.. mencari si dia yang soleh ..
Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 23, 2007 at 7:11 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
salam nurjannah saifullah,
Betulkah tafsiran saudari ke atas kedua ayat tersebut? Betulkah ia adalah sebuah “janji Allah”. Atau ia adalah sebuah “perintah”.
Kerana di dalam Al-Quran juga ada diceritakan lelaki-lelaki baik (Nabi Nuh dan Nabi Lut)yang kahwin dengan perempuan ahli neraka. Dan ada hadith yang menceritakan wanita baik (isteri Firaun) yang berkahwin dengan lelaki penduduk neraka.
Saya syorkan saudari semak asbabul nuzul ayat-ayat tersebut, dan fahami betul-betul kenapa ia turun dan ditujukan kepada siapa.
Jangan sampai kita persiapkan diri itu dan ini, namun disebabkan salah melihat ayat, kita terkahwin juga dengan yang sebaliknya.
Sekadar pandangan.
Wallahu’alam.
about 1 year ago
saya mempunyai seorang anak yang sudah berusia 31 tahun masih tidak bertemu jodoh.Betul jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan tapi kita perlu berusah untuk mendapatkannye.Disini saya ingin memndapatkan bantuan pembaca kalau ada calon2 yang sesuai untuk kita pertemukan.Anak seorang pensyrah di sebuah kolej berwajah manis kulit putih dan tiggi sederna hubungi saya kalau ada .assalamualikum
about 1 year ago
assalammualaikum….. saya nak tanya, jika seseorang n dahulunya pernah terlanjur dan ditinggalkan…, tapi telah bertaubat pd allah dan telah berubah keperibadiannya…masih lagi tidak mendapat jodoh lagi. adakah ini balasan dari allah? adakah tiada lagi jodohnya dengan lelaki yg beriman?
about 1 year ago
askm..
setuju dgn pendapat en.Azrul.
ayat itu tidak diterjemahkan dgn sepenuhnya. dan sabit daripada turunnya ayat itu hendaklah diperjelaskan.
boleh rujuk mana2 kitab asbabun nuzul. wallahua’lam..
about 1 year ago
saya sampai saat ini hampir berumur 30thn
tapi belom juga menemukan jodoh.
telah saya lakukan semua, mungkin juga doa dan perintah yang dianjurkan oleh Allah SWT belum maksimal.
semoga dengan bacaan formula diatas saya bisa melaksanakan perintah dan berdoa dengan khusyuk, dan semoga dalam jangka waktu dekat saya menemukan jodoh saya…Amien
about 1 year ago
sokong kenyataan nurjannah seratus peratus…kalau sy diberi peluang,sy akan memberi pendapat yang sama dengannya..bg azrul.alwi,asbabun nuzul tu lain cite…yang penting,mukhatab ayat dalam surah an-Nur tersebut,ditujukan pada umum…n ayat tentang zina ditujukan pada pasangan yang berzina.ape yang nurjannah ckp tu kite ble buat contoh mcm ni la…
sorang pempuan,kalau nak jodoh yang baik,kuat semayang,jujur,tahajud memalam ke ape2 la yang baik..so die kena la ubah perangai jadi baik…kalau nak lelaki kaki mesjid..pegi la mesjid tiap2 ari…jatuh cinta kat mesjid..Insya Allah dengan ati yang ikhlas sumenye akan menjadi.(jgn plak g mesjid skali dua kali nak dapat pempuan baik,alamat dapat le pempuan yang skali dua kali g masjid gak).
macam tu le…ni tak,orang tengah nak sambut awal Muharram kat mesjid, korang smbut new year kat KLCC,jatuh cinta masa malam new year kat KLCC…dapatla mamat/minah yang untuk malam new year je….haha…gitula ibaratnye…
pasal firaun n asiah…Nabi Luth,etc…dah memang tersurat n termaktub, Allah dah tentukan,so kite takde hak nak dispute tentang kuasa Dia(Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah “Al-Anbiyaa” ayat 74 dan 75 , surah “Asy-Syu’ara” ayat 160 sehingga ayat 175 , surah “Hud” ayat 77 sehingga ayat 83 , surah “Al-Qamar” ayat 33 sehingga 39 dan surah “At-Tahrim” ayat 10)…
cume yang penting,kite la…yang perlu muhasabah diri kite…klu kite gatal,dapat le pempuan gatal…mcm tu la..yang penting ape yang sy ckp tu…sebagai panduan jek..klu ade yang salah atau terkasar,sory la…sy ckp berdasarkan pengalaman n ujikaji jek…tapi,sokong kenyataan nurjannah…try la buat..best of luck!
about 1 year ago
terpulang kat lia dan lain-lain .. Nabi pernah bersabda, “Ikat dulu, baru tawakal.”
about 1 year ago
assalammualaikum semua,
Sesungguhnya dengan doa..kita akan lebih dekat dengan Allah yang maha esa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. sesungguhnya sekiranya doa kita tidak dimakbulkan..tanda Allah menyayangi kita…jika doa kita lambat dimakbulkan tanda Allah ingin menguji kita dan yakinlah…jika doa kita tidak dimakbulkan Allah tanda Allah telah merancang yang benar-benar terbaik buat kita…
salam ukhwah….ayuni_abidin@yahoo.com
about 1 year ago
Bagaimana cara untuk menghubungi Hjh Azizah ?
about 1 year ago
jija..rasa sedih sangat bila terbaca kisah hidup jija…harap jija sabar dengan dugaan dari Allah..mungkin ada hikmah disebalik derita yang jija hadapi itu…saya belum lagi berkahwin tetapi sudah berpunya(kekasih), kisah sy lebih kurang sama dengan jija bekas tunang kekasih sy sering menggangu hub kami sampaikan kekasih jadi tak tentu.(ingin kembali kepada xtunang atau terus bersama saya..) tap alhamdulillah dia pilih sy..skrg sy kdg jd tak yakin dengan dia….tapi.., jija jangan sedih kuatkan semangat..tanpa dia dlm hidup jija tak bermakna hidup jija dh tamat..pk masa dpan anak2 jija…yang lagi utama..kuatkan semangat jangan pts asa..
about 1 year ago
Assalamuailaikum,
nampaknya masih ramai belum ketemu jodoh termasuk saya sndiri
saya nak berkongsi amalan yang boleh mendapatkan lagi kita dengan Allah mudah-mudahan kita mendapat jodoh yang baik Insyallah seperti guna Saya bila berdoa, mulakan berdoa dengan menyebut Ya Allah Dengan IzinMu, Dengan KehendakMu, Dengan AnugerahMu saya mohon kepadMu…
Banyakkan bersedekah..
Hadiahkan Al-Fatihah kepada Junjungan Besar,Kedua orang ibubapa kita,para2 nabi,para anbia,para wali,para2 malaikat,adik beradik,seluruh kaum muslimin..
about 1 year ago
salam, sy terjumpa blog ni, tu pn untuk mengubt hati yg luke, dulu sy prnh brkwn 2thn gklh, ok family die & sy ok, umurnya 10thn lebih tue. tp sy rasa ade yg xkena, sy rasa die xcukup jujur, so sy brdoa pd Allah, 1hr sy dgn family dtglh umah die, kt si2 br kami tau die ni suami org. hancur hati rasanya. bukan nk menolak hukum Allah lelaki blh brkahwin lebih dr 1, tp bila die&familynya sanggup menipu 2yg buat sy betul2 kecewa. so sy terfikir ade ke jodoh sy lg selepas ini
about 1 year ago
salam, saya terjumpa blog ni by chance…bermacam pengalaman, kisah dan cerita tentang jodoh ni rupanya…saya bertemu jodoh pada usia 26 tahun tapi sayangnya rumahtangga saya tu tidak bertahan lama….sekadar 8 tahun sahaja tanpa dikurniakan cahaya mata…sebelum berpisah dengan suami saya telah dimadukan, alasan tentulah kerana zuriat….pada awal perpisahan sukar juga untuk hidup bersendirian….rasa sensitif bila melihat pasangan2 suami isteri bahagia bersama..hari raya adalah saat paling sukar….kini telah 8 tahun saya bersendirian, jodoh kali kedua agak berat sikit….saya sentiasa berdoa jika ketemu jodoh kali ini biarlah ia yang terakhir dan berkekalan selama-lamanya.
about 1 year ago
salam semua….
hmm…thread ni agak mententeramkan jiwa sy yg baru putus cinta sedangkan bln 12 ni plan nak tunang..Allah maha Besar..tentu ade hikmah di sebalik semua ini…sy bercinta tak pernah menjadi..sedih juge bile memikirkan..
about 1 year ago
erm..dah buat istikharah selama 4 mlm..igtkan nak buat tiap2 mlm hingga dpt petunjuk tapi dah ‘off’ plak…so tggu lah mggu dpn..tapi hasil dari mlm yg pertama tu, ade mimpikan dia tapi samar2 saje….mimpi tak jelas..kemudian mlm kedua mimpi kami berdua memanjat bukit, ade tangga tapi sgt licin dipenuhi selut..tp kami tak jatuh pula..kemudian pegi ke satu tempat yg dikelilingi tasik..ade pokok teratai..mimpi tu sekitar pukul 5.30 pg..kemudian mlm ketiga sy buat..takde mimpi ape pulak cume hati ni mcm terasa rindu sgt pd dia dan menyesali ape yg berlaku..mlm ke empat pun tiada ape2 mimpi cume terasa rindu..ade juge try call tapi dia marah2 sy..dia kate sy yang minta putus dan dia pun dah give up..hmmm sayunye hati sy..dia seakan tak ingin berbaik semula..ade sesiapa yg boleh beri pandangan tentang situasi sy ini..
about 1 year ago
Jodoh adalah takdir allah… tiada siapa dpt mengubahnye melainkan doa ikhlas kita kpd ALLAH… ( allah maha mendengar lagi maha mengetahui) usaha diteruskan jgn sampai kita rasa usaha kita myebabkan kita putus asa kpada tuhan, ingat ye saudaraku.. salah tu .. sebaliknye DIALAH tempat kita mengadu… banyak2 memohon keampunan.. (peringatan : jgn kita buruk sangka kpda pencipta kita..sedangkan kamu tidak nampak kasih syg allah kepada kamu.. terlalu byk kasih syg Nya kpada hambanye)
baik mahupun tidak jodoh kita..terima seadanye krn ada hikmah nye.. juga tersembunyi kemanisan itu… ujian itu pahit di tempuh dgn penuh kesabarn.. dikawal dgn iman yg mantap, pasti kita tidak putus asa. krn kita rasakan bahawa bersama kita dan dekat dgn kita… itulah kemanisan mu dr allah … iaitu diri kita dekat dgn allah sebenarnye.. mungkin allah rindukan rintihan hambanye…(disitu kita rasa kehambaan kita kpd allah) hidup ni x manis selalu.. sekiranye kita diberi kebahagian/ kemanisan kenalah byk2 lah bersyukur.(di situ kita rasa syukur Kita kepada allah) berbalik soal jodoh
“Robbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqier.”
Artinya, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS 28:24)
SEMUA ORG MAHUKAN YG SEMPURNA DALAM MENCARI PASANGAN…
dalm dunia ni x de manusia yg sempurna.. masing2 ada kekurangan juga kelebihan… melainkan nabi muhammad s.a.w yg bersifat maksum (terpelihara)yg di beri allah kpdnya.. yg menjadi contoh/ikutan kpd kita sebagai umatnye… Cuba kita renung sebentar : sejauh mana kah cinta/kasih kita kepada nabi Muhammad…??? cinta/kasih kita pd allah???.. allah & nabi muhammad yg amat kasihkan kita… ???? dr situlah kamu akan temui jawapan nye…
jodoh bukan di tangan manusia.. tp ditangan allah…..
yg pasti jodoh mu ada sama ada di dunya mahu pun akhirat.. byk2 kan berdoa…
kalu ada salah dan silap harap dimaafkan…. ku manusia biasa terkadang2 buat silap….
salam ukhwah fillah mardo tillah…
about 1 year ago
jazakumullah khair ( semoga engkau dirahmati allah dgn kebaikan mu wahai saudaraku ya akhi azrul alwi….)
kepada teman2 terima kasih juga sudi berkongsi pandangan… semoga allah merahmati kita semua…
“Katakanlah: Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, maka turutlah aku nescaya kamu akan dicintai Allah, dan diampuniNya segala dosa-dosa kamu, dan Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.” (Al Imran:31)
Sabda Nabi s.a.w: ” Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai sesuatu kaum diujiNya mereka itu.Barangsiapa yang redha, Allah meredhai mereka, dan barangsiapa yang bersungut, Allah murka terhadap mereka.”
^ _ ^ ya allah tetap cintaku terhadapmu dan mencintai org yg cinta kpdmu agar bertambah kuat cinta ku kpd mu, serta cinta yg mengatarkan diriku mencintaimu… ya allah berilah sedikit rasa cintamu pdku semoga seluruh cinta ku untuk mu…. luruskan hatiku agar agama ku lurus, betulakan hatiku agar ku ikhlas selalu , tetapkan hati ku agar ku x tergugat dgn ujian yg menimpa, ya allah ..tuhan yg mencipta hati bersih hatiku agar masmumah ku tidak merosak agama ku dan juga tidak merosak kan org lain.. untuk bercakap dgn mu tuhan mengizinkan ku minta pada mu memuja memuji sepenuh hati mu memohan munajat pada mu ya rabbi .. terima ksih wahai tuhan ku yg sentiasa melimpahkan rahmat nye….
ya allah hati ku tenang brsama mu… kurniakan kpdku jodoh yang mendekatkan diriku dgn mu…. agar cinta ku x perpaling dgn mu…….. ya allah… jodoh ku hanya mu yg tahu.. maafkan ku krn rindukan zauji ku… bila lah agak nye kami disatukan .. dgn izin mu jua ya allah pasti ku akan ku temui zaujiku.. semoga kesabaran ni mendidik hatiku/ jiwaku agar rasa nikmatmu… hanya MU tahu dimana dia berada… lindungilah dia & perihala lah.. ya allah alangkah bahagianye jika zauji yg ku inginkan di makbulkan oleh mu…. ya allah engkau yg mengatur hidupku.. ku serahkan nya kepada mu… kerna engkau sebaik2 pemberian.. amin ya robbal aa’lamin…
about 1 year ago
terdapat dosa dan pahala..Allah tahu umatnya tetap akan melakukan dosa dan melanggar perintahnya..Allah maha pengasih dan pengampun kerana memberi peluang kita bertaubat dan memohon keampunan melalui solat taubat dan sebagainya..
Sesunggunya diriku penuh dgn dosa dan ingin bertaubat… semoga hatiku tenang..
semoga aku dan dia y ku cintai dibuka pintu hati utk bertaubat kepada mu ya Allah..
about 1 year ago
hai..sbenanya sy dlm keadaan serba salah dan masih berpikir..
erm..mcm ni..sy ada berkenalan dgn sorg laki bulan 12 thn lepas..kirenya..skang ni..dh masuk 11 bulan sy kenal dia..kami sgt rapat..dlm bulan 6 aritu..barulah sy sedar yg sy sgt menyukai dan menyayangi dia..kerana..sikap caring dia yg sgt mengharukan..dia layan sy sgt baek..bila sy tak mkn..dia akan marah dan bg nasehat suma..dia slalu nak belikan makanan pd sy..ckp suwet2 ngn sy..sy terpk yg dia pon suka kan sy..tp..31 nov yg lepas..dia ckp kat sy..dia sdg berkawan dgn sorg perempuan tp..tak kapel lg..dia suruh perempuan tu tggu smpai dia grad..sy rs mcm nak pengsan..dia suruh perempuan tu tggu dia..so..sy ni dia anggap apa..then..sy berani kan diri..tny..apa dia anggap sy ni..dia pnah suka sy ke..dia ckp dia tak pernah terpk pon nak suka sy..slama ni dia anggap sy kwn dia yg plg baek dan plg rapat..huhu…sedihnye saya masa tu..tuhan je yg tau..sy syg dia stengah mati..dia anggap sy kawan baek je??then..sy bg dia masa..bsok nye..kitorg bincang balik..then..dia btau sbb dia tak pnah terpk nak suka sy..psl..kwn sy penah reject dia dulu dan dia pk..dia tanak lakukan kesalahan yg sama dgn suka sy..dia takut dia kehilangan sy kerana dia syg persahabatan kami sgt dan tanak hilang sy..lg satu..dia rs dia tak layak utk sy psl sy baek sgt..walaupon..sy tak bole trime sgt apa yg dia ckp..tp..bila dia ckp..kalo jodoh tak kemana..sy pk2 balik..sy tenang..dia sendrik ckp..kalo tak kapel..tak semestinya tak kawen..kalo jodoh sy ngn dia..msti kitorg kawen..lgpon..dgn perempuan yg dia kawan tu..dia suka..sbelum dia knal sy..so..sy tak bole nak marah dia..dia tak salah..now ni..kitorg jd kawan baek mcm biasa..dan dia suruh sy wat smayang istikharah..tiap kali dia tau sy wat..msti dia tny..sy npk muka sapa..muka dia ada tak..tp siyes..sy mmg npk muka dia..tp sy tak pasti..gerak ati sy tak kuat..sy ckp kat dia..sy nak buat lg..psl..b4 dis..sy pnah mimpi dia dan time bgn..gerak ati sy sgt kuat yg dia jodoh sy..tp..time tu sy tak smyang istikharah..jd..sy tak brapa pasti..adakah itu petunjuk tuhan nak bg..tu la..skang ni..sy nak wat lg smyang istikharah dan nak sgt petunjuk dr tuhan..btol ke dia jodoh sy..cuma skang ni..sy tak paham..napa dia nak tau sgt..dlm mimpi tu..ada dia ke tak..adakah dia nak ready bahawa 1 ari dia akan kawen ngn sy..atau..dia rs sy mcm terhegeh sgt nak kawen ngn dia..smpai wat istikharah dlm time ati tak tenang n asek terpk kan dia..tlg la..sy pening..huhu
about 1 year ago
silap..31 oct..hehe
about 1 year ago
slms,info yg brguna.sy slalu fwdkn isu ni ke nenek angkt sy dr fmly sy sbb fmly sy ni xtau sy nk ckp cmne ble bbcara psal bab ni.seperti yg sy post dlm 1 artikel dlm blog ni,sy ade ckp yg sy ade rpat ngn seorang perempuan yg brstatus ibu tunggal tapi sy blm lg britahu hsrt hti sy cuma sy bdoa sje spy ade jodoh antara kami wlpn brlainan status n umr.
about 1 year ago
Pada bulan Oktober yg lalu salah seorang ahli MYJ telah menghantar email kat saye nak berkenalan..so kitapon bekenalanlah…jadikan cite sampai tepon-tepon gitu..kitorang tinggal jauh dia kat smjung saye kat msia timur. ..tapi dalam masa sebulan kita kenal, dia makin jauh dr saye..takde dia antar sms jauh sekali tepon lagi..asyik2 saye je yg sms dia..adakah ini menunjukan dia tak minat nak teruskan kitorang punya relationship saya xpasti coz i beranikan diri tanya, dia kata dia appreciate saye…saya bengang nie..tolong…
about 1 year ago
salam.sume.sy tgh dlm dilema.sy ade bf,tapi die ade knl sorg pompuan ni.tapi bile sy ckp nk pts,die taknak.tapi die mintak sy sabar,dan tunggu.die nk tinggalkan budak tu pelan2.kami sume dah knl family.famil dah tahu ape yg berlaku.mak die support sy.suppose kami nk bertunang hujung thn nanti.sekarang,kami bertenang.sy tak call die.die call sy after one or 2 days.sy tak pasti ape yg patt sy buat.tolonglah advice sy.
about 1 year ago
kepada budak naive,saaya pun masih dalam dilema juga.cuma sekarang ni saya cuba sedapkan hati saya dgn apa pn cara tapi masih lagi gagal.
about 1 year ago
hahahha..tu la..bila laki ckp dia kwn ngn pomp lain tu..sila la ready ye..maknanya..ade sesuatu la tuu..ahah
about 1 year ago
salam all,
bile bace info2 dlm nie rs tenang n rs syukur. kalau time sedih kn tgk org di bwh so that kite tak sedih n bersyukur..sekurang-kurangnyer kite sedar kite masih merasai nikmat2 Nya yg lain…paling besar nikmat Islam…bile hepi ingat org yg atas so that kite sentiasa berusaha utk maju ke depan…sy sm gak..masih single walau pun umur dah nk masuk 27…bab mak ayah memg risau..mn tk risau anak pompuan dah kire byk no tp takde partner lagi…tp takpe sy redha..ni ujian tuhan…kite tak tau ape yg Dia dah sediakn utk kita…Apa yg baik dtg dari Nya ape yg buruk kite lah puncanya…yg mampu kita lakukan doa n sabar…hati nie diyakinkn hanya Dia cinta yg sejati….
aminn…
about 1 year ago
Assalamualaikum.
Saya seorang pendidik.Berusia 32 tahun.Masih belum bertemu jodoh.Akur dengan ujian dariNya.Tapi tetap tak dapat lari dari rasa sunyi dan hiba,especially baru-baru ni teman paling akrab dah selamat melangkah ke alam baru. Tumpang bahagia dan gembira dengan jodohnya tapi pada masa yang sama rasa kehilangan.Dah hilang lagi seorang kawan yang boleh berkongsi rasa dan cerita yang sama.Even bukan yang bongsu dalam family tapi merupakan satu2nya yang masih sendiri.Ayah dah dua tahun lebih dijemput ilahi. Yang tinggal hanya ibu yang kian dimamah usia. Harap sangat ibu dapat bertemu dengan bakal menantunya yang terakhir sebelum dia menutup mata.Tapi bila dan di mana. Doa tak pernah putus siang dan malam.Harap@ moga diperkennnan olehNYA. Aminnnn.
about 1 year ago
Salam..bagusnya ruangan ni. Wan pun teringin nk kongsi blog ni dan mendapat banyak2 ilmu. Ramai btul wan tgk yang berkebolehan untuk berkongsi ilmu-ilmu agama. Wan pun teringin untuk berkongsi ilmu-ilmu tersebut untuk bekalan diri-sendiri. Harap sudi diberi tunjuk ajar.
about 1 year ago
Salam semua.Saya ada seorang tunang tidak rasmi.Dia dan saya telah bertemu kedua ibu bapa masing2.Pada mulanya dia begitu inginkan saya berkahwin dengannya. Tapi apakan daya,duit masih belum cukup. Saya berusaha sedaya upaya selama 3 tahun untuk kumpul duit.Namun apabila semua sudah tersedia, cincin sudah dibeli..tetapi atas kehadiran orang ke-3 beliau berkata telah tutup hatinya untuk menerima saya lagi. Apakah perlu saya buat?Ada sesiapa tahu doa untuk keadaan yang demikian?Betapa hibanya hati saya hanya Allah yang mengetahui..
about 1 year ago
Salam.Rupa2nya ramai jg yang senasib dgn saya..masih belum jumpa jodoh… Buat Hawa, saya pn sama spt kakak.. saya pun pendidik, umo dah cecah 29thn..semua member dh kawin..hingga kan anak buah sy nk tunggu sy kawin dlu baru dia nk kawin..katanya xnak langkah bendul..he3.. tapi nk bt macammn,nasib kan.. segala2nya ketentuan dariNya..Kita kena redha..sntiasa fikir positif.Bila baca info2 dalam ruangan ni, hati seketika menjadi lega..saya harap akak pun sntiasa pk +ve dan sntiasa bdoa agar ditemukan jodoh yang baik..amin
about 1 year ago
Sekadar ingin berkongsi dengan artikel yg di bace..berkenaan jodoh. x pasti di mana sy bace..tp dr kisah benar pengalaman seorg wanita.sudah agak lewat usianya masih tidak bertemu jdoh.namun, akan kerna taatnya dia pada suruhanNya,dia x pernah2 putus mengamalkan solat hajat dan solat isthikarah.di setiap kesempatan singgah kemana-mana masjid pasti dier x lepas dr melakukan solat2 sunat itu.masuk tahun ke7,berkenalan dgn kenalan keluarga..
sehinggalah satu mlm,dier bermimpi berpakai cantik warna putih,sambil duduk tunggu di hujung katil..dgn izin Allah..pd keesokannya,kenalannyer itu menghantar rombongan meminang.Alangkah bahagia kan saat itu?
sy pon masih bujang..dah 28thn.terkdg terdetik gak rs nak berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.tp,diri ni x pernah yakin akan kebolehan utk memikul tanggungjawab sbg isteri dan insyaAllah..seorang ibu.takut rasenyer bile lelaki yg bakal bergelar suami itu x dapat menerima kekurangan diri ini.
tp sentiasa di tanam dlm hati..Allah sentiasa ada utk kita.hanya pd Dia tempat mengadu..menangis.terasa berada dlm dakapanNya tatkala menangis mengadu segala yg terbuku di hati..hanya Dia yg Maha Mengetahui segala-galanya.x sedikit pon terselindung olehMu Ya Rabbi..
sentiasa berdoa,berzikir,bersalawat..mudah2an di dekatkan jodoh.Amin Ya Rabbal Alamin.
Jazakallah
about 1 year ago
Dear all, ruangan ni byk mengajar n membuka minda saya ttg soal jodoh..tetapi baru-baru ini tetiba beberapa orang teman n teman sepejabat dalam masa yg sama mengajukan agar saya cuba mandi bunga..Ada pendapat saudara/saudari semua…saya agak skeptikal ttg perkara2 begini tetapi memandangkan saya selalu terkecundang dlm setiap hubungan adakah perlu saya mencubanya??TOLONG BAGI PENDAPAT..i really really really need u all punya feedback..TQ IN ADVANCE..
about 1 year ago
Salam suria,
Ada sesuatu yang lebih baik daripada mandi bunga, http://webblog.myjodoh.net/2007/07/12/petua-megnet-jodoh-episod-1/
about 1 year ago
bile sambungan episod ke4 utk petua megnet jdoh tu?x sabar rasenyer nak bace lagi..
utk Suria,mandi bunga tu kalu niat utk dpt jodoh serasa sy dah x btul mcm tu.jdoh sume Dia tentukan.
setau sy,bunga ni ade aura yg tersendiri.sekadar utk menyegarkan badan,x salah rasenyer mandi bunga ni.tp bukan dgn niat utk mendekatkan jdoh ke ape..
about 1 year ago
SALAM.. TQ webmaster, saya sungguh insaf dan menghargai nasihat n pendapat Tuan mengenai masalah saya. Saya harap agar saya dapat melakukan apa yg telah disampaikan oleh Tuan dan doakanlah saya sentiasa dan akan bertemu dgn seorang soulmate uang benar2 jujur dan sayang pada saya dan ALLAH semoga Tuan dan web ini sentiasa di berkati amin…
about 1 year ago
hehe good forum..mcm2 celoteh ader kt cnie…from funny to happy and sometimes end up with ayat agak kasar..
sy ada 1 soklan nk tny..mcm mana dgn org yg bercinta dgn org yg bukan islam..kita tahu dia sgt2 baik..cume dier bkn islam..and kita sgt selesa bercinta dgn dia dan harap sgt dpt kahwin dgn dia…boleh ke kita berdoa untk dia masuk islam dan bedoa supaya dia menjadi jodoh kita hingga akhir hayat?seingt sy jodoh adalah qada’ mubram..perkara yg tidak berubah2…
harap rakan2 dpt utarakan pendapat?
about 1 year ago
Salam… terima kasih pada moderator, semua penyumbang cerita, derita, nasihat dsbg..dalam ruangan ni… selepas menbaca sume… Alhamdulillah terubatlah sedikit hati yang luka…. jika kita ada msalah..kita ingat mslah kita je yg paling teruk… tpi sebenarnya ramai lagi yg ada msalah dan mungkin lebih tragis….
about 1 year ago
Assalamualaikum warrahmatullahi Wabarakatuh..
Kalau nak beri salam2, wahai sahabat2 ku, berikanlah salam dengan cara kita baca dalam al-Quran, iaitu cara Arab. Bukan cara beri salam ‘Melayu’ ya..?
Satu peringatan buat aku dan kita semua.
Aku tergerak hati nak cara doa jodoh ni. Aku biasa doa time aku dirikan solat sunat Qabaliyah Asar, 4 rakaat, iaitu 2 rakaat dan 2 rakaat, sebelum iqamat. Masa habis azan, cepat2 buat solat sunat asar Qabaliyah dan bila habis solat sunat tu, doalah puas2 dgn yakin pada Allah SWT. Kerana, Ustaz aku cakap, semua amalan2 dan doa2 kita akan dibawa ke langit semasa solat Asar. Ingat tu. Time ni lah juga yg baik. Aku pun minta jodoh juga time ni. Jgn juga lupa kita doakan pada adik2, abang2 dan kakak2 kita di PALESTINE! Sama2lah kita INGAT!
Wassalam.
about 1 year ago
Salam,
Aku salah seorang antara beribu yang belum bertemu jodoh..usia menginjak 35 tahun pada 2009. Mungkin sblm ini banyak perkara aku tak buat..doa pun tak sempurna, solat pun tak sempurna..sempena tahun baru nie..azam aku nak perbaiki semua tu..apa aku cuba buat..setelah selesai solat fardhu..berzikir, doa, dan amalkan selawat tafrijiyah, ayat seribu dinar, surah yusuf, surah Taaha, mudah-mudahan Allah akan membuka pintu jodoh untuk kita. Semoga segala perasaan gundah-gulana hilang dari hidup Alhamdulillah sejak amalkan selawat tafrijiyah, aku rasa ada beza dalam hidup aku. Hidup rasa lebih tenang.
Wassalam.
about 1 year ago
Salam,
tahun ini usia ku menginjak 26 tahun tapi belum juga bertemu jodoh. kakadang tu tengok kawan2 sudah kawin dan beranak pinak… timbul juga rasa cemburu. tapi apa boleh buat belum ada rezeki agaknya kot.mudah-mudahan Allah akan membuka pintu jodoh untuk aku.amin.
about 1 year ago
Semoga Allah mengirimkan kekasih pilihanNYA untuk dijadikan pndamping hidup kita…
BerSaBarlah saudaraku..
BerSaBarlah..
BerSaBarlah..
Sungguh Allah berSama dEngan orang2 yg saBar..
about 1 year ago
Assalamualaikum. Saya sedang mencarikan isteri solehah untuk suami. Wanita itu mestilah yang hafaz quran, kalau dapat yang memakai purdah lagi baik, lemah lembut dan penyabar. Saya seorang pendidik berumur 39 manakala suami 41 tahun. Kami tinggal di Kuala Lumpur. Anak kami tiga orang dan berharap beliau dapat mendidik anak-anak kami menjadi hafiz dan hafizah juga. Umur antara 30 hingga 40
Hubungi KakHan 0173340266
about 1 year ago
emm.kalau difikirkan pasal jodoh memeng la sedih,kawan-kawan seusia saya anak-anak dah besar pun ada yang dah habis sekolah pun tapi saya masih sendiri , bukan tak nak kahwin tapi tiada jodoh lagi, apa yang boleh dilakukan hanya berdoa sahaja moga satu hari nanti akan di ketemukan jodoh,
about 1 year ago
Salam. Saya baru mengikuti laman nie..dah membaca komen2 dari kwn2. Ramai yg senasib dgn saya, masih belum ditemukan jodoh. Di usia awal 30 nie, tipu rasanya klau kata tak sedih, tak sunyi tanpa kehadiran org yg disayang. Tapi saya selalu positifkan diri. Semua yang berlaku ketentuan dan takdir dari-Nya. Takde siapa yang inginkan kesedihan tp semua ujian dari Allah, kerana mungkin itulah yg terbaik utk kita.
Mungkin Allah uji kita, lambat ditemukan jodoh kerana Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. klau jodoh kita awal mungkin kita adalah isteri yg derhaka pada suami atau mungkin dpt suami yg tak baik. Jd krn kita selalu berdoa utk dpt suami yg baik, taat perintah Allah…jd diberi ujian utk kita lbh sabar. Bukan ker nak dpt yg terbaik perlukan kesabaran. Bersangka baik atas rahmat Allah.
Saya sendiri di usia begini..kdg2 terasa juga sunyi. Tp sy tak fikirkan lebih2. Alhamdulillah saya ada ibu yg baik dan memahami.Bila stiap kali terasa sedih dgn pndangan manusia..ibu la tempat luahan masalah. Saya bz kan diri mengikut aktiviti pelajar di IPTA saya berkerja. Setiap hujung minggu ada sahaja program yg perlu sy hadiri. Semua tu buat sy lupa dgn kekurangan diri. Di usia nie saya ada rumah sendiri dan kereta.. dapat pegi melancong bersama ibu. Jadi pada mereka diluar sana.. jgn sedihkan hidup anda hanya krn xbertemu jdoh. Pelbagaikan aktiviti kemasyarakatan .. pegi rmh anak yatim, daftar sebagai tenaga pengajar. Klau masih ada ibu bapa, jaga mereka.. balik kg selalu. Cari pahala dgn menggembirakan mereka.
Saya selalu berdoa.. Ya Allah, KAU Maha Mengetahui apa yang terbaik utk diriku..andainya dgn perkahwinan akan membuat aku lebih derita, sedih, dan jauh dari-MU, maka jauhkan la jodohku..jgn temukan jodohku dgn seorang lelaki yg tidak menghargai diriku. Andai ada jodohku dgn seorang lelaki yg baik mengikut pandangan-MU Ya Allah..maka permudahkan lah.
Jangan sedih hanya krn tak bertemu jodoh.. jgn disempitkan fikiran hidup seorg perempuan mesti menjadi isteri. Perbaiki diri.. positif, jika ada jodoh insyallah ia akan datang..jika tiada anggap sahajalah ini ujian.
about 1 year ago
salam….
betul cakap purnama00. saya pun mengalami nasib yang sama. semua kawan2 dah kahwin, maybe sebab diorang suri rumah atau sekadar jadi guru. tapi saya ni lelaki takut kut sebab saya sedang belajar master. walau hanya sempat kerja jap je, dan terus sambung belajar (sekarang pun masih lagi kerja sambil belajar), saya langsung tiada masalah kewangan. saya bakal memiliki kereta, dan turut membantu ayah biayai kos pengajian adik2 seramai 5 orang (4 blajar di universiti dan sorang kat sekolah menengah).
kawan2 sering tanya bila nak kahwin. tau apa yang saya jawab? saya tak nak kahwin. bagi saya cukup lah andai saya dapat ambil anak angkat, itu memadai. saya boleh tepis naluri kewanitaan saya (itu yang selalu saya buat) tapi saya tak boleh tepis naluri keibuaan saya. akibatnya saya sering volunteer nak jaga anak kawan2 saya andai mereka memerlukan bantuan.
sampai sekarang, saya sering membantu majlis kawan2. sedikit sebanyak robek gak hati apabila kawan2 mampu merancang hidup berdua, mampu memilih baju pengantin dan buat persediaan, sedang saya berdiri di sebelah melihat kebahagiaan terpancar dalam bebola mata diorang. dan juga melihat saat mereka memeluk zuriat sendiri.
tapi malang. mereka hanyut dengan dunia kebahagiaan sendiri. betul gak. orang yang dah kahwin ni takkan ada masa dengan kawan lama. walaupun saya menelefon bertanya khabar, mereka akan kata; “saya ada hal. nanti saya call balik”, padahal mereka takkan tepon. kalau sms tu tak yah cakaplah, tak kan dibalas. tapi saya redha dengan hidup saya begini. sunyi memang sunyi sebab jauh dari keluarga. tapi tukar semuanya jadi positif, dekatkan diri dengan Allah. secara ikhlas saya tidak lagi menyimpan hasrat untuk naik pelamin.
about 1 year ago
salam…buat purnama00
sy memahami perasaan saudari..
namun, jangan lupa yang akan namanya qada’ dan qadar Allah,
saudari pernah mendengar
” kata-kata itu sebuah doa”
jd apabila seseorang bertanya “anda bila lagi?”
jgn gunakan lagi ” saya x nak berkahwin?”
kenapa? sbb itu doa..kalau kerap kali anda menyebutnya itu satu doa buat anda sendiri..elakkan lah wahai saudaraku…
andai kata x seiring hati jgn dilukai lagi hatimu..
saudaraku..
jgn berputus asa..
teruskan usaha..
yakinlah..
ikutilah sunnah rasulullah sungguhpun anda tidak berkahwin namun hati mu ingin benar mengikuti sunnahnya..anda tetap ummatnya..namun jika anda tanamkan rasa tidak mahi berkahwin masyaAllah..fikirkanlah saudaraku..
ujian bg setiap org berbeza2..mungkin ini ujian bg saudari..
saudari bijak, berkemampuan, dll. namun mungkin kurangnya disitu…namun sy pasti satu hari andai saudari percaya pada qada’ dan qadar Allah pasti saudari menemui jalannya..sy mendoakan kebahagian buat dirimu..cepat bertemu jodoh serta dikurniakan zuriat kelak..aminnnn..
about 1 year ago
Saya pun blum temu jodoh ada yang kata orang dah buat sihir supaya saya tak bertemu Jodoh tapi saya percaya pada qada & qadar . Puas sudah saya berubat sana sini tapi akhirnya saya terus bersujud pada Allah Swt walaupun masih blum temu jodoh tapi saya tenang saya rasa ada hikmah nya.. saya terbaca kenyataan cik Ira memang ada manusia yang jalan terus hidup mereka seperti tidak punya masaalah tidak seperti kita yang hidup sederhana tapi melalui pelbagai rintangan, mungkin itu adalah dugaan supaya kita lebih beriman. Tapi kita pun harus berusaha berserta doa.. Mudah mudahan kita sema diberkati Allah SWT
about 1 year ago
salam ukhuwwah…
sy baru terbaca perbincangan di sini. ramai yg senasib dan berperasaan yg sama…sy skrg 35 thn dan masih blum bertemu jodoh. Macam2 yg berlaku tp apapun kembali kpd ketentuan Allah..selagi belum ditakdirkn olehNYA jodoh tetap x kan kesampaian. Tapi apa yg penting doa dan keyakinan kena seiring. PAgi td ada terdengar tazkirah di radio ikim, ust tu ada sebut psl hadis rasulullah yg menyatakan bg seseorang perempuan tu ada yg ditakdirkan tidak akan berjodoh di dunia ini kerana Allah akan berikan syurga utknya di akhirat nnt dgn syarat perempuan itu kekal menjaga maruah dan keimanannya…so sy tgh mencari2 hadis tu…sesiapa yg tahu tolong bg link ye..(nk tenangkn hati dan mencari redha Allah)…wallahu’alam
about 1 year ago
Life gives answers in 3 ways, its says YES and give whatever u want, its says NO and give u something better, its says WAIT and give u the best.
if u’re committed to ur dream, u will win anyway.
about 1 year ago
hmm..
mlm ni 1st time sy msk cni..
2 pon sbb ati sy xtenang..
oleh krn sy dah msk cni..
sy nk luahkan isi hati sy..
biar tenang ckit jiwa neh..huhu..
sy br umo 22 thn msk taun nih..
spnjang hdp..sy xpenah kapel ngan sp2..
bkn sy xnak tp org yg xnak kt sy..
nk kata hodoh x gak..
ada la gak rupa paras..
tapi sowank laki pon x penah propose nk jadikan sy awek dia..
time sek dlu ada la sowank mamat ni mnt sy..
tapi time 2 sy blom bsedia nk bcinta..
so saya tolak dia ngan cr yg x sepatutnya..
kalu d lihat..bleh jth maruah sowank laki2..
sjk dr hari 2..
xder sowank pon pnh nk kapel ngan sy..
pas2..time diploma..
ada la sy jth ati ngan laki neh..
sy pon tnpa rasa malu try memulakan inisiatif..
tapi mlg nya di reject..
tapi ngan cara baik la..bkn cam sy wat kt mamat time sek dlu..
pedih mmg x terkira..dkt 6 buln gak amek msa nk forget him..
now sya smbg wat degree..
dah bleh lupakan cnta 1st sy..
pas2 skrg sy mnt ngan sowank laki neh..
dia sewa umh dpn blok sy sewa..
slalu nmpk dia smbyg..n dia nmpk kategori laki baek2..
walaupon dia tau girls yg sewa dpn blog dia..xpenah dia amek ksempatan nk intai o ngorat..
ckop time sy nmpk dia solat..
d sebabkna hal 2..sy jth ati kt dia…
siang mlm asyik terbayang..
tapi dlm ati sy dah nekad..
xkan amek inisiatif lagik..
lagi pon sy xpenah knl n tau nm dia..
just pndang dr jauh..
cuma makin hari makin syg walau sy cuba tuk lupakan..
sejak dr itu..
sy slalu bdoa supaya dia jdoh sy..
tapi secara jujurnya..
sy nk mnyatakan klemahan diri saya…
sy ni slalu tnggal smbyg..
kdg2 dlm 1 ari xsolat lnsung..
gak jahil la ttg agama..
tapi sy bkn kategori clubbing..
sy pki tdung..
kalu nmpk kt luar..cam wanita soleh..(xder la tdung labuh)
kira cam gadis baek2 la..
tapi mmg d akui sy xwat bnda2 jht..
1 jer klemahan sy..suka tnggal solat..
but now sy dah berusaha tuk pnuhkan solat 5waktu..
2 pon sbb sy sedar..semua yg kita dpt d dunia Allah SWT yg bagi..
so sy harap sgt 1 day lelaki yg sy suka akn dtg kpd sy..
walaupon sy tau bnda 2 sgt2 impossible..
kalu dia bkn jdoh sy..hope sy dpt lupakan dia…
lepas sy luahkan apa yg terbuku d ati..
br rasa tenang ckit ati sy…
ya Allah..
Kau ampunkanlah hambamu yg jahil ni..~