.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Tips Ramai Kenalan – Penghargaan

April 23rd, 2007 | Posted by azrul.alwi in Megnet Sayang | Panduan Memilih Si Dia

Bayangkan anda sedang memandu dan kereta anda sedang beratur di dalam satu barisan untuk menanti giliran tol yang panjang. Tiba-tiba datang kereta dari sebelah kiri, menghimpit dan memotong barisan lalu mengambil tempat di depan anda. Apa perasaan anda ? Mengikut Rostam, salah seorang dari juruhebah Radio ERA, beliau cukup benci kalau orang potong “que”.

Thank youPerkara begitu sering berlaku dan mungkin menyebabkan kita berasa marah dengan gelagat pemandu yang kurang berhemah itu. Namun. si pamandu itu kadang-kala mempunyai sebab yang tersendiri untuk berbuat demikian. Mungkin beliau tersalah lorong atau beliau tidak arif dengan jalanraya di situ. Lalu beliau terpaksa bertindak menukar lorong dengan memotong barisan apabila menyedari dirinya tersalah.

Bukan setakat Rostam, semua orang akan timbul perasaan benci dan marah.

Berlainan sekiranya beliau memberi sedikit penghargaan kita seperti mengangkat tangan sebelum dan selepas memotong sambil menjerit “MINTA MAAF ! SAYA SESAT !” dan “TERIMA KASIH TUAN!”, selain memberi lampu isyarat. Kita mungkin tidak rasa begitu marah. Malah, marah mungkin bertukar menjadi sedikit kesedaran, agar pekara begitu tidak berlaku ke atas diri kita suatu hari nanti.

Penghargaan amat penting dalam meramaikan kenalan. Ucapan seperti terima kasih dan pujian dengan ikhlas akan membuat orang lain terasa diri dihargai. Orang lain akan merasakan diri mereka penting apabila berada di sisi kita. Lalu ramai yang akan sudi berdamping dengan kita.

Di pejabat, majikan yang menghargai para pekerja mereka akan menghasilkan suasana bekerja yang lebih baik. Di dalam rumahtangga, suami dan isteri yang menghargai sesama mereka biasanya akan hidup lebih aman. Di dalam sebuah komuniti, seorang yang menghargai jiran tetangga akan lebih dikenali dan disayangi.

Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ibrahim ayat 7, “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Apabila kita menghargai pemberian daripada Allah, Allah telah memberikan jaminan bahawa DIA akan menambah nikmat tersebut. Pemberian nikmat yang dimaksudkan merupakan rezeki, jodoh, kemudahan, kelapangan dan sebagainya. Lalu kita harus perbanyakkan bersyukur.

Setelah itu, kita di suruh berterima kasih sesama manusia sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak bersyukur dengan Allah sesiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia.”
(Sunan Abu Daud #4177, Musnad Ahmad #7598, Sahih Ibnu Hibban #3476)

Selain berterima kasih, kita dianjurkan berdoa. Salah satu bentuk penghargaan yang tidak terdapat pada umat lain selain umat Islam ialah memberi penghargaan dengan berdoa. Rasulullah s.a.w memberi penghargaan kepada orang yang memberi beliau makan dengan berdoa. Miqdad r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w pernah berdoa, “Ya Allah, berilah makan orang yang telah memberiku makan, dan berilah minum orang yang telah memberiku minum.” (Sahih Muslim #3831)

Abu Hurairah r.a. pula menceritakan bahwa Rasulullah s.a.w pernah dimarahi oleh seseorang kerana hutang. Beliau seterusnya membayar hutang tersebut dengan sesuatu yang lebih baik dan bersabda “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang.” (Sahih Muslim #3003) Ini juga adalah satu bentuk penghargaan, apabila orang yang diberi bantuan kewangan (dalam bentuk hutang) lalu memulangkan lebih dari apa yang dipinjam sebagai tanda terima kasih.

Untuk menambah kenalan, kita perlu belajar bersyukur dan menghargai orang di sekeliling kita. Berterima kasih kepada manusia dan mendoakan kebaikkan untuk orang lain. Kadang-kala mungkin kita perlu memuji kebaikkan mereka dengan tatacara memuji yang dianjurkan oleh nabi s.a.w. Kadang-kala kita memberi ucapan tahniah, selamat hari lahir, selamat melahirkan anak dan sebagainya.

Dengan ini, orang lain akan merasa diri mereka penting buat kita. Mereka yang pernah membantu kita, akan terus membantu. Mereka yang sayang akan terus sayang. Mereka yang memandang dari jauh, mungkin ingin berkenalan.

Wallahu’alam.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

2 Responses

  • Omarm says:

    Assalamualaikum w.b.t…….. hehehe… kita mulakan dengan nada yang CERIA…. Bila kita tulis perkataan memikat, apakah yang bermain di fikiran kita? ramai antara kita yang akan terfikir tentang lelaki memikat wanita atau sebaliknya. Bukan itu yang ….maksudkan sebenarnya…namun, ia boleh juga jadi begitu jika teknik-teknik ini di praktikan ia boleh berubah segala-galanya… dari kwn, jdi sahabat , teman, kenalan, buah atie seterusnya kealam berumah tangga…. atau sahabat sejati…

    Jika kita lihat disekolah, kolej atau universiti, pasti ada segelintir pelajar yang agak janggal apabila kita bergaul dengan kita. Apabila kita berada bersama mereka, kita rasa tidak selesa, bosan, menyampah atau benci dengan apa yang pelajar itu kata atau lakukan. Pernahkah anda melihat pelajar begini? Sudah tentu ada bukan? Tpi xler ramai sangat
    “Timbulkan rasa minat dalam diri kita untuk mengetahui tentang cerita dan kisah kawan-kawan anda.” Bayangkan anda ada dua orang kawan rapat. Kawan pertama ini suka benar mendengar cerita-cerita anda. Apabila anda pergi ke mana-mana atau lakukan sesuatu, kawan anda ini suka mendengarnya. Dia kelihatan khusyuk mendengar setiap kali anda bercerita atau berbual dengannya tentang diri anda.
    Kawan yang kedua pula sebaliknya. Setiap kali anda bercerita tentang sesuatu, dia pasti akan buka ceritanya pula. Apabila anda bercerita, dia tidak sabar untuk menyampuk dan bercerita tentang ceritanya pula. Malah, dia menunjukkan muka yang tidak berminat apabila anda bercerita tentang kisah anda.
    Jika anda mahu pergi ke sesuatu tempat yang menyeronokkan dan anda boleh boleh bawa seorang kawan, kawan yang manakah satukah antara dua kawan ini akan anda pilih???
    Saya percaya jawapannya tentu mudah bukan? Anda akan pilih kawan yang suka mendengar cerita anda.
    Wujudkan rasa minat yang ikhlas dalam hati anda mengenai kawan-kawan anda. Jika anda mahu orang lain berminat dengan apa yang anda mahu katakan, anda juga mesti berminat dengan apa yang orang mahu
    • ceritakan. Ada satu pepatah dalam dunia perniagaan yang berbunyi, “Unless you love everybody, you cannot sell to anybody.” Maksudnya lebih kurang, anda tidak akan dapat menjual kepada sesiapa yang anda tidak suka/tidak berminat.
    • Apabila kawan-kawan anda bercerita, tahan diri anda daripada membuka cerita anda yang mungkin lebih hebat daripada cerita mereka. Anda boleh buka cerita anda pada masa yang lain. Biarkan kawan anda menyerlah.
    • Tanya dengan lebih lanjut mengenai cerita kawan anda tadi. Jika dia bercerita tentang lawatan ke zoo negara, Boleh tenguk GAJAH, bapak rimau… BOYA pun ada…tanya dengan lebih lanjut tentang pengalamannya di sana, tentang haiwan yang dilihat dan tentang aktiviti yang dilakukannya. Ini akan menaikkan lagi semangat kawan anda untuk bercerita kepada anda.
    • Senyum dan angguk. Jangan dengar cerita kawan anda seperti patung yang tidak bergerak. Ini menampakkan seolah-olah anda merasa sangat bosan. Senyum atau ketawa apabila ada pengalaman yang mencuit hati. Angguk kepala anda sekali sekala untuk menunjukkan anda faham apa yang kawan anda ceritakan.

    • Duduk atau berdiri dalam keadaan seseorang yang sedang minat mendengar sesuatu. Jika anda sedang menonton satu cerita yang anda sangat suka, bagaimana cara anda duduk atau berdiri? Ya, gunakan cara duduk atau berdiri itu apabila anda mendengar cerita kawan-kawan anda.
    Anda mungkin bimbang jika anda jadi bosan apabila kawan anda ini semakin bersemangat untuk bercerita dan semakin panjang pula cerita mereka. Jika anda sudah berjaya menanam sifat yang minat untuk mengetahui tentang kawan anda, anda akan kurang hadapi masalah begini. Tambahan lagi, sebenarnya cerita kawan anda itu tidaklah akan jadi sampai berminggu-minggu. Jadi, tunjukkan minat anda kepada cerita mereka. Jadi mereka suka anda pun suka…..
    Kalo kwn cerita yg xmasuk akal pun kita dengar….

    lakukan untuk menunjukkan bahawa anda menghargai apa yang diberi?terutama kalau BF kasi HP, anting2, gelang rantai emas… senyum sokmo selalu…
    • Pertama, apabila bf anda beri anda sesuatu, berhenti daripada melakukan apa yang sedang anda lakukan dan lihat kepada apa yang kawan anda berikan.
    • Kedua, belek sedikit apa yang kawan anda beri, senyum dan kata terima kasih kepada bf atau rakan anda tadi. Kata sekurang-kurangnya, “Terima kasih banyak-banyak (sebut nama)….. menyusahkan awak je bagi hadiah ni untuk saya”.
    • Jangan berhenti di situ sahaja. Katakan sesuatu yang menunjukkan bagaimana apa yang diberi itu boleh membantu anda. Contohnya, “Saya pun memang tengah cari subang berlian nie ni tentu mahal yer?. Alhamdulillah awak dah beri untuk saya. Senang saya nak …???? nanti”. (jangan lupa senyum…sampai nampak gusi).

    • Jika anda mahu buat sahabat atau bf anda lebih merasa dihargai, tanya lebih lanjut mengenai sesuatu yang telah diberikannya tadi. Contohnya, “kat mana U beli subang berlian nie… tentu mahal kan kan???… cuba jgn xcuba petua ini….

  • Wan says:

    memuji pasangan anda juga akan mengeratkan lg hubungan anda dgn nya..



Leave a Reply