.. mencari si dia yang soleh ..
Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam
Petua Memilih Calon Daripada Rasulullah
Mengenal Pasti Calon Yang Beragama
Mengatasi Masalah Mulut Celupar
Doa Mencari Jodoh
Formula Jutawan Daripada Al-Quran
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran
Mengenal Calon Yang ‘Beragama’
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on May 9, 2007 at 12:19 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 4 years ago
siannye pd sape yg belum kawin.. walopun umur dh separuh abad.. hmm, sabar jek laa
about 4 years ago
sayapun menalami hal yang sama , tak tau apa jawaban yang akan diberi bila oarang tanya tentang hal tersebut!
about 4 years ago
kenapa nk kesian pulak? rahmat Allah tu….
about 4 years ago
Kdg2 kita terlepas pandang pada ssorg yang pernah menyayangi kita setulus hati… Jadikan pengajaran di suatu masa nanti apabila ssorg itu menerima kita, biarlah dinilai hati budinya dan cintanya pada Allah kerana itulah cinta yang Agung.
about 4 years ago
kepada saudara/saudari yginsaf:
Jangan kesian pada yg blom kawin lagi… Jodoh blom sampai…
Cara awk berkata2 tu mcm dah tak ingat siapa yg tentukan hidup kita selama ni ek…
Org2 yg dah kawin pn ada yg kesiannn gak…..
about 4 years ago
ramai lagi kalangan wanita yg berumur belum berumah tangga, nak buat cam mana.
about 4 years ago
Dalam hidup kita dua perkara yang kita nak sangat tahu tetapi x mungkin kita tahu ialah ajal maut dan jodoh. hanya Dia yang maha kuasa. walaupun sudah ditentukan, kita tetap harus berusaha untuk mencari jodoh kita. jangan cari maut lak…hehehe.
Bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh tu x bermakna kita kecewa.Ini lah peluang untuk keta mengejar impian kita tanpa ada sebarang halangan sampingan. Perkahwinan x semudah yang di sangka. (walaupun x de pengalaman).
“Yang lambat tu yang terbaik” itu kata ustaz. Jodoh kita akan sampai gak. Banyak lagi benda bijak yang boleh kita pikir dan buat daripada kita buang masa untuk fikir bila nak kawin. “ala omak kawin kan aku”. kalau x sampai jodoh lagi x kawin gak….
about 4 years ago
saya pun mengalami yang sama..kadang tu mcm seronok idup sendiri coz kita bebas nak kemana tapi sampai bila kan?mak ayah pun nak tanya serba salah..kerjaya kita ada cukup untuk sara keluarga dan diri sendiri..makan ke tidak, bertukar baju ke tidak..kita sendiri yang rasa..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..yang bertemu jodoh pun banyak dugaan yang kena tempuh..saya pun jadi takut bila tgk ramai kawan-kawan dan sedara mara yang berpura bahagia sedangkan hakikat tak seindah mimpi…
about 4 years ago
saya juga seprti anda belum lagi bertemu jodoh lagi. mungkin satu rahmat dari tuhan. mana tahu satu hari kita akan ditakdirkan bertemu dengan orang yang dapat menyayangi dan menjaga kita hingaa ke akhir usia. itulah di namakan jodoh. tiada siapa yang tahu. orang yang sudah berumah tangga itu adalah satu hikmat yang kita tidak tahu apa yang akan berlaku di depan hari nanti.
about 4 years ago
wanita ibarat epal. Epal yang berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak. Susah diperik susah dugapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja mampu. Mungkin bukan didunia tapi diakhirat.?????. Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.
about 4 years ago
Betul, jodoh di tangan Allah, hanya DIA yang mengetahui segalanya. Namun tersirat di sebalik hati hanya individu tersebut sahaja yang mengetahui, apetah lagi bile sorang-sorang kawan2 meninggalkan kit asetelah berkahwin expecially best friend. Di saat itu, kehilangan yg teramat sgt kerana sebelum ni semua dgn kawan, tp bila sendirian takde sape nak teman, so mulalah soal pasangan di gusarkan
about 4 years ago
cam ne nk masuk groupni
about 4 years ago
Untung Nasib… rugi seseorang ada asam garam kehidupan. Menerima ketentuan adalah satu hakikat yang tak dapat nak dielakan.
about 4 years ago
Salamz..
Yea.. jodoh ditangan Allah s.w.t .. tapi, janganlah kite hanya menunggu ‘bulan jatuh ke riba’.. tak salah kalau kite mencari.. kerana kite boleh mencari yang mana sesuai dengan jiwa dan diri kite sendiri.. bagaimana keinginan dan kehendak kite, jodoh adalah takdir yang tergantung.. makna kata, kite yang memilihnya.. kite boleh menentukannya.. kite yang menolak atau menerima.. berusahalah..
about 4 years ago
Jodoh? Kadang-kadang kita pelik sbb yang kawin awal tak semestinya cantik dan baik tapi kita lupa apa yang berlaku pada kita ada hikmat yang tersembunyi.Hanya DIA saja yang mengetahui.
about 4 years ago
hentam saje lah labuu…!
about 4 years ago
Samalah! Umur pun dah 40 ke atas. pelbagai usaha dah pun. Jealous jugak tengok org lain ngan suami & anak. Tapi rasanya sekrang saya lebih mmerlukan partner hidup untuk berkongsi idea, pdpt, masalah/Tension di tempat kerja. Rasa takut juga memikirkan how nak share hidup cos dah biasa sendiri. nak kata memilih , mestilah. dia akn jadi life partner kita. tak nak sembarangan. Yg tunjuk interest tu suami org adalh. well, jodoh tuhan yg tentukan. Terimalah hakikat.
about 4 years ago
Ya, ada rahmat disebalik jodoh. Rahmat itu tentunya Allah saja yang tahu. Seperti saya, saya amat menyayangi ibu saya. Semasa hayat beliau, saya tatang dia dengan sepenuh jiwa saya. Saya akan pastikan saya balik almost setiap hujung minggu (kecuali ketika saya kerja jauh dari Malaysia) Kalau setakat di seberang tambak pun, I will make an attempt to go back to visit her. Sehingga beliau disahkan sakit (chronic), i spent even more time for her. I cried when i went back, but she said there was nothing wrong with her! I spent all my earnings for her medical, I made sure she got the best treatment. I refuse to send her to government hospital (anda tahulah apa sebabnya). Semua itu rahmat Allah, rezeki yang saya terima, itu adalah rezeki dari Allah untuk dia. I spent around 5-7K a month just for medication alone, for the past few years before she left us. I did not regret it the slightest bit, infact happy having had to spend it for her, especially when she couldn’t complain anymore. (Before, she would complain often because i wasted money for buying things for her unnecessarily) … Saya fikir, mungkin keadaan akan jauh berbeza kiranya saya telah berkahwin ketika beliau memerlukan sepenuh perhatian. Saya punya ramai adik beradik yang lain… yang sudah berumah tangga seperti tidak mempunyai masa untuk my mother.
Kesimpulannya… oleh kerana ada diantara komen-komen yang saya rasakan sinis, saya ingin beritahu kepada anda-anda ni, .. before you comment you should think through it first. Try not to offend other people’s feeling. To be married does not mean a thing if your marriage institution is not built on a strong foundation and this foundation must include (knowledge … i mean Islamic knowledge, the responsibility towards spouse, parents and of course strong family values). It is a huge responsibility….
By the way…. Kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang rumah anak2 yatim atau rumah orang2 tua yang memerlukan dana tolong bagi tau ye. Syarat … private sponsored (tidak menerima bantuan kerajaan dan dalam keadaan daif).
about 4 years ago
Jodoh, ajal maut semuanya ditangan allah.. pada hakikatnya semua akan merasa rendah diri, napa diri tak kahwin lagi, ada family sendiri. tapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ada hikmahnya disebaliknya. saya juga seperti anda tertanya2 kenapa sampai kini belum ada jodoh tapi saya redha..saya pasti suatu hari nanti saya akan mendapatnya malah jauh lebih baik dari yang saya harap atau impikan. Dalam kitab telah tertulis manusia akan mendapat jodoh melalui 3 cara.
1) Melalui syaitan : maksudnya duduk berdua2 dan ditangkap khalwat..akhirnya kahwin tapi jodoh seperti itu jarang yang kekal
2) Melalui malaikat : maksudnya melalui org tengah..contohnya ibu bapa yg mencari jodoh untuk anaknya. kahwin juga kan
3) Melalui Allah s.w.t : maksudnya tanpa kita sangka2 kita akan berkahwin dengan orang itu. Contohnya kita tak sangka jodoh kita dengan orng kenamaan atau VVVIP.
So tawakal pada allah, usaha dan berdoa agar jodoh kita walaupun agak lewat adalah mendapat pasangan yang baik, beriman, dan dapat membimbing kita dunia akhirat. Isyaallah kebahagiaan akan datang juga dalam milik kita yang pasti kita kena yakin dan redha kerana allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita… Wassalam
about 4 years ago
salam…..
memang seronok hidup bujang, bulih ke sana ke sini, bebas…
tapi kengkadang kita akan rasa sunyi…. rasa lonely….
rasa seronok tengok org lain ader famili…
tapi aper yg berlaku dah ditentukan Allah, DIA dah tentukan perjalanan hidup setiap insan…..
setiap orang ader dugaannyer…yg dah kawin pun lagi banyak dugaan…
bagi kita yg masih solo nie…SABAR…
about 4 years ago
Santai aja bro….jodoh ada yang ngatur tinggal kita berusaha,semoga kita di beri yang terbaik, amien…….
about 4 years ago
iya tapi dimane saya harus mencari….saya hanya yakin saya bertemu lelaki baik
about 4 years ago
@memyself,
Ganasnya awak punya kata2. Baguslah gitu, masing2 ada lah cara tersendiri menentukan halatuju hidup. Penilaian yang bijak adalah satu kebaikan untuk diri sendiri juga. Boleh ke kenalan?
about 4 years ago
salam.. benar, tp mata yang memandang selalunya takkan pernah mengerti bahu yang memikul.
it’s true that everyting is fated.saya sendiri dah lakukan yang terbaik y tmampu, tapi masih tak kesampaian. di rumah rasa bersalah pada ibu bapa, rasa membebankn & rasa menyusahkan perasaan mereka. di pejabat, terasa kecil dibandingkan dengan semua rakan y telah punya komitmen.
sedaya upaya dinding ketabahan dibina utk terima & pasrah apa saja y ditentukan. kerana Dia y Maha Mengetahui. tp setiap kali itu juga ketabahan itu terlerai…
whatever will be.. will be..
apa lg y boleh dilakukn?
about 4 years ago
takpe takpe, kalo smpai mati pon takde jodoh, insyaAllah adalah jodoh kat syurga(kalau kita tahu mana nak bawa arah diri kita, jgn le dah tau takde menda nak buat, dok hu ha hu ha sana sini yg tak pekdah)….
Rabiah Adawiyah pon tak perlu kan perkahwinan kerana rasa cinta terhadapNYA, moga kita pon takdelah kesal sgt tak kawen atau tiada jodoh pon, kita cari cinta yang lain, yg lebih kekal iaitu Allah. Kita cinta Allah utk Allah cinta kita (itu lebih bermakna!). Tapi kena ingat tak berkahwin bukan sunnah nabi, maka kenalah berusaha jugak. Dapat dua cinta lagi indah kot???
Sedangkan raja Nazrin dan isteri pon kawen pada usia yg lanjut, takpe takpe, jgn dok risau sangat, doa, redha, berlapang dada atas apa yg Allah beri untuk bahagian kita, insyaAllah adalah rezeki untuk kita yek! Yang penting kita tak lupa meminta pada yang memberi, solat Hajat, solat dhuha. minta rezeki.
Semoga semua dirahmatiNYA! Senyum slalu!
about 4 years ago
kepada cik adik yang benama cahaya..
kenapa nie bunyi macam putus harapan je,,,,
kenapa awak tak kawin lg awak tak cun ke??
atau awak jual mahal kot??
kadang2 benda nie datang pada kita juga…
kepada semua gadis-gadis solo diluar sana cuba rapat dengan seseorang berbual dgan penuh keterbukaan pasti ade keseronokan dan mendatang kan banyak pilihan kepada anda semua..jangan sombong sangat kadang2 kita pun tak tahu yang kita nie ade banyak kekurangan…..tu yang tak laku tu …..
hanya sekadar pandangan…….
about 4 years ago
salam… mmgla nmpk kesian sape2 yg xkawin
tp kalau difikirkan mungkin segala yg terjadi ade hikmah… jgn ingat org yg dah kawin tu bahgia selamanye … sbb tuhan maha mengetahui… mungkin ade kebaikannya… sape tahu… segala yg terjadi ade sbbnye…tp kita tetap kena berusaha….
about 4 years ago
ni ada doa yg boleh kita baca untuk mendapatkan pasangan yg di redha allah
“Ya Allah, siapapun jodohku kelak, jagalah ia agar selalu istiqamah dalam agama-Mu, Semoga ia selalu mencintai-Mu, mencintai Rasul-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan Rasul-Mu. Jagalah dia dari segala keburukan. Berikanlah kekuatan padanya untuk selalu menegakkan kalimat-Mu, menegakkan agama-Mu. Jauhkanlah ia dari kecintaan berlebihan pada duniaâ€.
about 4 years ago
salam to all,
i sokong 100% pendapat oleh memyself.
memang i bertekad dlm hati pada my mother utk balas jasa mak selagi i ada kudrat di dunia ni, tambahan lagi i still single so i see inilah peluang sementara my mom alive & selagi i takde komitment. jalankan duty sbg anak tu dulu dgn seikhlas hati sbb ini tanggungjawab. macam mana nak pikul tanggungjawab sbg isteri kalau tanggungjawab dgn parents pon buat lebih kurang ajer ? atau asyik escape jer dari tanggungjawab pada parents? try to review balik diri masing2 ya…
remember , tuhan ada reason utk semua yang berlaku atas diri kita sendiri. to all kekawan yang sestatus dgn i, jgn putus harap & sedih coz i pon mcm tu dulu. tapi kena kuat semanagt & pray very very hard.
alhamdulillah i met a guy recently & i still pray hard to ALLAH to show me samada adakah ini the right person for me….anyway i’m happy sekarang ni. thank u ALLAH..
about 4 years ago
Setuju jodoh ditangan tuhan. Memang wanita tak mahu kongsi dengan suami wanita laian. Tapi kalu itu jodohnya kenapa nak bimbang.Allah lebih mengetahui perkara ini.Lelaki yang nak kahwin dua atau lebih pun kadang memikirkan untuk mabantu wanita juga. Tak nafika juga kerana tujuan sex. Kalau tak fikir memang lelaki tak cari pun yang lain.
about 4 years ago
yg pasti semuanya ketentuan tuhan…kita hanya merancang, tuhan yg menentukan….yg pasti………berusaha,berdoa n bertawakal kepadaNya…nasib saya pun sama juga…
about 4 years ago
klau sesapa tanyer.
bile nak kawin?
jwb je
wallahualam.
jgn la merungut di atas apa yg telah terjadi. setiap apa yg berlaku, ada lah kehendakNya..
about 4 years ago
ya… imnone… sy setuju..
jawapan terbaik setakat ni… WALLAHUALAM !!!!
about 4 years ago
Salamz sumer,
Aku nie pon ada gak pengalaman sedih.Bila bercinta mmglah berhasrat utk djadkan istri.Tp bila nk g meminang, ditolak awal2 lagi.BUkan itu jer, siap kene maki,sumpah seranah lagi kt mak bapak pmpn tue.Aku nie ikhlas nk jaga anak diorang, nk bg kasih syg….tp itu plak balasan yg diterima.Mmglah diorang dh ada jodoh pilihan utk anak diorang,tp jgnlah smpi hina aku.Pesanan utk parent2,bakal parent,buatlah urusan jodoh anak kita sebaik mungkin,kalo nk tolak pon, tolaklah eklok.Xbaik bt cam2,nnt kalo Allah murka cmner…Aku pasrah je dgn apa yg jd kalau itu dugaan Allah utkku…
about 4 years ago
Saya tak boleh nafi kan kadangkala terasa hati juga bila makcik2 tanya bila nak kahwin?.Sebenar nya bukan saya tak nak kahwin tapi belum bertemu jodoh dan kalau bertemu pun hanya pinjaman sementara dan bila nak jumpa yg baru pun makan bertahun lama nya.Bukan saya berputus asa saya masih percaya pada jodoh dan saya pun ingin jadi wanita yang sempurna,Bukan tak pnh mencuba tapi semua ini kerja Tuhan dan dia menguji kekuatan hati saya .
about 4 years ago
Memang benar jodoh itu di tangan tuhan, tp kalau kita tak usahakan mana nak sampai, jd dimana ada kemahuan disitu adanya jalan, jgn takut utk bercinta kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Dan bagi yg memilih tu jgn la nak tunggu ikan yg besar aja abistu yg ikan2 bilis yg macam saya mcm mana???? klu kail tak panjang sejengkal jgn lautan dalam hendak diduga… andaikata telah ketemu yg dihajati jgn sesekali lepaskan usahakanla… andaikata ada yg sudi tatanglah bagai minyak yg penuh
about 4 years ago
Jodoh itu adalah di Tangan Tuhan ,kita tidak tahu letak jodoh kita berada, Walaupun kita berteman sama Cewek yang kita kenal tetepi ada yang bukan jodoh, Tetapi yang pasti kita berusaha !okeydeh,! Memang Tuhan memberikan jodoh yang pantas kita sayangi dan pantas kita janga sampai usia kita berakhir Riwayat. Jangan Putus asa Jodoh ada dimana-mana
about 4 years ago
jodoh ada dimana mana, menang Tuhan yang mementukan Jodoh kita masing-masing,
about 4 years ago
Jodoh pertemuan di tangan-NYA, kita semua hanya mampu merancang & berusaha.. bohong kalu antara kita yg masih lagi belum berumahtangga menyatakan yg kita x pernah berkenalan @ menjalinkan persahabatan yg menjurus ke arah percintaan. Cuma jodoh belum sampai yg ada hanyalah pertemuan.., x gitu. samalah dgn sy hingga ke hari ini masih sendirian sedangkan umur dah semakin meningkat. Pd sy ada rahmat yg tersembunyi di sebalik kifarah yg menimpa. Tiap kali di tanya semua org nak kawin, nakkan keluarga sendiri tapi ada yg dah bercinta selama 10 tahun & dah mengikat tali pertunangan selam 5 tahun tapi masih belum di ijabkabulkan. Smua ini kehendak-NYA. Siapalah kita, hanya seorang hamba & hidup ini adalah satu pinjaman. Cuma satu persoalan sy… Perlukah kita redha dgn apa yg terjadi.. pasrah saja sedangkan saban hari kita di ketawakan oleh manusia sekeliling kita. PERLUKAH…?
about 4 years ago
selalunya org pompuan yg jadik mangsa pertanyaan…saya selalu kena…hmmmm sedeynya… tapi itu RAHMAT ALLAH….
about 4 years ago
KALU ADA JODOH ADA LAH TU SUSAH APA……. BERDOA DAN BERTAWAKKAL JALAN TERBAIK…
about 4 years ago
aku pun blm bertemu dgn jodoh sedangkan umo da 30 da. kena terima hakikat bhw kita mmg sentiasa berusaha pelbagai cara namun klu ALLAH belum takdirkan , buat macamana pun takkan menjadi.
jadi, adakah salah kite jugak klu belum berkahwin ??
kadang2 kite menjadi tension sesangat bukan sbb belum berkahwin tapi kerenah org sekeliling yg dok jaga tepi kain org dgn pelbagai tanggapan … x laku la… memilih la… asyik belajar la… @ mcm2 lg.
about 4 years ago
assalamualaikum..
saya dalam usia yang dah cecah 30an saya memang tertekan dengan keadaan sekeliling bila hidup sendirian. tak di nafikan kenkadang terasa seronok hidup sendiri bila tak perlu nak pikir pasal komitmen dengan orang. namun sebagai seorang perempuan, insan yang lemah saya terasa saya tidak boleh menipu bila jauh disudut hati saya saya perlukan seseorang untuk menjadi peneman idup ini. melengkapi fitrah sebagai seorang manusia. kenapa saya selalu bertemu dengan orang yang tak pernah ikhlas dalam perhubungan. mungkin tak pernah mendari namun yang datang sumernya ada niat lain. terfikir gak takde ke lelaki yang jujur dan tak mengambil kesempatan di dalam perhubungan. kita benar-benar ikhlas namun mereka tanpa perassan tetap menipu dan mengecewakan kita. kenkadang orang ingat bila dah berumur mungkinbanyak duit namun kalo kita pun keja besa jer takde jugak duitnya.. so taktau siapa yang benar-benar ikhlas nak hidup ngan kita ek.. namun apa yang saya percaya Allah lebih tau apa yang terbaik buat saya…. bila baca komen teman-teman len Alhamdulillah buat saya rasa tak keseorangan dalam hal ni. thanks sebab bagi saya kekuatan ngan komen anda sumer kat ruangan ni..
about 4 years ago
Biasala, sekarang……perempuan lagi banyak dari lelaki…… jadi kita mesti berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah…. semoga dapat di pertemukan jodoh….amin
about 4 years ago
jodoh maut ditentukan tuhan. lagi best tak payah kahwin sebab lelaki tak boleh dipercayai. Even dah kawin pun,main kayu 8 !!!!!!!!!!!!!!!
about 4 years ago
Kadang2 tertanya pada diri apa salah kite sampai sekarng masih bertemu jodoh.. kita shajakah yg bersalah bila dia bukan untuk kite?? walaupun pada hakikatnya kite berusaha untuk menjadi yg terbaik pada dirinya dan diri kite untuk masa depan… tapi benarlah… walau bertahun2 kiter berkawan… jika itu bukan jodoh kiter.. cukup hanya sebulan dua dalam ikatan suami isteri yg selebihnya.. ikatan persahabatan walaupun dia pernah ada ikatan perkahwinan dengan kiter.. sebab dia bukan untuk kiter………
about 4 years ago
tipulah.. klau kiter tak penah fikir tentang jodoh kiter….
about 4 years ago
klu ikutkan sebenarna ramai lelaki bujang nk berumahtangga, tp bila memikirkan si pihak keluarga
permpuan nkkan hantaran ribu2, kos walimatulurus pun ribu2 gak, tu yg buat ramai lelaki mengeluh,
bila dtanya knape tak kawin lagi?” Isk duit xde lagi la”, krn trend orang kita nk sambut majlis besar2
-besaran, hantaran byk2, orang laki bujang agak putus asa nk meminang n langsungkan perkahwinan, akhirnya “masjid” yg spatutnya telah terbina, terbengkalai dek sikap materialistik kita.. pastu sume mengeluh kembali..
about 4 years ago
Perkahwinan merupakan alam yang indah, perkahwianan merupakan cabaran sebenar insan. Asam, garam, pahit dan manis semuanya indah. Bukalah minda dan hati, kita pernah terluka dan pernah melukai jika putus cinta dijadikan sandaran untuk tidak berumahtangga, maka hampalah sebilangan lelaki/wanita yang masih setia dengan cinta yang luhur. Jika komitmen dijadikan alasan maka tidak akan tamatlah komitmen kita sampai bila-bila. Ibubapa tetap utama walau dimana kita berada dan dalam keadaan apapun. Namun janganlah kita menjadikan alasan untuk tidak berkahwin sebab ibubapa pasti mereka juga turut kecewa. Berkahwinlah!!!! pasti nikmat berumahtangga akan menempiaskan kebahagian kepada semua keluarga, sahabat dan masyarakat. Hati akan tenang, jiwa menjadi tentera dan layari rumahtangga dengan sifat wasatiqqah —kesederhanaan. Insyallah….pasti rasulullah gembira bila umatnya berkahwin dan melahirkan zuriat yang ramai.
about 4 years ago
apalah gunanya berkahwin kalau tak bahagia….jodoh yang lambat mesti ada hikmahnya….hanya Dia yang Maha Mengetahui