Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Assalamu’alaikum …

Sekiranya anda “subscribe” ke mymasjid@yahoogroups.com, anda akan menerima emel ini sebagai “welcome email”. Dewasa ini banyak sangat SPAM yang dihantar ke mymasjid@yahoogroups.com. Kebanyakkannya nak mencari kekayaan dengan teknik dari Barat. Padahal Allah dah ceritakan teknik yang sepatutnya di dalam Al-Quran. Copy ini dan sebarkan kepada semua orang.

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

52 Comments

 Add your comment
  1. mr WM,

    solat sunat yg dimaksudkan solat sunat apa?

    sunat dhuha ke sunat tahajud ke?

    ada solat sunat yg kosong je ke? sekadar sunat….?

  2. afifah,

    Di dalam kitab Fadhilat Solat karangan Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, beliau ada menukilankan beberapa hadith ketika menceritakan bab “solat penyelamat ketika kesusahan.” Hadith tersebut (No 4) adalah permulaan bab berkenaan.

    Beliau kemudiannya memberi contoh solat-solat yang dilakukan oleh nabi ketika angin kencang, ketika gerhana dan lain-lain. Beliau juga memberi contoh kisah solat para sabahat ketika ditimpa bencana. Beliau juga mengutip beberapa kisah para wali yang ditimpa bencana lalu segera bersolat. Ia menunjukkan semua jenis solat dapat menjadi penyelamat. Tidak terhad kepada solat-solat tahajud atau dhuha sahaja, bahkan semua jenis solat.

    “sunat yg kosong je” memang wujud. Para ulama menamakannya solat sunat Mutlak. Di lakukan pada bila-bila masa terluang tanpa sebab spesifik, kecuali pada waktu-waktu makruh tahrim (tidak digalakkan tetapi tidak berdosa) seperti pendapat Imam Syafie.

    Wallahu’alam.

  3. tq utk tip ni.ada x cara2sembahyang utk lebih kusyuk n kita x tertangguh2 bila cukup waktu

  4. ucaplah Alhamdulillah setiap rezeki halal yang diterima…kecil atau banyak…Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

  5. terima kasih kerana memberikan tips yang hebat sekali…saya sangat teruja dengan apa yang disampaikan…

    saya teringat dengan apa yang disampaikan oleh Dato’ Dr Fadhilah Kamsah, dalam VCD nya, Menjadi Usahawan Terbilang..Di antara sebab gagal berjaya dalam perniagaan adalah disebabkan menjauhkan diri dari hidayah Allah…

  6. terima kasih ke atas ulasan saudara saudari semua, mmg saya perlukan kata2 dan hadis2 nabi serta penghujahannya..wasalam

  7. terimakasih atas artikel yang menarik, kalau saya balik kampung selalunya emak saya akan suh saya baca doa-doa dari al-Quran untuk meningkatkan motivasi

  8. Alhamdulillah, benar apa yg disabdakan rasullullah SAW, Ttg fadilah surah al-waqiah, hidup yg saya nikmati selalu berkecukupan walaupun saya hanya seorang karyawan biasa

  9. Salam semua,
    Alhamdulillah, telah benar lah ayat2 Allah. Telah benar lah saranan Rasullullah. Mmg benar rezeki akan datang dengan tiba2 tanpa diduga apabila mgamalkan surah al-Waqiah. Alhamdulillah. Artikel yang sangat membantu. TQ WM. TQ all.

  10. assalamualaikum.
    saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. masalah saya ialah ibu bapa saya..mereka macam tak suka jer dengan isteri saya.. macam mana nak atasi masalah ini,saya taknak jadi anak derhaka dan saya pula taknak jadi suami dayus…ada sape2 yang boleh bagi pendapat..

  11. 10s….bagi nasihat yg sangat berguna untuk tatapan umum

  12. khairul hakimy mohd sani

    Assalamualaikum wbt,bagaimanakah cara utk menjadi seorang jutawan yg berjaya di dunia dan di akhirat?apakah amalan amalan yg perlu saya lakukan supaya objective saya tercapai?apakah doa dan solat yg sesuai bagi saya?saya bekerja hampir setiap hari tanpa cuti dan badan sering keletihan dan juga sentiasa berfikir cara utk mengumpul duit yg banyak,sering juga saya terlepas waktu solat kerana keletihan,saya berharap semoga saya dapat petunjuk dan keampunan dari Allah swt, Terima Kasih….Wassalam…

  13. wsalam Khairul,

    Amalan yang paling baik pada pendapat saya adalah bersyukur.

    Di dalam agama Islam, definisi orang yang kaya adalah orang yang cukup semua keperluan, rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Definasi orang miskin adalah orang berharta, berwang (banyak atau sedikit) tetapi masih merasa tidak cukup.

    Kehidupan golongan pertama biasanya lebih tenang, hidup diisi dengan ibadat dan kebahagiaan. Mereka bersedia untuk ke akhirat pada bila-bila masa. Kehidupan golongan kedua adalah sebaliknya.

    Audio berikut merupakan syarah kitab Bahrul Mazi oleh utz Shamsuri Hj Ahmad, ia menceritakan sebuah hadith tentang kehidupan nabi dan para sahabat. Juga diceritakan tentang definasi yang saya kemukakan di atas. Mungkin dapat meransang minda anda.

    http://www.mediafire.com/?dnb9zhigd9g

    Wallahu’alam.

  14. Tuan-tuan sekalian,ikutilah Tafsir Al Quran oleh Ustaz Zahzan Mohmd oleh radio IKIM.FM pukul 7.30pm,saya suka ustaz ni very imformative and Intelelctual,bukan kuliah Kosong…..ok…..dengar2kan…Wassalam

  15. terima kasih atas ilmu ini… saya amat hargainya..

  16. Jamaluddin Abd.Hamid

    Alhamdulillah… terima kasih very imformative ..wsalam

  17. Alhamdulillah… Semua pendapat di atas mmg benar… Islam menuntut umatnya seimbangkan kerja di dunia dan akhirat kerana keseimbangan dunia dan akhirat dapat menjaminkan kebahagian yg hakiki spt firman Allah SWT dlm surah al-Jumu’ah ayat 10. Islam menggalakan setiap umatnya berusaha sehingga mencapai darjat setinggi munkin supaya sejajar dgn bangsa lain di dunia ini….
    Dan pada waktuy yg sama tidak mengabaikan atau melalaikan kewajipan dan t/Jwb kpd Allah SWT… Manusia yg hidup dgn ehsan org lain dianggap mati dlm hidup…
    Allah swt tidak akan mmbantu golongan ini melainkan mereka berusaha utk pembentukan diri, Agama, keluarga dan masyarakat Islam Am nya…
    Islam mmberi kebebasan umatnya bekerja dan telah menetapkan garis panduan atau syarat2 yg belandaskan al-Quran… Sesuatu pekerjaan mestilah “HALAL” dari segala segi….
    Dan tidak melanggar hukum alam yg. telah di tetapkan oleh Allah swt… kerana mereka yg bersifat tamak haloba di benci Allah swt akan memberikan kesan yg buruk sama ada di sedari atau tidak….

    “makanlah yg halal dan yg baik dari rezeki yg telah di berikan Allah kpd kamu dan bertaqwalah kpd Allah kpdnya kamu telah beriman(“surah Al-Maidah:ayat88)
    Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.” Amalkan ayat tersebut di samping memahami maknanya.. di samping bacaan yg sempurna… bertajawid, sebutan yg. betul, sebutan yg tepat pada Isymam, imalah dsbnya… baru lah doa kita di makbulkan oleh Allah SWT… Nabi SAW pernah berkata ,…

    Apa faedahnya membaca al-quran jika tidak berilmu..(ibid.hlm9) Pandai2lah kita mndapatkan ilmu yg bermanfaat dan jgn habiskan masa dgn ilmu yg tidak bermanfaat…..

    Jutawan tidak semestinya berbentuk wang ringgit… tetapi kaya dari segi kesihatan.. allah berikan kita kesihatan yg. baik, keluarga yg harmoni dsbnya… Kepandaian ilmu….
    Ilmu harus di teroka sepanjang masa, secara berterusan kerana masih banyak yg. kita tidak faham drp yg. kita faham…..!!!!!

  18. saya ingin hubungi saudara azrul alwi dan saudara omarm, bagaimana kah caranya?

    harap dapat membantu.

    wassalam

  19. Syukur Alhamdulillah…dengan nikmat yang Allah berikan. Saya bertuah kerana berpeluang dapat membaca tip2 seperti di atas. Semoga saya lebih bermotivasi dan lebih yakin dalam menjalani cabaran dan dugaan dalam hidup ini.

  20. terima kasih terasing… anda boleh mendapatkan bantuan seperti email ini….. bantuan@myjodoh.net

    Buat terasing… kegagalan anda bukan penamat… aturkan langkah anda… majukan diri anda, buang rasa sedih, rendah diri, malu untuk kecap kejayaan Cinta dan cita-cita… kalau tidak anda tidak akan pergi jauh kemana pun…
    kalau anda terasing.. sampai bila2 pun anda tak ramai kawan… kata org:…
    berkawan biar beribu,
    berkasih biar satu…
    Mengadu pada yg sayang,
    Berkasih pada yg. sudi….

  21. Terima kasih terasing… ada juga orang yg. sudi mengenali saya… oleh itu saya hulurkan tali persahabatan buat Pn. terasing….

  22. ahlan wa sahlan ya marhaban pada semua umat nabi muhammad saw sudilah hantar maklumat yang penting dan berharga pada email saya , azhar_ra johor

  23. Thank u. TERSENTUH JUGAK DENGAN ARTIKEL NIE. KRN MMG SIBUK SANGAT MENGEJAR DUNIA.

  24. komen yang cukup hebat.. Ia telah menyedarkan saya betapa selama ini telah lalai kerana terlalu mengejar dunia..

  25. Rosnita_Hilyatul Aulia

    ALHAMDULILLAH,,,.. MEMANG BENAR TENTANG KEMUJARABAN SURAH AL WAQIAH UNTUK KEMURAHAN REZERI. KEPADA SEMUA UMAT MUSLIM YANG MENYIMPAN HASRAT MENJADI JUTAWAN, AMALKAN MEMBACA SURAH TERSEBUT SETIAP MALAM. INSYAALLAH…
    SESUNGGUHNYA REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH,,
    DAN SEMOGA REZEKI YANG DATANG MELIMPAH ITU MENGAJARKAN KITA UNTUK MENSYUKURI NIKMATNYA,,..
    BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.
    WASSALAM

  26. assalamualaikum….terima kasih dengan artikel yang di keluarkan..artikel 2 anda telah membuatkan ilmu yang ada pada diri saya semakin hari semakin bertambah dan insyaALLAH,dengan artikel yang di berikan membolehkan saya untuk memantapkan lagi pegangan agama saya. Selain itu, artikel ini juga membolehkan saya untuk menasihati teman-teman saya yang berada di dalam belenggu masalah. Mungkin dengan cara ini saya dapat membantu teman-teman saya…di sini saya ada satu soalan. Bagaimanakah untuk mendidik diri kita agar dapat menjadi muslimah yang unggul dan seterusnya menjadi muslimah yang di hormati masyarakat??????

  27. nak jadi jutawan?untuk apa? Ali r.a berkata harta itu adalah warisan Qarun dan Firaun! saya ader dengar tafsiran mengenai ayat ini…rezeki yang melimpah ruah itu ada ulama tafsir sebagai ganjaran SYurga yang tak terputus nikmatnya……dan ini seiring dengan tafsiran para sahabat dan tabiin.
    pada saya biarlah tuhan cukupkan untuk saya dunia dan akhirat
    cukup untuk anak dan bini…cukup untuk kedua orang tua saya….dan cukup untuk ahli keluarga saya…tapi kalau lebih maka saya akan cuba cukupkan untuk saudara semuslim saya.
    Dunia nie sementara dan dunia akan datang kepada mereka yang tak mengilakanya…ingatlah masa nabi di israk di langit bahawa dunia nie ibarat perempuan tua yg di cantikkan…bukan ker semua ini gambaran bahawa dunia adalah tipu daya yg melalaikan semata-mata. Wallahu alam.

  28. Salam,
    Buat renungan adik-adik yang sedang meniti usia muda kakak nak kongsikan bagaimana kakak menjadi bukan jutawan wang dan ringgit tapi terasa mejadi ‘jutawan syukur’ bila akak lalui dan tempohi ujian Allah yang pahit tetapi manis..walau dalam hati berbelah bahagi.. ‘Jutawan kasih’bila izinkan suami berkahwin lagi,’jutawan rindu’ bila anak ketiga berumur 11 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.’jutawan sihat’ bila umur menjangkau setengah abad masih bergerak aktif dalam masyarakat,’jutawan dakwah’ kerana baru seorang remaja lelaki India yang akak bantu Islamkan dia dengan izin Allah…(sedang menuntut di Mesir)… kini sedang kuat berusaha untuk menjadi ‘jutawan harta’ kerana ingin menjadi penyumbang zakat yang tinggi,,,Ya Allah makbulkan lah permintaanku yang lemah dan hina ini.

  29. Salams untuk semua muslimin dan muslimat, segala2 yg kita bincangkan diatas mmg telah ditermaktub dalam ugama kita, saya telah mengamalkan solat sunat dhuha serta lain2 dan mengamalkan surah2 yg disebut terdahulu dalam forum ini, bukan tujuan saya untuk menunjuk2 tapi inilah yg saya perolehi setelah 9thun mengamalkan sejak saya bercerai ketika baru habis pantang bersalin dan bercerai sebulan selepasnya..anda bayangkan saya perlu menanggung 4org anak2 yg masih kecil dan ibu yg lumpuh sendirian tanpa ihsan atau pertolongan dari mana2 pihak samada adik-beradik atau kawan2, namun kami tak pernah meminta sedekah atau meminta2 dari mana2 pihak, kerana Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang…kami anak beranak tiada pernah kelaparan atau ketandusan wang walau ketika itu gaji saya hanya mampu membayar bill air, api telephone dan hutang pitutang yg ditinggalkan oleh bekas suami atas nama saya…jadi ambillah pengajaran diatas kehidupan yg saya lalui ini..sekarang saya amat bersyukur kerana rezeki yg saya dapat telah mengubah kehidupan saya dan anak2 dgn lebih selesa dan gembira..wallahualam..wassallam

  30. Salams K.Ros Azizi, hati saya tersentuh dgn bibit tulisan kakak, jiwa saya yg mudah mengalirkan airmata merasakan kakak adalah yg terpilih diantara kita, subhanallah..semuga Allah memberkati hidup kakak…tak semua wanita sanggup bermadu kak, tak semua wanita sekuat kakak. Saya hampir2 juga menjadi “Jutawan Kasih” namun mengenangkan saya akan tambah berdosa jika membenarkan suami saya berkahwin lain, maka saya memilih utk menarik diri kerana itu jalan terbaik dari tersiksa sendiri. Kerana syarat2 berpoligami tak lulus dipihak suami…sejak saya bernikah segala tanggungjawab dibahu saya, adilkah saya mengizinkan dia menambah isteri? sedangkan yg adepun tak pernah diberi nafkah sewajibnya…jika segalanya dibahu isteri..
    inilah tipu daya dunia..nafsu merangkai jiwa..hingga lupa ajaran agama…sunah Nabi ingin dibawa, namun syarat2nya diketepikan sepi…

  31. Asslamualaikum wbt…

    Memang benar kadang kala saya terfikir untuk apa menjadi jutawan? Tapi bila saya renung wajah anak-anak terbayang bagaimana nasib mereka di saat membesar kelak? Mereka akan dikelilingi oleh rakan-rakan lain yang mungkin hidup mewah. Maka akan timbul perasaan ingin memiliki sama seperti mereka. Apabila disuarakan kepada saya maka akan timbul rasa kekesalan kerana tidak mampu memberikan keperluan yang sewajarnya. Pendidikan kini menuntut sejumlah kos yang besar. Perubatan juga tidak kalah harganya. Keperluan-keperluan lain seperti makan, pakai, barangan peribadi semakin hari semakin melambung harganya. Takkan sampai hati melihat anak-anak hanya mampu melihat dan bercerita tentang semua itu tanpa berpeluang memilikinya. Dunia semakin lama semakin mencabar. Untuk menunaikan Haji jugak kosnya telah meningkat. Jadi semuanya memerlukan wang. Kadang-kala kita tak sedar bahawa untuk beribadah juga kita perlukan keselesaan. Masjid-masjid ada yang kecil, sound system yang kurang elok, ada yang uzur… jadi semuanya memerlukan wang. Jika ada jutawan yang sudi membiayai kosnya Alhamdulillah.. tapi kalau tiada? Siapa yang akan memandang aspek itu? Jadi bagi saya kalau diizinkan Allah saya mahu menjadi jutawan.. kerana dengan wang saya bisa membantu yang termampu dari beberapa aspek.. Wallahu Alam..

  32. Tafsiran AlQuraan diIKIM jam 6.30pagi dan ulangannya jam8.00mlm oleh ustaz Zahzan memang sangat-sangat ditunggu sehinggakan saya nak ponteng saja kelas tafsir dimasjid kampong saya pada setiap suboh Jumaat tu.

  33. salam…sebenarnya saya lepasa universiti…saya dah apply berpuluh pulh tempat kerja namun tiada jawapan langsung walaupun selepas 2 bulan.Saya juga membuat kerja freelance.Namun tidak langsung job selepas grad.Taklama kemudian , saya terbaca buku berkenaan amalan pemudah rezeki.Terutamaynya amalan surah Alwaqiah dan solat dhuha,Alhamdullilah, saya mendapat pelbagai tawaran kerja freelance dan pekerjaan tetap selepas saya mengamalkannya secara konsisten. Malah saya terpaksa solat istikarah pula untuk memilih pekerjaan yang terbaik.Terbukti janji Allah benar. Namun yang penting , niat anda kena betul.

  34. dulu masa sekolah menengah selalu baca surah al-waqiah sbb ustaz suruh skrg bila dah berumahtangga jarang2. bermula dari skrg saya nak amalkan sblm tidur. skrg ni di bulan puasa slps sahur saya terus solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir. solat hajat selalu mitak untuk jadi kaya dan dimurahkan rezeki. baru sat tadi mak pulak sound suruh solat dhuha. rupanya islam dah bg jalan utk jadi kaya sejak dulu lagi tp saya kurang amalkan, buat jgk tp x istiqamah je. saya sibuk mencari dlm internet bagaimana nak promosi bisnes prepaid saya cara online, akhirnya saya dpt satu lagi cara sbg seorang islam untuk saya amalkan. usaha saya akan tetap saya teruskan jugak. saya rasa bersyukur terbaca tip ini.

  35. ape yng berlaku semua datang dari kita….fahamilah,,, tq

  36. Alhamdulillah, ilmu yang bermanfaat utk kita semua amalkan

  37. SOLAT DHUHA LEPAS SOLAT SUBUH PUN BOLEH… RAKAAT PERTAMA BACA AL-FATIHAH DIIKUTI DGN SURAH AL-KAFIRUN.RAKAAT KE-2 BC AL-FATIIHAH DAN SURAH QUL HUWALLAH…SBLM TAHIYAT DALAM SUJUD AKHIR BACA YA WAHAB 40 KALI.
    LPS SALAM BACA DOA AYAT SERIBU DINAR… AYAT SERIBU DINAR NI BAIK KALAU DIAMALKAN..

  38. Terima Kasih,semua atas maklumat di atas. Sesuatu yang sering kita lupa dalam mengejar kekayaan wang ringgit ialah kekayaan KESIHATAN. Maksudnya jika ada duit berjuta tetapi ada darah tinggi,kencing manis, jantung dll. Ini adalah penting dengan kekayaan kesihatan, insyallah dapatlah kita berusaha kuat untuk perkara-pekara lain. Dan jangan lupa sentiasalah bekomunikasi dengan Allah. Kita ingat Allah sekali, Allah ingat kat kita 10 kali. Wallahualam.

  39. hamba Allah yg lemah

    salam ukhwah..kedai saya sering dikhianati org..da bnyk kali kne santau n sihir..boleh saya tau amalan ape or doa ape yg leh diamalkan utk elak drp disihir?perniagaan yg saya lakukan adalah bakeri, namun disebabkan di kawasan kedai saya bnyk yg membuat bisnes kek, ramai yg menghantar sihir n santau utk memberikan kedai kek saya gulung tikar.pernah skali kdai saya tidak dikunjungi org kerana mereka xdpt nmpak kedai saya…mohon penjelasan amalan ape yg baik dilakukan utk melindungi kedai dr disihir n santau..hamba Allah yg lemah dan hina..

  40. Salam,

    Sila lawati mana-mana pusat Rawatan Islam berdekatan seperti Darul Syifa. Untuk sementara waktu sila pasang audio berikut di kedai anda ..

    http://www.kalamullah.com/Quran/Ruqya_CD_-_Yahya_Hawaa.mp3

    Wallahu’alam.

  41. hmmm..
    brape buln je lg nk kawin..

    rase tesepit jugk duet x de..

    kdg2 pk wat yg trmmpu jer..tp..keinginn nk mcm2..

    kdg2 pk..nk delay majlis..tp..noooooooo!! x nk tmbh dosa lg..

  42. Salam Sdr Lani (nama panggilan) diminta upgrade at least ke pakej A untuk memudahkan sdr berhubung. Sebab saya bnyk terima pesanan dari sdr. Saya ucapkan salam berkenalan.

    Terima kasih.

  43. assalamuaikum..minta izin share,,info ini wahai saudari.. saya berminat dengan article anda,

  44. amalkan sunnah pasti berjaya dunia dan akhirat

  45. alhamdulillah,pertama sekali saya berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya juga memberi saya petunjuk hidayah keagamaan.
    sukyur kepada Allah setelah membaca segala tip-tip dan komen juga pertanyaan dari web ini hati saya menjadi tenang dan tenteram kembali apa yang sayacari selama ini kini telah saya temui.sekian terimakasih.

  46. dulu2 ms blom kawin,mmg byk amal surah al-waqiah n surah lain..mmg ternyata rezeki tu smpi skrg..cuma,skrg kurang d amalkn..ternyata amalan yg istiqamah ini mmg mmberi byk mnfaat..niat nk teruskn balik utk capai hjat yg blom kesmpaian..mudah-mudahan mendpt keberkatan yg berkekalan .doa2kn lh impian yg murni ini menjaadi kenyataan x lama lg.AMIN.

  47. saya bersyukur apa yang ada sebenarnya sy nak buka sy sendiri tapi belum tercapai lagi kerana tak tahu bagimana na mula dah bermacam2 dah berniaga tapi belum berjaya lagi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

8 Trackbacks

  1. Blog JIM Pulau Pinang » Blog Archive » Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran (Pingback)
  2. » Tip2 Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran Hanna’s Blog (Pingback)
  3. Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran « HiDuP SeDeRHaNa (Pingback)