada yg baik -benar,bila aku mengail de sungai ceroh satu ikan pun tak makan umpan tak seberapa,aku tuba semua ikan timbul ternganga kepeningan,aku sapu semuanya-kekenyangan.
about 3 years ago
Penipuan itu ada lah satu2 azimat bagi sesaorang lelaki yg mengalami kekecewaan,tampa penipuan ianya tidak dapat menguasai apa yg di hajati,mana ada-insan allah yg inginkan untok berada atau di dampingi serba kekurangan? cakap tak serupa dalam hati,aku… walau pun saorang buroh inginkan saorang wanita yg ada rupa,bentuk badan serta harta yg dimiliki,masa dulu aku berkahwin untok zuriat ,menjauhi dosa keinginan,menumpang kesenangan -(tetapi semuanya dlm hayalan dan kenangan aje -mimpi tidak menjadi nyata,derita yg timpa)- bukan saorang tidak mempunyai rupa bentuk badan atau serba kekurangan.(habis boayehs ajo buat apo).Aku selalu menutukar kereta untok mendapakan kepuasan yg lebeh,jemu la dgn kereta lama yg banyak bermasaalah..zaman aku dulu ayam kena langgar kereta ..aku nagis..zaman pakai buang ni..bini di rogol depan mato pun buet tak kisah ajo..kata joe walllahuallam
about 3 years ago
Man,dia orang pun samo ajo,ado yg dah kawin kato jando le,dah tu menjual pulak,lepas seronok ado yg peras ugut pun ado,dlm dunio ne kalau roh dah de baluti kekotoran susah lah sikit nak di terimo doa nyo, kalau berdoa atau mandi bungo sekale pun tampo berguru dgn bondo2 ghaib susoh sikit le….ado yg salahkan kaum adam, pada hal diri sendiri pun patut di selami dulu….kalau nak pancing di sungai kono tenang2 dulu kot2 ado buoyo ko,nago ko,sebelum masuk ke sungai,nanti di tolan2 hidup,jgn salah kan gomen tak taroh papan tando…dah tahu tak po…hati2 bilo nak masok kandang rimau ….jgn salah kan cengkaman belang…..
about 3 years ago
Semua org punya impian yg indah2. Ada yg nak kerja bagus2, jadi tu jadi ni. Ada yg nak kereta besar, pangkat besar gaji tinggi dan macam2.
Setiap org yg kahwin mesti punya impian supaya r/tangga mereka bahgia hingga ke akhir hayat
tapi,
kalau salah seorang mempunyi niat yang x ikhlas semasa hendak kahwin, aku rasa susah le nak bahagia.
Pakkulop ekau cakap memang bonar.
Sebelum trkena tu jaga2 la. Dah terkena tu jadikan sebagai pengajaran.
about 3 years ago
Den setuju bonar dgn pakkulop kalau masok kandang rimau.. kono bawak sonapang… mana tahu kalau rimau ngap kito.. bulehlah kito tembak….
Apo pun ilmu kono ponoh di dado… kalau kito nak tangkap nago koo buoyo… kalau tidak buoya ngap kito dulu…!!!!
about 3 years ago
teruskan bersikap jujur sekalipun ramai yang menipu kita, mungkin Allah menguji kita akankah kita tetap dgn kejujuran kita..apapun after that kena redhakan maafkan dan doakan dia diberi hidayah.sesuatu yang sukar untuk dilakukan namun itulah yang terbaik..ada hikmah, teringat pesan rakan Allah jumpakan kita dgn org yg salah..untuk kita hargai org yg betul ikhlas dan jujur di kemudian hari..:)
about 3 years ago
Kejujuran…? rasanya kalau kita tak jujur suatu hari tetap akan kantoi, masa tu baru nak tergadah, bila nasi dah jadi bubur dah tak guna.
about 3 years ago
jujur lah kamu sblum kmu terkena…ingatlah kjujuran to dpt eratkan ag hbungan…..xjujur maka sapai kapan pom kamu ngak jujur n sume insan xkn pcyekn kmu ag…insaflah ameenn.wassalam
about 3 years ago
Apa cer nie? Tak payah susah susah…
Lelaki soleh untuk wanita solehah..
Lelaki hampeh untuk pompuan hampeh!
about 3 years ago
Tulislah berapa banyak kali pun taktik-taktik lelaki memperdaya wanita ni. Atau tips mengenal lelaki penipu ke. Apa anda ingat orang perempuan nak pakai ke nasihat itu ke dan dijadikan panduan? jawapannya mungkin tidak. Tulisan di atas dan banyak kali keluar dalam majalah2 mahupun akhbar.
realitinya nak katakan tiap-tiap hari ada kes baru tentang wanita ditipu. Sebagai contoh mudah ialah mat rempit, kalau di sebut mat rempit siapa yang tak tahu dan kenal dengan mat rempit. Semua orang tahu. tapi kenapa masih ramai perempuan yang dak berdamping dengan mat rempit?? Itu mencari nahas namanya. Barapa ramai pula perempuan yang dah tahu lelaki tu suami orang tetapi rapat dan intim pula dengan golongan itu? Barapa ramai pula yang masih mudah percaya dengan janji kahwin dari mulut lelaki?? Kasimpulannya perempuan kena memperbaiki kelemahan mereka sendiri. Kalau asyik nak menyalahkan lelaki sampai bila pun nasib takan berubah..
about 3 years ago
Yea, what should they lie about? I agreed with some of your comment.
about 3 years ago
aSSALAMU’ALAIKUM warahmatullah
Ada kebenaran yang kamu katakan itu..saya juga hampir terperdaya dengan wanita dalam tempat ni…semata-mata nak mengaut duit saya…tetapi Allahlah yang menyelamatkan saya dari tipu daya mereka..Alhamdulillah. Bila terkena cam tu…saya berpesan juga kepada warga myjodoh khususnya kaum perempuan lah…berhati-hati. Tetapi sukar juga untuk setiap kaum wanita untuk mempercayai saya…kerana fitrah saya suka berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang haq….tetapi perempuan tetap pandang serong saya ni mungkin sebagai seorang penipu…Allah maha besar tahu keinginan saya…air mata saya yang mengalir menjadi saksi setiap tomahan komitment saya, salahkah saya mahu mengikut jejak nabi saw juga para sahabat beliau?…akan tetapi saya tetap terima semua tuduhan itu…sepertimana rasulullah saw mau berjuang menegakkan agama Allah swt…beliau saw dituduh menipu, menyihir dan bermacam-macam tomahan kaum mushrikin lemparkan pada dia…tujuan saya di sini kerana ingin mencari seorang lagi isteri ke 2..ikhtiar saya belum lagi membuahkan hasil…ya mungkin saya masih baru di sini..dan saya perlu korbankan sedikit kesabaran di sini kerana mengharapkan redha Allah.
about 3 years ago
…nak salahkan pompan tak boleh juga nak salahkan lelaki pun tak boleh juga…sebebeno…lahir aje anak tu tak kira lelaki ke perempuan ke….emak bapak dia kena tonekan dia….kalu tonenya main talar atau membiarkan tak nak di didik dengan kehendak agama Allah ta’ala…maka keparit kelongkang ler pendirian anak tu bila dah besar nanti..maknanya budak tu dah besar mesti peratusnya jadi golongan hampeh ler…tapi kalu emak bapak dia setting tunning tone anak-anak dia ikut apa yang dikehendaki Allah ta’ala dalam quran niscaya…berseri-seri wajah budak tu bila besar nanti dengan akhlak terpuji…n so aku no komenlah….aku ada anak dara 5 orang dan 1 jantan belaka…yang ada dalam kepala otak aku sekarang….usaha nak set otak they all rajin buat apa yang Allah dan rasulnya suruh….cita-cita aku…aku tak mau they all menuduh orang tanpa bukti yang haq dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran dalam melaksanakan ibadah…mohon maaf kalu ada yang tak kena…kalu tak mau anak besok dah besar jadi penipu, perompak, pembelit dan macam-macam lagi perangai iblis maka berdoalah untuk kebaikkan diri sendiri,isteri,anak-anak dan warga islam….wallahu’alam.
about 3 years ago
Salam
Lama benar x menjenguk ruangan nie. semakin byk rakan bru & yang lama msih berada di ruangan ini.
Kenapa perlu ada penipuan, seandainya benar ingin menjalinkan persahabatan. Kenapa perlu berselindung sekira jujur dlm perhubungan.Kenapa takut pada kebenaran sedangkan ianya suatu kepastian. Renung-renungkanlah…….
about 3 years ago
Perempuan sekarang ni suka putar belit apa yang dorg luahkan pada pasangannya.Janji tinggal janji. Bila ada peluang sedikit mula mahu tinggalkan pasangannya. Memang pon. Itu yang berlaku pada aku. Dapat lebih baik sikit mula jauhkan diri. Cakap lebih la. Last2 sudah kena cari aku balek. Tak malu. Ceh.
about 3 years ago
”Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri kita tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta pada kita”
about 3 years ago
” Pengalaman saya menyatakan susah nak cari lelaki yang betul-betul jujur..masa nak dapatkan cinta kita punyalah beria-ria..manis mulut macam madu bila kita dah sayang dan berusaha kearah kebaikan dia pulak mengundur diri..tak fahamlah..apa yang diorang nak saya pun tak mengerti..kadang2 hingga tahap putus asa kepada lelaki..saya tidak mengatakan saya ni baik tapi itulah hakikatnya..namun saya teruskan berdoa..apapun ada hikmah sebenarnya..Percaya pada Allah”
about 3 years ago
Aku Selalu Ditipui Oleh Wanita² Yg Bermata Duitan
about 3 years ago
Assalamualaikum…. Pada pandagan saya…menipu byk buruk drpd baiknya..yang buruknya kita buat org itu dalm keadaan terseksa dan yg baiknya jika kita menipu demi meyelamatkan nyawa daripada musuh Allah, kita dpt mengelakan diri dari di tindas atau di bunuh dengan niat kerana Allah.
Pesan saya, berilah kemaafan kdp org yg pernah menyakiti kita, nescaya hati kita tidak ada lagi persaan dendam, marah dan pedih. Dan juga segeralah kita minta maaf kpd org yg kita pernah lukai nescaya kita seorang yg pemurah dan akan dirahmati didunia dan akhirat..
Cintailah Allah dan Rasul..
Wassalam..
about 3 years ago
” Pengalaman saya menyatakan susah nak cari lelaki yang betul-betul jujur..masa nak dapatkan cinta kita punyalah beria-ria..manis mulut macam madu bila kita dah sayang dan berusaha kearah kebaikan dia pulak mengundur diri”
Betul tu Eira.
Susah nak dapat lelaki yang jujur pade zaman ni dan banyak lelaki yang suke menumpang kesenangan wanita. Saye bru clash ngan org yang begini. Tapi xpe ade hikmah disebalik tu n mungkin Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk saye. AMIN.
about 3 years ago
salam… hehe… korang ckp pasal bab2 tipu ni betulah,
tp yg x btul nye name korang 2 name tpu,
letaklah name btul singkatan ke ok gak…,
ini aku tgk name pelik2 jer sorang2
nk ckp bab2 tpu ni mmmm……,
sape yg makan cili 2 terase la pedasnye…hehe
‘LU PIKIR LA SNDIRI’ aSALAMUAlAikum
about 3 years ago
kenapa perlunya menipu? sungguh sakit dihati dan perasaan apabila diri ditipu. Jgnlah dibuat main soal hati dan perasaan. Biarlah aku merana sekarang daripada merana kemudian hari. Semoga ketabahan dan kesabaran aku ni menjadi pendorong utk aku melalui hari2 mendatang. Hanya pada Allah jua tempatku mengadu.
about 3 years ago
assalamualaikum…..
AHmad….mcm kenal jer awk nie….AHmaD Shada…ermmm…awk bukan seorang yang menipu…awk rajin..matlamat bagus,…
about 3 years ago
salam.knp ade lelaki baik dr segi agama,ok da,hfl quran,pndkwh… da berpunye,da ajk prmpuan tu khwn,da kenl kan dgn mak ayah,pas2 ble tanye ke org lain psl prmpuan lain tuk jdkn psgn???ape kes???ingt prmpuan ni ape?mmg la benr ssh nak cr yg soleh pd akhr zaman ni.amat2 susah.jgn dipndg dr segi title,zahiriah saje…tp dlm..teruk!!!begi2 jgk tuk dpt yg solehah.wlpn xblaku pd saya,blaku dpn mata dan mbuatkn saya was2 dgn lelaki akhr zaman ini.wallahua’lam.
about 3 years ago
nice n suit article..smg dtambah2kn lg tempias ilmu Allahu Alim kpd mr WM..
about 3 years ago
aii… cik love…
camne plak leh knl sy ni…
mane tau ni…?jgn wat sy conpius cik love…
cik love ni sape erk..???
about 3 years ago
asalamualaikum…..ingin ku mencari seorang lelaki y penuh dengan ke imanan…
about 3 years ago
salam..,
i like tis article coz sgt mberi pgetahuan n ada kbenaranye. Its happen 2 me b4 n bkn nk slhkan ssape tp i also make mistake coz tlalu mpcayai llaki sbg plindung. Knwledge yg cetek myebabkn sy seakan-akan lupa bhw ssungguhnya Tuhanlah yang Maha Pelindung kpd skalian manusia,lelaki n wanita.. Alhmdulillah, sy cpt tsdar n x tsesat jauh ke jln yg dimurkaiNya.Smg dpt mberi ksedarn kpd sy n sume yg dluar sana.Amin..