.. mencari si dia yang soleh ..
Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on June 23, 2007 at 7:11 pm, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
Lawatan sambil belajar
about 3 years ago
Setiap hari baca Yaasin dgn niat utk perlindungan diri serta dapat jodoh yg sesuai… insya’Allah aminn….
Thanks azrul.
about 3 years ago
Ingin mencari jodoh untuk adik saya yang kini telah berumor 42 tahun.
Masih belum berkahwin, ini sabenarnya di-luar pengetahuan-nya. Sebab saya ingin sangat dia mendapat jodoh yang baik kalau ada yang sudi.
about 3 years ago
Hjh Norhaini…
Saya nor..saya pun ada kakak angkat yang belum kawin lagi..mungkin saya boleh kenalkan pada puan…we could try to match them….thank u..
about 3 years ago
InsyaAllah amalkanlah perkara di atas, nescaya anda akn bertemu jodoh.
about 3 years ago
berdoa pagi petang,siang dan malam…agar tuhan kurniakan jodoh yang baik…amin.
about 3 years ago
adakah antara kamu mengamalkan doa-doa untuk di kurniakan rezeki yang baik?
about 3 years ago
Kak Ema… klu amalkan doa 1000 dinar ok kan?
about 3 years ago
Berdoa itu perlu.. saya setuju sangat bab berdoa ni.. Setuju betul laaaa!
about 3 years ago
salam….doa kekuatan setiap muslim beserta keyakinan yang tinggi..biiznillah….:)
about 3 years ago
salam…hendaklah berusaha mencari kawan dan berdoa untuk mencari jodoh..
about 3 years ago
Allah menguji hambanya…..tapi hamba itu sendirilah kena berusaha dapatkan jodoh…untuk dirinya.
about 3 years ago
a’kum..dlam umur yg sebegini (28) adakalanya saya rasa amat kesepian tanpa kehadiran insan yg boleh menjaga dan mendidik saya.saya hanya mampu panjatkan doa kepada-Nya agar dipertemukan jodoh dgn insan yg boleh membahagiakan sya dunia dan akhirat.
about 2 years ago
Assalamualaikum..
Saya teringat satu ingatan dari seorang ustaz..Kiranya kita lambat ditemukan jodoh lagi..Mungkin Tuhan mempertemukan kita jodoh yang baik untuk kita dan kiranya tidak terpisah dengan seseorang, bagi kita dia adalah yang terbaik, tapi mungkin Tuhan memberi yang terbaik untuk kita. Ada seribu rahmat di sebalik apa yang terjadi pada kita. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui Segala2nya..Kata-kata ini saya simpan untuk memujuk hati..
about 2 years ago
assalamualaikum
saya ada terbaca dalam buku yang ditulis oleh prof Dr haron din dan Dr amran Kasimin, diantara sebab tidak dapat jodoh mungkin disebabkan terkena sihir.
buku tu bertajuk Rawatan Pesakit Menurut Al Quran dan Sunnah….
about 2 years ago
Askm.
Pada yang kesepian tu banyak2 bersabar.semoga Allah pertemukan jodoh utk anda.tp ingat mesti kena usaha dan perasaan malu anda hendaklah diletakkan pada landasan yang betul. Amin…….
about 2 years ago
Assalamu’alaikum wbt..saya terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap pendapat yang diutarakan oleh saudara zuhairy…berkenaan sihir antara sebab jodoh terhalang…memang sihir itu wujud sebagaimana sabda Nabi s.a.w…Jauhilah tujuh penghancur! (Para shahabat) berkata: “Apakah itu wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda: “Syirik kepada Allah dan sihir…” (HR. Al-Bukhari, 5/294, Muslim no. 89 dari shahabat Abu Hurairah r.a).Namun, jangan kita salah anggap terhadap ketentuan Allah…tidak semuanya angkara sihir..namun, sebagai orang yang pernah mengalami “situasi ghaib”ini..ingin saya nasihatkan, kembalilah kepada jalan Allah, penyelesaian terbaiknya bukan dengan jumpa bomoh@jampi serapah..Sekiranya silap pemahaman kita berkaitan sihir ini, ia boleh merosakkan iman dan aqidah..berhati-hatilah..jangan mudah terpedaya dengan permainan syaitan
about 2 years ago
doa dan usaha yang berpanjangan. infiniti.. moga terus diberi ketabahan dalam pencarian ini
about 2 years ago
hari2 doa minta dikurniakan jodoh yg beriman..amiin
about 2 years ago
betul tu cik siti saya setuju 100%
about 2 years ago
saya berumur 25 thn…belum bertemu jodoh lagi…sepupu bakal berkawin penghujung tahun ini…sedara sumer dh bertanya bila lagi nak mendirikan rumahtangga…saya hanya mampu berdoga semoga Allah pertemukan jodoh yang soleh bagi hambamu ini…
about 2 years ago
A’skum..
Apa yg berlaku ada hikmahnya. jagan putus asa berdoa. Tuhan ingin menduga kita sejauh mana sabarnya kita ini. saya berdoa agar Tuhan menemukan jodoh yg terbaik!
about 2 years ago
assalamualaikum mber2 yg ku sygi..
ckp psal sabar ni..sya tringin sgt nk jd insan yg pnyabar..trutama dlm mnghdpi ujian dr NYA..bila frust,tnsion,sedih,kecewa kita berdoa utk ketenangan jiwa,meluahkan rasa yg terppndam sya rasa xsesukar utk kita melatih diri bersabar..bila dah mngalami ujian Tuhan di situ la tahap kesabaran truji..n baru sya tahu betapa sukar n sakit nya nk jd org yg sabar ni..hari2 yg dilalui bgaikan duri mnyucuk2..mybe hasutan syaitan gak tu..sabr dlm redha yg sukar di lakukan,slalu sbar terpksa tu pun klau dah bnyk kali usaha xdpt2 nk xnk sabar aje la..hmm..apapun sya sntiasa berdoa semoga sya dpt jd insan yg sabar dgn smpurna..wlaupun perit trasa..
about 2 years ago
Assalamu’alaikum wrt wbt..
Semoga Allah swt merahmati kita semua..saya juga setiap hari berdoa agar ditemukan jodoh. Usia juga telah meningkat (34)..adik saya juga telah berkeluarga..kalau diikutkan hati memang sedih dan sayu, namun saya tahu mesti ada hikmahnya..hanya Allah yang Maha Mengetahui..Semoga saya ditemukan dengan insan yang sesuai bagi menjalani kehidupan di dunia untuk kehidupan akhirat..
about 2 years ago
bebnyk bersabar ye sue..mesti ada hikmah di sebalik semua tu..adik sya pun dah kawin tp depa tu lelaki biasa ler..depa g meminang yg pompuan ni tnggu pinangan..mybe klau sue kawin umur sekian2 dpt jdoh lak yg xtentu arah bgus membujang smpai ke tua..trkadang ju berdebat gak ngan kwn bila sebut topik kawin ni..kawin awal pun xguna klau pastu bercerai berai or dpt suami/isteri yg mnyakit kan hati..bertengkar rumah tngga xde keamanan..bgus xyah kawin..kawin bukan takat sehari dua tp biarlah berkekalan hingga ke akhir hayat..
ju suka tngok pasangan yg bahagia,terdetik dlm hati nk gak cm depa dpt pasangan yg sepadan..n hdup bhgia smpai ke tua dan ke akhir hayat…smoga kita dpt pasangan yg baik2 n dpt membimbing kita ke jlnNYA..aminnn
about 2 years ago
rupa-rupanye masih ramai lagi yang tidak bertemu jodoh……..iyelah kadang-kadand saya rasa hanya saya yang tidak ada jodoh lagi………….sabar, doa,sabar dan berdoa sahaja yang saya mampu lakukan……semoga Allah memberikan jodoh yang baik buat diri saya…..amin…….
about 2 years ago
aminnnnn….(one more time)
about 2 years ago
nak tanya kawan2…betulka org kata kalu kita tolak pinangan 3 kali…jodoh kita dh takda..tolak pinangan pun bersebab…sambung mengaji..
satu lagi soklan nk tanya…sy ada kwn yang sy lihat jarang bersolat tp perjalanan hidupnya tiada liku.semuanya berjalan dengan lancar…berbanding saya yg sentiasa
wujud halangan dalam apa jua perkara yang saya lakukan…kdg2 sy terpiki nape benda ni jd pada saya…saya pasti pasti ada hikmah tp saya belum nampak lagi…
about 2 years ago
bila tgk orang lain jalan bersama pasangan rasa cemburu betul….adik2 pun dah beranak pinak. Allah menduga iman saya dan hikmah dariNya saya dapat bawa mak dan ayah gi umrah yang saya rasa kalau dah ada keluarga mungkin saya tak dapat gi ngan mereka kerana ada anak(kalau ada rezeki)
Namun saya selalu berdoa agar dapat bertemu calon suami seorang yang beriman, bertanggungjawab dan tahu menjaga maruah keluarga. Amin . InsyaAllah
about 2 years ago
To Ira…jodoh, maut, rezeki, semuanya di bawah kekuasaan Allah..namun Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” …disini Rasulullah menekankan agar seorang wanita menerima lamaran sekiranya dilamar oleh lelaki beriman kerana keberkatannya…tetapi, sekiranya wanita tersebut mendapati lelaki yang melamarnya tidak baik dari sudut agamanya, wanita tersebut mempunyai hak untuk menolaknya..bagi saya, untuk menolak atau menerima pinangan seseorang perlu dilihat kepada agamanya terlebih dahulu,.lelaki yang beriman pasti akan sentiasa menjadi pendorong untuk kita berjaya dunia dan akhirat.. satu perkara lagi…bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah itu bersifat Maha Penyayang..tiada nas Al-Quran pun menyatakan jodoh tiada disebabkan tolak pinangan…Cuma keberkatan akan hilang sekiranya menolak pinangan lelaki beriman….
Firman Allah :’…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui(al-Baqarah :216) … Bersyukurlah andai kita diuji dengan musibah dan dugaan, kerana disitu terletaknya kasih sayang Allah agar kita tidak terus lalai…dengan syarat kita perlu redha dengan ketentuan Allah dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan yang wujud…setiap ujian Allah itu mengandungi beberapa intipati iaitu sebagai kaffarah dosa-dosa kita dan bagi meningkatkan darjat kita disisiNya…lihat sirah para Nabi dan orang-orang mukmin…bukankah mereka semua diuji dengan ujian yang maha hebat oleh Allah s.w.t? Renung pula umat pada hari ini…Dr Fadhilah Kamsah dalam ceramahnya pernah menyatakan kajian rambang yang beliau lakukan di hospital mendapati 90% pesakit tidak menunaikan solat..sedangkan solat itu ibadat wajib walau dalam keadaan sakit sekalipun…Fikirkanlah, bagaimana sikap kita hari ini apabila berhadapan dengan ujian Allah jika dibandingkan sikap contoh para mukmin teladan…..Firman Allah ‘Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu , dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” “(Al-Baqarah : 152-153)..Wallahua’lam….
about 2 years ago
Kalau Ingat Pasal Kawin, saya teringat Lagu Alias Kongo “Tengok orang kawin, terjengket- jengket tejengok-tejengok” Apa pun kita kena ingat Jodoh, Maut/Ajal semua ketentuan Allah. Kita hanya berusaha dan Berdoa, Allah yang menentukan…. apa pun biarlah allah perkenankan jodoh yang terbaik untuk kita.
Tapi apa pun kita terima ketentuan Ilahi… mungkin ada Hikmah di sebaliknya… Berdoa dengan penuh kyusuk dan tawaduk… baru allah terima.. sentiasa meningati allah…. kalau tak dapat kawin di dunia… kawin dengan BIDADaRI dari Syurga.. kekal selama2nya…..Wallahhualam
about 2 years ago
klau lelaki dpt khwin ngan bidadari d syurga tp klau pompuan lak amcm?
about 2 years ago
Selalu kalau Bidadari tu… kita ingat untuk lelaki saja… tetapi itu cuma bandingan saja …cuma istilah saja kalau kalu untuk pompuan macam ju.. kita bagi Bidadara (macam saya) he he jgn marah JU???
about 2 years ago
hehehee..bidadara yee..pandai2 je omarm ni bg nama ekk..xde la slalu dngr bidadari je utk lelaki tu yg trtnya2 dlm hati bg pompuan yg xde ppasangan kat dunia kat syurga sapa lak..xde la marah..lucu ada lah..
about 2 years ago
BerDoa pun ada tertibnya dan ada panduannya… sbb tu lambat allah makbulkan… DOA kita… bacalah beribu kali tpi xmenjdi ….
Kekadang kita sedari atau tidak, kita berdoa memohon Jodoh atau apa saja dari ayat suci al Quraan.. kalau tanda tanda bacaannya kita patut berhenti ttpi kita sambung terus…. Contonya BACAAN SAKTAH…Saktah menurut bahasa Berdiam… Menurut ilmu Tajwid menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas kadar masa du harakat iaitu dgn gerak 2 anak jari… kalau jari tgn tiada guna jari kaki…
DAN menyambung bacaan semula dengan nafas yang sama.. Ini dinamakan Waqf yang lemah lembut…tanpa bertukar nafas.. tujuan bacaan SAKTAH adalah untuk mengasingkan antara 2 pth pktaan supaya tidak menimbulkan kesamaran dalam PENGERTIAN ayat2 tertentu… Dlm quraan Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil tletak di atas huruf akhir pada bbrpa kalimah trtentu sja. Contoh Surah Al-Kahf:1, Surah Yassin:52, Surah Al-Qiyamah:27 dan Surah Al-Mutaffifin. Jika ada tanda berhenti lebih utama berhenti bacaanya dan bertukar nafas padanya.
Kalau DOA lambat di makbulkan kita kena buat senarai semak sbb PUNCA alah Lambat MAKBULKAN… munkin hati kita tidak 100% memberi tumpuan pada Allah… jika kita lihat orang beriman mengapa Allah makbulkan DOAnya… munkin kesalahan kecil yang tidak kita sedari dgn sengaja atau tidak.. apa pun semua maknusia di muka bumi ini hendak yg TRBAIK utk dirinya… Bila berDOA…bacalah umul Kitab alfatihah,…. Perkenankanlah ya tuhan yang mengabulkan permohonan orang yg meminta. Jadikan kami sbhg dri golongan org ahli syurga yg dibawahnya mengalir sungai2 di dlm syurga yg penuh kenikmatan yg seruan DOA mereka disana ialah yg mahasuci Engkau ya Allah dan kehormatan mereka di sana Salam kesejahteraan dan akhir doa mereka pun segala puji hanya untuk allah, penguasa seluruh ALAM….
Amiiiiiiinnnn
about 2 years ago
KALU BERCAKAP BAB JODOH.. SUME ORANG MESTI PENING KEPALA, TAPI ADA BAIKNYA KITA BERSERAH PADA TUHAN (S.W.T) KERANA DIA MENCIPTAKAN KITA SEMUA…SAYA PUN TAK LARI DARI PADA ITU…
SEMOGA KALIAN DISANA BERTEMU DENGAN PILIHAN HATI YANG DIINGINI…
SEMOGA BAHAGIA…..
about 2 years ago
Memang Betul kata Fieza tuuu… tapi taklah sampai Pening kepala… Hari2 telan Panadol, Nak fikir sampai teruk2 sangat… kalau kita di Jodohkan ngan sape je kita terima, Cuma kita mampu BERDOA.. biarlah mendapat yg terbaik.. baik dari segala2nya… Setiap orang yg berdoa haruslah memperhatikan Etika dan Sopan Santun dalam Berdoa,
1. Memohon hanya kpd Allah SWT
2.Memohon pd keadaan mulia spt. ketika bersujud kpd Allah SWT, stelah slesai SOLAT Fardu, waktu sahur, saat turun Hujan dan ketika berpuasa…
3. memohon pd saat yg. baik dan tepat spt. antara waktu azan dan iqamah, sepertiga malam, ari Jumaat, bulan Ramadhan, hari Arafah, awal dan akhir tahun Islam…. Angkat kedua tgn. mengadap kiblat..
4.Yakin permohonan akan terkabul.
5. Mrendah diri, khyusuk, dan takut akan Murka Allah SWT.
6. melembutkan suara, kerana berdoa di tujukan pada yg maha mendengar, jangan berlagu2..
7. Mulai permohonan dgn menyebut satu Asmaul Husna, kalimat tauhid, hamdalah,serta berselawat atas Rasullah saw.
8.tidak memohon keburukan….
9. menyatakan permohonan dgn. jelas…
10. Ulang permohonan smpai 3x.tidak tergesa2
11..menutup permohonan dgn bertahmid dan berselawat atas nabi saw… lalu usap tangan ke muka…
Cubalah Insaalah akan Allah Makbulkan…. Betul Tak JU & Fieza?????
about 2 years ago
Nape kkdg ju takut hndak berdoa..?ju takut klau doa ju xmkbul ju akan rasa kecewa n sedih..jd kkdg ju brdoa kkdg tak..ju takut berdoa pasal jodoh..mybe ju jahil dlm beberapa hal hngga kan kkdg ju hnya berserah pdNYa..yg ju yakin Allah xkn memberikan sesuatu yg buruk pd kita..ju berdoa akan kebahagiaan keluarga ju n teman2 ju..utk diri ju ckup memadai bahagia di dunia n akhirat..mybe sbb setiap yg ju hajati or panjat kan doa lain yg terjadi..malahan sebaliknya,kekecewaan n kesedihan….syukur ju xlah smpai mnjauhkan diri dr NYA..tp ju yakin DIA tahu apa yg ada dlm hati ju n hnya Dia je yg tahu hkmah di sebalik tu..smoga ju xbrputus asa dr rhmatNya..aminn..
about 2 years ago
Doa JU.. semuga JU tidak PUTUS ASA kekadang ALLAH suka mendengar DOA dari Org yg..berdoa.. kerana Allah maha pengasih dan penyayang terhadap Mahkluknya…. SEMUGA Doa JU di terima ALLAh… AMIIIN.
about 2 years ago
Assalamualaikum.
Ju.. Jangan mudah putus asa.. Doa tu kan ibadah.Kita di galakkan berdoa. Allah akan menerima doa seseorang itu selagi ia tidak tergesa-gesa.Kalau tidak keberatan boleh saya tau umur Ju sekarang berapa? kalau nak bagi tau la.. Kalau tak nak pun tak pe..
he.he
about 2 years ago
assalamualaikum wrt..wahai teman2 yg ku kasihi..
terima kasih bbnyk atas nasihat/motivasi korang..sekureng2 nya dpt menambah semangat n keyakinan dlm hati..tp mungkin ada btul nya kata mas..ju putus asa dr Rhmat nya n membiarkan Tuhan menentukan nya..mintak2 ju di jauh kan dari trus brsikap negetif pd diri sndri..
ntah la..kkdg akal n perasaan/hati trus brbicara berdebat sndri..nape stiapkali ju brdoa ingin ianya berkekalan n trus brada dlm kebaikan malah lain plak yg trjadi..ju rasa smangat ju dah hilang utk memanjat kan doa pasal jodoh sbb dah seringkali menemui kekecewaan/kesedihan..atau ju dah xckup kuat utk hadapi ujian Nya..maka dlm hati je ju simpan hasrat n niat..ju takut klau doa ju xmkbul ju akan trus bersedih dan yg tu la ju cuba hindari..kesedihan ju hnya Dia yg tahu..keperitan menanggung sendiri itu la yg ju rasa teramat sakit hnggakan ju takut or xnk hadapinya lg tp sapa la kita di dunia yg fana ini xkn lari dr ujianNYa..wlau lari kemana skali pun..
syukur ju xmenjauhkan diri drNYa..malah mcm2 cara,petua ju buat utk mngubat hati sendiri..
Ju ada gak trbaca dlm hadis mcm yg encik OMARM kita kata,Allah suka kpd hmba nya yg berdoa..maka ju berdoa atas sbb ju nk Allah syg n kasih pd ju..yg ju tau skg ju nk dekat dgn Allah je..bnda lain ju dh xnk pikiq dah..kkdg klau ada lelaki nk ngorat sedaya upaya ju nk hindari takut terkecewa lg..hmmm..sebak lak terasa,ju ni sensitif..ckit2 nk nangis..cengeng btul..:(
mas nk tau umur ju ekk..boleh..bg ju umur tu hnya nombor/angka dalaman wat pe nk malu kan..yg pnting luaran/fizikal..biaq umur tua tp wajah nmpk muda xgitu cik mas n encik omarm..umur ju dah masuk sweet 29 tahun..hehe..dah tua dah…mber2 yg lain dh ada ank 2,3..ju xkisah yg bg nasihat tu adik ke or muda dr ju.ju lg suka org bg kata motivasi/nasihat hari2 kat ju..biaq smangat n keyakinan ju brtmbh kuat..iman pun mantap..xgitu mas n omarm..
bila kita kena cubaan ni..ju dpt pelajari n kenali bhawa sikap sabar paling indah tp payah nk laksana..kan kan kan..ju rasa ju perlu kawan mcm korang utk bg kekuatan..apa pun terimah kasih skali lg atas nasihat u all..ju akan cuba berani kan diri berdoa agar dpt teman hidup yg beriman,pnyanyg,sejuk hati n sedap mata memandang n tau mnghargai diri ju seadanya ciptaan Tuhan…saayang korang!!..
about 2 years ago
opps!! ju terlupa sesuatu..ju nk kongsi ngan korang satu laman web agak2nya formula berdoa kot..ju cari doa yassin terjumpa plak laman web ni..korang cuba la buka smoga doa tu dpt d jdkan panduan seharian..k..laman web nya http://www.fatimah.org/doa/akhir/akhir.htm ..selamat mencuba
about 2 years ago
assalamualaikum,
sy nk tmpng tnya pndpt korang,
sy dh lost cntct dgn org yg sy syg about 6 yrs.
sy dh cb byk x cr dia, tp x dpt,
blh ke sy bt solat istikharah mnta ptnjk dr ALLAH mudah kn utk cr dia.
about 2 years ago
Ju & rakan-rakan …
Untuk pengetahuan semua, link yang dibekalkan oleh Ju adalah laman web syiah.
http://www.fatimah.org/doa/akhir/akhir.htm
Saya bukan prejudis dalam hal ini. Namun, sebagai penganut mazhab ahli-sunnah-wal-jamaah kita ada beberapa pendirian berbeza dengan syiah dalam banyak soal agama.
Harap maklum, sekian terima kasih.
about 2 years ago
subahanallah…lama gak tu 6 tahun..klau khwin pisah cmtu lama lg parah..ju rasa memang boleh..kan solat tu satu cara utk kita membuat permohonan pdNya..solat hajat pun ju rasa boleh…
about 2 years ago
Azrul..,
so kita xleh pakai ker doa cara cmtu..?maaf la..
about 2 years ago
JU.. saya setuju sangat ngan pendapat En.Azrul tu.. kalau boleh elak lagi baik..
Apa pun saya Syorkan ju BACA Yaasin AL- Ma’thurat.. iaitu Himpunan Wirid2 Masyhur Rusullah (SAW) yg. telah dikumpulkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna).. Wirid ini hendaklah dibaca pagi dan petang iaitu sekali selepas solat subuh & Maghrib di samping masa2 yg. lain yg di fikirkan sesuai.. Bacalah dgn penuh Khusyuk dan tawadhuk… Pada asasny Zikir al- Mathurat mempunyai dua bentuk… Wazifah al-kubra …wirid yg panjang… kalau ada kelapangan & masa mencukupi… kalau tidak bacalah Wazifah as-Sugra… yg pendik … sEORANG Mukmin yg benar2 beriman kpd Allah (swt) dan ingin memperolehi kesempurnaan iman dan sentiasa menyebut dan mengingati Allah dan bermohon kpdnya…. Inssaalah Allah permudahkan perjalanan hidup kita … minta kita sehat dan permudahkan rezeki…
HIDUP JU……
about 2 years ago
Ju,
Saya rasa Ju pun tak tahu itu laman web syiah. Dan saya rasa ramai yang tak tahu itu laman web syiah. Jadi apabila Ju paparkan, saya rasa ia adalah satu pengetahuan yang perlu diberitakan kepada orang lain. Terima kasih kepada Ju.
Berkenaan dengan doa tersebut, saya tak pasti, memandangkan riwayat adalah bukan bersumberkan mana-mana sumber ahli-sunnah-wal-jamaah (Sahih Bukhari, Muslim, etc) Maaf. Maybe you can try asking people at http://www.al-ahkam.net
Wallahu’alam.
about 2 years ago
Terimah kasih atas komen n nasihat Azrul n Omarm tu…
seperkara lg yg ju nk tanya..mengenai solat istikharah,apa yg ju faham solat tersebut di lakukan apabila kita was2 dlm ssuatu hal or mohon Allah bg kita petunjuk n hidayah jln mana yg harus kita pilih yg terbaik utk kita..
soalan ju,adakah solat istikharah itu di lakukan sekali je n tnggu ptunjuk/hidayah di Nya atau pun melakukan nya lebih dari itu (2,3,4 mlm) sehingga kita yakin sudah mndpt ptunjuk dr Nya..?
soalan kedua..ju slalu dengar n terbabca mreka yg solat istikharah,slalu mndpt ptunjuk melalui mimpi..tp ada sstgh berkata tdk semestinya,kkdg ptunjuk melalui hati dsn..boleh Azrul n Omarm bg pndapt tntang hal ni..?
Ju pernah melakukan solat istikharah tp xpernah plak dpt ptunjuk melalui mimpi atau mungkin ju xpasti adakah itu ptunjuk drNya..mcm mana kita nk tau itu ptunjuk dari Allah?
about 2 years ago
“kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. longgar jiwanya, rapuh imannnya, sempit mindanya.. jadilah manusia luar biasa, gah jiwanya, kental imannya,tertib solatnya & al-Quran zikirnya..”