.. mencari si dia yang soleh ..
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah
(tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan
(segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah
dan
[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca
100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.
Noto kaki :
———-
[1] http://hadith.al-islam.com ; Sunan Tirmizi : 3305
[2] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Bukhari : 7008
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Bukhari : 5926
Kenapa Masih Belum Berumahtangga
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Teknik Betul Memohon Doa Daripada Al-Quran
Formula Jutawan Islam
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on July 2, 2007 at 9:20 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
assalamualaikum…cite bab2 putus cinta nie sya pun baru je putus cinta…frust jangan cakap la…benda nie makin dilupa makin diingat…yang sukarnya bagi saya kami satu tempat kerja..hari2 nampak dia…sebelum nie g kerja sama2..balik kerja pun saya hantar dia..tapi sekarang tegur pun dia tak sudi…bagi saya dialah perempuan terbaik yang saya pernah jumpa…kalau diikut tahun depan dia dah setuju kawin dengan saya…tapi entah mengapa dalam masa yang sama,dia memberi harapan dengan orang lain…yang lebih menyedihkan orang tu hanya dia kenal melalui internet…kekadang dia call untuk urusan pejabat…tekenang kembali saat2 bercinta dulu…tapi tulah mungkin dah tiada jodoh…terima jalah…memang la payah…tapi yakinlah setiap orang sudah ditentukan nasib dan jodoh masing2….ini lah lumrah hidup setiap pertemuaan pasti ada perpisahan.bezanya perpisahan hidup atau mati saja…tapi jangan putus asa kerana Allah sentiasa membantu hamba-hamba-Nya….
about 3 years ago
wannanne….tanx…..
about 3 years ago
Wannanne..,saya juga simpati dengan Allyia, malah kpd semua orang yang meluahkan perasaan di sini. Sekadar memberi pendapat dan pandangan agar mereka boleh menerima kenyataan dari apa yg telah berlaku serta mengharapkan jiwa mereka menjadi tenteram dan berupaya menjalani kehidupan normal kembali.
Ianya memang sakit dan perit sekali. Sebenarnya dlm hidup yang kita lalui ini memang terdapat pelbagai rintangan dan halangan dlm usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik.
Kita kena akur dalam semua keadaan dan suasana yang menjelma dalam hidup kita ini…, sama ada kita suka maupun sebaliknya. Itulah ketentuan dan ketetapan yg telah tertulis.
Jangan ada marah dan tiada dendam di situ, malah jadilah seorang pemaaf kerana ianya memberi ruang dan peluang utk kita mengutip pengajaran yg sgt bermakna dlm mengemudi haluan kehidupan ini. Semua pengajaran ini tidak terdapat di dewan kuliah. Sewajarnyalah.., alam yang terkembang kita jadikan guru.
Untuk berhadapan dgn masalah yg begini, kita perlukan kekuatan mental dan rohaniah. Jasmani akan menurut saja melalui bisikan hati. Tetapi manusia yg beriman, minda yg cerdas lagi cemerlang tidak mudah untuk membiarkan tubuhnya dihancurbinasakan dlm apa jua keadaan. Semuanya ini dipandukan oleh ilmu yg mendasari kehidupan individu yg terbabit.
Justeru itu, jadilah insan yang bijak dalam menguruskan soal-soal emosi….! Berpelajaran dan berpendidikan tinggi bukanlah tiket yang memastikan seseorang itu berjaya menguruskan soal-soal emosi, kekadang hidup individu yang terbabit lebih tertekan bila masalah menghimpitnya datang dari pelbagai penjuru…! Maklumlah masalah di tempat kerja tdk berjaya diselesaikan, ditokok pula oleh masalah peribadi.., memang boleh jadi mereng dan biul seketika…!
Jadikan hidup seringkas yang mungkin dalam soal emosi dan kesampingkannya. Minimakan risiko. Jangan letakkan 10 biji telur dalam satu bekas. Dan akal mestilah sentiasa mengatasi emosi.
Berbaloikah kehidupan kita.., sehingga prestasi kerja merosot, kerjaya dipinggirkan, keluarga menjadi hairan melihat perubahan kelakuan/sikap dan hubungan dengan rakan-rakan menjadi renggang disebabkan oleh spesis jantan/betina..?
Adalah sia-sia kerana semuanya itu berlaku disebabkan kita gagal memenangi hati individu yang jalang…! Kepada semua.., sekira anda gagal dalam menjalinkan hubungan untuk membentuk kombinasi.., maka tanamkan dalam hati…, dia bukanlah yang terbaik untuk anda sepertimana yang telah dijanjikanNYA…!
Uruskanlah hidup anda semudah yang mungkin dan jadilah seorang yang ceria meskipun menempuh kegagalan…! Di situ terdapat banyak pengajaran.
about 3 years ago
akum… benarla org ckp cinta itu indah bila besama tapi bila terpisah pahit dan kesengsaraan dtg mengganggu kehidupan,, saya baru putus cinta pda awal nov 2008.. hari lahir si dia yng mengingatkn sya betapa hancurny hati dan perasaan saya bila si dia selama 8 tahun saya setia bersamanya.. dulu waktu susah saya bersamanya.. bila beliau sudah senang ditinggalkan saya keseorangan, hanya utk bersama perempuan lain,,megah skali beliau melafazkan yang cinta dan sayang beliau sudah tumpah pada perempuan itu,, bukan lgi pada diri sayabetapa hina nya saya d mata beliau.. saya menjadi terlalu kecewa hinnggakan sanggup saya ucapkan pada ibu saya,,, mak… tak kawin sampai tua pun takpe la… ,na dah tak percayakan lelaki lagi……..
about 3 years ago
bukan kerana saya tidak percayakan ketentuan allah.. saya trima ujian ini.. dgn hati yang redha.. tapi sekarang saya masih ada lagi sisa sisa kecewa yang belum tentu boleh diubati.. saya benar benar kecewa dgn beliau.. benar benar… hanya allah saja maha mengetahui…
about 3 years ago
elina…sy tumpang simpati…kuat kan hati k….banyak kan berzikir…. ingat lah” tiap2 kesukaran itu..di sertakan kemudahan”(surah al-inshirah,ayat 5),…berdoalah pada allah…luahkan segalanya pada allah…ia akan wat diri kita tenag……semoga elina kuat kan hati k….harap kita dapat jadi sahabat pena…
about 3 years ago
4 elina hrp sbr k dgn pe yg terjadi….hrp elina sudi email sy..pki nama sy nie tuk email sy….van ko pn lh gk klu nk email…..geram tul aku ngn ko…..hehehehe
about 3 years ago
Masak sup terlebih garam
Sup power sup tulang
Dapat kawan seorang yg geram
Daging disiat tinggal tulang
Wajahnya comel manis bergaya
Pulang lewat kawan hantarkan
Wahai kekawan tolonglah saya
Dah kena penampar ku ditinggalkan..!
Dari Pekan pergi ke Maran
Berbaju labuh kebaya panjang
Kalau geram kembarnya baran
Aku tak sanggup kena terajang..
Petang hari duduk bersantai
Pekena kopi likat dan pekat
Angin bertiup sepoi bahasa…
(..Omarm, tolong abiskan pantun 6 kerat ni..)
about 3 years ago
salam..gaye saye ade sket kot cam didie_allyia..lpas ni nk blaja jd org yg pnyabar..
about 3 years ago
hai Van… udah lama tak dengor kabo…..
Petang hari duduk bersantai
Pekena kopi likat dan pekat
Angin bertiup sepoi bahasa…
Cantik menawan ramai yg nak intai
Bagaimana Jejaka berani nak rapat
Asyik baran sepanjang masa…
about 3 years ago
salam..pada semua..
about 3 years ago
Batas penglihatan begitu sempit ,sedangkan bunga2 di taman begitu bnyk.Dia yang memetik bunga pada musim bunga ,mengadu tentang ketidak cukupan tangan .Mgapa perlu merasa kecewa n merana kerana jika bukan kerana si dia yang kita sayangi di ambil orang lain satu hari pasti dia akan di ambil juga oleh Allah s.w.t.Kerana itu jika kita cinta n syg kan sesorg perlulah dgn nawaitu kerana allah.memglah taat setia hanya pada suami tapi itu hanya kerana allah.Mengapa bila kita bercinta n berkasih syg tak sama macam kita sayang kan keluarga yang lebih dulu kita kenali sebelumnya si dia.hingga ada yang sanggup meninggalkan keluarga semata2 kerana cinta pada seorang laki atau perempuan yang tak sampai 10 tahun kita jalinkan persahabatan.selepas itu apa yang terjadi .Tiada restu keluarga…perlu di ingat juga bila kita menerima seseorg dlm idup kita maka kita kena menerima ahli keluarganya juga…tapi jika mereka tak dapat menerima kita perlukah kita mengambil si dia yang sememangnya di miliki oleh keluarganya tanpa izin dan doa restu org tuanya….di sini bukan niat saya untuk menidakkan kekecewaan dlm bercinta.saya juga penah alami dimana sidia yang saya kenali setakat hnya 4 tahun terpaksa saya tinggalkan demi allah kerana ibunya tidak dapat menerima saya..hnya kerana dia mempunyai pilihan yang lebih baik untuk anaknya.pasti dia seorg ibu yang baik kerana menjaga kebajikan anak nya supaya masa depannya lebih terancang …..saya redho.Saya terpaksa menyakiti hati si dia dgn mgatakan saya ada kwn lelaki yang lain ,yang lebih baik dr nya.Sungguh dia juga seorg laki yang baik,melepaskan saya dengan iringan doa smoga saya berbahagia dgn pilihan saya.pilihan 1st selalu kita rasakan adalah yang terbaik….sehingga susah utk menerima seseorg utk kali ke-2 atau seterusnya.tapi stakat saya seorg yang hanya baru bercinta 4 tahun dgn nya apalah sgt jika nak di bandingkan dgn ibunya yang membesarkannya sejak 25 tahun…bak kata perempuan ,istri boleh ditukar ganti tapi ibu tiada gantinya hingga ke syurga.walaupon org selalu kata hati perempuan seperti kerak nasi…bila direndam ia akan lembut juga n dibersihkan maka hatinya akan bersih semula….alangkah mudahnya menjadi kerak nasi,tapi bukan semudah yg di sangka….segalanya tlh tertulis di luh mahfuz pasti ada jodoh saya dan juga sahabat2 yang lain……MUNGKIN KITA TAK TERCIPTA UTK SIDIA ,TAPI UTK SESEORG YANG ALLAH S.W.T CIPTAKAN UNTUK KITA…….maassalamah
about 3 years ago
Pulang teman dari beburu
Di anak tangga dok termanggu
Gulai basi kuat terhidu
Apa jadahnya sudah berlaku
Diteliti sekitar ruang tamu
selekeh benar, penuh debu
Dinding putih bertukar kelabu
Berpalit kotoran tidak menentu
Di dapur lagi menimbulkan geli
Periuk belanga menimbun tinggi
Pinggan mangkuk masih berdaki
Lantai terasa melekit sekali
Khayalan tersentak…tersedar leka
Teman berpijak di bumi nyata
Harapkan cuma Cantik rupa
Bukan Suri penyeri bahagia….
about 3 years ago
Bagaimana nanti jika dikurnia
Putera puteri warisan baka
Didikan apa akan di tempa
Ibu Cuma pentingkan muka????
Bakal ayah kurang senang
Dipanggil isteri datang kemari
Tetapi isteri sukar mengerti
Apa di hirau habuk dan Daki???
Bukankah dia cukup melayani
Pakaian selalu bertukar ganti
Wajah sentiasa berseri seri
Badan dilumur minyak wangi
Bukan sekadar itu tugas wanita
Kediaman bersih lagi selesa
Jamin kesihatan keluarga bahagia
Mata terang, fikiran pun lega..
Kuberi tempoh puteri jelita mencuba
Mengubah laku warisan keluarga
Tetapi payah BARAN kerana sudah biasa
Terasa diseksa seperti dalam penjara
Aku memutus tiada harapan
Berterusan begini, jiwa tertekan
Biarlah di sini putus hubungan
Lari masuk hutan kerana berlainan haluan..
Jwp jgn tak jawap????
about 3 years ago
akummm.
buat teman teman.. trima kasih ngan kata kata sokongan anda. elina benar benar menghargai.. sesungguhnya segalanya berlalu begitu cepat, tanpa elina sedar bahawa kemanisan bercinta itu hanyalah sementaraa.. tanpa elina duga berakhir jua dgn perpisahan.. kekadang terfikir di fikiran elina.. kenapa perlu elina kenal ngan lelaki ini. alangkah indahnya sekiranya elina tidak pernah mengenali beliau.terlalu kejam lelaki ini., buat elina sengsara, bagi kebahagian pada elina dan beliau juga yang menghancurkan hati elina. apa dosa dan salah elina sehinggakan beliau membuat keputusan yang terburu buru. tidak adil, tidak adil bagi elina,…….! nape kejam sangat…nape buat elina mcm ni.. elina benar2 kalah… mungkin ini yang dirasa oleh orang lain.. begitu perit ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, yang kita setia, elina benar benar kalah.. lemahh.
about 3 years ago
salam..
saya pun baru je kecewa. dah dua kali cinta sy tak mendapat restu dr pihak lelaki..paling menyedihkan, sy berkorban kasih dgn membenarkan kekasih sy mengahwini pilihan ibunya. sy ditinggalkan jua akhirnya untuk kali kedua. sy tak tahu lagi bgmn nak menghadapi saat2 getir dlm hidup ini…sy pasrah pada ALLAH utk menentukan jodoh sy. jauh disudut hati, sy masih menyayangi kekasih sy.
about 3 years ago
dengarlah ayat-ayat suci al-quran.kerana di dalamnya tersimpan seribu satu penawar untuk mengubati hati yang terluka..bacaan daripada sheikh misyari al-afasy pasti meruntun jiwa untuk mendekati pencipta kita..
about 3 years ago
Salam.. mcm kwn2 sumer, sy pun baru putus cinta.. rase hampir gila d buat nyer…itulah cinta pertama sy, die lah lelaki pertama yg berjaya memiliki cinta sy, namun, setelah tiga tahun bersama, die meninggalkan saya.. semua janji2 manis nye die lupekan begitu saje.. sdih sgt…
about 3 years ago
salam…..sya x sangka dalam tahun baru ni saya ditinggalkan..trlalu perit rsanya tapi kena hadapi jg…. bru bebarapa ari lepas…kami putus…sakitnya tuhan saja yg tahu..tapi dia mungkin lagi sengsara hingga dimasukkan wat sb trlalu fikir benda ni..kami x dapat brsama sb x direstui…oleh keluarga.kami becinta jarak jauh..dia kat p saya plak kat s.alasanya kluarga x boleh trima saya sb jauh n org s n kluarga dia ada pilihan…
tapi saya bangga ngn dia..dia sanggup melihat kami bedua kecewa dari kecewakan keluarganya..tu yg buatkan sya sayang dia sangat-sangat..tapi sya sntiasa berharap agar ada jodoh antara kami. malah sya rela dijadikan no 2…tpi dia x sanggup sb dia x nak saya lagi tersiksa…dia takut x brlaku adil apatahlagi nafikan hak sya dihadapan keluarganya..malah katanya andai ada jodoh, kami akan diketemukan juga..malah dia nak kami tetap jadi kawan..dan mendoakan saya berjumpa dengan org lagi baik dari dia..tapi mampukah saya lupakan dia..sdngkan sya da terlalu sayang dng dia..saya tahu dia derita…kami sama2 mengalami rasa derita ini..tapi saya akn sentiasakan doakan dia n masih sentiasa mengharap ada sinar utk kami berdua walau sesulit mana, walau ia amat sukar n sesungguhnya tuhan itu maha pemudah urusan..
about 3 years ago
CiNta ItU BuTa su..
Apapun terpulang pd individu masing2..
about 3 years ago
Assalamualaikum..
Su..Ni ada masa saya nk taip pnjang2..Saya faham perasaan awk su,sb mcm ner perkara yg dah berlaku pernah saya lalui gara2 krn family..Apa nak buat kan..Annggapla tiada jodoh..Ada rahmat disebaliknya..
Su,pd permulaannya,memangla sukar utk kita lupa pd org yg kita sayangi..lebih2 lagi dah berkawan lama walaupun dapat tentangan dari family..Masing2 family bg alasan..Tak pelaa saya pun pasrah dan redha dgn apa yg berlaku..Alhamdulillah skrg saya dah tenang..Mungkin kita akan dpt yg lebih baik drnya..Insyaallah..
Apapun su..berdoa bnyk2,smbhyg sunat hajat/isthikarah,mohon petunjuk..Insyaallah mudah2an..hati akan kuat utk menhadapi apa2 yg akan berlaku..Saya pun buat mcm tue..Tp tipulaa klu saya cakap tiada memori dlm ingatan..
tp skrg hati dah tak mcm dulu,sb bila org lain dah masuk dlm hati kita,lama2 hati kita dah tawar pd org yg kita tak jadi nk menikah..
Biarla masa yg menawarkan segala2nya berlalu..
Apapun serahkanlah hati,jiwa dan raga pd yg menciptakan diri kita..ngadulaa pd Allah yg Maha Esa..hati kita akan tenang..Insyaallah..ada rahmat disebaliknya su..Mungkin kita akan dpt yg lebih baik drnya su..Percayalah..
Saya dah lalui spt su..tp saya lagi teruk dr su..sb saya dah tak ada harapan nk hidup bersamanya krn dah disumpah ngan my mom,”ibu tak izin hang kahwin ngan dia di dunia dan akhirat..”
saya lagi sedih dr awk..Saya citer pun hati pilu..Itu citer lama..saya kongsi pengalaman saya pd awk..
Masa dah rancang nk menikah,bapak saya setuju,tp saya ada masaalah sb terfikir2 ngan kata2(sumpah) ibu saya tanpa pengetahuan bapak..
Bila saya cerita pd bapak saya..bapak kata tak elok klu kawen ngan dia..Ibu pun dah sumpah sampai mcm tue..
so,saya dekatkan diri pdNya,mohon petunjuk..Klu kata2 ibu dah mcm tue,tak boleh ditarik balik..Jadi,sy tinggalkannya dan buat perangai mcm2..Tp hati kita jea yg terseksa..Saya kuatkan hati jugak dan ingatkan Allah bnyk2..
Skrg saya dah bahagia ngan diri sendiri..Alhamdulillah..
Restu kedua org tua penting su..Fikirkan yg terbaik utk diri sendiri su..Sy doakan yg terbaik utk awk su..
CiNta itu buta su..apa2 pun klu tiada iman dlm hati,kemungkinan kita dah lama ikut hati dan perasaan spt kawen lari..Tp saya ada prinsip hidup..Selagi saya masih anak mak bapak,saya tak mahu melukai kedua2 org tua saya,dan saya tak mahu maruah keluarga saya tercemar krn sy..
Skrg Alhamdulillah,saya redha dgn apa yg berlaku..
Begitulah cerita saya su..bila saya citer mcm nie n ungkit hati rasa sebak..saya fhm perasaan awk..saya pun dah lalui spt mana terjadi pd awk..Perit..Kena bnyk bersabar su..
about 3 years ago
Begitu terharu Bro mmbacanya… macam kisah Laila&Majnun sungguh hebat, ibarat di langar burung geruda punah ranah….
Sudah menjadi ketentuan maha penciptanya, sbgai rumusanya Allah taala yg menciptakan manusia dan alam semesta dgn ketentuannya… hidup mati di tangannya…begitu jua Jodoh.
Dia jugalah yg telah menurunkan al-quran sebagai hidayah (petunjuk) kpd umat manusia. siapa lagi yg lebih mengetahui tentang hakikat dan rashia alam semester ini jika bukan pencipta yakni Allah???
Amik kisah dan ikhtibar dari hadith dan al-quraan sebagai pengiktibaran serta panduan kehidupan manusia…
Wallahu’alam.
about 3 years ago
wsalm…tq sb sudi baca n kongsi cerita ngn saya….tapi sukarnya nak hadapi saat ini…klu dia jahat senang nak lupakan tapi ni x.pusing kiri kanan nampak wajah dia..teringat kata2nya.. tapi saat ini saya masih lagi meletakkan harapan..kerana manusia tanpa harapan adalah manusia rugi
about 3 years ago
heheh…saje tompang lalu
about 3 years ago
tumpang sedey bace citer korang…ape2 pon….hidup mesti heppi…klo sedey2 gak….
marilah kite tengok citer tande tande tandeket!!!!!!!!!! sesamer
about 3 years ago
tak pon citer barbie……layan jek……………..yang latest mariposa……cun woooooooooooooo barbie doll tuh
about 3 years ago
Assalamualaikum,
Betul cakap su tuh, kalu si dia jahat nk lupa tu boleh tapi tak de la mudah mana sbb kita akanfikirkan juga kebaikan dia bab kata pepatah, nak membenci sesorang fikirkan kebaikan dia. Dan kata pepatah lagi..nk menyayangi seseorang pun biar berpada2, pikirkan kejahatan dia plak. heheh.
Tapi kalu dia mmg baik, hmmm hanya masa dan usaha je yang akan jadi penawar. Usaha macamana? Lebih dekatkan diri pada Pencipta seperti saranan Purple, pasti berjaya. Sisa kenangan tetap akan ada, itu dah jadi sejarah dan asam garam kehidupan. Kata hadis Riwayat muslim “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperolehi kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya” Aamiiiin
about 3 years ago
Walau macam manapun,berterus-terang adalah lebih baik..minta dgn elok2..kena berani hadapi cabaran dan rintangan..jgn lupa mohon petunjuk pdNya..
Klu saya dah bnyk tertekan nak harungi..sb semua keluarga tak boleh terima krn statusnya duda ank dua dan berketurunan kling(mamak piau)..
Saya pun hadapi jugak bila berdepan dgn situasi yg sukar,bila dpt tentangan hebat dr family saya,semua org masuk campur n bnyk nasihat suruh cari lain,walhal hati kita sendiri tak siapa yg akan fhm..sb saya tak boleh terima dgn alasan apa sbnya duda?apa salahnya status duda..tak semesti anak teruna semua baik!!itu yg saya jwb..
Ibu saya percaya apa yg dia pi menengok..katanya “hang takkan bahagia klu kawen ngan dia,sb hang akan hidup teraniyai klu hang kawen ngan dia,klu hang tak percaya cakap ibu,hang tengoklaa..Dia akan pukui hang,n akan balik kat ex-bini dia..”
Saya cakap “awat bomoh ke yg tentu hidup sy?Awat ibu percaya sngt cakap bomoh2 nie?!!bomoh boleh tau ke apa yg akan berlaku pd masa depan??dia kaa yg tentu jodoh sy??!
Ank ibu nie pun bukannya baik sngt..bnyk kekurangan yg ada kat sy..Saya minta dgn elok2..tp ibu berkeras dan tak boleh terima..hurmm klu tak bg jgak kawen sy boleh guna wali hakim..
Bila ibu saya berkeras tak mahu jugak,sampai ibu kata “aku tak izin hang kawen ngan dia dunia akhirat”..
Sb tuelaa ibu saya cakap mcm tue..
Bila lama2 saya tetap kawan jgak ngan dia..tup2 dngr2 bapak suruh pi daftar borang kat pjbt agama..Sy minta bg masa utk saya berfikir..Hati sy tak tetap pd dia,sb dpt tentangan dr semua keluarga..
Bila hati bapak dah sejuk,baru saya cerita apa yg berlaku antara ibu dan saya..mengenai bomoh,bapak sy cukup marah sb ibu pi menengok2..bapak cuma pesan jgn sesekali sy pi menengok2 kat bomoh!ingat bapak pesan..!bapak sy pun terasa apa yg ibu sy cakap “aku tak izin hang kawen ngan dia dunia akhirat”..bapak sy pun jadi susah hati..suruh saya berfikir pnjang..saya pun buat keputusan lebih baik saya tidak berkwan ngan dia..Saya anggap ada hikmah disebaliknya..
Saya tak boleh pentingkan hati dan perasaan saya,tp kita kena fikir lebih jauh dari itu..
Utk su,minta dgn baik,dan berterus terang..suruh si lelaki tue cakap betoi2 pd orgtua sendiri..kena berani dan cekal utk berdepan dan hadapi cabaran..Percayalah ada jodoh tak kemana..klu tiada jodoh redhalah dgn hati yg terbuka..Insyaallah ada hikmah dgn apa yg berlaku..Mungkin su akan dpt yg lebih baik drnya…Percayalah..
about 3 years ago
Kata hadis Riwayat muslim “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperolehi kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya” Aamiiiin
Ayat2 nie buat kita semakin tabah utk hadapi dgn tenang..Thnx HatiNur..
Salam perkenalan dari saya..
about 3 years ago
salam perkenalan..
sebak sungguh ati sy membaca kisah saudara dan saudari di atas..skg sy pun turut melalui peristiwa yang sama dengan kalian..sy sungguh tak sangka permulaan tahun baru ni permulaan kisah duka saya..sy tak tau macam mane nak menghadapi hari mendatang dalam idup sy..tp sy tetap kuatkan semangat masih ramai lagi yang sayangkan kita terutama famili kite dan kwn2..sy pun frust yang teramat2 sgt..tak sangka sy ikatan cinta dan pertunangan yang diikat hanyalah sandiwara semata-mata..dia mmg pelakon yang sungguh hebat..dua tahun sy mempersia-siakan masa sy menyayangi dia sepenuh..sy sangkakan dia pun sama..tp awal tahun ari tu sumenye terjawab..padan la sy nmpk byk perubahan pd diri dia x mcm2 mula2 kami bcinta dulu..rupanya dia bcinta dah dengan org lain di belakang sy..kenapa la lelaki ni cpt tul berubah hati..yang sedih dan kecewanye sy lg 4 bulan keluarga masing2 dah merancang nak melangsungkn perkahwinan tp dia boleh wat sy macam ni..kejam sungguh dia..dia minta putus dan mghilangkan diri macam tu je..tp xpe la mungkin semua ini ujian Allah S.W.T kepada saya dan sy menerima ketentuan ini dengan redha walaupun sakit dan luka yang ada dalam hati ni hanya Tuhan je yang tau..hampir 2minggu sy tak makan tido pun tak tenteram mengingatkan ape yang telah berlaku..prestasi kerja pun menurun teruk..ade je salah n silap sy kat tmpat keja..alhamdulillah skg sy dah boleh menerima kenyataan tak rugi sy kehilangan dia..lg elok sy kehilangan dia skg sblm sy dpt tau perangai dia lps bkahwin..mungkin ada hikmah ats apa yang telah terjadi..dia mungkin bukan jodoh yang terbaik utk sy..dan biarlah dia bahagia dengan jalan dia pilih walaupun sukar untuk sy melupakan dia..hanya masa yang boleh mengubat segalanya..semoga sy dipertemukan dengan insan yang menyayangi sy seadanya..amin..
about 3 years ago
salam semua,
sy pn pnh alami perkara2 yg mcm korg nie seme. mse2 mula, mmg rse down sgt and ble dah lama, baru sedar akan ‘permata’ yg Allah anugerahkan sebenarnya. Tanpa ujian itu, sy tidak mungkin dapat dan sedar tentang berharganya ‘permata’ itu.
Kwn2ku, jgnlh berkeluh kesah, bergundah gulana hanya kerana seorang makhluk. semua itu ujian bt kamu n sbnrnye ade hkmah yg amat berharge dsbliknyer. myb dgn prtiwa ini, kita akan lbih mengingati Allah.. aggaplah juga peristiwa ini sbgai teguran drpd Allah..sesungguhnya Allah itu amat rindu mendengar rintihan dari seorang hambanya..so, berdoalah dan terus berdoa.. Allah itu maha mendengar..
kawan-kawan,
jika seseorg tu ‘buat hal’ atau pun sewaktu dengannya, serahkan saja dia pada ALLAH..ALLAH akan uruskan segalanya di samping kita sentiasa doakan kebaikan untuk dia..ingat, bukan kita yang mengubah hati manusia..sabar, semua ni akan ajar kita sabar, redha, dan tabah..kegundahan hati, dan gelisah hati tu semua penghapus dosa2 kita yang telah lalu..serahkan saja hati itu pada ALLAH, minta dengan ALLAH supaya hati mu ditenangkan..kita xda kuasa sedikit pun nak control hati sesiapa, walaupun hati kita sendiri..maka, serahlah pada yang maha kuasa.
“Setiap UJIAN adalah ANUGERAH,
Setiap ANUGERAH adalah UJIAN,
Jika zahirnya ANUGERAH bererti batinnya adalah UJIAN,
Jika zahirnya UJIAN, bererti batinnya adalah ANUGERAH,
Maka jangan terpedaya dengan zahirnya,
Fahami batinnya,
Zahirnya musibah tapi ternyata batinnya adalah adalah KASIH DARI YANG MAHA KUASA.”
about 3 years ago
AKU BARU JER PUTUS TUNANG 3 HARI YANG LEPAS..RASA X NAK HIDUP AJER LAGI, TAPI MLM NI IBU KU SUDAH BERI NASIHAT YG TERBAIK UNTUK AKU..DOAKAN AGAR AKU DAPAT PENGGANTI YG LEBIH BAIK
about 3 years ago
…..salam…time ksih smua,,saya akan cuba gak,,allah tu maha mngetahui,,,,
about 3 years ago
salam…. thanks atas kisah2 semua
about 3 years ago
usah menyayangi seseorang sepenuh hati, kelak jiwa akan luka yg teramat dalam…… saya pernah putus tunang, ex tunang yg putus kan, terluka sgt hati ni sb saya sayang dia dgn ikhlas dan sejujurnye…….. tu dh lama masa 2004, buat ex tunang muhd alizan alias di SGS kat paka, hati ni terlalu terluka dgn segalanya itu, bkn x redha tp sukar lagi utk memaafkan dirimu.tp kini saya sudah bahagia dgn org yg tersayang…. hadirnye dia merawat luka hati ini…. semoga kami berdua akan harungi hidup ini hingga ke akhir hayat.walau apapun yg terjadi dan berlaku hidup mesti diteruskan.tabah harungi segala nye itu….
about 3 years ago
assalamualaikum…
saya xtau nk mulakan mcm mana.. tpi sekarang saya dah rasa xberdaya lagi..dia jenis xsolat, puasa pn xpenuh… saya selalu nasihatkan dia.. cuba r belajar..mana yang mampu saya tolong..saya tolong.. tpi tu r dia xde pn mau belajar.. dah setahun lebih saya kapel ngan dia.. tpi alhamdulillah dia xpernah ambil kesempatan pada saya..dah xbersedia lagi nak kawin
tadi dalam tepon.. dia cakap nak ‘make love’ ngan orng lain sekali je.. tpi dia cakap xkan bt ngan saya… koz dia sayangkan saya.. saya tergamam xtau nak ckp apa.. saya nasihatkan tlg jgn lakukan.. tpi dia cakap xleh janji.. apa yang perlu saya buat sekarang.. kalau tinggalkan dia nak ckap apa..
or nak tunggu dia mintak.. hu3… tlg r batu.. buntu saya
about 3 years ago
silap….tlg r bantu saya… saya xtau nk pk apa dah…
tpi kalau nk putuskan sya nak dri mulut dia..bukan dari saya..macam mana nak buat…
about 3 years ago
nn.. skrg msh blum t’lmbt lg utk awk cri khdpn yg baik utk mse dpn awk, bkn ddunia sje tp di akhirat jgk.. skrg awk dh thu prgainya mcm tu, nti kalau awk kwin ngn die, die mtk bt mcm tu jgk mcne? sy rse better awk cri someone yg blh bimbing awk, dan bkn awk yg bimbing die.. lelaki ngn perempuan lain.. xsama.. awk btlah istikharah.. mtk ptnjuk ngn Allah. DIA pasti akn bg jwpnnye pada awk.. saya doakan awk akn dapatkan ketenangan.. insyaAllah.
about 3 years ago
hai…………sy pun ngah bercinta,tpi semua cinta sy musnah
tak penah pun kekal
about 3 years ago
thanks a lot sahabat… kata2 awak tu… membuatkan saya rasa tenang… saya mohon kepada_NYA, moga dapat petunjuk… n semalam… saya bersyukur…dia bgitau dia xbuat pn… semua tu dri ajakan kawan2 dia.. saya tiap2 malam berdoa,moga diberikan hidayah dari-NYa dlm hatinya.. tiap2 malm saya bgun bt solat tajajud,hajat n istikharah… alhamdulillah..mmg dapat ketenangan…
sahabat..terima kasih atas nasihatmu….
about 3 years ago
sama2 nn.. cuma pesan sy, kite msti sedar, org lelaki nie punyai 9 akal berbanding kite hanya 1 akal shja. jgn cepat percaya pd seseorang lelaki, kerana ape? sy rse awk leh fikir sndiri kan.. berdoa lah byk2 agar dia mnjadi insan yg baik, yg boleh bimbing awk nti.. krna kita xde kuasa nk ubahnya hanya Yang Maha Esa yang mampu..
about 3 years ago
sy laki, bru ptus ngan awek sy,smua brlaku sbb terlalu bgi kbebasan dkt dia, smpai dia msj bdak laki siang mlm smpai ke pgi n akhir nyer hbungan sy ngn dia ptus..kami dh brsama 5 thun dh tpi dh ptus..sdih gla la, bru je blaku..klau bleh nk cri tman dpt hlangkan rasa syg kt dia y dh xda erti 2
about 3 years ago
Salam..
Hm mcm2 citer sedih pengalaman dari kawan2 semua..sy ni sebenarnya x pernah bercinta secara rasmi..maksudnya..kalau ader org nak sy x nak terima, tp ada org yg sy minat dia plak x serius…tak tau la…jd secara sama2 suka belum lagi..masalahnyer, kalau ader org nak hati sy ni plak tak leh terima..dah wat sembahyang hajat dll..jd x leh la paksa diri kan…lagipun sy dah berdoa adakah jika dia tu yg terbaik untuk sy dekatkanlah jika tidak jauhkanlah..jd makin lama hati sy jauh..jadi keputusan sy tidak menerima…bila difikirkan sy ni takut bercinta..sbb tengok pengalaman kawan2 sekeliling ni banyak duka dari suka..penghujungnya lara…jd mcm mana yer..takutlah nak bercinta..masa belajar dulu pun takut bercinta sbb takut fail study..ntah ler
about 3 years ago
assalamualaikum…
sy dan pasgn hampir putus hanya kerana die x dapat pegang tangan sy, x dpt tgk rambut sy…dia ad seseorg yg boleh beri sume tu padanya…sy mmg jga sume ni…kadang2 disebbkn cinta rs cm nk bg je ap yg die nk…x sanggup nk tingglkn dia…skarang die sdang memilih smada sy atau seorg lg…sy menerima dia dlu bukanlah seorg yg lemah agama…menjaga solat 5 waktu, solat terawih, salah seorg ahli surau, bc yasin setiap khamis…tp disebalik amalnya tidak sangka imanya tipis…sy nk dtingglkn hanya kerana sy jarang meluahkn ‘i love you’, rs x slesa ble kua sbb x bley sentuh2, x bley pgg tangan…kadang2 sy x dpt nk terima sume alasan ni…tp sy sedar…kuasa syaitan tidak mampu menandingi kuasa Allah yang Maha Besar…semoga Allah buka kan hatinya..kembali ke Jalan Allah…Amin
about 3 years ago
Cik Jem.., setan sdg berbisik kpd diri anda dan harapan saya anda tdk terpedaya. Jika anda berupaya membezakan antara bisikan setan dan malaikat mulhim, anda akan terpelihara dari melakukan perkara keji dan menjadi orang yang berjaya duniawalakhirah.
Kalau nak cari yang terbaik, saya rasa kekasih anda itu bukanlah yang terbaik untuk awak..! Sekiranya anda adalah seorang yang sangat menjaga hukum dan pantang-larang agama, pasangan anda juga semestinyalah sedemikian jua sifatnya.
Tapi belum apa-apa lagi dia sudah berhasrat nak sentuh itu dan nak pegang ini…! Jika kehendaknya tidak tercapai, dia akan mengugut untuk memutuskan perhubungan…, itulah tandanya dia adalah jantan jalang…! Tidak sukar untuk mengenali perangai manusia ini. Kerana dia telahpun menzahirkan dirinya yang sebenar meskipun berupaya menjaga solat 5 waktu secara berjamaah, menunaikan solat sunnat terawih dan kerap membaca yasin…! Itu namanya hipokrit@munafik. Rugikah anda dan perlukah bersesal-bebal sekiranya anda gagal memiliki jiwa manusia yang seperti ini…?
Dalam sebuah hadis yang saya petik dari syarahan Syeikh Abdul Qodir Jailany.., “Manusia yang taat itu ialah tidak lekang dari mengingati ALLAH meskipun solatnya ada yang tertinggal, puasa Ramadannya tidak penuh dan qiraatul Qurannya kurang. Manakala manusia yang durhaka itu adalah tdk mengingati ALLAH dlm setiap tindak-tanduknya meskipun solat 5 waktunya beres dlm lagho, puasa Ramadannya penuh setakat menahan lapar dahaga semata dan qiraatul qurannya kerap…!”
Soalnya, kenapa kekasin anda mennyata hasratnya sedemikian kepada anda…? Ternyata dia tidak mengingati ALLAH dan tidak takut kepada ancamanNYA kepada mereka yang berbuat maksiat. Pejamkan mata dan renung semula ke dalam diri anda lalu tanyalah diri sendiri sama ada layak atau tidak untuk diri anda dijadikan teman hidup kepada orang yang seperti ini…?
Sekiranya anda sanggup dan boleh menerima dirinya bermakna diri anda adalah setara denganya…!
about 3 years ago
kalo kamu maseh riginal lagi..kasi tinggal saja sama dia..iman manusia boleh bertukar ganti dalam sekelip mato ajo..kamu jugak kena hati2..lobai pun bukan nya wali..dewasa ni..mula pogang itu ini kemudian barangkali yae..mau tembusi lak…kou jagai lah diri drp api neraka di kemudian hali..menyosal ta’berguna lagi..ingat lah pesan ku ni..walau macamana pun jgn kou kasi…nanto kou menyesali..paknandek
about 3 years ago
assalamualaikum..
situasi sy pulak blom tglkan tp akan ditglkan..tp tekananya dah mula dirasai smpi nak jwb exam pon x bleh..alasannya sbb sy jauh n x dpt nak spend time bsame n x dpt nak dgr prob die…slh ker sy jauh..sy jauh sbb sy nak menuntut ilmu bkn suke2…sy nak kejar impian sy yg akn menjamin mase dpn sy..sy terima die seikhlas ati…sy jg diri sy di cni sbg muslimah…sy pelihara diri sy untuk die…tp at the end sy akn ditglkan disbbkan pmpuan lain..pmpuan yg satu office n bleh care psl die..pg keje same..lunch same..everything bleh same2 la..sy skang dah jd 2nd choice…die masih x bleh buat keputusan samada sy atau pmpuan 2 yg jd pilihan…hidup sy btl2 terganggu…sy jd tension lg2 jauh dr parents…i try to avoid from him but i cant…ati sy mmg terasa pedih sgt sbb 3 thn die bleh sbr xkan 2 thn je lg x bleh..kecewa mmg kecewa…sy berdoa semoga die dpt buat pilhan terbaik untuk diri die…sy tenang kan ati sy dgn dgr bacaan al-Quran bnyak2…dan berdoa bnyak2..sbb sy yakin Allah turun kan dugaan ini kerana sy mampu hadapinya..insyallah
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
about 3 years ago
iye.. sahabat.. saya hampir terlupa.. lelaki memiliki 9 akal 1 nafsu… sekarang saya cuba bt yg terbaik utk semua.. dan kebahagian semua… sahabat.. mmg saya buntu..kdng2 rasa cm lonely sangat…
about 3 years ago
sy sudah berkahwin tetapi jatuh cinta lagi dgan suami org. sy x tau nak buat camne ngan cinta sy……
about 2 years ago
em..sy pernah merasa ptus cinta..memang skit ati ni..rse mcm xleh trime ble tbe2 die berubah tanpa sebb..mse bercinta mcm2 yg dijanjikan..tapi ble memutuskan perhubungan senang je die ckp lpekan sumenye…hmm..SEDIH..
‘utk apa kata janji2 die sblum ni sebernarnya’ paling sy xsngke slps smingu kami ptus. sy diberitahu oleh die sndri yg die sdah mndpt pngganti sy..ape tjuan die mmbritahu sy mgkin die mrse hbat kerana dgn mudah mndpt girl bru..ape pn sy doa kn smoga die bhgia dgn tman bru. wlaupun smpai skrg ni sy still lg single..sy rse ati ni mcm da beku..ssh nk jtuh cinta..hhmmm…..