.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

May 9th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

aloneMungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

652 Responses

  • kongk3kman says:

    Nak yg ada batu permata bukan kaco

  • bliklayadgncup cai says:

    Nak tunggu nor datang meminang…bior kematu tak pe laa..asal original lagie…

  • baby says:

    salam..
    rasa pedih sedih bila melihat org disekeliling…rakan2 semuanya dah berkeluarga..ttp bg diri aku..arrrgh..
    pengajaran dr putus pertunangan disebabkan kecurangan dia…aku jd serbah salah…

  • hassan says:

    Kebanyakan ppuan tunggu dipinang, tp bila ada yg nk masuk meminang, ditolak pula.. (nk tunggu yg lebih baik)

    Pada pendapat aku, jodoh itu soal pilihan manusia.. selagi manusia itu memilih, selagi dia xboleh nk tolerate dgn kekurangan calon pasangannya..
    SELAGI itu la dia xkan kawen.. setuju atau x?

  • iza says:

    sy x setuju dgn pdpt dr hasan..
    x slh kn se-sorang pompuan tu memilih.. memilih x semestinya kite pilih yg kaya, handsome dan bkerjaya.. tetapi kite sekurang-kurangnya harus memilih yg serasi buat kite dr segi iman n ilmunya…
    jgn kan kmi blm bkwn di usia lewat 20-an, kmi hrus menerima lamaran yg dtg tanpa sbrg selidik..
    allah x jdkn pkhwinan tu sbg paksaan… sbg seorang wanita kmi ada hak utk memilih yg t’baik… andai hdup sendiri lbh bhagia mungkin itu adalah yg tbaik drt-Nya

  • chik says:

    erm, jodoh adalah satu hal yg smpai skg aku tak phm…makin difikir makin aku rasa down sesangat…aku sllu menjadi mangsa keadaan dan bukannya terlalu memilih tp bila aku cb menerima ssorang lastnya aku yg akan terlukaaaa…smpai skg aku terfikir dimana hikmat dsebalik yg berlaku…….aku msh sendiri hingga saat ini sedangkan insan2 yg lukakan hati aku trus meniti hari penuh bermakna……..inikah dkatakan hikmah utk trus sendiriiiii meniti hari2 tua….ya Allah jika ini yg terbaik mk engkau kuatlah aku dlm meniti hari2 mendatang……..apa yg aku bleh kata hnya insan senasib ja merasa dan faham apa yg sedang aku lalui saat ini……..mg aku dberi rahmat oleh Allah utk lalui saat gembira dan penuh makna seperti org lain……..aminnnnnnnnnn

  • eyda johari says:

    apa yg terjadi ada hikmahnya…
    byk org ckp sy memilih..bg sy,sy terima ja apa yg telah ditentukan utk sy…mmg penat nk menjawab bla org tnya bila lg sy nk kawin..
    sy xmintak suma ni terjadi pada saya..
    anyway sy dh 2 kali putus tunang..perlu ke sy teruskn klu tunang dh naik tgn, dh siap curang???
    Saya pasrahh….

  • maz says:

    salam..
    setuju dengan iza..perkahwinan bukan untuk sehari dua…tetapi sehingga hujung nyawa..

  • sha82 says:

    tension gak heh.. bila tak kawin2 ni..org asyik nak tolong carikan jerk…….n tanya bila nak kawin..
    kdg2 aku rasa mcm dh bosan n ntahlah dh tak tahu nak rasa apa..
    mcm mane aku nak cari lau laki zaman skrg pilin girl yg gebu2 jerk.. ntahlah..

  • yang pasti bila nak kahwin adalah sebab tak mahu bujang lagi. cari pasangan wanita yang sayang dengan kita. Tidak ada maknanya kita sayang dia tapi dia tidak sepenohnya pon suka kita. Bila dah ketemu jodoh..janjilah pada diri sendiri akan menghormati diri sebagai suami yang akan menjadi ayah. sayangilah isteri dan anak sebagaimana kita sayang pada ALLAH. Oleh yang demikian jadilah manusia yang dicintai ALLAH. Jangan sesekali buat benda ini……bila dah tau kawin tu sedap …he eleh…buat perangai bujang dulu…sana sini cari penyedap….Neraka jahanam lah awak dapat nanti tauuu. Yang baik dari ALLAH yang tak baik adalah kelemahanku..salam untuk semua…

  • Macamlah bebetul suami yang dipileh itu terbaik. Betul le masa itu. Tapi siapa sangka manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Yang terbaik boleh jadi ..TERUK..
    Kekadang dia tu betullah ..pijak semut pun tak mati..bercakap lembut gigi dari lidah.
    janjinya…cair kita dibuatnya. Datanglah malapetaka…dengan tiba-tiba…Beli kerete WAJA sebelom kawin ni…he eleh..punyalah mesranya si penjual kereta..cun melecun pula tu..pada pandangan si beliau tu le…Wow..rupa-rupanya..mak we ni mimang dah bulat hati nak pikat tunang kita yang cuma sebulan nak langsong…di buat-buatnya lah…di beri makan-makanlah…tanpa disedari sijantan sudah termakan budi dan body..akibatnya..dah jadi lembu kena cocok hidong. Masa diatas pelamin ..agaknya terbayang muka mak we baru…bulan madu 2 minggu..dah rindu dengan kekasih pula..mulalah jadi SEWEL…akhirnya buang emak buang sedara, tinggalkan bini..kerana kekasih hamba turutkan. Saya sungguh insaf…sembahyang Istikharah mohon bantuan ALLAH dalam membuat keputusan..Semoga ALLAH amponkan kita dan memberi petunjuk jalan yang betul.

  • dzul-atfi says:

    harap tahun 2011 sya dapat jodoh . Teringin jgk nak rasa nikmat pkhawinan :) . . Ngaaa

  • kocokman says:

    Macaei mano lah ambo nak tahu bahagia tak bahagia dah tersuraet ..nak buek lagu mano..terimo ajarr laa..

  • adikAbangYangBercerita says:

    Sedih juga saya baca komen-komen saudara dan saudari semua, tapi di sini saya ingin kongsikan pengalaman abang sulung saya sebelum berkahwin pada umur 30 tahun.

    Abang saya ini seorang yang tidak suka bersosial seperti saya, yakni dia seorang yang tidak langsung pandai memikat perempuan. Saya pun begitu. Kalau orang lelaki lainnya kebanyakkannya nampak sahaja orang perempuan mereka pandai menegur dan berkenalan tetapi tidak kepada abang saya ini. Saya pun begitu, memang keluarga saya begini orangnya, agak pemalu tetapi abang saya ini bukanlah pendiam malah pandai juga nyembang dengan orang sekeliling walaupun orang tua-tua.

    Mak saya memang tahu sifat abang saya, dan abang saya pernah dahulu selepas habis belajar dia asyik bercerita ada seorang ustaz di tempat dia belajar tidak kahwin pun. Namun kahwin ini kan memang fitrah kita sebagai manusia dan walaupun zahir kita nampak seperti tidak mahu kahwin namun dalaman kita, kita tetap mahukan pasangan hidup. Saya sendiri paham kenapa abang saya memberi komen begitu kerana saya sendiri pun seperti dia, tidak pandai langsung bercakap dengan orang perempuan tetapi kami ada adik beradik perempuan dan memang kami ok dengan mereka jadi perkara ini menyebabkan saya pun terfikir mungkin saya pun akan membujang dan tiada pasangan.

    Dan dengan takdir Allah SWT yang maha berkuasa abang saya menjadi cikgu di sebuah sekolah. Abang saya ini, dia kalau bercakap perkara penting dengan orang perempuan dia memang tiada masalah tetapi berkaitan berkenalan dan mengurat memang dia tak pandai. Saya sebagai adik memang agak sedihlah kerana saya mahukan abang saya berkahwin tetapi kami adik beradik memang tidak berbincang perkara berkaitan jodoh ini sesama kami jadi saya diamkan sahaja kerana abang saya lebih paham kehendak dia.

    Satu hari saya balik ke rumah, emak saya pun bercerita pada saya yang abang saya beritahu pada mak saya dia mahu berkahwin. Terkejut saya kerana gembira, dan calonnya itu ialah cikgu perempuan sekolah tersebut. Cikgu perempuan tersebut tua setahun daripada abang saya, dan dia yang hendak berkenalan dengan abang saya. Inilah yang diceritakan oleh abang saya kepada emak saya.

    Akhirnya, proses ke arah perkahwinan pun dijalankan dan alhamdulillah abang saya telah berkahwin dengan kakak ipar saya dan sudah pun mempunyai seorang anak. Syukur sangat-sangat saya sebagai adik. Jadi nasihat saya kepada orang perempuan yang ada di luar sana, anda pun boleh memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan orang lelaki lebih-lebih lagi yang pemalu dan tidak pandai berkenalan, bertegur sapa yakni mengorat dengan orang perempuan.

  • hemm..bukan memilih kekadang pompuan mengharap lelaki baik,caring and understanding.bila kite dah sbtl2 suka lelaki plk yg suka permainkan perasaan wanita. lelaki kekadang mcm pakai baju..mentang2lah diaorg ni blh kuota 4.pompuan yg selalu teranaya.kite jujur pihak lelaki plk main kayu 3..klu Allah dah takdirkan aku sendiri..aku redha lps ni…

  • shoke says:

    Barangkali ..ape ke benda kesejukan selalu ,abei dok muntok tundok bumi selalu,keinginan malam tak do..

  • rozi says:

    setiap yang berlaku ada hikmahnya…

  • me says:

    sebab dah puas meneroki bukit bukau gunung ganang lembah dan payao.

  • shaken says:

    Zaman nie orang dah hilang mood panduan seidup semati lagie..rasie kehidupan semacam zaman ayam cucok aje..raso semacam diapers lak,,pakai buang..

  • nor says:

    Sy skrg berusia 43 tahun.masih belum bertemu jodoh.Kawan-kawan sebaya dah bercucu namun sy masih lagi sendiri.Sedih jgk bila mmikirkn nasib diri,mgkin rupa kurang menarik jd tak ada org berkenan nk wat isteri walaupun dari segi lain kita sempurna.

  • nor says:


    nor:

    Sy skrg berusia 43 tahun.masih belum bertemu jodoh.Kawan-kawan sebaya dah bercucu namun sy masih lagi sendiri.Sedih jgk bila mmikirkn nasib diri,mgkin rupa kurang menarik jd tak ada org berkenan nk wat isteri walaupun dari segi lain kita sempurna.

  • crab says:

    betul a kata chik.ianya sesuatu yg susah dmegertikan.cuba memahami, tp kadangkala tk dhargai.mg 1 ari akn terbit sinar mentari

  • nor says:

    kebanyakan lelaki hanya pentingkan nafsu….ukuran agama ditolak ke tepi,walaupun mampu sy tak terfikir lg setakat utk meminang lelaki….

  • nor says:


    nor:

    kebanyakan lelaki hanya pentingkan nafsu….ukuran agama ditolak ke tepi,walaupun mampu sy tak terfikir lg setakat utk meminang lelaki….

  • yanzlili says:

    erm…kita senasib….redha di atas apa jua ketentuan Tuhan.

  • sue says:

    Allah yang menentukan segalanya…sue pasrah….dah 31 sekarang memang sedih…..tapi bila sue selidik lebih dalam su faham….kenapa…. dan sue redho…..seumur hidup su su pentingkan orang lain dari diri sendiri ……keluarga adik2. tapi su rasa Allah sentiasa menolong su dalam apa jua keadaan….sampai sekarang su menunggu pelangi indah…….disebalik awan mendung….

  • nana says:

    erm sy pon dok pkir psl memilih ni…sb smua yg sy dpt x sesuai ngn sy…tp kita semua nk yg memahami,penyayang,setia dan jujur kn…

  • mat key says:

    ntah?fikiran ku kusut pikir soal kwin

  • suraya09 says:

    asalamualaikum….sy senasib dgn sebhgian dr anda..belum berkawen krn lum bertemu jodoh….kdg rasa sedih bila tgk kawan2 yg sebaya satu2 kawen n punyai keluarga sendiri…..apa2pun sy redha n sentiasa berusaha krn sy tau setiap kejdian yg allah berikn pd ummatnya ade hikmahnye…sesungguhnya allah lbh mngetahui apa yg terbaik utk ummatnya…sy sentiasa berdoa agar suatu hari jodoh sy akan smpai jua..amin2

  • romzie says:

    biole yang betul-betul berhajat.

  • aziz says:

    jodoh belum sampai

  • aileez says:

    hmm..bagusnya ada yg tlh d pinang…

  • rusdihakim says:

    blm sampai seru lg kot…

  • rusdihakim says:

    jodoh ptemuan biarlah tuhan yg tentukn….kte hanya menanti seru drinya shaja….tiap jodoh bg ssorg itu sdh di tulis olehnya…..tggu saatnya shja.

  • iefa says:

    insyaallah akan ada yang terbaik untuk kita…

  • cyikin says:

    jodoh blm sampai…
    doa blm dperkenankan…

  • kongk3kman says:

    Dah bosan dengei pelayaran malei selalu,tak tahu..hilae pedoman hala tuju idup ini, dah terlalu frust selelalu, keinginei malei doh layu,abei takk naik untok merayu…nok nok

  • lily says:

    kedua2 family suka kami dijodohkan..tp anak lelaki pihak sebelah keluarga x suka saya.Saya ada segalanya..tp tak cantik..dia pilih kecantikkan.. Saya redha..
    Lelaki lebih suka yg cantik drpada menilai hati budi.
    alasan cukup mudah..saya x berapa kenal awak.Kita kawan boleh, tentang kawin setakat ni belum ada lagi.
    W/pun lelaki itu tak setaraf saya..tp saya boleh terima seadanya dan saya suka.Malangnya lelaki itu x suka
    Tak apalah..bukan jodoh saya.

  • ciknur84 says:

    bukan sume org memilih…. tapi tak ada yg ikhlas…. kenapa susah sgt nak jumpa yg betul2 ikhlas di dunia ini…..


    hassan:

    Kebanyakan ppuan tunggu dipinang, tp bila ada yg nk masuk meminang, ditolak pula.. (nk tunggu yg lebih baik)
    Pada pendapat aku, jodoh itu soal pilihan manusia.. selagi manusia itu memilih, selagi dia xboleh nk tolerate dgn kekurangan calon pasangannya..
    SELAGI itu la dia xkan kawen.. setuju atau x?

  • SAYA SEDANG MENCARI PASANGAN YANG BERIMAN,JUJUR ,PENYAYANG SERTA PENYABAR.

  • sulaiman says:

    sedang mencari yang sudi meneriama

  • syham says:

    tak perlu dikesah.. jika belum berumah tangga dlm usia
    walau pn 30’an… jgn terburu2 mmbuat keputusan… apa yg penting hnya Allah penentu.. doa jgn putus2

  • kongkekman says:

    Maaf , aku nok rasoie yeing mano batu -kaco-tembago-nilam-permata..nok meraseie kenikmatei,bilo doh tue duduk senyum sendirie ..kato si-DOL khet aku..aku cumo astafilluallazim dalei hatie..ado jugok manusia baginie yoor..Salam ampun maaf ku pinto siok2 jerr nie

  • Pingback: Site En Flash

  • noli says:

    Alhamdullillah, mungkin selepas ini , saya juga akan berkata begitu kepada sesiapa yang mempersoalkannya. Ini semua rahmat Allah tidak ada sesiapa di muka bumi ini yang boleh menjawapnya. Jodoh adalah rahsia Allah yang manusia tidak ketahui. Ya, Allah pada engkau tempat aku mengadu dan berserah jika benarlah sipolan ini adalah jodohku maka kau serahlah dia kepadaku. Amin

  • zati says:

    salam…saya nk daftar cari jodoh 2 xdpt cz saya xkenal pn gambar yang suruh kite taruh nama 2….plzzz help me

  • sepatumerah says:

    tidak semestinya memilih……dlm soal jodoh…namun kdg 2x yg dtg itu byk memberi masalah…………dlm hidup kita…jodoh perkara seumur hidup….berkahwinlah utk rasa bahagia…jgn sbb terpaksa…

  • belum ada jodoh..hehehehe

  • KID says:

    Salam…sekadar bertanya kenapa ramai yang suka bertanya “Kenapa tidak kawin lagi?””Bila nak kawin?”
    Bab memilih, memang kita PERLU memilih calon pasangan cuma jangan TERLALU MEMILIH. Saya pun masih belum berumahtangga sebab:
    1) Kerja belum tetap / belum mampu nak jaga anak orang.
    2) Belum jumpa yang sesuai (selalunyer ramai just nak suka2 dan nak habiskan duit saya jer..)
    Entah laa…bg saya maybe jodoh belum tiba.tetap mencari tetapi kena hati2..xnak terkena kali ke berapa entah… =)
    Stay Positif…setiap kita ada pasangan yang ditentukan ALLAH,cuma lambat atau cepat bergantung pada usaha.

  • Pingback: Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran | myJodoh WebBlog



Leave a Reply