.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

April 12th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia | Pasca Perkahwinan | Pra Perkahwinan

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

9 Responses

  • OMARM says:

    Bayangkan kulit yg dulu Polos Gebu, kini kendor, jaringan serat tidak rata atau beralun… muka yg. Comel tidak Lagi gebu. Berbanding dgn Lelaki, wanita lebih mudah mengalaminya kerana fitrah semulajadi…
    Tubuh pompuan bnyk tisu simpanan Lemak.. Tisu Lemak wujud di antara lapisan kulit dan otot, di perkukuhkan seraf penghubung yg menyambungkan
    kedua bhg itu..

    merangsangkan peroses penyingkiran lemak, sekali gus mengembalikan kecantikan tubuh serta mengurangkan ketaraan “Kulit Oren”

    Oleh itu bagi Wanita Dahulu mengekalkan keayuan semula jadi dengan memakai Bedak Sejuk di malam Hari… supaya kekal kulit menjadi tegang dan sentiasa Awet.. MUDA…
    Makanan pulak ulam-ulam pegaga, Ubi jaga, kacip Fatimah, Daun mengkudu dan buahnya sekali, Daun lidah Buaya, pasak bumi, terong pipit, ulam raja, akar seruntun Dan sebagainya di buat Ulam.

    Itu sbb wanita dahulu walau pun umur 40th keatas masih bertenaga dan muka merah beseri2 menawan dan jelita……

  • adia says:

    mcm mane nak kekalkan wajah agar sentiasa nampak cantik dan berseri…macam mana pula cara untuk mencerah kan kulit??

  • Omarm says:

    Ha!ha!..Adia nak petua dari Berader plak..!!!
    Setiap Wanita pasti inginkan Wajah yang Cantik, putih..Gebu dan halus berseri… berlesung pipit..(agaknya kena banyak makan ulam… terutama terung pipit!!!!)

    Apabila anda mencuci beras jangan buang air basuhan yg. pertama… simpan ketepi lepas itu masak nasik tersebut…
    Bila nasi nak kering… ambil sedikit..air nasi tsb yg pekat tuuu..

    Campur dengan sedikit madu Lebah dan putih telur…
    Kemudian sapu di seluruh wajah anda… muka ka… atau di mana anggot anda sukaiii….
    Biarkan dia rehat 30 minit… Barulah cuci dengan air basuhan beras tadi… Amalkan 2-3 kali seminggu dan anda akan nampak keberkesanannya… wajah anda akan lebih menarik.. macam bintang filem… selamat mencuba…

    Tapi Adia.. wajah Ayu saja tak mencukupi… kalau tiada ….Kebaikannya, sifatnya dan akhlaknya yang boleh membuat air mata mengalir apabila mengingati keistimewaannya itu. Insan yang pernah hadir memberi kebahagiaan dalam hidup, kehilangannya membuat hati menjadi rindu dan semakin sayang. Betapa beruntungnya menjadi orang yang dikasihi dan sentiasa dikenang kebaikan dan jasanya.
    Pasti LYA & MF ketawa ha!ha!ha petua yg Bro Om belajar dari si budak Budin tuuhhh!!!!!!!!!!!!!

  • Haris says:

    Asid hidroklorik (HCL) kepekatan 1M -1ltr

  • wannanne says:

    Salam..bagus sgt petua dr Omarm tu…sangat berguna untuk kaum ppuan. Tima kasih…Orang x kedekut mmg sentiasa murah rezekinya.

  • IIEYA says:

    dah mcm2 petu di gnakan..
    tp mcm nie gk…
    xpelah,syukur dgn kurniaan Allah…

  • wardah says:

    salam semua…harap2 sihat

  • LIN says:

    Tp En Omarm, tk smua org suka mkn ulam. Kalau ssorang gadis nk kekalkn keayuannya, elok exercise selalu. Brsukan pun bgus gak

  • OMARM says:

    Kalau gadis dh berwajah ayu, bersopan santun tambahan pulak pandai ngaji quraan pasti ramai jejaka yang terpikat,…
    tapi kalo duduk mencangkung atau terkangkang “Bangla” pun Lari…???



Leave a Reply