.. mencari si dia yang soleh ..
Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 23, 2007 at 7:11 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
very interesting website..mdh2an pd yg blm menikah tu, dprcepatkan jodohnya..pd yg mghadapi masalah dlm hbgn juge moga dprmudahkn segalanya..
about 2 years ago
Salam semua,
saya terjumpa laman ini ketika hati sedang cuba mencari penawar bagi luka yang sedang berdarah. Kecewanya rasa hati sewaktu kasih dan sayang yang ditabur di putuskan hanya Allah sahaja yang mengetahui. Di kala hati berbunga harapan dan bahagia saya di kejutkan dengan kata2 ‘ Mulai sekarang bey kena lupakan abang sebab mak abang dah ada pilihan lain utk abg. abg minta maaf’. kejamnya kata2 tanpa ada sedikit rasa bersalah setelah segala pengorbanan di berikan. di subuh hening saya meraung menangisi nasib dan takdir saya sendiri kerana ini adalah kali ke 4 saya putus cinta. walaupun mungkin bagi dia tempoh perkenalan kami agak singkat tetapi segala harapan dan impian telah kami bina bersama tambahan lagi apabila si dia mengatakan ‘abg kerja keras sbb kita nak kawin thn depan’. Waktu tu, segalanya seperti sudah terancang di dalam hati saya. sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. bulan madu yg indah. bakal anak2 kami. Ya Allah…indahnye musim itu. Apabila di tanya sama ada dia telah memberitahu ibunya bahawa dia telah mempunyai kekasih hati dan jawapan yang saya terima ‘ abg dah bagitahu mak kita dah kawan setahun tp mak tetap nak abg kawin dgn pilihannya’. saya cuba meminta agar dia memujuk si ibu agar berlembut hati dan merestui hubungan kami, jawapan yang saya terima ‘ abg dah pujuk tp mak abg keras hati. bey pun tahukan kalau mak abg kata A, A lah. bey nak abg kena buang keluarga ke?. mak dan adik abglah satu2nye harta yang abg ada sekarang ( ayang telah meninggal dunia)’. Kepada si ibu, jika benarlah kata anakmu tidakkah kau mengerti hati seorang wanita sepertiku sedangkan kau juga adalah wanita dan kau juga mempunyai anak perempuan lebih kurang seumurku… Betapa pedihnya hati mengenangkan kau bakal menjadi raja sehari sedangkan aku di sini masih lagi terkapar2 dlm sepi memori yang telah kita cipta dulu. Kepada Allah saya memohon dan berdoa dan bermunajat agar saya di berikan kekuatan,ketabahan dan kecekalan hati agar dapat menempuh dugaan ini. kepada Allah juga saya mengadu nasib diri. Sesungguhnya tiada daya saya utk menempuhi dugaan ini sendirian tanpa bantuan Allah. Seminggu saya berkurung di dlm rumah tanpa menghiraukan mkn dan minum kerana memori kami sentiasa terlayar di ruanan mata. Ibulah peneman di kala duka berhiasi hari2 saya. ibu juga berendam air mata mengenangkan satu2 anaknye ini di perlakukan sedemikian rupa.saya cuba lupakan dia dgn merelakan dia pergi kerana saya pernah berjanji bahawa walaupun kami bersatu sebagai suami isteri yg sah, saya tidak akan pernah menghalangnye dari mencari syurganya iaitu dgn mentaati ibunya. saya juga sedar, saya perlu berkorban demi kebahagiaan dirinya. tapi mengapa sukar utk saya padamkan memori antara kami berdua….mengapa memori ini yg membelenggu diri ini….wajahnya sentiasa terbayang. setiap kenangan kami selalu berulang. benarlah kata pepatah inggeris yang mengatakan ‘it takes a minute to fall in love but takes a whole life to forget it’. itulah yg saya rasakan sekarang. buat insan yang aku sayangi, semoga kau berbahagia dgn bakal isterimu. Jadilah seorang suami yang selalu menghargai isterimu. jgn pernah kau ucapkan kata2 manis tanpa kau pasti sama ada kau bisa mengotakannye kerana kenyataan apabila sesuatu janji itu di mungkiri teramat pedih dan perit utk di tanggung. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim bantulah aku utk menempuhi dugaan ini. Sesunguhnya tiada dayku utk menempuhi dugaanmu ini sendirian Ya Allah… amiin ya rabbal a’lamin….
about 2 years ago
salam
lama dah tak jenguk sini
alhmdulilah,syukur allah.insya allah akan btunang bulan 2 ni. doakan ye.
utk pengetahuan , sy juga ada masalah lambat jodo.alhmdulilah,sy penah amalkan baca selawat fatih 100x setiap hari.allahua’alm
about 2 years ago
salam semua.
aku hanya melintas seketika
sekdar ingin meluahkan apa yang terpendam
kasih yang dipelihara dgn restu keluarga hanya menunggu masa untuk ku diikat oleh benang ikatan terindah… aku pasrah.. dia saat dia kembali ke rahmatullah…
luluh hatiku…
namum ku pendam derita kehilangan nya sendirian tanpa terpamer riak sedih diwajahku. semua ini semata – mata kerana tidak sanggup melihat insan – insan yang ku sayang bersedih.
esok genaplah la 4 thn pemergian nya namun pergi nya dia masih belum berganti.
keluarganya mengambil aku sebagai anak angkat sejurus pemergiannya. namun kini aku semakin menjauhkan diri dari keluarga itu kerana aku semakin tua dan aku perlu melupakanya selamanya….
aku ingin bahagia seperti insan lain.
punyai keluarga sendiri. disamping teman2 yang enak berbahgia. aku juga insan biasa yang punya rasa cemburu. yang punya keinginan, ingin menyayangi dan disayangi.
about 2 years ago
salam, saya tertarik dgn kandungan blog ini. saya mmg mencari doa2 untuk permudahkan jodoh.. dan terjumpe dgn blog ini, bile saya baca sume komen2 kat dlm ni, saya berasa saya bkn beseorangan..
kawan2 saya ingin minta pendapat kwn2, saya berkawan dgn seorg lelaki dia hanya berumur 2 thn tua dr saya, san saya pada tahun ni menginjak ke umur 30. masalahnya dia seorg duda, mungkin jodohnya tak panjang dgn ex dia. anak seorg tp dbwh jagaan isteri nya.
If saya terima dia saya risau ibu saya tidak dpt menerima die krn status nya duda. kata org jgn la cari duda, tp kalau dia jodoh saya mcmmana? saya sentiasa berdoa yg terbaik untuk saya..
kawan2 rasa salah ke seorg gadis berkahwin berkahwin dgn deorg duda. adakah akan ada masalah kelak? bagaimana saya ingin meyakin ibu saya agar dpt menerima dia..
Puteh harap kwn2 sudi share pandangan kwn pada sya..
wsalam
about 2 years ago
salam..nak kongsi cerita kat cnie juga..saya baru berumur 23 tp now saya nak cite sal akak umor 32..blom kawen…kadang -kadang masalah akak yang belum menemui jodoh nie juga memberi kesan dalam hidup saya..kalau saya risau tentang dirinya..apatah lagi empunya diri…akak adalah orang yang paling banyak memberi pertolongan kepada adik-adiknya untuk meneruskan pengajian ..bukan itu sahaja untuk adik-beradik yang lain yang ingin melangsungkan perkahwinan akak laa yang paling busy dalam menguruskannya….saya tao jauh dalam hati akak tersimpan perasaan untuk disayang dan menyayangi…tp akak juga cam fobia nak kawen pas dgr cam2 hal org laki skang nie..saya nak tolong..tapi saya x tahu pertolongan yang mcm mane yang boleh saya berikan…
about 2 years ago
Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..
Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..
Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah..
Mungkin sahabat sahabiah sekalian pernah terdetik sebegini dalam hati tatkala diri dilanda badai ujian..berbagai ujian yang Allah swt uji ke atas umatNya seperti harta, kehilangan nyawa dan sebagainya..Namun..pernahkah kalian semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..
Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..
firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
“Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..
Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)
“Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya”
about 2 years ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. serimgkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and asemestinya akan rasaa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 2 years ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. seringkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and asemestinya akan rasaa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 2 years ago
Assalamualaikum…
saya nak berkongsi cerita dengan kalian..
“…seandainya anda berada dalam situasi ini..
anda meminati seseorang.. orangnya baik.. dan yang paling penting seorang yang kuat agama.. mempunyai ciri2 pemimpin dalam hal keagamaan.. lelaki tersebut agak menjaga pandangannya.. biasa menjadi imam untuk solat jemaah di surau..tidak akan berbual dengan kaum ajnabi tanpa ada keperluan yang penting..boleh dikatakan.. cukup syarat.. memanglah tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.. tapi.. “almost perfect”…
anda ikhlas dan berharap agar Allah tentukan Dia sebagai jodoh anda.. anda beriktiar.. melalui solat hajat dan doa yang tak pernah putus2.. seringkali anda rasa anda wajar berserah dengan mengatakan.. seandainya tidak ada langsung cinta untukku bersamanya.. maka jauhilah “dia”.. tapi hari demi hari seakan membuahkan kenangan yang sedikit sebanyak memberikan anda harapan..dan pada masa yang sama.. sahabat baik anda juga turut meminati si dia.. and a semestinya akan rasa berbelah bahagi kan?? antara sahabat @ perasaan anda… ”
macam mana..???
about 2 years ago
salam..
dapat baca blog ni kita jd tabah cekal menghadapi hari yang mendatang…saya baru putus kasih ngan kekasih saya yang saya kawan hampir 4taun…dan plan nk kawin tahun hadapan…tapi ape yang kita rancang tak semestinya menjadi….di sebabkan panas baran yang tak menentu dan perangai yang buruk…tapi bila baca kat blog ni…rasa sedih,gembira dapat muhasabahkan diri…sekarang msih still contack dan selalu bertanya kabo…wat masa ni sy nk ubahkan perangai yang buruk…dan memberi ruang untuk bekas kekasih sye berpikir,moga2 ALLAH membuka pintu n hati untuk menerima saya kembali,dan membuka pintu hati saya untuk berubah…demi kebahagian sesama…amin..
salam
about 2 years ago
saya usia 31 tahun…tp masih belum jumpa org yg sesuai…apa yg tak kena….rungsing saya
about 2 years ago
tertarik ng blok ni…
about 2 years ago
saya bru umur 21thn..tp msih tiada jodoh yang sesuai..kwan2 tu rmai la…
about 2 years ago
salam semua saya baru menemui blog ini. rupanya ramai yg mengalami nasib spt saya. Usia saya sudah hampir mencecah 34 thn mei ini tapi masih tidak menemui jodoh. Masyarakat kita terlalu pasif dimana bila seorang gadis lewat berkahwin maka hanya sindiran dan penghinaan yg kita terima tetapi mereka tidak berfikir anak2 mereka, cucu mereka yang kahwin awal semuanya telah ditebuh kesuciannya. Saya pasrah andai ini suratan untuk saya. Tetapi saya tidak sesekali berputus asa untuk menemui jodoh. Semoga saya bertemu jodoh sebelum mencecah usia 35 tahun. AMIN!!!
about 2 years ago
salam…
terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri setelah membaca beberapa artikel teman yang senasib…sy berumur 29thn..masih bujang..dh berkali2 putus cinta…
pertama kali bercinta..sy yg memutuskan hubungan, kali kedua sy juga yg memutuskan…punca perpisahan si dia tiada pekerjaan yg tetap…namun perpisahan yg ketiga…setelah 2thn kami menempuh segala onak dan duri untuk bersatu..namun akhirnya kami tetap berpisah…ini adalah kerana tiada restu dr ibu sy…kini setelah 2thn berpisah dan si dia telah berkahwin 6bln selepas perpisahan kami…sy masih lagi sendiri..pernah bercinta dgn seorg lelaki yg sy anggap benar2 jujur dan ikhlas menyayangi sy..namun, sy telah ditipu dan ditinggalkan begitu sahaja…kini, sy seolah2 serik untuk bercinta…ibu pula slalu bertanye…sy jdi geram pd ibu..sy jd marah pd ibu..tp sy simpan mrh,geram pd ibu..kerna sy terlalu sygkan ibu…apa slh sy ibu..knp kau putuskan hubungan kami dahulu….hubungan yg kau tak restu itu…tp kini kau bertanye pula….apa harus aku buat..setelah aku sendiri telah serik untuk bercinta…kwn2 lain telah bertemu jodoh..namun, diri ini masih sendiri..sebenarnya tiada lagi kekuatan diri ini untuk hidup..tp atas dasar kasihkan ibu ayah serta adik2…sy cekalkan hati..sy kuatkan semangat..sy teruskan jua liku2 kehidupan ini…ats sisa2 semangt dan kekuatan yg ada….
kini, sy ikutkan rentak kehidupan, kehendak pekerjaan, dan naluri keinginan sendiri…tiada lagi perasaan ingin mencari…sy dh penat…sy sakit untuk menghadapi rase kecewa lagi…
sy serahkan pd yg Esa..sekiranya ada…alhamdulillah…sekiranya tidak sy redha…
teman2..klu diikutkan artikel sy ini…sy sebenarnya dh berputus asa…tp sy xmahu semua ini berlaku dlm hidup sy..sekiranya ada teamn2 yg boleh beri sokongan…sy harap kwn2 bleh membantu…
terima kasih, wassalam
about 2 years ago
Salam semua, Bee dah bercinta hampir 4thn namun semua nya musnah ketika ulang tahun ke 4 pabila Bee dpt th Insan yg paling Bee Cintai dan sayangi menerima cinta insan lain.Hanya kerana wanita itu menyukai dia dan pada mlm ulang tahun ke 4 (26/1/2010) kami dia marah dgn sikap Bee yg tak reti nak ikut cakap dia ,dgn mudahnya dia tlh menerima dan bercinta dgn wanita lain dan dlm ms seminggu jg dia telah melamar wanita itu. Namun Bee tak mengalah dan Bee tak akan mensia sia kan penantian Bee slama 4thn,kerana Bee percaya cinta dia masih mendalam pada Bee, hanya keran sikapnya yg suka membuat keputusan terburu buru dia telah melamar wanita itu namun Bee percaya dan Bee dapat merasai yang dia sgt mencintai Bee tp dia kecewa dgn sikap Bee yg tak pernah jelas dgn percakapan nya. Bee masih berdoa kepada allah semoga dia sedar ape yang tlh dia laku kan pada Bee, Bee sgt mencintai dia Bee akan terus berusaha menawan hati insan yang paling Bee cintai Bee tak akan mengalah demi cinta yang Bee bina besama dgn Adli selama 4 thn. Kerana Bee dan Adli dah banyak berkorban apa sahaja untuk terus mempertahankan hubungan kami selama 4 thn jadi Bee berjanji dgn diri Bee akan terus berdoa kepada allah semoga kami akan di satukan dalam masa terdekat ni kerana itu janji dia. Selapas dia kata kan dia telah melamar wanita itu, tp Bee tak mengalah Bee masih menanti dia untuk mjd teman hidup Bee spanjang hayat insyallah. Nabila sangat Mencintai Mohd Nur Adli Bin Mohd Din. Nabila akan terus menanti dirimu dan ku akan terus berdoa agar kita akan disatukan itu harapan ku slama ini pada mu sayangku Mohd Nur Adli. Cinta Ku Pada mu sampai Syurga sayang. Ku sabar menghadapi dugaan ini sayang demi cintaku padamu sayang.
about 2 years ago
tiap apa yg terjd sume nye dugaan Allah..
kite kne trme dgn hati yg terbuke..
Allah menguji kite mengikut kemmpuan kite…
Saya redha dengan apa yang dah ditentukan..
Saya cuba mendalami ilmu agama..
Janganlah kita berputus asa..
Tabah menempuh dugaan dan cabaran..
Apa yang penting,jangan lah memilih..
terima la kekurangan masing2..
tiap org ada kelebihan and kekurangan nye tersendiri..
about 2 years ago
Salam,
Sampai bila harus bersendirian ye.. persoalan yang tidak terjawab oleh saya sendiri.
Saya sering mengingatkan diri sendiri..sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..apa yang berlaku ada hikmahnya..rahmat dari Dia..
about 2 years ago
Ramai rupanya senasib dengan aku yg telah bergelar andalusia, sabar kengkawan, apa yg penting redhalah menerima apa juga takdir yg Allah bagi pada kita. Tabahlah menghadapi semua ujian dan dugaan. Bykkan amal ibadat. Bacalah Al-Quran selalu utk menenangkan hati yg gundah gulana. Jgn terlalu memikirkan jodoh kita sampai lupa tanggungjawab kita sebagai hamba
about 2 years ago
seperti yg lain..sy jumpa laman web ni secara x sengaja ketika dalam keadaan keliru.sy x penah bercinta and amat susah utk mendekati wanita.Tp selama 23 tahun hidup,terdapat juga seorg wanita ni dapat menbuka hati saya utk bercinta and dengan mudah nye sy dapat mendekati dirinye serta mesra dgn ye.Tp kecewanye saya bila tahu kawan baik saya juga menyukainye…sy keliru??? perlu ke utk terus merapati wanita tersebut or menbiarkan kawan sy bersamanye???/
about 2 years ago
Salam semua.
Saya dah lama mencari jodoh. Dah berjumpa pun banyak, tetapi satu pun tak menjadi. Saya pun
tak tahu apa yang dicari oleh seorang wanita sebenarnya. Umur makin lama makin meningkat. Masih mencari .
about 2 years ago
nice website..bila baca pglman org ni, baru tau, kat luar sana byk lg org yg hadapi masalah..moga kita tabah hadapi ujian Allah..ujian mematangkan diri kita..
about 2 years ago
salam smua.setiap org pasi menghadapi masalah.tp heran jg ek,ble tgk org lain senang je dpt jodoh.tp kte ni plak yg terkapai2 lam mencari teman hidup.dh laa senang dpt jodoh,idup plak bahagia n senang lenang.ditambah pla dengan kehadiran anak2 penyeri idup.sy jg berharap perkara yg sama n lam hati ini sering bersikap positif,mungkin ada hikmah di sebalik smua ini.Semoga Allah mempercepatkan jodohku ini.InsyaAllah.
about 2 years ago
assalamualaikum..soal jodoh mmbuatkn sy runsing dn ssh ati..ibu dn ayah kerapkali brtnye..sdgkn sy tiada jwpn utk itu..bkn krn tdk brsedia ataupn menangguhkn jodoh,..ttp lbh kpd blm btemu jodoh..sy berusaha utk brgaul,brsahabat dgn insan yg sy fkr ade potensi utk mnjd suami ttp stkt ini msh blm ade yg sungguh2 inginkn sy mnjd isteri..sekiranye ade, ibu dn ayah pula yg tdk brkenan..sy tdk sedih bl ibu dn ayah menolak, tp sy runsing dgn diri sy sndiri krn sbg seorg wanita, sy agk ssh dlm hal2 yg mlibatkn kepercayaan trhdp lelaki..harapan sy smoge Allah memperkenankn doa sy agr dipertemukn dgn jodoh yg baik, beriman dn brtanggungjawab dunia dn akhirat..Amin..
about 2 years ago
salam utk semua yg membaca laman ini..
Rupa2nya kita mengalami situasi yang sama,,sye dah berumur,,,bekerjaya…tp tntg soal jodoh,sye agak ketinggalan,,,sye pernah bercinta,tp gagal,,,ntahlah tak tau memilih,,,,yang datang hanya sekejap.Sye bukan mudah untuk jatuh cinta,,ketika ini hati terlalu sunyi,mengharapkan untuk di sayangi dan dicintai kembali…pengalamn hidup jadikan sye lebih berhati2.skg masih mencari…kesedihan dah menjadi sebati dalam diri ini…Allah mengetahui yg terbaik untuk hambanya,,,semoga kita semua di gantikan dgn yang lebih baik dari sebelum nya….Amin
about 2 years ago
hai..saye pun sedih..dulu bercinta..tapi dihalang orang tua..sekarang belum ada jodoh lagi..mak ayah duk bising2..kawan2 dah ada tunang ,dah ada anak..tapi ain solo…stress sangat wak…lau rajin2 kongsi idea dengan ain masukla facebook nurulainchezawawi k…nak pegi keja ni..aduh
about 2 years ago
Bersabar dan berdoa..Allah Maha Penyayang lagi Maha Adil…
Saya juga sedang mencari…mungkin kita boleh berkenalan..
Lastly…Dekatkan diri dgn Allah, jgn pikir sgt hal2 ni…Setiap insan dah ditentukan jodoh, ajal dan rezeki masing2..
about 2 years ago
Salam…saya tertarik ngan website ni…tak sangka masih ramai yg menghadapi masalah yang sama. Saya dah berusia 29 thn ttp masih lg belom temui jodoh…kdg2 tension jgk apabila ramai yg bertanya kenapa tak kawin lg…dan nasihat mereka lagi supaya jgn memilih sgt… bukan soal saya memilih tp belum temui jodoh…bukan saya tidak mempunyai kenalan tetapi jodoh tiada..Mmg benar ajal, maut, jodoh, pertemuan Allah yg tentukan. Namun apa yg perlu sy lakukan hanyalah perlu berdoa dan tawakal kepada Allah shj. Apabila melihat kandungan website ini saya bersemangat utk berusaha untuk memperoleh jodoh dan ingin merasa hidup disayangi selain dari keluarga dan saudara mara
about 2 years ago
Salam,
Ita berusia 24 thn, ita juga baru sahaja kecewa..ita sayang pada sesorang yang dikenali melalui portal mencari jodoh.berumur 29th, berkerjaya. die seorang yang beriman dan mengenali nya juga mendekatkan diri ita untuk mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w. tapi ita tak perfect seperti yang diharapkan.die tinggalkan ita mcm itu sahaja.msg dan panggilan juga tidak dijawab.mungkin terdapat pilihan lain yang membuatkannya lebih berminat…Tapi ita bersyukur kerana Allah makbulkan doa ita. Ita pernah berdoa jika lelaki itu adalah jodoh ita, ita mintak Allah dekatkan hati kami, jika bukan, ita minta Allah jauhkanla die sejauh2nya..dan kini Allah telah memberi petunjuk.Alhamdulillah..Ita redha takdir Allah. Tipu kalau ita kate ita xrase ape2 setelah beberapa tahun mencari. Ita redha jika Allah menyatakan ita tiada jodoh dgn sesiapa, biarpun ita hidup sendiri tapi ita mohon ita tidak menyusahkan sesiapa.Tetapi jika ada yang mendekati selepas ini, ita minta die untuk solat istikharah dahulu.sbb ita tak mahu kcw…..Wsalam
about 2 years ago
sy jg ingin mencari teman hidup, namun sampai skrg sy masih sendiri, apalah nasib diri ini, bila teman baik pun akan berkahwin dan tinggalkan sy sdirian bertambah sepi hati ini, adik beradik pun semua dah kahwin, kadang2 sy malu pada semua apalah yg tak kenanya pada saya, apakah sy akan begini buat selamanya hanya Allah yg tahu, moga ALLAH akan mempertemukan jodohku……Insyaallah
insan sepi………
about 2 years ago
hanya allah yang tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang……
about 2 years ago
smpai sekrg sy masih mencari pasangan.. bila bercinta ada je xmenjadi dan bebaru nie pilihan makcik pn xmenjadi..tetiba timbul kisahnya lelaki tu dipaksa berkahwin dengan su sedangkan kami telah bertunang.kini proses untuk putus tunang.Keluarga su xnak meneruskan nya sedangkan keluarga lelaki beriya mahu su meneruskannya.alasannya lelaki tu terkena buatan orang..xmungkin!xpela kan bukan jodoh su lagi…
about 2 years ago
ramai antara kita yg mengalami nasib serupa..sesungguhnya semua ini adalah ujian dan dugaan dr Allah swt…semoga kita semua sentiasa tabah dan redha menerima ketentuan dariNya…
about 2 years ago
salam teman2 sekalian..sy juga senasib dgn anda sekalian.slalu dikecewakn dn di permainkn tp sy x berputus asa.sy sentiasa berfkrn positif dn percaya setiap insan yg dilahirkn di dunia sudah ditentukn psgn hdp untuknye..
about 2 years ago
aku sedih dan juga berasa kecewa..
bru shj couple x smp sebulan aku dh di tnggalkn…selama hdup aku mmg susah nk terima mne2 llaki…tp aku keliru…
aku couple dgn bf lme aku nk msuk 3thn tibanya muncul seorg llaki dr sabah itu telah membuatkan aku terpikat dgnnyer..aku sgt sygkn dia…kami berkenalan dlm hp..salah 6ber..tp x smpai sbulan dia telah memberitahu dia akn bertunang dgn p’puan plihannyer sbelum ini mmg dia ada melamar aku sbg isterinnya… Ya Allah Dugaan Apakah ini Yang Kau Beri Padaku… bg lah aku skongan.. aku btul2 rndu pd dia smpkn aku tdo terbw dlm mmpi.. bantulah aku..
about 2 years ago
skadar nak share;saye berumur ..pernah putus tunang disaat saye mempersiapkan kelengkapan perkahwinan saye..sepatutnye saye berkahwin dgn adik saye sekali..tp apakan daya jodoh xberpanjangan..bayangkan betapa sedihnya dihari pelansungan perkahwinan adik saye..patutnya saya bersama die sekali duduk diatas pelamin..sy harap anda semua jgn bersedih kerana ada yg lg sedih pada anda..just saya nk pesan allah maha pengasih lagi maha penyayang..die xpernah hampakan kite..dan bersangka baiklah dgn allah..sebab die lg tahu ape yg kite tidak xtahu..sebab die pencipta dan kita hamba..terus berdoa kerana doa adalah senjata mukmin..jgn mengalah sebab allah lebih suka hambanya yang merintih kepadanya dan berdoa kepadanya..jgn pandang balasan disini tetapi pandanglah rahmat dan kasih sayang allah disana..perbanyakkan doa ini “ya allah kaulah maksud ku dan keridhoan kaulah yang aku cari”..
about 2 years ago
Salam semua…
Saya hanya hendak meluahkan perasaan saya disni..Sbb, saya x mampu hendak meluahkan pada sahabat, mahupn family saya. Umur saya 28 tahun.Saya tidak cantik seperti wanita lain, tp saya redha dan bersyukur… hingga saat ni, saya langsung tidak pernah berkawan dgn mana lelaki secara serious. Mulanya, saya tidak kesah…tapi sejak umur sudh meningkat..hampir 30, mak saya sangat risau. dan sering bertanya. Tp apakan daya saya…saya seorg ‘perempuan’.Hakikatnya, saya jga sudah terasa kehilangan rakan2 yg lain..sbb mereka sudah berkeluarga… rasa sunyi mmg ada… pada masa yang sama, saya sudah tertarik dgn seseorang yang dekat dgn saya… tp sebagai ‘perempuan’, apalah yang saya boleh lakukan…saya hanya mohon kepada Allah untuk mengerakkan segalanya…
adakah memadai usaha saya itu???….
about 2 years ago
salam…syukur, alhamdulillah sy jumpa web ni disaat diri memerlukan…dis yer, usia sy dh 24, but till now sy blm ada “teman”..bkn sy xcuba utk mcari..tp msalahnyer sy xreti nk bkwn dgn lelaki..cmne tu???
about 2 years ago
Salam semua,
I nak kongsi dgn u all la…..I ni memang insan terpilih utk memenerima dugaan ini la agaknya… tapi terkadang waktu i pun merasakan teramat berat utk memikulnya sendirian…Pepatah kata “Langit tak selalu cerah”. BETUL! Begitu jugalah yg terjadi pada saya insan kerdil ini… Dugaan hidup saya memang mencabar!…. Setelah saya berpisah dgn suami pertama…Perpisahan ini terjadi kerana kurangnya tanggongjawab si dia yg bergelar suami…..sehingga sedara mara dan rakan2 sanggup menitis airmata bersama keperitan saya….ada hikmahnya rupanya disebalik kesengsaraan itu… Setelah berpisah dgn suami pertama Tuhan telah menganugerhkan saya suami kedua yang amat menyayangi ku serta anak2… Tanggonghjawab? memang perfect!…Semasa saya menjanda…bermcm jejaka muncul dlm kehidupan saya sehingga saya pening utk memilih….solat hajat telah saya lakukan…namun wajah suami kedua tak perah kunjung tiba…sehigga saya melantik ibu sebagai penasihat… mana yg ibu berkenan itu pilihan saya..Ibu pilih arwah suami sebab dia bujang dan lebih muda 2 tahun dari saya. Tapi Tuhan lebih sayangkan dia…. DIA telah kembali ke RAHMATULLAH hampir 3 tahun yg lalu…. Mudah2an Tuhan mencucuri rahmat keatas ROHnya dan dimasukkan dlm golongan org2 yg BERIMAN para suhadak, ambiak dan auliak….Amiin..Tapi diri ini bukanlah malaikat….Kesepian benar2 terasa kini…tapi peliknya tiada insan yg muncul utk mengisi kekosongan sebagimana daluhu tetakala saya bersendirian sewaktu berpisah dgn suami pertama… Sukarnya utk mencari pengganti….Apakah salah dan dosaku…. sehingga hampir 3 tahun aku masih besendirian…..Tak dpt di nafikan kasih memang masih menebal pd arwah suami….tapi cinta dan sayang juga perlu dibelai…. Itulah HIKMAH TUHAN kan… Namun saya tetp bersyukur kerana di kurniakan kesihatan badan dan anak2 yang sihat dan cemerlang dlm pelajaran…Amiiiin Ya Rabbal alamiiiin. Suami kembali ke rahmatullah tetakala usia menjangkau 38 tahun pd 1 Ogos 2007……
about 2 years ago
em..seronok dapat baca blog ni..terbuka hati saya untuk menceritakan sesuatu yg pernah brlaku pd dr saya sebelum ni. begini kisahnya sa x prnh bercnt sblm ni hingalah pd satu saat seorg jejaka tampil meluahkn isi hatinya ..n aku terima cntya ..namun dlm masa yg singkat sa ptskn km cuma kwan biasa.kini baru saya faham betapa hebatnya kuasa cnt..hingga aku x dpt mgwlnya..kerna aku terlalu mencintai dirinya..
about 2 years ago
lantas kerana itu aku selalu berdoa “Ya Allah jika dia adalh lelaki yg baik untukku utk menjadi suamiku ,dekatkanlah ia kpdku,dan jika dia bukan jdhku maka jauhknlah ia dr pandangan mata hatiku “
about 2 years ago
Wanita yg menerima nasib dlm blog ni pun keliru dengan apa yg cari lelaki sebenarnya…
about 2 years ago
Salam. Doa itu senjata orang mukmin…berdoa dengan penuh keikhlasan dan pengharapan . Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kalian yang sedang mencari jodoh. Jgn putus asa atau kecewa andai takdir bukan jodoh dengan si dia…kerana insyaAllah…Allah mengaturkan perkara yang lebih baik buat kalian…bykkan bertaubat…dan berdoa…semoga doa kalian didengari…insyaAllah.
about 2 years ago
Salam..
sy berumur 27thn..masih tida jmpe lelaki idaman sy..sy juga tertekan dgn family dan kwn2 yg asek bertanya bila sy ingin menamatkn zaman bujang.. ;(
about 2 years ago
salam semua..bg saya plk rasa2nya jodoh x ade kut untuk saya kat dunia ni kerana saya terlalu merendah diri dan selalu tertanya2 orang nampak ke orang yang mcm saya ni???entah laaa jangan kan nak pandang 2 belah mata pandang sipi pun entah kan nak entah kan tidak…walau apa pun saya pasrah malas nak mencari lagi selagi ada kudrat bersendirian tu lagi baik x susahkan sape2.
about 2 years ago
thats really dificult to talk about jodoh..sampaikan kenalan saya, ida sanggup mengambil ubat penenang gara2 lambat dapat jodoh…setiap saat ketika saya bersama dia, topik yang berkaitan ditanya, ‘kawin, jodoh, laki bla2…’hujung2 kerja jadi ntah ke mana.. bos selalu marah dia! tapi saya kasihan kan dia, nak buat cam ner, suratan takdir masing2..ada yang dapat jodoh cepat or lambat..itu bergantung bagaimana kecekalan hati masing2….klu dulu ibu bapa risau teramat anak dara diaorang ‘tak laku’ tapi sekarang x semuanya sebegitu, sebab pakej anak dara tu dah lengkap cuma memerlukan ‘pemimpin’ dalam hidupnya…tapi bagaimana pula anak dara yang tiada apa2 seperti kenalan saya yang mengambil ubat penenang tu??
about 1 year ago
ermmmm aq baru 22….tp aq rs risau ngn jodoh aq,kwn rmai yg dh bertemu jodoh
TUHAN izinkan lah aq mnemui cinta
aq thu aq bukan insan yg sempurna…………..tapi punyer aty yg ingin syg dan myayagi…….bantu la aq menemuyi ‘si dia’
about 1 year ago
salam
sy berusia 27 thn. bercinta dgn insan yg baik tetapi belum menerima hidayah Allah. sy berdoa semoga dia ditemukan hidayah, petunjuk, iman dan islam di hatinya.
sy masih lagi tak tahu apa akan jadi di masa hadapan, tetapi besar pengharapan dan doa sy semoga kami bersatu di dalam hubungan yg sah dan bernaung di bawah Rahmat Allah…..
kepada semua insan di luar sana, berdoa dan istiqamah dalam setiap amal ibadah kerana takdir kita bukan hak mutlak kita…..
about 1 year ago
As-salam..
semua teman2 senasib dgnku..ingin aku kongsikan cerita yg lebih kurg same dgn kalian..aku berumur 29 tahun..baru shj putus cinta dgn si dia 2 bulan yg lalu..kami berkawan selama 4 tahun…byk pengalaman pahit manis yg kami lalui bersama…di berumur 3 tahun lebih muda dariku..tentulah jiwanya masih belum matang dah masih memikirkan enjoy yg tiada kesudahan..akhirnya aku mengambil keputusan berpisah lantaran sikapnya yg kurg bertanggungjwb, 5 waktu yg tidak di jg, sikap acuh tak acuh pd keluarge..semua itu jd faktor aku mahu meninggalkan dia..
namun..sehingga ke hari ini aku mengaku masih syg dan tidak bisa lupakan dirinya..dan aku yahin dia juga begitu..aku sentiasa berdoa semoga dia mendapat hidayah dari Allah dan bertaubat atas segala perbuatan silamnya..jika ada jodoh aku mohon Allah berilah limpahan rahmat kepadanya semoga kami bahagia…