.. mencari si dia yang soleh ..
Lelaki-lelaki Jujur Di myJodoh
Assalamu’alaikum ..
Dua minggu lalu saya menerima kunjungan seorang pengguna myJodoh dari Kuala Lumpur yang datang meminta pertolongan saya mencadangkan beberapa orang calon isteri untuk beliau. Beliau telah setahun kematian isteri. Beliau tidak arif tentang dunia IT.
Beberapa hari selepas itu, saya menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang bertanyakan Cara Pembayaran myJodoh. Beliau berasal dari pantai timur. Beliau ragu-ragu sama ada boleh atau tidak bertemu jodoh di sini. Katanya, “saya duda anak satu, ada orang nak ker?”.
Pada bulan Mei tahun ini, saya pernah menerima panggilan seorang “pakcik” yang akan bersara dalam jangka masa 5 tahun lagi dari perkhidmatan. Anak-anak beliau telah menyuruh beliau mencari seorang pasangan hidup memandangkan masing-masing mereka telah pun berkeluarga. Beliau menjemput saya menghadiri majlis perkahwinan anak bongsunya yang kebetulan jatuh pada hujung minggu tersebut. Tujuan beliau adalah untuk berkenalan dengan saya.
Pada bulan April, seorang pengguna menelefon saya mengajak saya teh tarik bersama. Tujuan beliau adalah mengenali sistem myJodoh dan cara menggunakannya dengan betul. Beliau adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat sederhana dan mempunyai dua orang anak. Seorang dijaga oleh bekas isteri dan seorang lagi di bawah jagaanya.
Pendek kata, hampir setiap bulan pasti muncul individu yang ingin bertemu saya bagi menyatakan hasrat mereka yang jujur dan ikhlas dalam pencarian pasangan hidup.
Individu seperti ini memang banyak di myJodoh, tetapi hairan sebahagian para pengguna wanita myJodoh tidak menjumpai mereka, tetapi menjumpai lelaki-lelaki yang berperwatakkan sebaliknya. Mereka benar-benar serius di dalam pencarian pasangan hidup. Biasanya tup-tup kahwin.. tup-tup kahwin.
Wallahu’alam.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 26, 2007 at 7:15 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Semua wanita nak lelaki yg soleh. Tapi bila suruh solat… liat
selalu melambat lambatkan solat.kebanyakan wanita mata duitan.
Tu pasal tak jumpa2 apa yg mereka cari… akhirnya usia pun lanjut dan jadi lah andartu.
about 4 years ago
Jodoh pertemuan di tangan Allah…banyak2kan berdoa. Allah memakbulkan permintaan kita dengan 3 cara; 1. Memberi terus apa yg kita minta 2. Melengahkan pemberianNya untuk menguji kesabaran kita 3. Tidak memberi apa yg kita minta, tetapi diganti dengan sesuatu yg lebih baik.
Oleh itu jgn pernah putus asa berdoa dan meminta drpNya. Siapalah kita utk mengutuk nasib yg telah menimpa diri. Bukankah itu satu pengalaman??? Jadikannya pengajaran utk mematangkan diri dan lebih berhati-hati.
about 4 years ago
saya kecawa dgn leleki…
leleki yang saya kenal semua nye ambil kesempatan…
tu lah saya benci dgn lelaki..kalau ada jodoh dgn lelaki saya terima…
about 4 years ago
amboi..van ckulop…hang dok keluarkan isi hati seorg lelaki na
reezal…hang tak bulih dok kata lagu tu..ada sbb la knp pompuan jadi mcm tu kot..lagi pun tak semua pompuan lagu tu..mcm juga lelaki tak semua jahat kan
about 4 years ago
Assalamualaikum..
Sehingga kini…saya masih meneruskan pencarian..kadangkala memg terlintas untuk membenci lelaki….. tapi, I need a family…I need love…..Mungkin blom jumpa jodoh saya……
Ramai yg lebih banyak mengambil peluang daripada yang betul2 ikhlas….sebab tu la susah nak jumpa yg ikhlas….aduhssssssssss……
about 4 years ago
Van ckulop… miker udah bagi tips bejeler2 panjang bebenor…
teman setuju dgn pandangan tu…. apa yg perlu kita tanam di hati… Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali2..
Kita hidup di dunia ini mencari keredhaan ilahi… agar kita memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat… semuga wanita yg. di rundung malang mengadulah pada Allah… allah maha pengasih lagi penyayang…
about 4 years ago
Dear Lyenda,
Awatlah negatif sangat Janganlah don’t crack underwater. Kadang-kadang orang suka kat kita tapi kita tak and kita suka kat dia tapi dia tk nak. Tapi yang penting kita kena sukahati. Ramai lagi ibu tunggal atau duda ada masalah kronik.. Jana risau jodoh ada kat belakang pokok tu…
about 4 years ago
Salam..
Bg sy ke2-2nya sama jer.. Jgn saling menunding jari kepada pihak yg lain. Klau lelaki kata wanita x jujur, wanita plak kata lelaki x ikhlas dlm perhubungan, spai bila pun perkara nie x akan berakhir. sebaik-baiknya jd kan pegalaman lalu sbg peringatan. Jgn biarkan kekecewaan ms lalu menguasai diri dlm membuat pertimbangan, usah berdendam dgn mereka yg pernah mengecewakan. Biarlah Allah membalas buruk dan baiknya sesuatu perkara itu.
Doa sy semoga kita ditemukan dgn jodoh yg beriman dan saling melengkapi diantara satu sama lain.
Amin
about 4 years ago
Salam…
Sedap sugguh bahasa saudara Reezal kita yer….??? Tau la insuran mulut x jual, jd berkata pun sesedap rasa la yer. Psal depa liat solat la, depa nak cari suami yg baguih, yg dapat membimbing, bkn nyer mudah berputus asa. Bila abg tegur, adik x mau dengaq, tegur la lg. psal apa cpt sgt putus asa, mcm mana nak bimbing siisteri lagu tue. blm apa2 dah putus asa. blh percaya ker??
Awat reezal nie dah kena kikih ka??/ byk ka duit kena tipu dek org?? Pompuan saja ka yg dok kikih duit org??? Laki x ka????
reezal ni dah nikah ka?? dah jd laki org ka???? yg dok kata org pompuan tu andartu???? awat antertu (anak teruna tua) x dak ka kat dunia nie??? Klau reezal dah nikah, meh la cheq nak ingatkan, jodoh pertemuan tu Allah yg menentukan, klau dah usaha mcmanapun Allah kata tu bkn yg hang punya,, buat lagu mana pun hang x kan dpt. Psal semua kejadian adalah dgn izin-Nya.
Bersyukur lah klau reezal dah nikah, tp jgn dok suka nak kata org lain. Maaf andai terguris hati, pedih @ tidak reezal jer yg tahu. bkn nak menyebelahi mn2 pihak sbb masing2 memepunyai kekurangannyer @ kelebihan yg tersendiri. Andai saudara reezal menemukan seseorang wanita sbg isteri tp mempunyai ciri2 yg ada td iaitu liat nak solat, mata duitan dan segala mcm kekurangan, terima lah dia dgn seadanya dan jgn berputus asa utk membimbingnya ke jalan yg diredhai Allah. Bukan ke lelaki itu sebagai pemimpin dan ketua dlm rumah tangga???? Maka jadi la seorang pemimpin dan ketua yg adil dlm melaksanakan tanggungjawab yang diberikan samaada dr segi pertimbangan atau perbuatan.
Buat Lyenda…..
Harapnye anda akan dapat menemukan jodoh yg dihajati dan harapan moga dia dpt menerima diri anda dengan seikhlas hatinya dan menerima siapa anda yg sebenarnya…..
Amin
about 4 years ago
Masih ada lagi yang sudi…mungkin jodoh sdr belum sampai lagi..bersabarla…Tuhan berserta dgn orang yang sabar.
about 4 years ago
Pada aku aku seorang yang jujur
Girl selalu cakap lelaki x jujur tapi padahal dua2 ade jer yang x jujur dalam sesuatu perkara
It depend how we treat our loves one
about 4 years ago
Ermmm…nak cari wangian tentulah pi tempat yang wangi.Pastinya kita pun turut terharum segar sekali.Yang payah, nak wangi tapi malas mandi dan suka tempat yang tak mengharumkan.Manalah si wangi nak tau ader permintaan.
about 4 years ago
1st, setuju dgn sha… semuanya bergantung pada niat.. kalau niat kita nk cari lelaki hensem, kaya-raya, kita akan dapat yg mcm tu, tp x jujur, curang, jahat, setanzz dan sbgnya… kalau niat kita nk cari yg jujur, beragama, insya-allah, kita akan dapat, tp xde la kaya, hensem… maksud sy ialah, kita x blh dapat semua…. x ada manusia yg sempurna kt dunia ni… sama la jugak mcm diri kita masing2, x sempurna…
x-man, part yg 1st tu mmg setuju, kita mmg kena ukur baju dibadan sendiri… kita ni cantik ke nk kan lelaki kacak? kita ni solat ke nk kan lelaki solat? tp part yg kedua tu, kalau nk tanya why, sy setuju dgn fallen angel, why don’t u ask ur fellow guys? why they turn a girl into a woman? kenapa menjadi tupai yg menebuk kelapa kepunyaan org lain sesuka hati? nk tunjuk jantan? nk tunjuk macho? mmg menjadi tugas seorg lelaki melindungi wanita, kenapa m’khianati amanat Tuhan yg dh digalaskan ke atas bahu kaum yg kuat, hebat, gagah perkasa, sebaliknya menipu, memperdaya, menindas, dan mempermainkan kaum yg lemah?
apapun, kalau kita lihat keseluruhannya, kesalahan terletak di bahu kedua2 pihak, kalau bertepuk sblh tgn, xkan berbunyi… kecuali la kalau tepuk dinding atau lantai, but still, we need the other side to make the sound…. renung2kanlah…
just my 1 cent opinion…
about 4 years ago
saya setuju ngan achikkz..xda manusia yg sempurna..kita nak yg kaya atau hensem,tu yg org idamkan,maka kemungkinan org tu akan dapat..tp faktor lain seperti akhlak,agama mungkin org pilihannya nya itu kebelakang skit..begitu juga nak yg jujur,beragama,berakhlak baik…insyaAllah akan Allah akan beri,tp mungkin x berharta n x ensem…contoh senang la..Rasulullah s.a.w dan saidatina khadijah..saidatina khadijah sendiri seorang perempuan bangsawan…kalu dia nak ,dia boleh carik lelaki bangsawan jugak..tp dia x nak..dia pilih Rasulullah s.a.w atas dasar agama dan akhlak yang baik ,dan saidatina sendiri tau,Rasulullah bukan berharta…so …saya sendiri dan semua renung-renungkanlah…
saya sendiri teringat kata2 ustaz abu hassan din atau haron din(antara 2 org tu la)..pernah ckp..kita nak carik pasangan yg baik..jgn pulak kita sendiri suka pergi tempat yg x baik..etc nya..pub ke..kalu salu g pat mcm tu..for sure akan dapat pasangan dr tempat camtu jugak…begitu jugak kalu jenis yg g tempat yg baik,insyaAllah ,akan jumpa teman atau pasangan yg baik d r situ jugak…
persoalan kalu ada org kata,saya selalu pergi tempat yg baik,contoh berjamaah kat surau or hadiri usrah or apa saja lah…tapi kenapa saya tak jumpa pulak ngan pasangan saya,walhal saya g tempat mcm tu kerana lillahi taala,niat semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah swt,bukan nak carik pasangan semata2…seorang hamba Allah pernah mengutarakan persoalan itu..bagi saya, bersangka baiklah ngan Allah,bak kata seorang ustazah kat JAIS ckp dengan saya beberapa thn lepas..ALLAH x kejam, usahalah lagi,mungkin belum sampai masa nya kita akan diketemukan jodoh..atau mana tau berkat doa ,usaha dan tawakal kita..Allah temukan kita dengan pasangan kita ditempat yg kita sendiri x sangka-sangka kan…
mungkin Allah tak temukan kita dengan pasangan kita awal2 ..kerana Allah tau setakat mana iman dan dugaan yg akan dtg sekiranya kita bertemu pasangan kita awal..bygkan lah..kita belum berkemampuan dr segi kewangan nak kawen..tp dah jumpa pasangan kita…dikhuatiri sesuatu yg buruk akan berlaku pada kita nanti,etc nya maksiat spt berperpegangan tangan…dn kita fikir balik..kerana Allah tau setakat mana iman dan dugaan yg DIA nak bagi kat kita…ALLAH tak tunjuk awal sapa pasangan kita…. walluhualam ….
about 4 years ago
ala….tak payah la penin2 memikirkan siapa yang salah dan siapa yang betul. Yang penting kita muhasabah diri kita dan kita betulkan mana yang berkenaan. Jujur dan ikhlas teras utama persahabatan.
about 4 years ago
Sapa yg jujur… saper yg tidak… kita kena berkawan dulu… kalau tidak.. kita tak tau isihati nyer… kalau dok kikis duit cepat2 lari… jangan dok tunggu lagi… kata orang “Bunga Bukan Seekor… Kumbang Pun bukan Sekuntum”?????
about 3 years ago
wew…Doala bebanyak supaya dapat pasangan yg baik..tapi sambil tu kena berusaha.
about 3 years ago
salam semua
Jangan sekali kali menjatuhkan air muka sesama kita. Wanita dan lelaki saling memerlukan. Bukankah wanita dicipta dengan 9 nafsu dan satu akal dan lelaki dicipta dengan 9 akal dan 1 nafsu. Jadi kita ni saling melengkapi satu sama lain. Para lelaki yang bijaksana” gunalah sebaik mungkin akal yang 9 tu. fikirkan lah jika anak / adik perempuan mu dipermiankan. Bagaimana rasanya. Wahai wanita idaman lelaki, kusanjung dan pandang tinggi keayuanmu. tanpa mu hidupku tidak sempurna. Akal yang satu itu telah kau buktikan kehebatan nya namun kawallah nafsumu supaya ianya sentiasa tunduk pada akalmu yang hebat. Semoga kita semua tidak kecundang dan merana di kemedian hari.TQ
about 3 years ago
assalamualaikum semua,seronok baca komen2 u all..byk pengajaran n ilmu yg diperoleh..
about 3 years ago
pa lah gadoh..gadoh, ko marah ppuan mean mcm marah mak ko
ko marah lelaki mcm ko marah pak ko. mmg betol lelaki & ppuan saling perlu memerlukan kalau jumpe jantan jgn layan jika jumpa ppn xbaik jgn layan… itu pun susah. usha tetap usha kalau dah ketentuan belum jodohlagi so redholah..jhon mslah nyer xredho.. pastu cakap ikut sdap mulut jer jadi doa untk dri sendiri pastu jdi pa pa jgn salah org. maka muhasabah dri jer. YAKINLAH LELAKI YANG BAIK UNTUK PPUAN YANG BAIK G2 SEBALIKNYA. Janji Allah tu kalau tak yakin janji Allah tak tahulah. i2jerlah wsalam
about 3 years ago
macam2 laaa korang nie..
about 3 years ago
sebagai seorang lelaki, memang ramai lelaki tak jujur dalam dunia..
terpulang pada kita macamana nak nilai kejujuran laki tu..
about 3 years ago
ramai juga yang jujur,ramai pula yang terlebih jujur dan ade segelintir wanita ambil kesempatan atas lelaki.sepatutnye lelaki yang mulakan dulu tapi terbalik pulak.mane pergi sifat malu dalam diri mereka?
about 3 years ago
salam utk semua…sy tk byk komen…cuma pesan sy, sama2 lah kita dpt jodoh yg baik2 utk kita semua…bykkan mohon pd Allah kerana Dia lah yg menentukkan segalannya sejak dr azali lg…
about 3 years ago
Sebelum ini saya tidak yakin dengan MyJodoh, tapi kawan saya recommend. Saya pun daftar melalui MyJodoh dan ditakdirkan bertemu dengan lelaki ini dan kami berkahwin.
Semasa dalam proses perkenalan sebelum berkahwin, dia solat, saya bawa dia ke kelas agama dia ikut…dia menunjukkan kesungguhannya untuk berkahwin, bila dah kawin baru pecah tembelang dia, rupanya dia kaki perempuan (pernah tidur dengan perempuan di hotel) dan dia bukanlah suami yang bertanggungjawab.
Dan sekarang saya dapat tahu suami saya masih lagi berdaftar dengan MyJodoh dan mengiklankan dirinya dengan mengaku bujang. Kalau baca huraian tentang diri dia, memang penipu dan bertentangan dengan sifatnya yang sebenar. Jadi berhati2lah dengan lelaki seperti ini. Kerana lelaki seperti suami sayalah, lelaki-lelaki yang betul2 jujur susah nak dapat kepercayaan dari wanita.
Kalau wanita di sana nak tahu siapa lelaki ini, bagi email dan saya akan bagi butiran diri dia yang menyamar dalam MyJodoh. Saya juga pernah dihubungi oleh beberapa wanita dalam MYJodoh yang pernah berkenalan dengan suami saya dalam MYJodoh dan mereka semua tertipu dengan butiran dirinya dalam MYJodoh.
about 3 years ago
salam…
jujur terletak pd ati seseorng tu..terpulang la bagaimana kt nak menilai org tu pkok pangkalnyer..nilai dri sendri sblum mnilai orng lain
about 3 years ago
Salam pn jannatul_adnin,
habaq mai sat sapa dia ?.. tolong emel ke azrul.alwi@gmail.com, terima kasih.
about 3 years ago
Saudara Azrul,
Ada beberapa wanita yang telah menghubungi webmaster MyJodoh untuk memaklumkan perkara ini sebelum ini. Nanti saya email saudara
about 3 years ago
Haa!!! kena habaq Puan jannatul_adnin !!!
Nanti banyak yg kena tipu… Cian kaum Hawa…
Tu laaa… jangan tergesa2 selidik latar belakangnya dan di samping berdoa pd yg Esa… jauhkan segala kesulitan dan di hindari dari musibah yg menimpa…
Nampak aja.. mudah nak kawien bila dah kena begini baru kita tahu betapa sukarnya, menempuh gelombang Hidup…
Apa pun kita kena Redho.. sudah ketentuan maha pencipta terhadap hambanya……
about 3 years ago
Bukan saya seorang yang tertipu dengan pengguna MyJodoh, ada sorang lagi kaum hawa yang juga pengguna MyJodoh yang mendapat jodoh dengan lelaki si pengguna MyJodoh dan kemudiannya si lelaki itu ada affair dengan pengguna MyJodoh yang lain. Kesian dengan orang yang betul2 jujur nak kahwin
about 3 years ago
Iye ke jannatul_adnin?sapa dia org tue?nak tau gak..
Pantang lelaki mcm nie..tak berubah2 buat tabiat..
Minta2 bukan saya yg recommend..huhuhu
about 3 years ago
salam jannatul_adnin,
Nickname tu dah elok dah.
Perlu diingat, myJodoh ini adalah “tool” untuk memudahkan sesuatu usaha. Ia ibarat gelas. Jika gelas itu diisi dengan susu, diminum, lalu sihatlah badan. Jika ia diisi dengan racun, lalu diminum, bukan salah gelas.
Cara puan memburukkan seseorang di dalam myJodoh tanpa berterus terang seolah-olah memburukkan myJodoh dan warga myJodoh.
Sepanjang pengetahuan saya, emel “complain” tentang lelaki yang curang di myJodoh yang terakhir saya terima adalah setahun lebih dahulu. (Seingat saya dua bulan lepas tukar sever pada raya Cina tahun 2007)Sejak itu tidak ada apa-apa masalah kat sini.
Sila letak identiti yang berkenaan (IC, nama, nombor telefon, emel, nickname myJodoh) di sini kalau betul-betul si fulan itu wujud …
Terima kasih.
about 3 years ago
Minta maaf En. Azrul, jangan salah faham. Saya bukan nak buruk2kan MyJodoh cuma nak minta pengguna MYJodoh berhati=hati supaya tidak menjadi mangsa seperti saya atau orang lain, mungkin kami tidak bijak menilai tapi ambillah pengajaran dari apa yang kami alami. Harap ambil apa-apa yang dikomen sebagai positif, tak ada apa yang saya dapat pun untuk memburuk2kan MyJodoh. Pasal si pengguna lain yang menjadi mangsa tu, saya hanya baca dari blog dia saja yang menceritakan dia mendapat jodoh melalui MyJodoh.
Kalau pada anggapan En. Azrul ini hanya fitnah, saya minta maaf, tapi saya dah email ke En.Azrul butiran lelaki tersebut. Saya memang ikhlas untuk mengelak kaum hawa tertipu dari lelaki ini, terpulanglah kepada En.Azrul. Saya hanya memberitahu…mencegah itu lebih baik
about 3 years ago
Salam Lya, kalau Lya nak tau siapa lelaki tu, tolong bagi email
about 3 years ago
more and more of the same always
about 3 years ago
ish2..ader gak ke lelaki dlam group ni yg wat awak mcm tu tun?jgan biaq dier amik kesempatan ke atas keremahan kite tau..tapis2 dulu..
about 3 years ago
okeh..memandangkan sy tak tahu nk PM kat ner,sy bg kat sini..
Lya..gurlzpng@hotmail.com
Yg tak kenai tue,don’t disturb me..!
about 3 years ago
Bagi tau brader sama.. nanti bro akan membawa pekara ini ketengah…. kalau di sebabkan kesalahannya beliau akan di gantung.. mandotori.. bagitau no. paspot sama… takut dia cabut pi luaq negera….
Betui kata WM..Cara puan memburukkan seseorang di dalam myJodoh tanpa berterus terang seolah-olah memburukkan myJodoh dan warga myJodoh.Saya pun terlibat sama… Saham saya turun mendadak 70% dan sampai skrg saham sya menjunam pada paras yg paling rendah dalam sejarah…!!!!!
about 3 years ago
Lya…dah hantar ke gurlxxxxx@hotmail.com
Brother Omarm, do not worry. Kalau saudara jujur, ramai perempuan yang sudi. Kalau 10 lari dari MyJ, beribu2 lagi menanti. This is internet, being accessed by millions of people. Orang yang bijak tidak akan lari dari MyJ kerana hanya mendapat maklumat ini tapi sebaliknya gunakan maklumat yang diberi untuk menjadi lebih cerdik dan berhati-hati mencari yang jujur. Tujuan supaya nak memaklumkan bahawa tidak semua orang dalam MyJ jujur (dulu saya fikir semua orang dlm MyJ jujur,masa tu masih mentah), hanya suruh berhati-hati, itu saja. Kalau saya tak sampaikan maklumat ini,mungkin gadis2 yang naif akan jadi mangsa. Yang penting saya dapat menyelamatkan kaum sejenis saya. Kalau saya berterus terang, bukankah itu mengaibkan dia secara terbuka? Saya masuk ke blog ini hari tu pun secara kebetulan, dan saya merasakan ini tempat yang terbaik untuk menyampaikan maklumat. Sekian.
about 3 years ago
Salam,dlm ni ruangan myjodoh kan? Sory,sy surf internet guna handset. Tujuan sy nak cari pasangan wanita yg ikhlas,jujur,bertudung dan berakhlak. Age sy 30. Dari kg tp bekerja di subng jaya. Hari2 doa mintak jodoh. Nak ada anak dan jadi seorang bapa yg b’tangungjwb. Lepas ni buat apa? Letak gambar ke? Sory,ni first time. Salam.
about 3 years ago
salam jannatul_adnin,
Tak pernah terima apa-apa email daripada yanXXXXXinal@yahoo.com ???
Tak baik menyebarkan fitnah.
about 3 years ago
salam Saudara Azrul,
saya hantar guna email saya yang lain iaitu jannXXXX@yahoo.com, takkan saudara tak terima?
about 3 years ago
Salam..Lya 4ward kat pakcik..
Tak nak komen apa2..pernah nmpk nick name dia kat myjodoh..
Pasai citer dia tue,sy tak nk komen apa2..
W’hualam..
about 3 years ago
salam lya,
ini respon pakcik kat emel, pakcik paste saja kat sini .. pakcik sensored nama yang terlibat.
========
Salam,
Macam mana kita nak relate profile ni dengan suami si jannah? Rasanya tak boleh relate. Dia setakat bagi link, apa guna? Link dan profile di myJodoh boleh dibuat baru.
Patutnya dia bagi maklumat tentang suami dia. Nama, nombor tel, plat kreta, kerja kat mana. Dengan maklumat tersebut, orang dalam myj boleh counter-check kalau berkenalan dengan siapa-siapa dalam myJ.
Dulu pernah jadi satu insiden ada seorang lelaki dituduh laki orang laa, jahat laa, itu dan ini. Pakcik pun minta profile berkenaan daripada si penuduh (yang mengaku isteri). Dia bagi link. Lepas tu pakat bagi tau kat orang pompuan dalam myJodoh (masa tu BBSW tak dak lagi)
Kebetulan lelaki tu tengah bercinta dengan sorang pompuan dalam myJodoh, pompuan tu dapat tau cerita tuduhan berkenaan dan sedih dan hampir putus. Apabila pakcik sendiri cakap dengan lelaki tu, baru pakcik faham cara pakcik handle tak betul.
Akhirnya baru kita dapat tau sebenarnya tuduhan itu palsu. Lelaki yang dituduh tu ialah xxxxx. xxxxx akhirnya dah kahwin dengan yyyyyyy orang myJ jugak, yang nyaris-nyaris tak jadi kahwin tu.
Minta maaf, tak boleh nak ulang kesilapan yang sama…
===========
about 3 years ago
Bahaya sungguh tuduhan palsu nie. Patut laa.. saya jual minyak tak laku2… dalam BBSW.. depa kutuk macam2…
Gaya nak dapat depa lari… ada yg sampai merajuk.. tak muncul2 di myJ . Hang jangan buat perangai macam nie “LYA” nanti Pok Cik “babab”….
nanti pok cik bilang kat “Mamu” ampa…hahaha…. itu sobab pok cik sampai tuer yang nyaris-nyaris tak jadi kahwin tu.
about 3 years ago
Oitss Bro Omarm..Amboi2…!sejak bila nih kita merajuk sampai tak muncul2 dlm myjodoh erk??habaq mai sat??
Kita dok adalaa,Bro yg tak nmpk..!dah nk raya,busy sikit..
Nak bilang kat Mamu mana??Mamu Budin kaa Mamu Omarm kaa?
Sapa yg dok kutuk kat BBSW nie?habaq mai sat?memandai jea Bro Omarm nie,tak baik menuduh2..Bro bukan jual minyak tak laku,tp jual mahal sngt mana laa nk mampu beli minyak mahal2 nih..itu pasai depa cabut lari..!
about 3 years ago
Untuk pengetahuan semua, lelaki itu yg kononnya dikatakan difitnah telah ditangkap basah pada 28 Oct baru2 ni…
ALLAH IS GREAT..
about 3 years ago
Salam dan Selamat Sejatera Semua.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit kisah saya.Saya telah mengenali seorang wanita semasa mula2 masuk di universiti.Setelah kenal hati budi dia saya pun meluahkan isi hati betapa saya sayangkan dia dan inginkan dia menjadi teman hidup saya.Dia pun menerima dengan sepenuh hati.Dalam pada itu saya masih seorang student dan untuk menjalinkan ikatan perkahwinan amatlah sukar atas ketidak sediaan ibu bapa.
Saya telah bercinta dengan dia selama 3 tahun.Dan pada masa yang sama beliau telah beberapa kali mendesak saya agar berkahwin dengan beliau.Namun apakan daya ibu bapa masih belum bersedia.Saya berusaha sedaya upaya menceburi pelbagai urusniaga untuk membuktikan kepada parent saya tentang kesungguhan saya.Dan akhirnya saya berjaya mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga bersamanya.
Tapi selepas 3 tahun kami hangat bercinta, tiba2 hadir orang ke-3 dimana lebih tua dari saya dan begitu power mengayat kekasih hati saya.Pada mulanya saya hanya syak mereka sebagai kawan dan apabila saya tanya dia, dia mengaku tidak pernah keluar dengan lelaki tersebut.Namun dengan kuasa tuhan satu hari saya nampak dengan jelas gambar mereka keluar berdua duaan di laman frenster lelaki tersebut.Hati saya sebak..hanya tuhan yang mengetahui macam mana perasaan saya ketika itu.
Setelah 3 tahun saya berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dia isteri saya,dengan tiba2 dia berubah hati.Pada waktu itu cincin pun sudah saya beli.Alangkah pedih hati saya ketika itu.Hanya kepada tuhan saya berserah.Pernah juga kawan saya berkata lelaki ikhlas seperti saya ini tidak releven lagi di dunia ini.Lebih baik jadi kasanova sepertinya.
Walaupun saya sudi memaafkan dia namun dia masih lagi berkeras untuk tutup hatinya dari saya.Apakah salah saya?Salahkan saya berusaha?Adakah lelaki setia seperti saya ini tidak lagi releven dalam percintaan? Kadang kala timbul bisikan syaitan menjemput saya mencuba kehidupan playboy seperti kebanyakan lelaki atas kekecewaan saya ini…Saya bukan nak minta simpati disini tapi bagi saya melalui pengalaman ini wanitalah yang menjadikan lelaki setia seperti saya menjadi syaitan perosak bangsa mereka sendiri…
Saya mengaku saya tidaklah sebaik mana dan hampir2 pernah terlanjur dengan kekasih saya.Namun kami sedar akan dosa tersebut dan ingin menjaga hubungan ini sebaik mungkin.Dalam masa kami berjanji tidak berjumpa tetapi dia memulakan kisah baru dengan lelaki lain.Adakah ini releven?Saya menghormati segala keputusannya tapi dia seperti tidak menghormati saya..alangkah pedihnya hati ini.
Agaknya dah terlalu panjang saya cerita..cukuplah setakat ini sebagai renungan dan luahan hati kecil saya.
about 3 years ago
Assalamualaikum…
Salam perpaduan.
sy baru join blog ni. mula2 sy baca je komen2 saudara2 sperjuangan (yg single2) ni. senyom2 sendiri dpn laptop gara2 komen korg. ade gak yg mluah perasaan. yang penting kita bukan bersendirian… (mana yg lain ni? mcm dah lama tak add new comments)
hmm.. panas topik ni mmg terasa. spesis homo sapien yang jujur dan x jujur ada kat mana2. BETUL. Cuma kita agak sukar megesan mereka yg jujur ni kerana sifat mereka yg ‘humble’ (tak sukela menunjuk2 ni). Tinggi mana pun darjah kepanasan topik ini, Ingatlah wahai saudara2ku… NILAILAH SESEORANG ITU DGN MATAHATI KAMU. Bukan mata2 (spy), bukan matahariku (lagu agnes kot).
Selain itu, mintalah petunjuk Allah (syukur kita Muslim ada Allah yg sentiasa mendampingi kita). Sekiranya masih belum bertemu dgn org jujur itu, ingat Allah sedang mendewasakan kita dgn pglmn (KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA). Nanti dah bkeluarga lagi byk fi’il manusia. Lain belah isteri lain belah suami. Waktu tu dah sng sikit, dah ada pglmn kan takla naif sgt.. (thank you Allah).
Kita sendiri pun kena jujur dan YAKINLAH KEPADA ALLAH 120% (lebih takpa, kurang jangan sekali) yakin bahawa Allah akan menunjukkan pekara sebenar sekiranya org itu memang tidak jujur dgn kita.Pasti ada petunjuk daripada Allah (kalau kita minta. Selalunya manusia ni lupa nak minta pd siapa). Kalau takut tsalah tafsir petunjuk itu, minta lagi dari Allah (jgn rasa penat kerana Allah suka hamba2nya yg mrendah diri dan bergantung kepadaNya)
Insyaallah.. lambat laun anda akan akan fahami ptunjuk Allah dgn jelas. Allah maha kaya, Allah maha pemberi..
(sy pun ada pglmn bgni.. kdg2 manusia ‘tlampau’ cinta smpai tak sedar ada petunjuk/petanda Allah beri supaya kita memilih jalan yang terbaik untuk dilalui. Malangnya, cinta kpd manusia telah mbutakan mata, menulikan telinga kita. Sedangkan Allah lebih menyayangi kita). Renung2kanlah
about 3 years ago
Assalamualaikum semua
Terpanggil rasanya untuk mencoretkan pandangan saya di ruangan ini ….yang jelas dan nyata masing2 sentiasa menyalahkan antara satu sama lain apabila merasai dirinya di tipu..rasanya kaum hawa yg banyak terkena kerana sifatnya yang mudah menyayangi…ramai lelaki mengambil kesempatan apabila telah diberi kesempatan…
Kebanyakan wanita inginkan lelaki yang beriman atau lelaki yang baik..tetapi kadangkala mereka lupa adakah mereka betul beriman dan baik kerana allah menjanjikan wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik sahaja..
keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh dosa ibu bapa kita sebelum ini sama ada dalam kehidupan peribadi atau cara mereka mencari nafkah untuk menyara makan minum kita..sebab itu keturunan mereka perlu disiasat setidak-tidaknya…
…..memang sukar untuk menilai keikhlasan dan kejujuran setiap orang tetapi perkara yg seelok-eloknya adalah dengan solat iskhtikarah…untuk meminta petunjuk dari Allah
Keegoan dan hawa nafsu sentiasa melingkari hati yang lemah dengan iman…kembalilah kepada ajaran islam dan jgn melakukan perkara yang dilarang…sedarlah di dunia ini segala perkara yg buruk dan baik akan dibalas dengan setimpalnya..dan itu adalah pasti…
Saya akui telah beberapa kali kecewa…mungkin kerana kelemahan saya sendiri,kesilapan saya yang harus saya pelajari….kerana peluang yang allah telah berikan untuk saya menjadi lebih matang dan berusaha lebih baik untuk membina keluarga…coretan rakan2 semua akan saya jadikan panduan…wassalam