.. mencari si dia yang soleh ..
Taktik Lazim Untuk Menipu Wanita
Secara fitrah, semua wanita di dunia mencari lelaki sebagai pelindung. Justeru, wanita amat tertarik kepada lelaki yang dapat menjamin keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.
Wanita akan merasa selamat apabila bersama dengan lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ada beberapa golongan lelaki yang selalu mempamerkan kekayaan untuk menonjolkan faktor ini bagi menarik perhatian golongan wanita. Itu adalah perkara normal. Yang tidak normalnya ialah apabila “terlalu” mempamerkan faktor ini.
Juga terdapat segolongan lelaki yang berbohong dengan kemampuannya. “I ada sebuah firma,” “I akan belikan U sebuah kereta,” “I dah ada rumah dua tingkat untuk U,” “I kenal datok ini dan datok itu” dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara yang disebut tidak benar.
Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 21, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?”
Sebaliknya cari seorang pasangan yang sederhana dan rajin. Orang yang rajin biasanya dapat dikenali dengan kekemasan diri mereka. Kereta kemas, rumah kemas, meja kemas, pakaian kemas. Ini kerana mereka sentiasa menggunakan sepenuh masa mereka untuk melakukan sesuatu. Biasanya orang rajin akan mendapat ganjaran baik dari kerajinannya. Itu adalah memadai sebagai jaminan keselamatan kewangan.
Wanita juga akan rasa selamat apabila bersama lelaki yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang keagamaan. Di akhir zaman ini, ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran, ramai yang tidak khatam fardhu ain, ramai yang tidak benar-benar menghayati Islam, pendek kata ramai yang dahagakan agama. Apabila berbicara bab nikah dan kahwin, semuanya akan memberi fokus kepada lelaki yang beragama.
Golongan-golongan lelaki yang mampu memberikan nasihat-nasihat baik, memberi bimbingan dan sebagainya akan menjadi perhatian ramai wanita. Bukan sahaja di myJodoh, tetapi di mana-mana di bumi ini. Ini akhir zaman!
Masalah wujud apabila terdapat segolongan lelaki menggunakan pendekatan ini untuk melakukan maksiat. Pada peringkat permulaan semuanya berbentuk nasihat dan ucapan salam. Pada pertengahannya, semua berbau lucah. Pada penghujungnya, semua akan berakhir dengan perkara-perkara terlarang.
Untuk mengelakkan diri diperdaya oleh lelaki seperti ini, seorang wanita perlu mendalami ilmu agama. Anda mungkin berasa takjub apabila melihat orang lain menceritakan tetang sirah-sirah nabi atau hadith-hadith yang tidak pernah anda dengari. Tetapi anda tidak akan berasa takjub sekiranya anda telah lebih awal mengetahui semua itu.
Tidak susah. Hanya dengan mengkaji dua sumber asal Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terjemahan Al-Quran bernilai tidak lebih dari RM20 boleh di dapati dari mana-mana kedai buku agama atau pasar malam. Hadith-hadih mungkin terlalu banyak untuk dikaji, tetapi memadai dengan mendapatkan senaskah salinan Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.
Dengan cara ini pengetahuan agama seseorang akan meningkat dalam masa terdekat. Bertanya dengan orang lebih pengetahuan adalah amat perlu. Perbanyakkan zikir agar tidak terlalai adalah suatu kemestian. Perbanyakkan solat-solat sunat untuk mencipta rekod diri. Lalu apabila muncul seorang lelaki yang menceritakan perihal agama, anda akan lebih bersedia dan tidak mudah terpedaya.
Wanita juga mudah tertarik dengan lelaki yang dapat memberi keselamatan dirinya. “Macho” dan “carring.” Ini adalah fitrah. Wanita akan berasa lebih selamat apabila lelaki sebegini berada di sisi mereka.
Bayangkan sebuah lorong yang telah diketahui ada seekor anjing garang. Anda ingin melaluinya tetapi anda takut. Tiba-tiba muncul seorang lelaki dan berkata, “tak per cik, jangan takut, kita jalan sama-sama.” Lalu anda berjalan dengan perasaan selamat. Anda mungkin jatuh hati dengannya. Ini adalah fitrah.
Bayangkan pula anda sedang berjalan di lorong lain. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, “eh cik, kat sini ada anjing garang, dua hari lalu dia dah gigit orang. Entah-entah dia nanti gigit cik. Tapi kalau cik jalan dengan saya, cik akan selamat.” Ini adalah contoh penipuan. Lelaki tersebut tidak ikhlas melindungi anda.
Anda mungkin faham dengan contoh di atas dan tahu mengambil tindakkan yang sewajarnya. Tetapi bayangkan apabila anda menerima satu Pesanan Peribadi dari seorang lelaki di myJodoh dengan berbunyi, “Hati-hati dik, di myJodoh ni banyak penipu. Ada orang pernah kena rogol oleh lelaki di sini.” Secara automatik anda akan mempunyai sedikit rasa percaya kepada lelaki berkenaan. Padahal sekiranya dia sekadar menghantar pesanan biasa, belum tentu dia akan mendapat perhatian anda.
Untuk mengelakkan perkara sebegini, seorang perlu belajar bergantung kepada tuhan setiap masa, lalu bertawakal. Bayangkan situasi di lorong tadi, apabila seorang lelaki muncul dan menceritakan tentang bahaya berjalan seorang diri. Sekiranya anda mempunyai keyakinan untuk bergantung kepada tuhan, anda boleh menjawab, “terima kasih encik, tapi ayah saya pesan, jika baca ayatul kursi, InsyaAllah akan dijauhi segala binatang buas.” Lalu anda akan lebih selamat. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 51, “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.
Wallahu’alam.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 3, 2007 at 3:31 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
padan muka dengan lelaki yang terkena dgn perempuan mata duitan. nawaitu tak kuat tapi ada hati nak melayan. suka memilih y tlalu sempurna tp tak pandai nak analisis hak didepan mate, kesian….
about 3 years ago
imanuli:- same jer lelaki ngan perempuan pun….
about 3 years ago
lelaki..emm ni dr pengalaman thn lalu..knl melalui chat.. mula..wah baik gila, bila nak berpisah, nangis..kwn xsmpi setahun, mula minta top up..selang sehari RM10..lps tu minta pinjam duit..kalau xbg mrh2..lps tu xcntct, bila cntct ckp hset hilang..pinjam lg duit beli hset..xnak yg murah2..beli yg RM1600..gn kad kredit kita..lps tu dah byk sgt nmpk mslh..top up la plg xthn..dah abis masuk RM3000 dgn duit beli hset, last2 dpt 1 call..ckp lelaki ni tunang dia..n skrg tgh mabuk cinta dgn s’org ppuan lain..n duit tu abis utk ppuan t;sbt..so..sy pun kn tipu, tunang dia pun sama..emm itulah citenya..sian..
about 3 years ago
berterus-terang itu lah yang sebaiknya..kalau sama-sama menipu,sama-sama akan rasa kesan kesakitan dari penipuan itu….
about 3 years ago
…hanya Allah yang mampu membalas segala2nya. Dan kadang-kadang musibah tuh dapat menjadikan kita lebih berhati2 dan lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah…
about 3 years ago
KITA TIDAK MENGETAHUI ADAKAH NIAT SEORANG LELAKI ITU IKHLAS ATAU TIDAK, KERANA TIDAK ADA ALAT PENGUKUR KEIHLASAN SESEORANG. SEKIRANYA LELAKI ITU MENGAKU SEJARAH HIDUPNYA DAN KESILAPAN2 YANG TELAH DILAKUKANNYA SERTA BERJANJI UNTUK BERUBAH, DAN DALAM TEMPOH MASA LBH DR 2 THN DIA MENUNJUKAN KESUNGGUHANNYA UNTUK BERUBAH, ADAKAH LELAKI ITU BOLEH DIPERCAYAI. TOLONG BERIKAN PENDAPAT ANDA YA. TERIMA KASIH.
about 3 years ago
sis zyla, adakah anda MAHU mempercayai dia?
4rom me;
saya mahu utk percaya. after all i m simple n naive.
hati manusia ni mcm sehelai bulu di padang pasir, mudah berbolak balik bila ditiup angin yg cumapun sedikit.
ikhlas pada niat, insyaAllah Allah tolong pada amal. issh istiqomah pada amal bukannya senang…
Lg satu bwat plan trap dia cam polis bwat speed trap. foolproof nyer plan. pasang spy, booby traps etc etc. kalau tak sangkut, at least 90% or so he is trustworthy
Allah Ahad.
psst, hati awk pn mesti tgh berbolak balik kan. kan kan dah ckp dah. istikharah dn pautkan pada Dia supaya mengilhamkan petanda. the rest is redha n tawakkal.
about 3 years ago
Bukan senang nk cari Mr. Right…ZYLA… bukan ada ramuan yg mujarab nk yg terbaik.yg penting teletak pada hati kita sendiri.. kalau kita fikir baik… baiklah jadinya…
Setia, btanggung jwb, xbnyk kerenah, memahami, bertolak ansur dan yg manis dan indah belaka….
bila kawin tinggal cuma jawab? tanggungnya ilang… Bertolak ansur??? yg tinggal cuma tolak… ansurnya lesap…
Ketika betunang sanggup mmecut keta tgh malam, kalau lapar tepon dia dtg… walau pun jrk 30 km dlm masa 20 minit dh sampai…. bila dah kwin mngadu lapar… dia tarik selimut dan suroh diet…
Lepas kawin.. baru tahu punca sebenar ttg sikap suami… tidak amik berat soal agama… semakin lama, soal itu makin mcekam prsaan… apa lgi diajukan kepadanya dia hanya tersonyum simpul… ati pun sakit… begitulah sikap manusia payah hendak di duga… mmg “ideal” jika benar2 dpt mmbaca dan mengenali psgn sebelum kawien..
Cuma kita harus ingat Allah mengetahui sgala2nya brdoa jln tebaik… ingat kita menumpang idop didonia semtara saja… Roh tidak mati, yg mati hanyalah jasad tmpt roh menumpang…
Fikirkanlah dunia merupakan tempat perjuangan dlm mengisi bekalan dan persiapan bgi menuju destinasi terakhir… jgn memilih sngt… kalau tiada sapa.. sya rokmen kan Vanckulop sedia jadi bapak kpd anak2 anda?????????
about 3 years ago
zyla..
adakah lelaki yg anda maksudkan anda knl melalui mj?
about 2 years ago
hermmm
about 2 years ago
Terima kasih untuk blog yang menarik
about 1 year ago
ADA SORANG KAWAN 2 SANGGUP WAT LOAN SEMATA2 NAK BAGI KAT LELAKI.DIA INGAT LELAKI 2 BTOI2 LA NAK KAWEN NGAN DIA LAST2 LAKI 2 CKP KAT DIA “JANGAN HARAP CINTA DIA LAGI”…TERUK GAK SAYA NAK MOTIVATE DIA.ARI2 CALL NAK LUAH PERASAAN…INGATKAN DAH INSAF RUPANYA TEKENA LAGI NGAN LELAKI DARI SABAH..PINJAM DUIT, AMEK HP KONONNYA TAKUT LELAKI LEN KOL RUPANYA NAK KEBAS HP KWN 2…HMMM, KALI NI XNAK LA BG NASIHAT PA DAH….DAH X NAK DGR CKP KWN.
about 1 year ago
saya ada bf y dh kenal lebih 5 thn..kami mmg saling syg. sy syg dia kerana ilmu agama y ada pdnya tp dr segi kewangan dia mmg serba kekurangan..stp kali kami keluar sy sj y akn kuar blnja. sy xkesah sgt pn tp mak sy menentang hbgn kami kerana mslh ini..rasa2nya patut ke sy tinggalkan dia hnya kerana kelemahannya y satu nie..?
about 1 year ago
lazim ‘ayat-ayat cinta’ sebegini diungkapkan teruna kepada dara…
“sayang!untukmu lautan api ku sanggup tempuhi..”
“anje, sihat ker macam pucat jer?..”
“Biar abang yang tolong angkatkan semua barang2 ni yer..”
dan sebagainya……..
tetapi lepas kawin, ape jadi??
“aku lapar la, pergilah masak!!kang aku tumbuk karang..”
“buat sendiri la..”
“sendiri yang buat hal,sendiri tanggung la..”
“u yang sakit, bukan i yang sakit..”
pe kess????
moralnye, bertawakal sepenuhnya kepada Allah swt dalam soal jodoh ini, terimalah baik dan buruknya pasangan yang kita pilih sebab keputusan 100% terletak di tangan kita wpun parent anda yang memaksa, sebab kita yang akan merasa..
about 1 year ago
Salam semua….bnyk membaca komen2 teruja nk share. sya salah satu mangsa tertipu oleh yg mengaku duda mllui web myj kononnya entah benar atau tidak…..Allah yg mengetahui. berlandaskan agama dan sbg nya menyejukkan hati ttp bertopeng rupa. biarlah jika dia terbaca disini……tahulah dia siapa dirinya sbnr.
Allah memberi petunjuk yg sbenar siapa dia, ada juga widow lain yg dia tipu.