.. mencari si dia yang soleh ..
Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 23, 2007 at 7:11 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
assalamualaikum,
Hi, sy elle nak mta pandangan n ty sikit2.. actually ^ – ^ im a friendly person! n kebudak2n.. gotcha! hehehe.. sometimes je…
Minta pandangan ya…
Adakah umur 27 masih muda utk tidak memikirkan tentang kahwin?
Ada (2 – 3 org) kawan saya sendiri yg menyatakan hasrat utk melamar sy. Tp saya seakan serik dan ingin berhenti seketika utk memikirkannya kerana sering putus cinta.
Dan sy pasti lambat laun, org yg ingin melamar sy tak akan tunggu sy selamanya.
Walaupun sy ni friendly n mudah dpt kawan kemana pun sy pergi..tp Kadang2 sy rs macam sy terlalu sombong krn selalu menolak lamaran org. Dan selalunya sy menjadi moody bila saja tahu org suka pada sy. Perasaan suka itu hy sekejap shj hadir dlm hati sy. Selebihnya, rs tu hilang. Dan tiada berperasaan langsung. Saya rs bermasalah sungguh. Peliknya sy sedar, tp xdpt kawal.
Apa masalah sy sbnrnya ya? emm…
about 1 year ago
Assala’mualaikum…
Jodoh.. persoalan yg tidak mampu sy jawab hingga ke saat ini.. Telah ada pertemuan namun jodoh belum kunjung tiba..
Itulah yg dikatakan jodoh pertemuan ketentuan dari ALLAH..
Apa yg penting selalu berdoa semoga dikurniakan apa yg terbaik dalam hidup kita.. Hidup jangan mengalah..
Kaadang-kadang seseorang itu hadir dalam hidup kita hanyalah sekadar untuk memberi pengalaman dan dia tetap berlalu pergi biarpun kita inginkan dia sebagai peneman pada masa hadapan..
Jangan bersedih dalam hidup..
about 1 year ago
sy pon nak berdoa semoga mandapat suami yg boleh membimbing sy dunia dan akhirat…insyallah..walaupon kerap dikecewa kan sy pasti masih ruang untuk sy mengecapi kebahagian bersama insane lain…cume mase dan waktu belum tiba lagi…Allah yg menentukan segala-galanya…
about 1 year ago
saya jatuh cinta lagi.. dgn waja. saya sudah berkahwin, diajuga sudah berkahwin. dia baru dpt anak ke5. saya sgt rindu, saya tiada niat mengganggunya. semuanya saya simpan dlm hati. suami saya seorg yg baik, isterinya juga baik. dia x tau tentang hati saya. begitu juga waja.
about 1 year ago
Salam semuanya..Alhamdulillah sy terjumpa blog ni, dpt juga baca pengalaman2 org lain yg sy rasa nasib mereka mungkin lebih malang drp sy.
Sy seorang gadis berusia 33 thn, masih belum bertemu jodoh dan baru-baru ni baru saja putus kasih dgn seorang lelaki yg lebih berusia dan telah berkahwin. Sy amat bersyukur dipertemukan dengannya kerana ciri2 seperti dialah yg sy cari selama ini, seorang yg menjaga solat fardhu, selalu bangun mlm untuk solat sunat, selalu mengaji, kdg2 menjadi imam di masjid, sering menasihatkan sy perkara yg baik2..(walaupun sy tahu kekurangan diri sy kerana sy seorang penyanyi..), malahan pernah memimpin bacaan tahlil utk arwah bapa sy di rumah sy. Sy pernah berjanji, sekiranya ada jodoh dgnnya sy bersedia untuk berubah walaupun secara perlahan-lahan. Sy ingin menjadi isteri solehah yg taat kpd suami.
Sy mendapat tentangan yg amat2 hebat drpd pihak keluarganya malah anak2nya juga turut masuk campur. Kerana ingin menyelamatkan rumahtangga org lain, biarlah sy yg menderita..maka sy putuskan hubungan ini.
Dlm usia sebegini, salahkah jika sy hendak menumpang sedikit kasih syg drp seorang lelaki? Sy x mendambakan wang ringgit dan harta yg melimpah ruah, tp cukuplah dgn bimbingan agama, kasih sejati dan usaha utk sama2 mencari rezeki.
Akhirnya kepada tuhan saja tempat utk mengadu dan minta utk dikasihani..Sy percaya bahawa wanita2 spt kami inilah yg akan lebih menghargai jodoh & pertemuan kerana kesukaran kami utk mendapatkannya…
Sedihnya hati sy Tuhan sj yg tahu..Hanya pd Allah sj tempat sy mengadu dan minta utk dikasihani. Sy percaya bahwa Allah sj yg mengasihani kita selayaknya..sebab org2 di sekeliling kita hanya tahu memandang serong, mencemuh dan selalu melabelkan kita yg terlebih umur ni sbg tak laku.
about 1 year ago
Salam to all.I’m happy to visit this blog, nice blog.
about 1 year ago
Assalamualaikum w.b.t
Saya terjumpa laman ni secara tidak sengaja di saat hati berbaur antara sedih dan gembira. Gembira kerana dia bakal menemui kebahagiaan dan sedih kerana dia bakal dimiliki.Saya baru mendapat tahu ex-bf akan berkahwin bulan hadapan.sebelum ini kami berpisah atas persetujuan bersama.kami telah berpisah hampir 2 tahun tapi masih sekali-sekala berhubng bertanya khabar.berat hati untuk merelakan perpisahan.saya tahu dia melepaskan saya kerana sayang.dia tidak mahu saya melukakan hati ibubapa saya.sukarnya saya menerima pengorbanannya.Alhamdulillah, membaca perkongsian kisah rakan-rakan di sini membuatkan hati ini lebih tenang dan rasional.hampir 2 tahun saya masih dalam proses merawat hati.doakan saya terus tabah.
about 1 year ago
salams teman2 seperjuangan, bercerita tentang jodoh mmg banyak dugaannya. setiap manusia ingin berpasangan dan mengimpikan keindahan ibarat syurgawi. namun kita hanya merancang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. tak semua perkahwinan itu indah dimata kita, namun sebagai manusia biasa kenelah kita redha dgn apa yg kita lalui dan terima dari Allah Qada dan QhadarNya. saya tak terlepas dari dugaan ini juga, namun alhamdullillah saya dapt berpaut teguh apabila kembali dekat padaNya. setelah lama hidup sendirian bersama anak2 tercinta baru2 ini saya diduga olehNya, dipertemukan dgn seorg lelaki yg bergelar suami. Yang menaruh hati dn menyayangi saya seadanya…namun apabila saya syaratkan bahawa jika benar dia ingin saya menjadi miliknya. Pinta saya, biarlah isterinya sendiri meminang saya dan ikhlas menerima saya…sejak dari hari itu perhubungan kami ibarat ade dinding yg dibina. Saya sedar siapa diri saya, dan saya mengajar diri saya untuk bersabar dan tawakkal padaNya. Dia sentiasa menasihati saya dan mengajar saya utk bersabar dan cekal menjadi tempat ke2, namun pada pandangan saya dia tidak dapat berlaku adil kerana saya sering ditinggalkan bermain perasaan sendiri, apabila saya memerlukan dia dan sakit, dia tidak muncul walau hanya panggilan yg saya tunggu bertanya khabar. anak2 saya dipancing dgn baik, dijaga bagai minyak yg penuh..setiap kali menalipon saya anak2 tak lupa dia minta bercakap dgn mereka seolah2 dia mmg ayah anak2 saya walau kami belum ade ikatan ape2. dia akan menalipon saya dalam seminggu hanya 3 kali hanya untuk menyatakan dia rindu dan sayangkan saya selebihnya dia akan bercakap dgn anak2 saya. kini, saya cuba bangun dari lemah memikirkan kasih sayang saya sudah penuh padanya. ingin saya pergi darinya sbb tiada nampak jalan penyelesaian jika dia bermain tarik tali dengan saya. saya telah membuat istiqarah beberapa kali, semuanya terletak ditangan saya..mmg dia boleh menjadi suami yg baik pada saya tapi saya lebih diminta berkorban dlm hal begini…walau taulan sekiranya ade nasihat yg berguna..tolonglah saya…agar saya tidak lagi menempuh dugaan yg lebih hebat….perkahwinan pertama saya diduga dengan kecurangan dan tiada tanggungjawab dari suami..sepanjang saya mengandung anak k4 saya diminta mengugurkan bayi tersebut pada saat kandungan berusia 3bulan,…saya protes sbb saya tidak mahu jadi pembunuh. selepas 3hari saya protes baru terdedah kecurangan suami saya..bermulalah episod saya ditinggalkan tanpa belas kasihan apabila saya menentang kehendaknya…Allah Maha Kuasa jika kita tidak lupa padaNya maka pertolonganNya tidak kita duga…akhirnya berjaya juga saya melahirkan bayi saya yg kini berusia 8tahun, menceriakan hidup saya dan 3lagi anak2 yg lain. Abang2nya dan kakaknya amat menyayanginya kerana kepetahan dan kebijaksanaannya..sentiasa tersenyum walau dia sakit/demam..bagun pagi tak pernah tiada senyum dan ciuman dari dia utk saya….jadi pada yg diluar sana..janganlah sesekali membuang anak yg dikandung, kerana dia adalah anugerah ILLLAHI..wassallam
about 1 year ago
saya berumur 30 tahun…belum berkhahwin…xpernah bercinta.ada kerjaya tetap,,belum sampai masa kot….
about 1 year ago
Salam pada semua… Dalam hidup ini pasti ade saat suka dan duka yang kita lalui… Saya harap walau apepun rintangan yang kita hadapi di saat ini, ingatlah Allah lah tempat kita kembali… Semoga Dia sentiasa bersama kita semua memberikan kekuatan dan keimanan untuk kita teruskan kehidupan di dunia yang sementara ini… Bagi sahabat seagama baik lelaki mahupun wanita yang sedang bersedih, bersyukurlah atas segala nikmat yang masih kita nikmati di muka bumi Allah ini……(walaupun mungkin kita belum bertemu jodoh yang sejati….)
about 1 year ago
salam…semua…saya nak tanya apa maksud sebenar berat jodoh dan kenapa berlakunya berat jodoh?
about 1 year ago
Salam…
Soal jodoh.. sukar nak ditafsirkan… Hanya ALLAH S.W.T saje yang tahu… Berusaha,Berdoa & Tawakal.. Setiap apa yg berlaku adalah QADA & QADAR dalam hidup.. Begitu juge ngan diriku…
about 1 year ago
Assalamualaikum,
Seperti mutiara,laman ini saya temui tanpa sengaja. Juga di saat hati saya menangis, sedih, hancur, tak tenang dan tak keruan. Hari ini orang yang saya sayang dah dimiliki.Kadangkala nanar dan sasau saya dibuatnya.Menerima kata-katanya “saya hanya dia anggap sebagai teman paling baik” memberi saya satu tamparan yang maha hebat. Mungkin kerana harapan yang menggunung padanya membuatkan saya jatuh teruk. Tapi alhamdullilah, saya masih ingat Tuhan.Masih belum sapai ke tahap mahu bunuh diri.Ini kali ke 3 saya menangis kerana cinta yang tidak kesampaian.Cuba memujuk hati menerima ketentuan ini seredha mungkin dan melepaskan dia dengan rasa tenang. Doakan saya lebih tabah dan cekal hadapi ujian ini.
about 1 year ago
assalamualaikum..
lepas bace blog ni terasa mcm nak kongsi cite hidup sendri n mintak nasihat kat kawan2 sume..huhuh..i’m 23 years old n still studying.. sekarang ni nak dekat exam.semua org struggle nak study..but saye x boleh nak concentrate lgsg..padahal course yg saye amik ni mmg susah.rase bersalah dekat ibu bapa n keluarga..kisah hidup saye ni agak complicated. baru2 ni saye baik dgn seorg classmate saye.awal2 saye dah tau dia ada gf.. tp gf dia blaja jauh..lame2 kitorang jadi rapat..saye sendri x faham kenapa saye layan walaupun dari awalnye tahu dia sudah ada teman istimewa..pada awalnya perasaan saye tidakla begitu serious.mungkin sekadar utk berkawan. sampai la ada satu waktu ni , kami terlanjur melakukan sesuatu. ya Allah mase tu saye mmg rase langit jatuh atas kepala. dia memujuk saye agar tidak memberitahu perkara ni kepada sesiapa..huhu selepas perkara ni berlaku saye mmg sgt depressed tak boleh nak buat apa2.smpi saye pernah pergi clubbing , amik drugs dan makan panadol smpi 20 biji. saye pernah masuk hospital disebab kan perkara ini.mase tu dia mmg risau kalau classmates kami tahu ape yg berlaku.dia menjaga saye dkt hospital dan memujuk saye utk menyimpan rahsia ni. selepas keluar dari hosptal kami jadi rapat semula.dan selepas perkara tu kami mmg x lakukan ape2 lagi perkara yang pelik. saye mule sayang dia dgn serious lepas keluar hospital smpi sggp memutuskan hubungan dgn bf saye yg sedia ada. sebab saye rase bersalah dekat bf saye dan berharap dia akan bertanggungjawab terhadap ape yg dia lakukan.tp dia ckp dia x boleh tgglkan gf dia sbb keluarga diorang dah saling mengenali. saye tak boleh terima alasan tu dan saye sgt marah.lame2 kami jadi semakin renggang. tapi hati saya sgt sakit.dan saye kene tgk muka dia lagi 2thn sebelum tamat belajar. saye dah tidak ada sape2 sedangkan dia bergembira dgn gf dia. gf dia x salah sebab tak tahu ape2..tapi saye sgt hati..rase mcm nak bgtau je perangai dia yang sebenar..tolong la..ape yg patut saye lakukan
about 1 year ago
hai you all nk join u all bole jie pon ade mslh yg sme cam korang
about 1 year ago
akum sume sya bru je msok ruangn ni trse trgin lak nk luahkn prsaan kat korg.nme sy amy..umur 25thun tp still sngle nek pning pkr ble nk smpi jdoh gknye..kdg2 tpkr ade ke jdoh tok sya??amy ni jnis ge kje blik kje je x smpt dan x tau nk cri knaln kat mne.lau nk cte ttg mslh cnte amy pjg x trtaip kat ruangn ni nti la lau ade klpngn amy smbg k..skg ni amy sdey sgt coz msh xde clon pon.lgpon tmpt kje amy xde rmai llki pon dan x rmai org tu pslla pgaulan amy pon trbts hrp u all bole tlg amy ubtkn kspian ni..amy xde tmpt nk luahkn kcuali pd ALLAH je,dn smga korg sume bole jd tman amy tok luahkn prsaan amy tol2 trse sgt skg ni..snyi sepi tnpa tmn mghntui dri
about 1 year ago
amy hrp2 dpt btmu dan bsembg ngn korg dlm ruangn ni
about 1 year ago
asalamualaikum…….
sy nak luah perasaan skit….
saya ada sorg awek ni…kami mmg dah janji nak shidup semati sebab saya mmg syg sgt2 kat dia(kira cinta sejati la..hehe)
tapi saya x taw la bleh x wat dia jd isteri sebab byk sgt kelemhan dia ni…
dia x bleh bca quran.. blaja pn smpai spm ja…result pun x elok…nk kata masak tu yang senang2 ja bleh…
sy dah sruh dia blajar smua tu….Yang sy suka kt dia ni sbb mmg dia dgr ckp…sy tgk dia dok usaha gak blajar al-quran tp x taw la dia sungguh2 ka x sbb skrg dah setahun dah blajar tp masih x bleh lg…..
sy pening la pk…
sy nak wanita yang solehah jd isteri sy…
sy mmg mengharapkan awek saya ni dapat jd wanita yang sy mahukan…..
harap kwn2 smua dpt bg tips atau panduan kt sy….
about 1 year ago
assalamualaikum,
saya umo 26.masih single.ada meminati seorang jejaka tp apakan daya seorang prmpn xkan nk ngorat laki lak.huhu mmgla sedih gak x kawen lg.sume tnye ble nk kawen tp tula mungkin blom smpi masa.allah maha mengetahui..insyaalaah moga aku dipertemukan jodoh dgnnya.hehe
about 1 year ago
salam…
bkn sume org leh kte jdkn spt pe yg kte mau kn..
kte dijadikn ntok saling lengkap melengkapi…
skurng2 nya awek azroy msh lg berusaha utk mnjdi
wanita idaman azroy…
mybe lom mse nyer lg..
sabo la ckit….
usaha tngge kjayaan..
pe yg pntng tawakal…
about 1 year ago
Salam azroy…
pd pandangan saya la kan… bagi pihak awak… awak byk2 la berdoa supaya Allah terangkan hatinya supaya dia senang mempelajari ilmu Allah itu.
bg pihak dia.. saya rasa, dia perlu perbetulkan niat kenapa dia mempelajari Al-Qur’an. Minta maaf saya nk kata ni yer… biarlah dia mempelajari Al-Quran kerana Allah… bukan kerana awak. Biarlah dia melakukan sesuatu… kerana Allah. Sayangi awak kerana Allah, belajar ilmu Allah kerana Nya… dan insya Allah menjadi wanita solehah, isteri yang baik juga kerana Allah.
Awak didik dia untuk menyayangi awak kerana Allah. Didik hatinya untuk melakukan apa sahaja kerana Allah… dan bukan kerana awak. Allah itu pemelihara hati… doa la k… supaya Allah pelihara hati awak… untuk terus menyayangi dirinya.. dan juga hatinya untuk terus menyayangi awak… hanya kerana Allah swt.
Maaf eh kalau terkecil hati..
about 1 year ago
hm..byk sungguh komen di sini. saya berumur 25 thn lum nak kawin tp dah diajak kawin thn dpn. fikir punya fikir, setuju ajela. tiba-tiba ibunya tak mahu atas alasan saya org jauh (saya selatan dia utara) sedangkan tempat kerja kami dekat saja. Dia pun menurut kata ibunya & putuskan hubungan kami. Jadi, saya rasa jodoh saya belum sampai. Saya lepaskan dia dengan rela hati & semoga dia bahagia tanpa saya.
about 1 year ago
pelik rasanya kenapalah nasib saya bila setiap kali berkenalan n berjumpa mereka akan terus sepi dan xberminat nak teruskan perhubungan..inikah yg dikatakan nasib malang(sial badan)??
about 1 year ago
salam….hai azroy…setiap manusia ada kekurangannya…dan ada kelebihan…kira ok lah dia belajar ngaji…awak kena galakkan lagi biar dia lagi ada keyakinan nk ngaji…setahu saya kalo kita baca alquran tapi tk selancar bacaan org yg dah mahir maksud sy baca tersngkut2…pahalanya lebih dari org yg lancar…lagipun namanya kan belajar..allah tu kan tau.. nape hina ke tk belajar tinggi2..mgkn dia ada kelebihan yg awak tk de…awak nak isteri yg solehah…tapi adakah awak sudah jd lelaki yg soleh….ingatlah allah tk tgk kita belajar tinggi mana…cantik mana…kaya mana…tapi allah tgk sebersih mana hati kita…maaf kalo ape yg sy tulis ni sakitkn hati…maaf sekali lagi
about 1 year ago
salam,
saya berumur 25 thn,sampai skrg saya tiada pasangan hidup lg.setiap kali saya solat saya memohon keampunan kepada ilahi dan memohon jodoh yg baik untuk mendidik saya kejln yg diredhai.setiap doa yg saya mohonkan allah makbulkan alhamdulilah cm..satu je doa saya yg belum allah makbulkan iaitu jodoh saya.saya juga baca beberapa petua mengatakan klu ingin cepat jdh kena lakukan solat mlm,puasa snt isnin n khamis n baca surah yusof.dan skrg sy selalu puasa snt isnin n khamis,n baca srh yusof.saya berdoa n terus berdoa utk mencr jodoh n keredhaai didunia n akhirat.
about 1 year ago
Assalamualaikum w.b.t …. Masya Allah…
ramai sungguh sahabat2 Ana yang bermasalah di luar sana…
Allah Maha Pengasih.. maka ditemukan kita di laman ini..
Laman yang indah dan bersih…
Alhamdulillah dan Tahniah kepada moderator yang berjaya menghasilkan laman ini. semoga banyak manfaat yang di perolehi dari laman ini….
Kat sini Ana cuma ingin menyatakan.. soa Jodoh, Pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah….
Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
kepada sahabat2 yang berdukacita atau bersedih atas apa kita idamkan bukan menjadi milik kita… Org yang kita impikan x seperti diharapkan…
“sesungguhnya… Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai.. melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai……”
Ana nasihatkan x perlu lah terus meratap kerana ia bukan milik kita.. ianya milik Allah yang Maha Berkuasa… dari Dia kita terima Kepada Dia juga dikembalikan…
Kepada Sahabat2 yang telah melalui detik hidup yang memeritkan… Janganlah bersedih kerana terlalu memikirkan kesilapan kita itu… bertaubatlah… sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun….
Kpda Teman Yang tiada teman untuk meluah bicara dan rasa.. luahkan lah Pada Allah.. Allah itu MAha Mendengar setiap rintihan dan luahan hamba2nya. X pernah letih dan jemu melayan kehendak hambanya..
Allah menyukai mereka2 yang meminta dariNYA dan membenci sesiapa yang membelakangiNYA.
Bersabar dan Redha lah atas setiap perkara yang berlaku atas diri kita.. jangan berputus asa dari memohon pada Allah supaya di berikan yang terbaik untuk kita…
Insya Allah… segala yang berlaku pada kita banyak hikmah tersembunyi yang x terfikir oleh akal kita.. melainkan org2 yang sentiasa berfikir. berfikir hikmah tersembunyi atas setiap dugaan Allah….
Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan Hambanya dengan bebanan yang berat melainkan atas kemampuan setiap hambanya. Allah Maha mengetahui kemampuan setiap Hambanya…. Wallahualam…
Oleh itu sahabat2ku.. La Tahzan… Jangan bersedih…..
about 12 months ago
saya dah 39.letih dah cari jodoh..tak jumpa2 jugak..
about 12 months ago
Salam…
Tertarik degan blog yg cukup b’manfaat bagi saya.
about 12 months ago
setujukah anda dengan cinta selepas perkahwinan..? Adakah umur 25 terlalu lewat kerana masih belum berumahtangga?
about 12 months ago
salam
baru nak join
sy 26 tahun.work as a dentist.sedang mencari2 pasangan hidup.harap ade yg sudi membantu
about 12 months ago
yup..amat sedih bile umur dah lanjut masih tiada jodoh. masih tiada kekasih hati. selalu dikecewakan lelaki. mungkin itu balasan di atas dosa silam. hati terdetik ingin kahwin sangat2 tapi tiada siapa yang sudi. pasrah berdoa…namun hati tetap kosong.. aku harap tuhan percepatkan jodoh aku. aku nak lengkapkan iman. sejahat0jahat manusia adalah mereka yang belum berkahwin.
about 12 months ago
kecewa dengan suami yang mendua kan saya… berpoya-poya dengan perempuan lain di belakang saya…. apa yang boleh
saya buat untuk hilangkan kekecewaan ini……
ingin mencari teman yang boleh memahami hati yang luka ini…
about 11 months ago
salam… tidak semua yang kita hendak akan tercapai.. kerana Allah mahu menguji iman kita yang senipis kulit bawang…ujian ini bukan bermakna Allah membenci tetapi Dia amat menyayangi kita.. Dalam Jutaan manusia kita yang terpilih untuk diuji.. bersyukurlh walau derita kerana kita sempat merasai rasa derita sama dengan insan senasib…
about 11 months ago
salam sekalian,
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. tak gitu kengkawan? dalam usia yang akan menginjak ke 33 tahun ni, tntulah sepi tanpa suami juga anak2. kadang2 cemburu jugak tgk orang lain bahagia. tapi kadang2 hati ni terpk, dia orang yang menghadapi, betul ker dia orang bahagia, atau luaran je nampak bahagia.
bercinta berkali2, tapi tak pernah ada jodoh. menjadikan diri ini terlalu penat untuk memikirkan nya lagi. tapi apakan daya…… tangan tak sampai untuk mengatur takdir…
so, kawan2 di luar sana yang senasib, ceriakan diri, jadi manusia yang positive, berusaha dan berdoa. mana yang terbaik tentu lah allah luruskan dan mana yang kurang baik, minta allah pesongkan.
bag diri ini, setiap yang berlaku terlalu besar hikmahnya….. jangan ada kesal atau menyalahkan takdir. allah berkuasa menentukan perjalanan hidup kita. muga ada kebahagiaan buat kita2 dunia n akhirat n hidup mcm orang lain jugak. berbahagia dunia akhirat. amin…….
about 10 months ago
slm. kepada gomez jgn la kata sejahat-jahat manusia adalah yang belum berkahwin. setahu saya xda dlm hadis atau ayat al quran berkata sedemikian.kita beramal sama ada belum berkahwin atau sudah allah kira sama. bukan salah membujang dan bukan semua yang berkahwin tu bagus. yang penting niat yang ikhlas kerana Allah. Untuk wan aryani hidup kita penuh dugaan untuk Allah tinggikan darjat kita di sisiNya kiranya kita sabar dan tabah. Saya sendiri Allah uji dengan lambat jodoh walaupun dari muda ramai yang datang dekat tapi satu pun tak lekat! masing-masing ada ujian dariNya. Belum lagi dikatakan beriman selagi belum diuji. Setiap kesabaran ada ganjaran. InsyaAllah Untuk Ain kalu 25 dah lambat, akak 35 kira terbabas la pulak ke?
about 10 months ago
dalam hidup ini kita tidak lepas daripada dugaan dan ujian. menempuh alam pertunangan dan rumahtangga menuntut kesabaran yang tinggi. justeru, sebagai hamba Allah kita mestilah sentiasa berserah padaNya kerana hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. sesuatu yang kita rasakan baik belum tentu baik dan sesuatu yang kita rasakan buruk, belum tentu membawa mudarat pada diri kita. hidup ini sebenarnya menjadi lebih indah kerana dugaan dan ujian. tanpa cabaran tidak dinamakan kehidupan. hayatilah hikmat disebalik setiap dugaan dan cabaran yang diberikan Allah untuk kita. kerana kita terpilih untuk menghadapinya. sentiasa bersyukur dan berserah pada Allah. semoga Allah tunjukkan jalan yang penuh kenikmatan buat kita setelah berjaya menempuh dugaan darinya dengan penuh kesabaran.
about 9 months ago
akum sumer,
seronok juga bila baca blog nie…at least terubat sikit hati. Perkara jodoh nie mmg liat sikit pada saya. Umur dah meningkat almost 35, my working environment pulak tidak menyokong my niat untuk mencari jodoh…masing2 dah berpunya, kalu ader pun dah berumur. Nak harapkan kawan2 or famili to carikan, mmg la payah. Xde rasenya…so end up camni la…terkontang-kanting, rase lonely yg amat sangat.Kalu ikutkan hati nak pegi jauh sambung belajar lagi. Sekurang-kurangnya x yah fikir pasal jodoh kawin nie. Buat sakit hati jer bila fikir pasal hal nie. Yes betul kita kena sabar. InsyaAllah ada jodoh tu untuk kita. Tapi rasenya macam x leh sabar…ermm ntah lah. Bosan kena buat keputusan sorng2, fikir sorang2, handle problems sorang2…penat..sangat penat. At d moment mmg ada berkawan dengan seseorang yang saya rasa mmg boleh bimbing saya n can accept me seadanya. Tapi..halangan keluarga pulak. Susah susah…pening pening…what shud I do?
about 9 months ago
umur saya pun bln 12 n masuk 33, sy teringin sgt nak berkahwin. Setiap hari sy fikir akan masalah ini dan menangis. Saya wanita punya naluri ingin di kasihi spt insan2 lain. Sampai menganggu kehidupan seharian. Saya tahu ini semua rahmat tuhan. Apa yang saya perlu lakukan berdoa agar Allah memberi saya kekuatan mengharunginya untuk hari-hari yang saya akan lalui ini. Sya terlalu sensitif, jika sy ternampak sesiapa yan gberjalan ngna pasangan mereka , menjemput di tempat kerja, makan di restoran bersama anak2 tetiba air mata sy mengalir.
about 9 months ago
salam…seronok baca blog ni…byk panduan untuk cari jodoh saya ketahui..insyaallah akan dipraktikkan…harap2 saya bertemu jodoh yang terbaik untuk saya dan keluarga saya…
about 9 months ago
setakat ni dah byk ikhtiar sy lakukan utk dptkn jodoh,namun sehingga hari ini,umur dh masuk 40an,masih lg sendirian,ibu mninggal tanpa smpt mlihat sy bersuami,sepinya hidup tanpa kehadiran suami dan anak2,sy percaya kpd qada’dn qadar yg telah ditetapkan Allah Taala,cuma kdg2 sy trfikir apakah sbb doa sy tk dimakbulkan lg,trfikir juga sekiranya umur panjang siapalah nak jaga sakit demam sy dan yg paling menyedihkan hati sy,sy tak de anak yg boleh mendoakan sy bila mati kelak…
about 9 months ago
su dh 29tahun..dh pergi mandi bunga..now amalkan ayat permudahkan jodoh..insyaallah jodoh allah dh tentukan cuma kena sabar masanya tiba..
about 8 months ago
Redha dengan segala takdirnya..walaupun Allah tidak memberikan kita cinta tetapi bersyukurlah kerana dia kurniakan kita cita-cita……..itu tandanya Masih ada yang sayang pada diri kita..
about 8 months ago
Assalamualaikum,
Kepada penulis blog yg dirahmati allah swt. Saya mencari Surah al-ghofir: 55 tapi tidak terdaftar. Boleh anda cek lagi nama surah nya.
Tapi untuk artinya agak mirip dg surah al-mukmin :60. Saya katakan agak mirip sebab kata2nya ada yang anda tambahkan dan ada yg anda kurangi.
Apa saya membaca qur-an yang salah ya? ?
Terima kasih semoga keselamatan tertuju pada anda. Amien
Wassalam
about 8 months ago
salam saudara serta saudari sekalian.. secara kebetolan saya menjumpai blog ini sewaktu tgh mencari artikel utk menenangkan hati ini.. Umur saya 23, dan baru sahaja berpisah dengan seorg insan yg sangat saya cintai.. lelaki itu sudah pun berusia 34 tahun.. dia memberikan sebab bahawa umur menjadi punca utama kegagalan hubungan kami.. tetapi saya kurang bersetuju.. sebab umur itu hanyalah angka.. dan sebenarnya umurnya itu juga yang membuatkan hati saya tertarik kepadanya.. Tidak sabar rasanya untuk bernikah dengannya, seperti yang dijanjikan pada tahun 2010.. Siang malam asyik teringat, dan tidak putus2 saya berdoa agar dipanjangkan jodoh kami agar menjadi suami dan isteri yang sah satu hari nanti.. Hajat saya haya 1, iaitu untuk menyintainya sebagai seorg isteri yg solehah, sampai tiba waktu kembali kepadaNya.. Akan tetapi, saya menyedari, bahawa saya bukan pasangan hidupnya yang dicari2nya selama ini.. memandangkan diri saya yg serba kekurangan.. tiada bimbingan dan ajaran agama secukupnya sejak kecil.. walaupun saya sudah berubah, sudah mula mendalami ilmu agama, saya tetap tidak boleh mengembalikan apa yg sudah hilang.. dan sifat saya yang terlalu risau akan dia membuatkannya berasa rimas.. lalu memutuskan untuk mengakhiri semua ini.. Apakah daya saya untuk mengubah fikirannya.. siapakah saya? Bukn senang untuk melupakannya dan menerima cinta baru, mungkin itulah yang dia tidak mengerti.. padanya saya masih muda.. dan mempunyai banyak masa lagi untuk memilih bakal suami, yang jauh lebih baik daripadanya.. Dia tidak tahu, hati seorang perempuan.. tidak mudah sembuh setelah dilukakan.. dan hanya Allah yg maha Esa sahaja yg Maha Mengetahui, betapa sakitnya hati yg kecil ini, betapa dalamnya luka itu.. betapa lamanya masa yg diambil untuk merawat duka dihati ini.. Kepada insan2 bergelar Lelaki, usahlah engkau memberikan harapan, menabur janji palsu, mengatakan cinta engkau kepada kekasihmu, sekiranya engkau tidak dapat menyimpan janjimu.. Dan kepada kaum wanita, jagalah kehormatanmu, peliharalah lidahmu, dan sayangilah dirimu sepertimana engkau menginginkan kekasihmu mencintai engkau.
Buat insan yang saya cintai dulu, sekarang dan selamanya, maafkanlah saya atas segala silap dan salahku.. Ini bukan salah abang.. mungkin inilah takdir kita.. izinkan saya kekal menyintai abang buat selamanya, walaupun hati abang bukan bersamaku..
Saya sentiasa doakan yang abang akan berjumpa jodoh abang dan hidup bahagia bersama ke anak cucu sampai bila2.. kegembiraan abang kegembiraan saya juga.. Salam sayang dan rindu buat abang selamanya..
ikhlas daripada seorang hamba Allah yang pasrah dengan ketentuanNya..
http://www.dakwahislamiah.blogspot.com
about 8 months ago
Salam Muiiz, nama lain untuk surah Al-Mukmin ialah Ghafir. Nombor ayat saya silap, anda benar, 60. Semoga anda diberkati, terima kasih.
about 8 months ago
Mayarakat kita diasuh tidak menghina orang cacat, tidak merendahkan yang miskin, tidak menyesali kematian atau musibah yang melanda..Kita akur kesemua itu urusan Allah dan mempersoalkan kesemua itu beerti menidakkan takdir Allah..tapi kadang-kadang manusia itu lupa jodoh dan pertemuan juga adalah kuasaNya..
Kita hanya berusaha, membuka jalan untuk menemuinya tapi sekiranya gagal apalah daya kita untuk mengubah ketentuan..kekecewaan demi kekecewaan kita lalui semata-mata mencari kebahagian yang belum pasti sampaikan kita kadang-kadang lupa menikmati kebahagian lain yang dilimpahkan..
Kita tidak membuat salah besar..Anak yang baik dan taat pada ibu bapa..Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading..Bergraduat dan menjawat jawatan besar..Semua itu membahagiakan..Kita jadi kebanggaan dan inspirasi pada ramai orang..tapi semua itu tak lama..semua kebanggaan itu akan luput…luput bila usia menginjak dan kita masih belum kawin..Silap yang bukan pilihan kita
Kita dinilai, dihakimi dengan kejam..Tekanan dari keluarga, tekanan orang keliling, masyarakat menjadikan hati yang tabah kadang-kadang goyah..Kita cuba redha, percaya ini ujian dari Allah, menerimanya tapi kita manusia yang lemah..hati ini bukan tercalar kadang-kadang robek..Air mata yang tumpah hanya kita dan Allah yang tahu
kita hanya mampu berdoa pada Dia kerana Dia yang Maha mengetahui rahmat di sebalik kejadian..tidak banyak kita minta..Tabahkan hati, kuatkan iman, singkapkan kedukaan dari hati ini..Bahagiakan kedua orang tua kita di dunia dan Akhirat…Amin
about 7 months ago
very interesting website..mdh2an pd yg blm menikah tu, dprcepatkan jodohnya..pd yg mghadapi masalah dlm hbgn juge moga dprmudahkn segalanya..
about 7 months ago
Salam semua,
saya terjumpa laman ini ketika hati sedang cuba mencari penawar bagi luka yang sedang berdarah. Kecewanya rasa hati sewaktu kasih dan sayang yang ditabur di putuskan hanya Allah sahaja yang mengetahui. Di kala hati berbunga harapan dan bahagia saya di kejutkan dengan kata2 ‘ Mulai sekarang bey kena lupakan abang sebab mak abang dah ada pilihan lain utk abg. abg minta maaf’. kejamnya kata2 tanpa ada sedikit rasa bersalah setelah segala pengorbanan di berikan. di subuh hening saya meraung menangisi nasib dan takdir saya sendiri kerana ini adalah kali ke 4 saya putus cinta. walaupun mungkin bagi dia tempoh perkenalan kami agak singkat tetapi segala harapan dan impian telah kami bina bersama tambahan lagi apabila si dia mengatakan ‘abg kerja keras sbb kita nak kawin thn depan’. Waktu tu, segalanya seperti sudah terancang di dalam hati saya. sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. bulan madu yg indah. bakal anak2 kami. Ya Allah…indahnye musim itu. Apabila di tanya sama ada dia telah memberitahu ibunya bahawa dia telah mempunyai kekasih hati dan jawapan yang saya terima ‘ abg dah bagitahu mak kita dah kawan setahun tp mak tetap nak abg kawin dgn pilihannya’. saya cuba meminta agar dia memujuk si ibu agar berlembut hati dan merestui hubungan kami, jawapan yang saya terima ‘ abg dah pujuk tp mak abg keras hati. bey pun tahukan kalau mak abg kata A, A lah. bey nak abg kena buang keluarga ke?. mak dan adik abglah satu2nye harta yang abg ada sekarang ( ayang telah meninggal dunia)’. Kepada si ibu, jika benarlah kata anakmu tidakkah kau mengerti hati seorang wanita sepertiku sedangkan kau juga adalah wanita dan kau juga mempunyai anak perempuan lebih kurang seumurku… Betapa pedihnya hati mengenangkan kau bakal menjadi raja sehari sedangkan aku di sini masih lagi terkapar2 dlm sepi memori yang telah kita cipta dulu. Kepada Allah saya memohon dan berdoa dan bermunajat agar saya di berikan kekuatan,ketabahan dan kecekalan hati agar dapat menempuh dugaan ini. kepada Allah juga saya mengadu nasib diri. Sesungguhnya tiada daya saya utk menempuhi dugaan ini sendirian tanpa bantuan Allah. Seminggu saya berkurung di dlm rumah tanpa menghiraukan mkn dan minum kerana memori kami sentiasa terlayar di ruanan mata. Ibulah peneman di kala duka berhiasi hari2 saya. ibu juga berendam air mata mengenangkan satu2 anaknye ini di perlakukan sedemikian rupa.saya cuba lupakan dia dgn merelakan dia pergi kerana saya pernah berjanji bahawa walaupun kami bersatu sebagai suami isteri yg sah, saya tidak akan pernah menghalangnye dari mencari syurganya iaitu dgn mentaati ibunya. saya juga sedar, saya perlu berkorban demi kebahagiaan dirinya. tapi mengapa sukar utk saya padamkan memori antara kami berdua….mengapa memori ini yg membelenggu diri ini….wajahnya sentiasa terbayang. setiap kenangan kami selalu berulang. benarlah kata pepatah inggeris yang mengatakan ‘it takes a minute to fall in love but takes a whole life to forget it’. itulah yg saya rasakan sekarang. buat insan yang aku sayangi, semoga kau berbahagia dgn bakal isterimu. Jadilah seorang suami yang selalu menghargai isterimu. jgn pernah kau ucapkan kata2 manis tanpa kau pasti sama ada kau bisa mengotakannye kerana kenyataan apabila sesuatu janji itu di mungkiri teramat pedih dan perit utk di tanggung. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim bantulah aku utk menempuhi dugaan ini. Sesunguhnya tiada dayku utk menempuhi dugaanmu ini sendirian Ya Allah… amiin ya rabbal a’lamin….
about 6 months ago
salam
lama dah tak jenguk sini
alhmdulilah,syukur allah.insya allah akan btunang bulan 2 ni. doakan ye.
utk pengetahuan , sy juga ada masalah lambat jodo.alhmdulilah,sy penah amalkan baca selawat fatih 100x setiap hari.allahua’alm
about 6 months ago
salam semua.
aku hanya melintas seketika
sekdar ingin meluahkan apa yang terpendam
kasih yang dipelihara dgn restu keluarga hanya menunggu masa untuk ku diikat oleh benang ikatan terindah… aku pasrah.. dia saat dia kembali ke rahmatullah…
luluh hatiku…
namum ku pendam derita kehilangan nya sendirian tanpa terpamer riak sedih diwajahku. semua ini semata – mata kerana tidak sanggup melihat insan – insan yang ku sayang bersedih.
esok genaplah la 4 thn pemergian nya namun pergi nya dia masih belum berganti.
keluarganya mengambil aku sebagai anak angkat sejurus pemergiannya. namun kini aku semakin menjauhkan diri dari keluarga itu kerana aku semakin tua dan aku perlu melupakanya selamanya….
aku ingin bahagia seperti insan lain.
punyai keluarga sendiri. disamping teman2 yang enak berbahgia. aku juga insan biasa yang punya rasa cemburu. yang punya keinginan, ingin menyayangi dan disayangi.