.. mencari si dia yang soleh ..
Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 9, 2007 at 12:19 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
salam
thn 2009 umo saya dah masuk 31,saya mempunyai teman yang boleh dikatakan layak menjadi bakal suami saya, namun bila saya mengajak dia untuk mendirikan rumah tangga dia macam menolak, katanya duit belum cukup, dan dia sering menyuruh sya mencari pasangan yang lain untuk dijadikan suami, sya sedih memikirkannya.
apa harus saya buat?
sya amat menyayanginya..
about 1 year ago
Assalamualaikum…
Sebelum kita memulakan doa wajib lah kita memuji-muji allah dulu dgn asmaul usna ke, sifat 20 ke.. doa kpd penghulu kita nabi muhamad saw keluarga serta sahabat baginda, kpd guru agama dan ibu bapa kita…. klu jodoh lmbat pn sekurang-kurangnya dapat diberi hati yang tenang.. bila tenang kita lagi bersyukur.. & mari lah kita jadi hamba yang selalu bersyukur!!!… Insya allah sesungguhnya allah itu maha pengasih dan maha penyayang kan.
“ya hayyu Ya qayyum.. Yazal jalaliwal ikram”
about 1 year ago
bgus penulisn dia,kpade pemilik sye ambik msuk dlm blog sye..
about 1 year ago
Memang ramai gadis yang belum berkahwin yang telah melebihi usia. Kadang2 kesian juga memikirkan nasib golongan ini. Nak ajak berkongsi …susah. Boleh berkongsi, tapi gelombangnya kadang kala mengalahkan tsunami. Hanya berserah aja la pada Allah snw agar golongan ini diberi kekuatan dan petunjuk dari Allah , agar sentiasa di lindungi dan dibentengi dari terjerumus kejalan yang salah. Ingatlah..semuanya peraturan Allah snw..jadi berserahlah padanya disamping berusaha.. Teringin juga ..sebagai lelaki untuk berkahwin 2, tapi memandangkan isteri pertama pun cukup baik dan tak sampai hati nak mengecewakan nya, itu lah, hasrat terpaksa ditangguh.Kalau ada cara lain,…entah lah..
about 1 year ago
rahimii, takpe.. takyah susah2 pk untuk golongan2 ini calon len ada. Entah Bro Omarm tu masih single ke tak? ehehe.. Paradise pon ada..
To all single ladies, Chaiyo!!! Let’s pray for palestine people who struggle to find peace in their own land.. They never have time to think about marriage.. They only hope to live tomorrow, struggle to save their family..
Let’s join MERCY.. Oh, children and old folks there.. Where are my brothers and sisters? Why dun we help our Bros and Sis? Thank god for sending some great people there to help them.. Where we are?
about 1 year ago
hanna… mengapa cakap camtu..xbaik beburuk sangka… habis saham bro jatuh merudum… ????
about 1 year ago
a ah la kan, nxt time org tanya kenapa tak kawin lg.
jawab: ’semua ni rahmat Allah’. perfect!
hanna, ade sbb kenape kita masih tersadai di cni. krn kurangnya skill dan pengetahuan, peperangan ini panjang hingga ke kiamat.
excerpt from Sun Tzu (the art of war 6BC)
the general who wins a battle makes many calculations in his temple ere the battle is fought. The general who loses a battle makes but few calculations beforehand. Thus do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat: how much more no calculation at all! It is by attention to this point that I can foresee who is likely to win or lose.
my point being, perkahwinan itu memanjangkan zuriat menyambung rantaian Islam bukan? kalau tiada perempuan yg melahirkan, mana lg nak cari tentera? robot? AI? IVF? kucing?
girls, aside from offense we need defense. so make ur position unassailable first. mana2 pun ok. dont make me fell utterly useless pls…hv MERCY
about 1 year ago
http://www.halaltube.com/the-road-to-marriage
about 1 year ago
salam…….
Persoalan Jodoh…
Recently.. I gave chance to a schoolmate who claimed like me and wanna love me.. because i think i wanna consider him as he said he likes me and i am his ideal..
Not during schooltime but lately… During schooltime memang tak layan sgt sebab tak suka… But after that i regretted because why i never give chance to person who initiates to know me? I wish to give chance if ever he appear again.. Luck is Opportunity Meeting Chance.. My wish came true years after that he came accross my life.. I was with him at the right time as his heart just being hurted..
After months being together…. February 1st we’ve been separated…. Few promises made are broken….
Ya Allah aku telah cuba nan terbaik untuk bersama dia… Aku telah meniadakan keegoanku demi sebuah kasih sayang yang berpanjangan bersama…. Aku pasrah dengan ketentuan akhiran begini… Aku telah cube mengalah kerana aku ingin elakkan kehilangan dan putusnya kasih sayang… tapi pengharapan aku berbeza dari pengharapan dia… Ya Allah teguhkan hatiku demi hari2 mendatang… semoga ada yang terbaik untukku kau rancangkan Ya Allah…
about 1 year ago
salam…….
Persoalan Jodoh…
Recently.. I gave chance to a schoolmate who claimed like me and wanna love me.. because i think i wanna consider him as he said he likes me and i am his ideal..
Not during schooltime but lately… During schooltime memang tak layan sgt sebab tak suka… But after that i regretted because why i never give chance to person who initiates to know me? I wish to give chance if ever he appear again.. Luck is Opportunity Meeting Preparation.. My wish came true years after that he came accross my life.. I was with him at the right time as his heart just being hurted..
After months being together…. February 1st we’ve been separated…. Few promises made are broken….
Ya Allah aku telah cuba nan terbaik untuk bersama dia… Aku telah meniadakan keegoanku demi sebuah kasih sayang yang berpanjangan bersama…. Aku pasrah dengan ketentuan akhiran begini… Aku telah cube mengalah kerana aku ingin elakkan kehilangan dan putusnya kasih sayang… tapi pengharapan aku berbeza dari pengharapan dia… Ya Allah teguhkan hatiku demi hari2 mendatang… semoga ada yang terbaik untukku kau rancangkan Ya Allah…
Kepada semua… berilah peluang seseorang yang ingin berkenalan… Dan jagailah hubungan itu sebaiknya.. tolak ansur selagi masih ada cinta… jangan anda siakan peluang yang individu itu berikan kepada anda… kerna sekali peluang itu diberi namun dipersiakan… anda akan kehilangan sesuatu berharga.. iaitu cinta mu yang berbalas… tika anda menyedarinya, mungkin ia masih boleh dikejar kembali atau .. pantas sahaja ia tlah terlewat….. fikirkan… apepun jua dugaanmu kembalilah kepada Allah.. merayu merintih kepada Allah.. Dia akan mengasihiMu… dan memberkati doa Mu.. pengharapan Mu insyaAllah
about 1 year ago
To bro Omarm… kalo saham ‘jatuh’ merudum, kene pungut balik.
Jae,Right! have MERCY.. i promote MERCY jugak (kalo nak join la)Kucing ble berjuang dalam kingdom mereka jer..
Kenapa tak kahwin lagi.. memang rahmat Allah. banyak rahmatNya..
about 1 year ago
….adik dah lama merancang nak kawen… tup2 ayah yang tak merancang apa2 tiba2 dapat jodoh baru setelah lebih seratus hari kematian isteri..kawin terlebih dahulu…menyebabkan aku terkesima… jodoh dan ajal datang tanpa diduga… menyebabkan aku semakin kuat berdoa agar jodohku yang terbaik juga akan datang tanpa diduga….
about 1 year ago
Assalamu’alaikum… selepas membaca semua luahan sedara/sedari dalam ruangan ni, barulah saya sedar bahawa ramai lagi yang senasib dengan saya di luar sana. tahun ni saya akan mencecah umur 29 tahun tapi saya masih tidak mempunyai calon. Sebelum ini saya memg tidak bpa kisah bab kahwin ni. bagi saya jodoh ni adalah ketentuan Tuhan. tapi apabila usia kian menginjak ke angka 30, saya mula memikirkan persoalan kahwin. kawan2 saya di ofis semunya sudah berumah tangga dan beranak pinak. sesekali saya sering diusik, bila lagi? hai… ntah la. saya pernh mendengar Dato’ Dr. fadzilah kata jodoh memg la dah ditentukan tapi kita sendiri pun kena usaha. masalhnya saya tak tau bagaimana caranya. saya ni tak de rupa. fizikal plak besar. so, memg segan kalau nak ambil lgkah pertama kalau dah sukakan seseorg sebab saya tau kebanyakan lelaki sukakan perempuan yg cantik dan slim. bukannya saya nak merungut ttg kekurangan diri ni tapi itulah hakikat yg sebnarnya. namun saya masih bersyukur di sebalik kelemahan diri ni terlalu banyak rahmat yang dikurniakan Allah kepada saya. Alhamdulillah, mak dan ayah saya tak pernah bertanyakan soal kawin ni. mereka sgt memahami. kadg2 saya terpk gak. sbnrnya ada gak hikmah saya tak kawin lagi. mgkin Allah nak bg peluang kepada saya utk memperbaiki diri menjdi muslimah yg lebih baik. byk lagi kelemahan diri ini yg perlu dibaiki. lagi satu mgkin Allah bg peluang ni kepada saya utk berbakti kepada mak saya yang terlau besar pengorbanannya kepada keluarga. terus terang saya tak kisah sbnrnya hidup kesorangan walaupun kadg2 teringin juga utk berteman, berkongsi susah dan seng. sekrg ni saya hanya berserah kepada-Nya di samping berdoa agar dipertemukan dengan seseorg yang menyintai saya kerana Allah, yang dapat memimpin saya menggapai cinta-Nya yang abadi. kepda yg senasib dgn saya, jgn sedih k. Anda tak keseorangan. Percayalah bahawa ini semua ada hikmahnya.
about 1 year ago
assalamualaikum…
saya dh nk masuk 28 thun, tpi masih xmnedirikan umah tangga lagi
mmg kadang2 rasa sngt diri ni… balik kg or di opis orng selalu tnya n ckp2.. kadang2 siap kena perli lagi… yelah.. mostly ckp kita memilih.. n mcm2 r… saya ada gak kawan ngan sorang lagi.. dia muda 2 thun dri saya, umur 26 tahun.. tpi dia xnak kawin lagi.. katanya dia masih muda n xbersedia langsung… sampai bila saya nk tunggu dia
mak ckp.. orng laki xpe… kita orng pompuan ni mkin berumur..mkin susah… entahlah.. kdang2 saya terasa sngt… saya xtau nk pk apa lagi… bantulah saya… kadang2 sampai satu tahap saya rasa nasib saya malang sngt… mmg xbaik pk mcm tu.. saya tau..tpi kdng2 naluri ni
bantulah saya…
about 1 year ago
assalamualaikum…seronok baca thread ni sbb ramai org yg sama mcm saya..usia makin hari makin bertambah tapi lum sampai seru but still happy and live life to the fullest..selalu juga rasa rendah diri bila org keliling lepas sorang2 hulur kad jemputan tapi nak buat macam mana..kita mampu merancang, Dia yang tentukan..
cerita saya pula, lepas beberapa kali putus cinta..ntah macam mana saya leh kenal dengan lelaki 40an..dia nampak serius tapi saya lak yg rasa semacam, kononnye dia ‘terlalu tua’ untuk saya..saya asik risaukan persepsi orang kalau saya bercouple dgn dia..dan saya juga tak percaya yang dia masih bujang..maklumla zaman sekarang ramai MBA (married but available)..puas juga saya menyiasat, rupa2nya memang betul dia bujang trang tang tang..lepas berfikir panjang, baru saya sedar betapa saya tak sedar diri..saya bukannya muda lagi..dah 33..nak yang muda macam mana lagi? akhirnya saya buka minda dan hati..terima dia seadanya sama seperti dia tterima saya seadanya..sampai sekarang masih bercintan cintun..doakan kami kekal, semoga dialah jodoh saya
about 1 year ago
sedih je hidup saya ni
xsanggup hadapi dah rasa
about 1 year ago
Salam, seseorang isteri yang solehah ialah 1.taat kepada Allah 2.taat kepada Rasullah 3. taat kepada suami.
Masalah kalau xda suami?Maka cari lah suami yang baik2 untuk tidak timbulnya fitnah.Sedangkan fitnah itu tergolong dalam dosa besar.Berusaha lebih baik kesudahannya dari berserah.
about 1 year ago
akum..
aku ni tak berapa pandai nak berbahasa..tapi aku ada pandangan aku sendiri…
nak kata aku ni tak pernah couple.. boleh tahan gak.. tapi yang serius nak kawin tak de pulak… aku nak,, dia blah, kalau dia nak aku blah…
bila aku dah tekad nak cari isteri, tiap tiap kali lepas solat aku berdoa.Yang secara kebetulannya, tiap kali aku lepas solat ishak, berdoa panjang si minah ni telepon.. bukan sehari 2- tapi berbulan bulan sampai tahun..jadi, aku pun terbuka hati terima dia seadanaya.. aku pikir mungkin dia jodoh aku, walaupun pada mulanya aku tak nak. So aku tekadla nak kawin ngan dia. Memandangkan perkahwinan kami ni nak pakai duit bayak, so aku pergi la buat kerje outstation.. dapat la duit lebih sikit. balik balik outstation, tuhan saje yang tahu..dia dah ada org lain, siap pakai cincin lagi.. hati aku pecah la, bagi dia akulah punca segala kemelut ni.. habis memujuk.. aku tak di endahkan.. takpela..
aku cuba mencari petunjuk, tiap tiap malam aku solat isthikarah,, tp tak dapat petunjuk apa apa.. dah sebulan lebih cam tu ,, aku mula putus asa.. aku dah malas nak solat isthikharat..bila aku tak solat je sunat tetiba malam tu aku mimpi pulak yang dia ni isteri aku..
aku pujuk lagi .. pujuk.. pujuk..dah setahun.. akhirnya aku pasrah..aku x tahu nak buat apa lagi
aku rasa sebetulnya jodoh tak leh di cari. Dia datang sendiri. Dan sekarang aku dah putus asa pasal jodoh. aku nak beli rumah kecik kecik dan buat preparation untuk settlement.Nak simpan duit kat ASB.. buat bayar rumah org tua nanti….
about 1 year ago
Salam semua. Saya memang tidak pernah tahu tentang myjodoh.net sebelum ini. Tetapi tidak saya tahu mengapa seorang teman saya menghantarkan net ini kepada saya mungkin 2-3 bulan lepas. Saya tak kesah pun nak surf. Tapi mcm mana tergerak hati ni nak klik kat URL ni dan daftar.
Lepas 3 ari saya bace2 artikel di net ni, saya membaca article ni. Dari pembacaan comments yg dibuat, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman. Saya dulu mungkin mula cinta monyet masa di Form 2 lagi. Selepas Form 5, ramai jugak la kawan dgn budak2 perempuan.. tapi semua putus, ada diantaranya berkawin dengan cikgu..polis… etc masa tu rase jugak kecewa, tak boleh fokus nak belajar especially dgn yg kita berkenan. Tapi saya kuatkan azam untuk tidak memikirkan nye..takut nanti saya fail pulak dalam exam.. selepas itu saya tidak berkawan dgn sesiapa pun selama lebih kurang 4 tahun..Bila saya mula bekerja..saya keep low profile.. la konon…supaya tidak ada sape pun yg tertarik / atau saya tertarik pada mana2 gadis . maklumlah masa tu naik bas mini je… tapi dalam saya low profil, rupa2nye ada jugak lah anak2 dara sebelah menyebelah rumah sewa yg memperhati…dan isteri orang jugak dalam office (jadi selalu jugaklah orang hantar makanan kat rumah sewa dan jugak dapat makanan/kuih free kakak2 dalam office bagi bawak dari rumah). Langsung satu hari saya tegur seorang gadis duduk sebelah unit rumah sewa saya.. tak tegur duduk sebelah rumah sewa.. dah tu duduk satu bangku dalam bas..tak tegor kang kata sombong pulak..serba salah dibuatnye..semasa dalam Bas Mini No. 11 Batu Caves. Dari situ saya berkawan tak sampai setahun, dalam keadaan berahsia.. kerana dia tinggal dgn kakak/abang iparnya. Sebagai jiran kita bersembang dgn jiran termasuk abang iparnya.hampir setiap malam…Jadi selalu jugak la abang ipar nye memperlekehkan saya dan teman2 serumah..sape boleh tackle adik ipar dia.. yg sememamngnye cantik, tinggi lampai.. lebih tinggi dari saya.. mungkin 2-3 inchi kot..dan dia pun ada adik perempuan yg cantik juga..kerana katanye.. “sudah la.. hang jgn harap boleh tackle adik ipar aku.. aku cabar”..walhal masa tu dah pun berkawan..mmg mase tu tak terlintas langsung nak berkenalan dgn mana2 pompuan.. pasal baru nak berkerje… tau aje la.. bila dah berkawan dalam senyap hampir 7 bulan si dia cakap ibu nye tanya bila nak masuk meminang.. saya pulak kata, belum pikir lagi sebab kerja pun tak confirm lagi.. Si abang ipar pulak entah dimana silapnya, satu ptg semasa balik dari kerja kami berhenti makan dulu kat taman selayang baru di Warta Batu Caves, tup.tup..tup.. terserempak dgn si Abang ipar dia… Kene amuk la saya bila sampai di rumah sewa.. Jiran2 semua dengar kecoh2 tu..maklum le orang Perak (Yop & Yong) malu jugak la saya.. Pada masa yg sama, si dia pun ade sepupu nak meminang yg bertugas sebagai medical officer tentera.. masih berhubung walau jarang2 selepas dia bertunang..lepas dia kahwin..tak berhubung dah la… sedangkan ayah/ibu saya dah berkenan sangat nak jadikan menantu mase tu.dah jumpa pun kat KL secara senyap2 emak ayah saya..orng tua..la katekan.. katenye malu jugak ramai orang kampung selalu tanya2 bila saya nak berkawin, masa tu umur baru masuk 24 tahun.. jiran2 kat kampung dan sedara2 dok asik tanya bila nak kawin..bila nak kawin bila jumpa masa raya .. and masa cuti..Sedangkan saya lelaki (jadi saya memahami la luahan2 hati saudari2/saudara2 di ruangan ini) ada la beberapa jiran yg rekomenkan anak sedara la.. anak kenalan la..mcm2… Bila putus tu.. hati saya tak tenteram, kecewa dan rasa marah pada diri sendiri kerana tak memberi kata pasti pada si dia.. dan kerana tekanan ibunye & bapa sedaranye dia pun berkahwin bukan dalam rela.. Saya meneruskan perjalanan hidup saya dan cuba melupakannya, dan mendapat tahu dia telah berpindah ke sarawak selepas berkahwin.. 2 tahun sunyi tanpa berita, tiba2 satu hari saya mendapat pangillan dari ibu nye yg dia sakit tenat.. tidak boleh berjalan, dah ditebuk tulang belakangnya untuk mengambil sample air tulang untuk mengenal pasti punce sakitnye..terbaring di rumah asik keluar masuk hospital.. ibunye menangis2 memberitahu saya melalui talipon, si dia yg memberikan nombor talipon itu supaya menghubungi saya…melalui talipon itulah ibunye bercerita segala2nya dan bernasib baiknya dia menantunye anak sedaranye sendiri yg sanggup untuk menjaga anaknye semasa sakit dah tinggal tulang. Ibunye merayu2 agar saya memaafkan anak perempuannya kerana menyangka saya menggunakan ilmu hitam supaya anaknya jatuh sakit. Pada masa itu saya merasa begitu serba salah & dan kasihan, dan memberitahu pada makcik itu yg saya masih ingat tuhan… dan tidak terlintas di pikiran saya untuk berbuat bende2 mcm tu….Waktu itu saya teringin untuk menziarahinya ketika dia sakit, tetapi selepas berbincang dgn kawan sepejabat and fikir buruk baiknye saya mengambil keputusan tidak menziarahinya, takut pulak nanti dia kembali sehat selepas saya berjumpa dgnnya.. ape pulak andaian suami nye and jugak ibunye…Lepas itu saya set target nak berkahwin bila sudah berumur 30 tahun. Pada orang2 kampung yang bertanya semasa hari raya atau cuti, sedara yg bertanya bila nak berkahwin saya jawab senang aje “belum ada jodoh.. kalau ada nanti adalah..”. Tapi pada masa yg sama saya telah juga diperkenalkan oleh seorang kakak di ofis kepada adik angkatnye..anak mami..ada rupa dan anak orang berada..anak businessman.. tapi kerana saya merasakan diri saya tak sekupu (saya bukan dari golongan berada)maka saya cuma keluar 2 kali dgn nya (kerana cita rasa nye juga agak tinggi). Dalam waktu itu saya mula berkawan dengan 4 gadis dalam satu masa (tak de lah saya janji apa2, kawan2 dulu je, salah seorangnya direkomen oleh saudaranya. Tapi yang ini jual2 mahal sikit bila diajak keluar masa weekend katanye sebok memanjang kerana banyak masuk aktiviti office) entah mcmana dalam saya berkawan tu saya terjumpa seorang gadis dari sekolah menengah yg sama yg tak pernah saya tegor pun selama ini. Nak dikatakan jodoh itulah dia.. saya berkahwin dgnnye selepas berkenalan selama tak sampai setahun. Pergi meminang selepas kenal mungkin 5-6 bulan gitu kot. Tapi si gadis yg sebok memanjang tu pasal saya kenal sedaranya, dia tanya, mana lame menghilang tak talipon…saya bagitau yg saya balik kampung berkahwin, terdengar suara sedihnya..kesian jugak saya..tapi dulu nampak macam tak suka kat kita…asik sibuk memanjang je.. dan dia nak pulak berkahwin dgn saya walaupun jadi isteri nombor dua… tapi saya rasa saya tak bersedia (baru je kahwin 2-3 bulan) untuk memikul tanggungjawab dgn dua isteri masa itu.. tiga tahun selepas itu pada usia 30 tahun dia berkahwin jugak dgn duda beranak ramai berumur 42 tahun.
Sebenarnya bukan saya nak bercerita tentang sejarah hidup saya, tetapi ingin berkongsi pengalaman dan juga nak menyatakan apa yg berlaku dalam hidup kita ini semuanya ada “HIKMAH and RAHMAT” disebaliknya “blessing in disguise” termasuk lah lambat jodoh. Kenapa saya berkata begitu? Kerana:
1. ex-model yg berkahwin dgn sepupunya jatuh sakit, sehingga tidak diketahui ape penyakitnye walau dah banyak kali di scan kepalanya and ditebuk tulang belakangnya. Saya mendapat khabar dia masih ada, tapi tak tau dimana.
2. Salah seorang dari 4 teman wanita tadi, yg mana berkahwin dgn staff company saya bekerja dan berkahwin selang beberapa bulan selepas saya berkahwin sehingga kini tidak mempunyai anak.
3. Si gadis anak businessman itu pun dah berkahwin dgn Hotel Management staff. Baru2 ini, dua bulan yg lepas saya ditakdirkan terserempak dengannya..tak disangka2.. saya pun tegor la jugak dalam tergamam tu.. dia pun tak de anak jugak… dah 13-14 tahun menikah. Belum ada rezeki.
4. Kalau berminat dihati dan berkenan, katakan sebenarnya bila berbincang.. jangan sembunyikan perasaan anda.. kerana si dia tak tau nak membaca gerak hati anda… nak ke..tak nak ke.. nak ..kate nak..
5. Usah fikirkan sangat apa orang sekeliling anda katakan, tentang diri yg masih belum menemui jodoh anda sekiranya anda masih belum berkahwin. Kerana itu ketentuan Tuhan, tapi jgn pulak tidak berusaha… Kena berusaha dan selepas itu bertawakal..macam yg dicadangkan pembaca2 lain..
6. Kita hanya boleh merancang tapi Tuhan yg menentukan.. jodoh itu akan datang dengan sendirinya sebagaimana yg dikatakan Qada dan Qadar yg kita belajar di Form 5 kot kalau tak silap. Seperti saya merancang berkahwin umur 30tahun tapi umur 28 tahun pulak saya berumahtangga. Sekarang ni alhamdulillah, anak 4 orang..isteri pun pandai urus rumahtangga/kebersihan.
Kesimpulannya, jangan putus asa.. jangan bersedih..kalau ada jodoh ada rezeki berkahwin lah saudara / saudari.. Tapi perlu bersedia, kerana perkahwinan itu bukan selalunya indah..macam lautan bergelora.. salah seorang kene banyakkan bersabar atau mengalah.. kalau tidak karamlah kapal dihempas badai (betul ke, tak reti sangat saya ni) itulah dia kes2 di Mahkamah Syariah yg menimbun dan berpanjangan masing2 tak mahu mengalah..dan si ayah/bekas suami yg mahu melepaskan geram (tak kene pada tempatnya, anak2 jadi mangsa) dgn masalah yg pelbagai sebagaimana yg disebut dalam diskusi rakan2 diatas. Perlu persiapkan diri untuk menghadapi onak dan duri dalam hidup berumah tangga.
Pendapat sesen saya..Wassalam
about 1 year ago
saya ingat hanya saya seorang saja mengalami nasib yang sama. seperti kalian, saya jugak diajukan soalan yang sama setiap kali, especially bila time hari raya. adeiiiii…masa tuh la ramai saudara mara, sepupu yang mengajukan soalan2 mcm tuh.. biler nk kawin????? maut punyer soalan.. tapi saya percaya, jodoh, maut semua di tangan tuhan.. tapi walau aper pun,, saya tetap berdoa, dan doa saya tak putus2 supaya saya dipertemukan jodoh yang terbaik utk saya. doa saya juga untuk kalian yang mengalami nasib yang sama seperti saya. aminn.
about 12 months ago
iya…jgn sedih2 ye…besar ke masalah tu…relaxlah….
afiq…zaman la ni susah nak cari suami…bak kata cikgu saya…susah nak cari lelaki yg ada kualiti….kelakar lak mcm barang je….
pada sape2 yg belum kahwin lagi…jgn risau ada nye jodoh tu…..
about 11 months ago
Sekadar berkongsi info… Doa buat kekasih / isteri / suami
Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah…
Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
Kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…
Amin… Ya Rabbal A’lamin..
about 11 months ago
salam smua..ramai yer yg senasib..hehehe..seronok baca comment2 anda smua..lbih bermotivasi dr seblum baca..anyway..truskan usaha mencari..jgn putus asa..doa jgn luper..
about 11 months ago
BANYAK ORANG TAK KAHWIN SEKARANG SEBAB BANYAK PIHAK PEREMPUAN TERUTAMA MAK AYAH NYA LEBIH MEMENTINGKAN METEREALISTIK DARIPADA AGAMA…KALAU SEMUA UMAT ISLAM IKUT APA YANG NABI AJAR ,MAKA TAKDALAH RAMAI LELAKI YANG MEMBUJANG..ATAU PEPREMPUAN YANG ANDARTU….
CARANYA HANYA LAH SATU JER..KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM…BUANG SIFAT KEBENDAAN DAN BERMEGAH MEGAHAN…YANG JADI BEKALAN DI ALAM BARZAKH NANTI HANYALAH IMAN DAN AMAL..BUKAN HARTA DAN PANGKAT…KEPADA MEREKA YANG MASIH BELUMBERTEMU JODOH…BANYAKN BERDOA..DAN SURVEI DULU PIHAK MAK YAH..JANGAN DICARI YANG METEREALISTIK…
about 11 months ago
kdang2 ni hdup solo mmang best sgat xder org kkong kta…
tp kdang 2 snyi gak xde tmpat nk brmnja dan sbgainya….
hemmmm,,,terlalu berat untuk aku lalui smua ni….
aku btul2 perlukan tman hidup…..
bru 1thn lbih aku hdup sorg,,aku dh rase bosan sgat,,xtau la camne mase2 yg akan mndatang…
aku dh terlalu bosan hdup sorg,,,hdup tanpa isan yg bernama suami….huhuuuu….
about 11 months ago
BANYAK LELAKI TAK KAHWIN SEBAB ORANG ZAMAN SEKARANG DAH LUPA APA YANG NABI AJAR….BERKAHWIN UNTUK BERMEGAH-MEGAH..MENGENAKAN HANTARAN YANG TINGGI-TINGGI…. PADAHAL KALAU IKIT ISLAM…LAGI RENDAH MAS KAHWIN LAGI BERKAT SESEBUAH PERKAHWINAN… LAGI SATU SIKAP MAK AYAH PIHAK PEREMPUAN,,, METEREALISTIK MELAMPAU.. MARUAH MEREKA PADA DUIT.. BUAN PADA NILAI AGAMA… SAYA MEWAKILI SEMUA MEREKA YANG MEMPUNYAI NASIB YANG TAK BAIK INI SUPAYA JANGAN PATAH SEMANGAT… TERUSKAN BERUSAHQA..CARILAH PEREMPUAN BERIMAN..DAN JANGAN CARI YANG METEREALISTIK
about 11 months ago
bila baca semua komen kat sini,
rsa risau ‘x kawin lg’ tu agak berkurangan.
rupanye ramai yg senasib.
kekadang rsa putus asa, sbb rsa diri tak berguna sgt. asyik kena dumped. kekadang tu ada yg hilang terus tanpa kabar berita.
tp setiap kali kecewa, sy pegang pd kata2 ni “mungkin TUhan saja menemukan kita dgn org yg salah, supaya nnti apabila kita ketemu dgn org yg btul, kita akan lebey menghargai dirinya dan pemberianNya”
bak kata omputih lak “save d best for d last” ;p
insyaAllah.
about 11 months ago
hidup bujang mmg seronok… nak ke mana2 tiada sapa larang tiada sapa ambik kisah. janji pandai jaga diri dan nama keluarga.. kdg2 bila dah selesa hidup sendiri payah pula nak hidup berdua.. mana2 pergi kena report kena bgtau.. itulah dia kehidupan…
about 11 months ago
Salam, saya dah baca macam-macam komen. Saya pun dah 30an masih belum berumahtangga lagi. Kadang2 rasa cemburu tengok orang ada anak suami. Tapi dah ini ketentuan saya, nak buat macam mana. Nak fikir sangat pun buat pening kepala. Tapi kalau x fikir macam x normallah pulak. Selepas melalui fasa umur 20an. Saya boleh bayangkan yang peratusan saya akan berkahwin amatlah tipis. Tapi saya yakin jodoh kita semua ada diluar sana. Pada kawan2 yang senasib jangan padam perasaan kita untuk berumahtangga kerana kita tidak tahu apa yang telah ditentukan Allah untuk kita. Jadi kita kena bersedia menghadapi hari-hari yang mendatang. Dekatkan diri dengan Allah dan keluarga semoga diri kita rahmati.
about 11 months ago
Sunyi, hati terasa sangat nak kawen.
about 11 months ago
Salam buat semua…
Mudah mudahan kalian dapat berjumpa jodoh dan kalau boleh janganlah suami orang melainkan suami orang itu direlakan bermadu oleh isteri orang tersebut. Terlalu perit bila suami yang dicintai menjalinkan perhubungan dengan perempuan lain. Suami yang tidak pandai menipu dan menjadi family man sudah berubah gara gara seorang perempuan. Sebagai seorang isteri, saya amat terkilan dengan perubahan mendadak suami saya. Tidak semua isteri sanggup bermadu….
about 11 months ago
Akum..
segalanye sudah takdir dan ketentuan ilahi yang pasti ada rahmatnye..mungkin bukan disini,mungkin disana..sape tahu anda semua ditemukan jodoh diakhirat kelak atau mungkin jodoh anda sebenarnye ada didepan mata tapi anda tidak melihatnye..renung2kanlah..
about 11 months ago
salam…saya amat tertarik dengan ruangan ini, banyak info yang dapat saya jadikan panduan serta semangat untuk meneruskan kehidupan ini… umur sy sekarang 29thn. semenjak umur 17 tahun lagi sy tinggal seorang diri kerana my parents meninggal disebabkan kemalangan. so… mcm2 kerja sy buat utk teruskan hidup. sy berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke ijazah tanpa bantuan mana2 pihak kecuali ptptn. kini sy masih lagi sendirian..ramai lelaki cuba berkawan dengan saya ttp kebanyakkan hanya ingin mengambil kesempatan dan mengikis wang saya. mereka menjanjikan bulan dan bintang namun…hampa belaka… tapi saya ni jenis lurus bendul dan itulah kelemahan saya…. bila sy kecewa sy akan menangis sepuas-puasnya.Sehingga kini alhamdulillah… Allah masih menjaga maruah saya dan saya harap jika saya ditakdirkan tiada jodoh sehingga ke akhir hayat…mungkin saya akan mengambil anak angkat untuk menjaga saya semasa saya tua nanti…saya tidak pernah menyalahkan takdir sebaliknya saya amat bersyukur kerana sehingga kini saya masih dibenarkan bernafas di bumi Allah ini.
about 11 months ago
Sebab no money,keadaei blum steady tapi’tok’ mau mau punya,commitment banyak,aku kwaen labat sebab nak tanggong mak adik beradik..gaje lak kicik,,,
” SELAMAT BERPUASA ..MAAF ZAHIR BATIN ”
about 11 months ago
“semua ini adalah rahmat Allah.”
adalah tepat bagi saya yang telah berpisah.
Terima kasih kerana saya lebih redha dengan artikel-artikel
yang bermotivasi ini.
about 10 months ago
sapa yang nak kahwin tu, kahwin cepat…usaha..maksud saya bukan usaha jadi miang tapi usaha doa, solat hajat…apa-apa yang sepatutnya minta pada Allah…
coz’ somethin’ that I have to say that bila umur dah lebih sesorg itu akan jadi tak lut..orang kata apa pun…suruh kahwin ke apa ke…jadi dah x kisah dah…dah jadi buat dak je…yalah kita hanya fikir how to survive ourselves dalam kehidupan… sebab kita mcm dah tahu x kan ada dah orang nak dah…kalau nak pun…mesti ada tujuan sebaliknya…cth: si anak-anak dah tak mahu jaga bapaknya…jadi carikan utk jaga si bapanya…si suami mahu mengambil kesempatan kewangan trhdp pndptn prm tu…kalau ikhlas pun 10% mesti ada nak ambil kesempatan…sbb mana ada lelaki skrg nak kahwin dgn prm yang dh berumur yang x ada pndptan tetap, yang dah lengkap kecuali ada udang sebalik batu….payanh nak cari mcm Rasulullah..paling-paling tidak si anak nak suruh kita jd “jururawat” kpd bapanya….peringatan kpd prm dah kahwin…lelaki semakin tua banyak perangai(byk kajian sains tp x lah prkatan byk perangai) jd itu sbb ramai anak-anak sekarang carikan jodoh utk bapanya…bagi anak yang baik…sanggup jaga ibubapanya sehingga menepikan dirinya sendiri…kerana melihat sianak lelakinya yang dah brkhwin x dapat menjaga ibubapanya,krn bkn dia yg jaga sdh tntu isterinya, jd dia tdk berusaha utk membuat keputusan veto trhdp isterinya…manakala si anak perempuan yg dah brkhwin plk pun beralasan krn keizinan atas suaminya utk mengizinkan ibubapanya ddk sebumbung dgnnya…akhirnya si bongsu menjaga kedua ibubapanya sehingga tanpa memikirkan masa depannya…apa yang difikirkan berbakti kepada kedua ibubapa…
Kita blh membuat penilaian bhw patutlah Allah mengarahkan berbakti kepada kedua ibu bapa sbb bila keduanya dah tua tiada siapa yang memerlukan mrk lg…kita dah x ada keperluan dgn dia lg, sdh x ada kepentingan dgn dia lg…jd Allah mengeluarkan kuasa vetonya BERBAKTI kEPADA KEDUA IBUBAPA!…nak harapkan manusia fkr sendiri…klau ada kepentingan barulah nk bagi…cth si anak yg msh mengharapkan duit dari bapanya…atau si bapa bekerja keras tunaikan tanggungjawab kepada anak atas sebab “bercabang2 sbbnya” spt biar anak bersekolah, jd org berguna ttpi jauh disudut hati kita hndak di balas agar bila kita dah tua mrk jaga kita, dan mrk sedar kita dulu dah berusaha utk kejayaan mrk, kita tua biar dia dapat jaga kita…malahan utk dapat anak pun kita dah terfikir sekurang-kurang ada org jaga kita bila kita tua kelak…semua tu ada niat….semuanya “bercabang-cabang”….tapi bila manusia dh x ada kepentingan dgn kita blm tentu dia nak jaga maslahah kita walaupun anak sndiri…anak lelaki bila dah dapat bini,suami jd spt trperangkap dek kelicikan isteri pndai melunaskan tggngjwb kpdnya dan rumahtangga, jd suami jd cair dan rasa kasihan pd isteri…jd x brani kluarkan kuasa veto untuk jaga keduaibubapa si suami…si anak prm plk mcm2 jgklah…Jd Allah keluarkan sndiri arahan…
Dlm pencarian utk brkhwin, proses brkhwn, brkhwin, beranak pinak, mencari nafkah, mengahwinkan anak dan segalanya prjlnan hidup, niatkan kerana Allah Taala…jgn bercabang2 kepala otak tu…cari nafkah untuk besarkan anak-anak lah, beri kehidupan sempurna utk keluargalah….itulah,inilah…pesan saya niat segalanya TERUS kerana Allah. kerana apabila niat anda brcabang2 maka anda akan rasa sesuatu yang tersilap satu hari nanti…walaupun kecil….apalagi bagi sesiapa yang ada lumrah kahwin sebab kawan-kawan dah hbs brkhwinlah, org dah bising2 kita x kahwinlah, malu x brkhwin, x laku,dah tak tahan nak kahwin (w/pun ini sebenarnya) jd trima je siapa nak brkhwin tapi niat Lillahi Taala tu hujung-hujung kat hati dan hampir tak ada langsung….masa akad tu pun mcm adat akad je…
Jaga2 lah…Niat kena betul2 sungguh2 amat2…
Bagi yang belum,banyak mengadu kpd Allah, sblm brkhwin fhm sungguh prkhwinan…niat Lillahi Taala…tapi niat “hujung2 lidah” je x akan rasa dalam perkara ILAHI ni..Jagalah maruah… apa-apa kembali kpd Allah…Manusia hanya pndai brckp je…itu lah inilah, yg pandai brckp tu, nasihat tu…itu lah inilah…tapi mrk pn kita x blh trima jg pndngan mrk sbb kita kata mrk x rasa apa yg kita rasa…jd apa pun bnyk mengadu kpd Allah…
Saya perhatikan rmai jg prm skrg yg x brkhwin…satu sudut sng ckp dia org ni x gatal…sbb kalau prm x gatal sure x kahwin…lelaki x menjadi klau prm x melayan…(orang dulu2, ya,zmn nenek moyang kita dulu..diaorg kahwin mak pak yang uruskan hbs2an,mmg x knal lngsung),jd kpd mrk yang blum bertemu jodoh jaga maruah…Banyak mengadu kpd Allah, bnyak dekatkan diri kepada Allah…Niatkan apa yang kita buat segalanya kerana Allah,APA SHJ tindak tanduk kita, buat kerana Allah…
dan otak kita tidak lagi bercabang2…segalanya dilakukan kerana Allah…ketika itu..anda akan rasa sedikit walaupun x semua mcmn Rabiatul Adawiyah…(saya rasa x keterlaluan saya kata ni… walaupun masih jauh tahap Rabiatul Adawiyah tu)…kenapa kita buat kerana Allah Taala…
Mengadulah kepada Allah…Jagalah maruah,biarlah kita w/pun orang kata kita tak berkahwin, itu ini, tapi kita jg maruah…
drpd tidak jg maruah, gatal dan tidak brkhwin atau ada orang sampai tahap kata “nasib Kawin” (sbb adat masyarakat kata2 ini teruk dah tu prm tu…maksudnya x jg maruah …)..atau gatal sana sini brkhwin..anak-anak jd “mangsa” hasil semaian benih perkenalan kita yang kurang iman dari awal dgn pasangan kita dulu…kecuali anak-anak yang beriman tahu menilai mana baik atau buruk..jd mrk tak buat walaupun mak pak dia dulu buat…kerana iman shj dapat blocking all the bad things atau mndekatinya…
Buat adik-adik, mengadulah kepada Allah..Fokus trhdp apa dipertanggungjwbkan…Walaupun kamu tidak ada siapa to rely on, tetapi Allah ada…Biarlah kita mati dalam redha Allah walaupun kamu sorang di dunia, tapi jgn kita mati dalam banyak sgt dosa walaupun kita dah berkahwin banyak pahala tapi banyak jg cabang dosanya…Apa yang mudah paling mudah dilakukan oleh kamu ialah merendah diri, buat baik kepada siapa shj dan buatlah/praktikkan apa shj tatasusila seperti Rasulullah… sbb org yg dh brkhwin syaitan mudah tawan dgn megah, megah dapat brkhwin,ada tu plk megah kpd kedua ibubapanya sndiri..megah beranak, buktinya/bezanya zaman skrg bila pasangan dah brkhwin tp blum ada anak dia akan lebih down to earth(rendah diri)nya drp yg dh beranak pinak… kemudian nak jg status supaya anak pndng tinggi dan lain2…itu sbb ayat Quran kata harta dan anak-anak perhiasan kehidupan dunia…Perhiasan itu cantik datangkan kebahagian tetapi silap haribulan kita binasa balik dek perhiasan tu…jadi kamu jgn terlalu sedih…org dah brkhwin jg ada masalahnya…
Yang membezakan IMAN…IMAN….walaupun orang dah berkhwin buat ibadah solat dapat 27…tapi yg tdk berkhwin satu…Tetapi IMAN…IMAN dik…x kan nk biarkan diri kita dalam senggang masa yang kosong itu dengan tercari2 tah mana(yang Allah je tahu jodoh kita entah bila) sedangkan iman kita jd kurang….Biar kita dapat sebelah sini(upgrade iman kita),daripada iman kita tah apa-apa, kahwin pun tidak…sekiranya kita meninggal dlm keadaan kita x brkhwin, apa yg kita ada? Iman yang kita x prnah upgrade?
Ibadat kita yg tah apa-apa?Doa anak, kita tak brkhwin kan…jd mana nak dpt anaknya…lalu meninggal…
Mati kita tak tahu bila dalam kita brkhwin atau tidak…Kita lebih mudah ingat mati, kita lebih mudah menilai apa dunia dan negeri akhirat sekiranya kita jdkan ia berada dihati kita…sbb kita sorang kan…mksudnya kita tdk ada anak2 lalu ajal telah menggamit kita..Jadi kita blh lebih mdh dekat dengan Allah sbb sifat manusia bila fkr bnda x elok risikonya,baru nak buat …kita akan buat sbb kita rasa cemas bhw tdk ada yg mendokan kita kelak…Jadi from now on, ambil peluang ini..dekat kan diri kita kepada Allah….sempurnakan upgradekan iman kita…
Jangan bersedih…Jgn salahkan diri…bagi yang mnjaga kedua ibubapa buatlah lebih dari 100%,(krn majoriti org dah brkhwin utk beri komitment ini tidak lagi lebih 100% ), anda ada kelebihan… cari/kumpul buat pahala yang lain juga….bantu org lain…buat sesuatu ikhlas kerana Allah…itu sahaja…jgn putus asa untuk tambahkan iman….anda di sisi Allah ada tempat kamu sbb Allah jadikan manusia ini masing2 ada kelebihannya…
Mengadu /cerita kpd manusia tetap ada pra dan kontra…Mengadu kepada Allah….kita akan dpt x spt yang org lain dapat….
Jadikan Allah nombor satu…
about 10 months ago
hish….terkesan juga apa yang “adakah Rabiatul Adawiyah” tulis tu….dia ni dah kahwin ke belum aaa???…nk kenal..ini bkn nak main-main punya…kalau dah kahwin pun x kisah nak kenal (trmsk suaminya) dan keluarganya…kalau belum…eh eh lelaki ke prm tu…x apa aku tetap nak kenal jgk…lelaki ke prm ke…tp tulis mcm pompuan je…saja nak kan satu silaturrahim yang abadi….
about 10 months ago
Nak mintak pendapat u all…
Skang nih aku dok suka/sayang pada seorg pompuan nih.. teman sepejabat… aku dah lafazkan perasaan dan serius nak kawin ngan dia.. tapi dia tidak mengatakan tidak dan tidak mengatakan ya… penin… tp kalo diajak keluar berdua ok jer.. tp bila kata nak jumpa mak bapak dia.. dia x bagi plak.. apa masalah nyer yek???
Adakah dia setakat menganggap aku sebagai kawan? sebagai teman waktu boring2?? atau dia nak tengok aku nih betul2 serius ker idak.. tp aku memang nak jumpa mak bapak dia nih…
Ader sape2 bleh bagi pendapat tak tentang si dia nih…
about 10 months ago
Salam. Betul la zura, ramai yang senasib. Bila baca komen2 kat sini terasa tidaklah aku keseorangan bernasib sebegini. Semua ketentuan yang tidak perlu ditangisi. Dulu pernah gak sayu tengok orang jalan dengan suami dan anak2, tapi kini tidak lagi kerana tahu ramai lagi rakan senasib. Berdoa dan berusaha. dah usaha orang rejek tak rasa marah pun sebab tahu diri dan yakin jodoh lum sampai. Hanya Dia yang tahu rahsia di sebalik keterlewatan mendapat pasangan hidup. Umur 35 tua sangat ke???? Pernah dengar anakdara umur 35 mcm saya dikira tua, ibu tunggal 35 dikira muda. beruntung lah yang berstatus ibu tunggal ye?
about 10 months ago
Salam,
Betul sangat bukan tension fikir tak ada jodoh …tension dengan mulut-mulut yang tak tau jaga mulut …..berkata sesedap rasa….tension dengan perangai org2 sekeliling yang tak boleh memikirkan bahwa ini semua ketentuan Allah…..janganlah ditanya lagi dan disindir lagi seolah kita tak berusaha….mulut yang tak terjaga ..akibatnya ada hati yang terluka….
bosan sangat2….letih sangat2……tak tanya tak boleh ke?….dan tak sakitkan hati org tak boleh ke?…….
about 10 months ago
Saya sendiri sering megalami nasib yang sama masih belum betemu jodoh walaupun usia dikira anak dara tua kutukan sindiran teman jgn ckplah malu tak terkira bila bercinta frust mememanjang banyak kali sampai rasa dah tah tahan sgt kdg2 tak berani nak kuar rumah lelaki yang dijumpa bermacam ragam duit habis kerana mereka pun kena tinggal jgk.frust tak terkata nak sembuh susah sgt. selalu tanya pada diri kenapa jadi begini sedangkan usia dah semakin senja
about 8 months ago
Saya sedang mencari pasangan hidup selepas kematian suami 3 tahun yang lalu,perkahwinan kami hanya 3 bulan,dan sekarang umur saya 23 tahun.pada mulanya saya rasakan hidup keseoarang ni boleh la(saya tak mahu berkahwin),sebab masa tu saya masih sayangkan arwah suami walaupun dia telah pergi ke rahmatullah,tapi apabila saya ada terbaca tentang hadis Rasullah menyatakan kita tidak boleh menangguhkan 3 perkara pertama solat,kedua jenazah dan yang ketiga janda apabila bertemu jodoh hendaklah segera berkahwin,tapi masalahnya sekarang saya masih belum bertemu jodoh yang sesuai.selepas solat saya selalu berdoa pada Allah semoga saya bertemu jodoh.InsyaAllah jika diizinkan Allah.
about 8 months ago
Nak cari yg handsome walau diri ..tinggal pun org takan bawa lari..nak cari pangkat bosa..poket penoh..buat apo nak pikul biawak idup..takut2 dah kobeh duit..minum madu ..dia tinggal pergie..takut sakit ati bawa kemati..bukan tak mau cari takut sakit hati sampei kemati….kucikurogawabcom
about 8 months ago
assalamualaikum
jodoh..bukan berputus asa, cuma malas nak beratkan pemikiran memikirkan jodoh2 ni…sbb kalau pikir mau serabut pemikiran…mmg sunyi, balik keje, masuk bilik, online, mengadap rakan2 jauh…rakan2 dekat yang masih single tak der plak..kalau ada pun ngan komitmen lain…macam kawan2 lain gitau, dapat kad kawin kawan2…terkedu gak..paling terkedu bila sepupu yang dulunya berhingus lagi tup2 mak gitau dah nak bertunang dah..adusss..senget benget mulut menahan senyuman kelat…the best way ialah mengadu pada ALLAH…rasa tenang..damai..dan yakin sangat dengan ketentuanNya…saya sentiasa berdoa semoga yang masih single ni akan bertemu jodoh…masihkah ada insan yang memandang kecantikan hati dari menilai luaran semata2??
about 8 months ago
assalamualaikum..hai semua….
Sebenarnya saya sedang bersedih…umur da 26thn…sebelum ni dah ada kekasih org utara,kami saling menyintai plann nak kawin…tapi tiada rezeki….parents tak restui…walaupun hati sakit,saya terpaksa akur kehendak kuaga demi masa depan…bukan tak sayang yang lama..sayang terlalu sayang…diri ini banyak berdoa sujud mohon petunjuk minta ketenangan..mak pula mcm2 buat bagi saya air utk diminum,mandi…,sedih juga tgk mak masa tu benar2 ambil berat pasal saya…sampai jatuh sakit..dari hari tu saya terus bangun….tak akan toleh ke belakang…perasaan kasih cinta sayang pada dia sy tanam dalam hati..utk kembali padanya tidak mungkin lagi……ala sedihh la………
Masa berkasih dgn yg lama,saya ada berkawan dgn seseorang lelaki.kami 1 negeri bhgn selatan..umur kami sebaya….tapi tiada la apa2 perasaan ketika itu.cuma dia jelah sentiasa ambil berat..saya cuma wat tak endah..ialah hati tak suka..saya pula tak pernah cerita apa2 mengenai hubungan dgn kekasih lama sampai hari ni….yang sedihnya,kali ini kuaga sy berkenan dgn dia ni..saat hati saya mula berbunga sekali lagi cinta saya tidak di restui ibunya…knp mcmni…..belum lagi dia menyatakan hasrat pd ibunya.ibunya menolak diri saya…dgn alasan saya tak sesuai.org bandar..ya allahh….tidak adil bagi saya ibu dia menilai saya dari sudut luaran….mungkin ibu dia takut dan salah fhm kedudukan sy…harap2 mcmtulah….sekurang2nya sy masih berpeluang menjelaskan kdudukan sbnar.
Sekarang ni hati saya makin susah…andai tahun depan dia ke jepun kerana bertugas salama setahun setengah….berapa lama lagi harus saya menantinya……belum tentu ibunya menerima saya…belum tentu dia terus setia…belum tentu dia akan berkawin dgn sy….
bila dah berlaku mcmni….saya mula teringat kekasih lama…jiwa saya menjerit2 memberontak….ya allah ..berilah sy jln..lapangkan hati dan leraikan segala kekusutan saya….
about 8 months ago
Ada orang kata, manusia dilahirkan berpasang-pasangan tapi kalau jodoh dah meninggal sebelum dipertemukan…..adakah jodoh untuk pasangan yang tinggal?? benar kah tanggapan itu?
Ngerinya…. umur dah 36 ni… berdoa dan berusaha tak jemu tapi bila agaknya jodoh menjelma?
about 8 months ago
Salam, soal jodoh ajalmaut adalah dalam ketentuan Allah,, apa pun kita hanya merancang Allah yang tentukan. Kerana jodoh bukan perkara main-main.. dan juga bukan untuk sehari dua,, tetapi selama-lama ..jika boleh,sampai kiamat,,
about 8 months ago
salam..yelah aliza, bila dpk soal jodoh mmg sangat serabut n pening kpala..apalagi klau org tua asyik bertanya, kt tmpat kerja pn member2 tya…ee..dlm hati tak tau nak cerita..mentang2 dia dh kawen,sibuk plak hal kita,,makin tambah tekanan adalah..tapi sabo jelah..
kekadang2 rasa gelap je memikirkan masa depan..tapi takpelah…itu sume kan rahsia n rahmat Allah…Insyaallah yang gelap pasti berseri pabila cahaya menerangi hati…amin..
about 7 months ago
Gi..tokmaumaumau.bukan nak cari yg handsome laa,poket berisi laa..kehidupan jadi lebeh sempurna ada nya..kalo buleh nak cari kerabat kayangan..umok tak kesah..asal periok atas bawah selalu berasap..
about 7 months ago
salam perkenalan. sayu mendengar luahan semua ini. mungkin saya salah seorang dr kamu kamu dan kamu yg kesunyian. btw, saya mencari teman – guy 27 ke atas, yg ingin sama2 membimbing diri ke jalan Allah. ym lah saya…. thnx