.. mencari si dia yang soleh ..
Lelaki-lelaki Jujur Di myJodoh
Assalamu’alaikum ..
Dua minggu lalu saya menerima kunjungan seorang pengguna myJodoh dari Kuala Lumpur yang datang meminta pertolongan saya mencadangkan beberapa orang calon isteri untuk beliau. Beliau telah setahun kematian isteri. Beliau tidak arif tentang dunia IT.
Beberapa hari selepas itu, saya menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang bertanyakan Cara Pembayaran myJodoh. Beliau berasal dari pantai timur. Beliau ragu-ragu sama ada boleh atau tidak bertemu jodoh di sini. Katanya, “saya duda anak satu, ada orang nak ker?”.
Pada bulan Mei tahun ini, saya pernah menerima panggilan seorang “pakcik” yang akan bersara dalam jangka masa 5 tahun lagi dari perkhidmatan. Anak-anak beliau telah menyuruh beliau mencari seorang pasangan hidup memandangkan masing-masing mereka telah pun berkeluarga. Beliau menjemput saya menghadiri majlis perkahwinan anak bongsunya yang kebetulan jatuh pada hujung minggu tersebut. Tujuan beliau adalah untuk berkenalan dengan saya.
Pada bulan April, seorang pengguna menelefon saya mengajak saya teh tarik bersama. Tujuan beliau adalah mengenali sistem myJodoh dan cara menggunakannya dengan betul. Beliau adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat sederhana dan mempunyai dua orang anak. Seorang dijaga oleh bekas isteri dan seorang lagi di bawah jagaanya.
Pendek kata, hampir setiap bulan pasti muncul individu yang ingin bertemu saya bagi menyatakan hasrat mereka yang jujur dan ikhlas dalam pencarian pasangan hidup.
Individu seperti ini memang banyak di myJodoh, tetapi hairan sebahagian para pengguna wanita myJodoh tidak menjumpai mereka, tetapi menjumpai lelaki-lelaki yang berperwatakkan sebaliknya. Mereka benar-benar serius di dalam pencarian pasangan hidup. Biasanya tup-tup kahwin.. tup-tup kahwin.
Wallahu’alam.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 26, 2007 at 7:15 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
Salam Tuan WM,
Rata2 mereka yg jujur mahu mencari pasangan kesemuanya tidak tahu bagaimana hendak menggunakan Internet. Atau kemungkinan yg jujur itu kurang drpd yg hanya mahu mengambil kesempatan sahaja tetapi wanita pula ramai yg jujur drpd yg hanya suka-suka masuk ke sini tanpa matlamat. Dan sebetulnya pula yg hanya ingin mengambil kesempatan itu pula rata-rata tahu menggunakan Internet dan selalu pula masuk ke MyJodoh.net ni…
Apa pun, En. Azrul…
Tidak akan bergoyang pokok klu tiada angin… maknanya takkan kami wanita di sini hanya suka-suka nak membuat aduan tanpa sebab… fikir-fikirkan lah…
Ps: Bapa saya sendiri pun berpesan.. org LELAKI lah kaum yg kamu jgn sekali-kali percaya… saya pegang kata-kata bapa saya ni dan mmg sesungguh nya TERBUKTI betul.
about 4 years ago
betul la
about 4 years ago
aduhai cik fallen……kalau dah anti-lelaki ……buat apa masuk my-jodoh?
about 4 years ago
Saya tak anti LELAKI, saya cuma anti dgn JANTAN. En. Samarluki, tujuan saya masuk sini nak cari LELAKI bukan JANTAN.. tapi malangnye ramai lak JANTAN dari LELAKI yg saya jumpe ni…. masalah! Dah la saya ni bukan senang2 nak jumpe org… take times gak la nak kenal org, nak pilih2, nak tapis2… memcm la.
En. Samarluki jgn pula salah anggap, saya ni mmg ahli MyJodoh.net ni, ramai yg nak kenal tapi tak semua saya terima… pula yg saya betul2 nak kenal, takut pulak dgn approach saya… dah tu mcm mana?? Err.. sebagai LELAKI, tak betul ke apa bapak saya pesan kat saya tu En. Samarluki??? hihi…
Kena EXTRA CAREFUL dgn LELAKI ni… betul la tu bapak saya ckp…
Dia sendiri lelaki….
about 4 years ago
aduhai cik fallen …. bukankah yang jantan sememangnya akan tertarik dengan yang betina. Takkanlaa seorang hafiz akan tertarik dengan seorang pelacur. Kalau nak menarik perhatian lelaki, kenalah belajar menjadi seorang wanita. Belajar-belajarlah mengenal nombor sbelum kata lif rosak.
about 4 years ago
En. Samarluki…
Sungguh menusuk jiwa kata-kata mu itu… thanks a lot!
about 4 years ago
Salam,
Dpd pengalaman saya sendiri, memang ada yg jujur dan labih banyak lg JANTAN! Saya bkn sokong Angel sbb saya perempuan, tapi JANTAN2 ni dah mengaburi lelaki2 yg benar2 ikhlas utk mencari psgn hidup…
Harap maklum..
about 4 years ago
aduhai cik fallen…..bukan niatku untuk mengasarimu….tetapi wanita itu akan kelihatan tinggi nilainya jika lebih lemah lembut dan tidak menyimpan dendam.
about 4 years ago
dear samarluki…
betul wanita kelihatan tinggi nilai… tapi sebahagian LELAKI juga yg mengajar wanita utk “keras” hati & perasaan!
about 4 years ago
erm..jantan sekarang byk yg berlakon
jadi lelaki soleh…dah lama kenal
baru tahu jantan rupanya.
bukan salah wanita tersalah pilih. tp sbb jantan
memang hebat dlm lakonan.
about 4 years ago
Salam En. Samarluki…
I’m woman enough to make a man like u melt…. understood??
about 4 years ago
entah-entah samarluki ni adalah antara jantan-jantan kat my jodoh ni tak? pasal tu dia sensitive sangat
about 4 years ago
Mmg pun…! akekeke….!!
No wonder la sensitive gilerss…!
about 4 years ago
Bagi satu semua tu bermula dgn niat, apabila niat kita ikhlas…secar tidak langsung Allah mempermudahkan urusan kita. Sekiranya byk cabaran, itulah merupakan ujian Allah kpd kita…kita patut bersyukur, Ini membuktikan bahawa Allah masih sayangkan kita
about 4 years ago
think twice when u like someone, sometimes it is a wrong person.
about 4 years ago
i’m not really sure what samarluki wanna point out thru analogy “belajar la mengenal nombor sebelum kata lif rosak” , but i think it’s equivalent to “ukur baju di badan sendiri”. heh. i think that’s what samarluki is trying to say.
about 4 years ago
wanita dan lelaki dicipta oleh ALLAH untuk bersama dan seterusnya menghasilkan zuriat yang soleh n solehah, seterusnya makmurkan muka bumi.RAMAI LAKI YANG GATAL BERCINTA TP KAWIN XNAK!BUAT MAkSIAT SUKA.DIRIKAN MASDJID PUNYALAH LIAT.Pompuan kalau nak kawin kena cari yang beriman dulu.solat fardu kena cukup.kerja biarlah tetap.bkn paras rupa.satu hari nanti muka kita berkedut jugak.bukan yang kaya sebab berhutang. for fallen, i’m agree with your comment but what ever we done , we still behind the man copz they born as a LEADER eventhough ramai yang berperangai macam SYAITAN.just redha. apa yang berlaku ada hikmahnya. jodoh dan maut di tangan Allah but we need to find it.i believe that a good woman is 4 a good man.but please be careful (woman) jaga kehormatan diri.jng mudah terpedaya hingga sanggup serah segala.nanti bila kawin apa yang kita boleh bg pd suami kita kalau semuanya dah dipamer sebelum kawin? THINK IT….
about 4 years ago
Nurin Sufi… I 200% agreed with u. Nicely written.
Got no more to say.
about 4 years ago
cik nurin masalahnya nak cari jantan beriman punyalah susah…kat malaysia ni 1dlm 10,000 kot.tak percaya tanyalah mana-mana pompuan kat malaysia ni…..sapa tak nak lelaki baik jadi husband kalau dah terdapat yg mcm hantu mcm mana? apa pendapat awak?
about 4 years ago
salam. kalau nak cari jodoh yang baik dari segi agama, diri sendiri kene la baik jugak dari segi agama…x boleh la kalo harap pasangan kite tu yang jenis beragama kalo diri sendiri x pandai sangat agama…JAngan kamu idamkan wanita seperti Saidatina Fatimah jikalau kamu x seperti Saidina ali dan sebaliknya….
but, dunia hari ni, saya percaya half of malay woman nowadays whom didn’t married yet isn’t virgin anymore. I honestly said because i’ve conduct my own survey. Why? is
about 4 years ago
X-man… then blaming on whoever culprit who makes those unfortunate ladies not virgin… what do u think? or is it only 1 side error?? tell me more…..
about 4 years ago
ade sesapa x yg tau lirik lagu ‘jika kau kekasih’-linda nanuwil….
antar lirik 2 kat email saye ye……..
ma kasih bebanyak……….
about 4 years ago
why? bcoz of man la en. x-man oiii….lagipun lelaki malayia skrg dah tak kisah pasal dara lagi.yang tak dara lg diorang suka…dah advance tak payah nak ajar…senang dan cepat. ini saya punya survey
about 4 years ago
huhu..kelapa tajam..ngn fallen angel.
agreed with both of u.
like my emak slalu ckp
men cannot be trusted. lelaki nih..ayat dieorg power sgt.
dr my own experience, my ex bf..pergh kalau nasihat..bersumpah..nama ALLAH
di hujung lidah je. akhirnye tahu terbongkar juga die suami org..and worse, he cheated on me dgn gadis lain. bape bini die nk pasang pun tun taktahu la. skrg ni trauma je bile jumpa org yg macam alim2 nih.
about 4 years ago
salam.. sokong jer ngn korang… lelaki ke jantan ker.. tak tau dah nak nilai mana yg betul n mana yg tak.. ble kita kurang melayan or tak melayan di kata sombong n jual mahal, then kuar arr ayat nnt jadik andartu lak.. masalahnya.. bla dah layan, tego di kata gatal lak.. stakat nak wat kawan jer blh. sy pnh terima je sape2 nak jadik kawan.. tp dlm berkawan tu tak apa2 lg dah ajak balek umah.. muka stok lelaki2 muslim yg beriman.. huh.. kesian.. mcmana arr pompuan ramai yg tak kawen… takut dpt jantan. soal virgin ke x, kdg2 pompuan dh sedaya upaya menjaga maruah sendiri walau tinggi mcmna ilmu agama.. tp kdg2 klu jantan yg PANDAI acting, ajak kawen ar apa arr.. huh.. jantan durjana.. pompuan leh ilng gak virgin tu.. n then ada mslh kemurungan n mcm2 lg.. dunia skg semakin menakutkan.. kat mana2 dah tak selamat.. pompuan memerlukan lelaki sbg teman hidup, tempat bermanja dan dibimbing.. klu mengharapkan sesuatu yg terlalu sempurna.. ntah smp bla n apa kesudahannya.. terima diri pasangan kita seadanya.. apa yg kurang, apa yg salah kita perbaiki..bukan tinggalkan, dipermainkan n ditinggalkan..
hoho.. ntah pape yg sy bebel kat sini.. hny sekadar luahan rasa yg terpendam berkaitan topik ni selama ni
about 4 years ago
pompuan tau lelaki ni kebanyakkannya hanya nak main-main,tapi malangnya pompuan ni cepat sangat cair bila diayat(tak tuduh org lain,pengalaman sendiri). so kpd kaum hawa diluar sana hati-hati,jangan pasal nak cari jodoh diri kita diperdaya.kpd tun teja sabo ajela…(kalau saya kenal lelaki gitu saya sunat dia tinggal separuh…baru dia insaf kot?)
about 4 years ago
sudah lazim yang dikatakan lumrah alam…tapi percayalah setiap yang berlaku ada hkmhnya.setiap perbuatan ada balasannya…kesimpulan janganlah terlalu bersikap negtiv.setiap masalah boleh dibincang dahlu…jgn buat kptusan sblum bicng
about 4 years ago
susah betul nak cam laki2 baik nie….
ada yang liat sangat nak solat..
jagalah solat tiang agama wahai kaum adam.
about 4 years ago
tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur yang menganjurkan program berkenan. semoga orang mendapat manfaat dan langkah yang diambil oleh pihak penganjur amat wajar terutama dalam mendapatkan pasangan. langkah tersebut dapat mengeratkan silaturrahim dan sehubungan dengan itu juga dapat mencegah kemungkaran.
about 4 years ago
saya bukan anti lelaki.jauh di sudut hati masih lagi menyimpan angan menjadi isteri dan ibu yg baik.tapi malang sekali saya asyik berjumpa dengan lelaki² yang tak baik.akhirnya saya ambil keputusan untuk TIDAK lagi mencari.Allah lebih mengetahui kebaikan akan sesuatu.saya redha!
about 4 years ago
Salam Semua,
Aduh! panas ye suasana di sini.. jangan ada yg marah2 ye… marah lawannya sabar.. so banyak bersabar la ye.. so saya nk beri pandangan saya sikit.. sesiapa la, tak kira lelaki atau perempaun yg nk mencari pasangan hidup.. minta dengan berdoa kepada Allah, minta di permudahkan jodoh dan beri la jodoh yg baik.. biar la Allah yg aturkan untuk kita, jangan la kita pening2 kepala ye..pastu sambil kita menunggu jodoh kita sampai dari Allah, diri kita ni pulak perkemaskanlah.. jadilah manusia yang baik akhlak dan budi bahasa.. Insya’Allah.
iti saje dari saya ni..
about 4 years ago
assalamualaikum…
emm…rata2 menyatakan ketidakpuasan masing2…sampai bila isu nie nak habis??sape yang nak jawab sebenarnya???setiap orang mempunyai persepsi tersendiri dalam sesuatu perkara…pada saya don’t give up…think positive and never look back….setiap orang yang sentiasa hidup dalam kenangan yang lama takkan kemana2..sama2 berdoa…biiznillah…letakkan keyakinan pada Allah…insyaAllah….gambatte…:)
about 4 years ago
Kepada semua yang memberi pendapat dan komen, baik yang baik ataupun yang tidak, semua adalah pendapat sendiri. Tiap manusia ada pengalaman dan perjalanan hidup masing2 dan tidak akan sama pada tiap seorang. ITULAH KUASA DAN KEBESARAN ALLAH. Baik lelaki ke jantan ke wanita ke betina ke, semua adalah makluk ciptaan ALLAH yang paling sempurna yang diciptakanNya.
Disini, di blog ini, di laman web ini, dibangunkan oleh Webmaster adalah untuk menemukan pasangan2 atau jodoh kepada yang memerlukan. Jadi kenapa kita gunakan untuk menyalahkan pihak lain padahal niat asal org yg dikutuk itulah yang nak dicari… kalau lelaki nak cari wanita(kaum yg dikutuknya tadi)…. kalau wanita lak, takan nak cari teman lesbian kot kat sini, tentunya mencari lelaki(kaum yg mereka kutuki)… Kenapa ,apabila ditipu anda tidak memohon kepada Allah agar menetapkan iman dan kesabaran, tapi sebaliknya anda mengutuk dan mencaci…. mana tak sampai ke tua tak dapat jodoh, kalau dapat pun jodoh, akan dapat seperti yang dikutuknya… ITULAH HAKIKATNYA.. dan mungkin sebagai balasan kerana suka mengutuk dan mencaci…. Wallahualam..
about 4 years ago
hai…saya orang baru ruangan nie…bleh mencelah?
about 4 years ago
Saya tak nak jadi andartu! saya teringin juga nak jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya dan pasangan klu ada insya’Allah….!
Saya maafkan mereka yg telah menyakiti hati ni…. moga Allah berikan hidayah utk mereka berubah dan petunjuk ke jln yg lurus… aminnn….
about 4 years ago
Jantan kat malaysia ni semua x guna, baik tembak je kecuali nak aku la
dah la merogol, mencuri, menipu n jurang pada bini. knplah x de lg yg mcm rasullah.
lelaki vs jantan skg mmg x guna 1 sen pun
about 4 years ago
moga lelaki2 yang suka menyakiti wanita sedar siapakah mereka dan tujuan hidup ini…mereka akan menerima balasan jua….nauzubillah….
about 4 years ago
“Individu seperti ini memang banyak di myJodoh, tetapi hairan sebahagian para pengguna wanita myJodoh tidak menjumpai mereka, tetapi menjumpai lelaki-lelaki yang berperwatakkan sebaliknya. Mereka benar-benar serius di dalam pencarian pasangan hidup. Biasanya tup-tup kahwin.. tup-tup kahwin.”
Entahlah,
Mungkinkah mereka segan untuk menghantar pesanan kepada muslimah2 yang ada dalam MyJ?
) kerana tidak dapat menerima perempuan yang tidak menepati ciri-ciri asas yang tidak boleh dikompromi, e.g. seperti pen-zina, tak menutup aurat, tidak menghormati ibu-bapa, etc.
Mungkinkah mereka ada memberanikan diri, tetapi tiada sebarang balasan diterima?
Mungkin juga mereka tidak sewenang-wenangnya meng-approach, kerana tidak mahu memberi harapan palsu atau mempermain-mainkan muslimah2 di MyJ.
Mungkin juga mereka teragak-agak kerana tidak menemui muslimah yang yang bersuaian manis raut muka, adab pekerti, asal-usul, dan lain2.
Mungkin juga mereka risau mereka dipersenda dan disalah-anggap sebagai JANTAN dengan sewenang-wenangnya, maka mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dalam meng-approach muslimah2 di MyJ.
Mungkin juga mereka masih berfikiran konservatif (seperti siapa ek?
Itu cuma pendapat saya je. Belum tentu betul pun. So, don’t take my words for it. So, apa yang patut muslimah dan gadis2 baik di MyJ patut lakukan? Saya tak tahu.
Namun saya pasti, mereka (lelaki2 baik yang seperti Saudara Azrul ceritakan tu) mencari gadis/wanita yang muslimah. Saya juga yakin, mereka juga tidak menggemari gadis yg bersikap agak kurang positifnya atau yang memperjuangkan isu-isu wanita membuta-tuli sambil membelakangkan agama seperti yg perjuangkan wanita boleh jadi imam solat jumaat, yg mempersoalkan hukum faraid, dan beberapa hukum-hukam yg Allah tetapkan. Saya belum jumpa yg mcm tu lagi, alhamdulillah.
Lagi sekali, itu cuma pendapat shj, tidak semestinya betul. Wassalam.
about 4 years ago
Allahu Akbar….Allahu Akbar…. Allahu Akbar,
Laa Ilaha IllAllah WAllahu Akbar
Allahu Akbar Wa Lillah Ilham
Saya mengucapkan kepada semua warga my jodoh dan kepada umat Islam pada umumnya SELAMAT HARI RAYA !
Dan saya berdoa kepada ALLAH SWT agar mengabulkan doa dan usaha kita di bulan Ramadhan, bulan yang dimudahkan diterima doa agar Idul Fitri akan disambut kembali oleh umat Islam dibawah satu kesatuan negara Khilafah.
Mohon maaf sebagai insan biasa pasti pernah melakukan kesalahan. Semoga ALLAH SWT meneguhkan hati kita untuk tetap istiqomah mengembalikan mengembalikan kehidupan Islam
about 4 years ago
kenapa y x pernah bertemu dgn pengguna yg betul2 serius mencari jodoh??? heran ye…
about 4 years ago
Ader tu ader… tapi tak banyak??? kita kena berusaha di samping berdoa kpd maha pencipta… Jangan putus Asa.. Cuba hingga berjaya… Jangan dok heran… semua dah Lumrah Dunia… Ada Cantik .. Ada Lawa… Ada….???????
about 4 years ago
muncul la lelaki2 yg jujur di my jodoh. ramai wanita2 jujur menanti kalian
about 4 years ago
semoga wanita2 jujur di cini akan ketemu lelaki2 jujur di mj jodoh. amin
about 4 years ago
Salam.
Maaf sy mencelah kat ruangan nie, cuma ingin berkongsi pendapat dgn semua. Bukan hasrat nak membela kaum Adam, jgn kerana pernah kecewa, kita jatuhkan hukum yg lain juga turut bersalah, jgn kerana peristiwa semalam yg mengecewakan, kita x melihat kebaikan yg ada, jgn kerana seorang lelaki yg membuat kita kecewa, hukum yg sama kita jatuhkan pd insan yg lain, (gelaran penipu dan seantero dengannya).
Buat kaum Adam,
Anda dilahirkan untuk memimpin, maka x slh klau harapan diletakkan oleh seseorang wanita itu pd anda untuk memimpin mereka kejalan yg lebih baik. Jgn dipermainkan hati dan perasaan seseorang wanita itu, andai benar sidia pilihan hati teruskanlah, tp sekiranya bukan berterus-teranglah, jgn diberikan harapan sekiranya anda tidak berniat untuk memenuhi janji yang diberi. Benar, jodoh pertemuan ditangan Allah, namun kita diberi peluang untuk memilihnya bukan?? Jadi usah kecewakan hati insan lain, andai anda juga tidak ingin dikecewakan.
about 4 years ago
hati2 bila mencari jodoh di sini. Saya telah mengalaminya… Org lelaki yg sy kenal adalah seorang penipu! Ingatlah balasan Allah pada anda..
about 4 years ago
Kepada saudari Lin dan kaum sejenis.., anda semua tdk akan mudah tertipu dan dipermainkan oleh jantan sekiranya mengambil sikap yg sederhana dlm menjalinkan hubungan.
1. Selidiki dan siasatlah latarbelakangnya terlebih dahulu. Tanyalah ttg dirinya melalui orang yg rapat dengannya atau kawan sekerjanya. Tapi kalau nak tahu ttg perkara yg negatif ttg dirinya, dptkan maklumat ttg dirinya melalui musuh ketatnya..!Cari musuhnya terlebih dahulu sebelum berhasrat utk menjalinkan hubungan dengannya.
2. Jangan hadkan bilangan kawan anda kepada seorang saja…, anda kena mengenali ramai orang dan dlm masa yg sama cuba utk memahami dan menelusuri hatibudi mereka. Agar dgn ini perbandingan ttg sikap dan tindaktanduk mereka terhadap persekitaran dapat diduga dan dikenalpasti.
3. Jangan mudah percaya setiap tuturkata dan tindaktanduk mereka di hadapan anda. Kebanyakannya berupa IKLAN utk menarik perhatian anda agar menaruh keyakinan 100% dan percaya bahawa dirinya layak dijadikan pelindung serta mampu menjaga maruah diri anda. Sekiranya ini berlaku, maka dgn mudahlah anda jatuh tersepok ke ribaan mereka. Justeru itu, risiko anda akan diperdaya dan dipermainkan adalah tinggi sekali…! Untuk itu jangan salahkan jantan kerana fungsi mereka memang begitu – memenuhi kehendak nafsu serakah haiwaniah dlm jiwa mereka ituuu…!
4. Jangan sekali-kali benarkan mereka meyentuh anda meskipun berpegangan tangan…! Sebarang ruang ke arah ini sepatutnya tertutup rapat oleh kuasa yg ada pada anda meskipun telah diayat dengan pelbagai jenis penglipurlara, jenaka dan dondang sayang..!
5. Jangan sekali-kali ikut mereka pulang ke rumah..!
6. Tidak mudah menaruh harapan dan juga jangan terlalu awal memberi harapan..!
about 4 years ago
Memang benar. Kita kena ingat suatu hari nanti kita akan dapat rasa bagaimana kita di permainkan org lain. Wahai kaum adam!anda adalah pemimpin. Jgn kecewakan kaum wanita.Mungkin anda atau keluarga anda akan terima apa yg anda lakukan pada org lain.Allah itu Maha Adil.
about 4 years ago
YANG PALING DITAKUTI DI DUNIA INI IALAH FITNAH WANITA..
about 4 years ago
Salam.
Buat mereka yg bergelar lelaki……
Jgn mempermainkan hati dan perasaan seseorang wanita, mkin anda gembira bila melihat mereka kecewa dgn permainan anda, namun bagaimanakah klau yg sebaliknya terjadi sekiranya hati anda dilukai oleh insan yang anda sayangi?? Terlukakah anda??? kecewakah?? atau gembira yang teramat sangatttttt!!!!.
Buat Lin…
Jdkan pengalaman lalu sbgai ingatan, tidak semua lelaki itu penipu dan usahlah berdendam dgn dia yg pernah menyakitkan hati. Mungkin dia bukan insan yg terbaik buat Lin. Percayalah…… ada insan yang lebih baik dari dia untuk Lin di luar sana… InsyaAllah.
Dan Lin berhak untuk mendapatkan yang terbaik dlm hidup Lin
Amin.
about 4 years ago
mencelah sikit..
i agree ngan cempaka_ungu. what he said it’s true but terjadi nya istilah ” perempuan pun sama” dialog kaum adam bila di tanya pasal perempuan pun tak kurang gak suke memainkan prasaan lelaki. yes that true coz, memang ada lelaki yang begitu jujur(susah nak jumpa) dlm hubungan, sampai terlalu membawa hati bila kecewa, kerna dia merasakan pompuan yang tak jujur..dan perempuan juga akan berkata sedemikian pada lelaki, bila terjerumus dlm same situation. so allah jadikan manusia dengan penuh kehebatan yakni pemikiran..so jangan rosakan kelebihan tersebut..than renung renungkan…