.. mencari si dia yang soleh ..
Header

RAHSIA HARI LAHIR WANITA

April 11th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Panduan Memilih Si Dia

This post has already been read 624 times!

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Sumber : http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat373/nasihat373.html

Maklumat di atas adalah kepercayaan beberapa pihak berdasarkan kitab-kitab Melayu lama. Ia tidak terdapat di mana-mana di dalam karangan ulama muktabar Islam. Justeru, ia boleh ditolak. Di paparkan sebagai makluman am. Harap maklum.

FacebookTwitterGoogle+Share

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

25 Responses

  • jae says:

    sape lah pengarang kitab tajul muluk ni?

    Allah Ahad.

  • Omarm says:

    Pengarangnya bro xingat… tapi kat pekan rabu Aloq Staq ada jual buku ini… Jae Lahir hari Ahad kaa… spt kata kitab Tajul Muluk????

  • jae says:

    ceis… sy lahir tiap2 hari.

    Allah Ahad.
    Tuhan itu cuma satu. Dia

  • Budin says:

    Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya 100 pratus kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud:
    “Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.

    Kitab tajul muluk adalah suatu rahsia yang berkurun lamanya  menjadi rahsia bagi kalangan para bomoh, pawang, dukun dan pengamal perubatan melayu tradisi. Kini disediakan hanya untuk anda yang berminat untuk mengetahuinya sebagai rujukkan atau bagi anda yang benar-benar berminat untuk mengamalkannya sebagai salah satu cara alternatif selain dari cara perubatan dan kaedah moden.

    Dengan ini jelas menunjukkan bahawa menghitung sesuatu  atau berubat sesuatu  dengan yang diperbolehkan asal tidak mengandungi sifat-sifat kemusyrikan, bahkan  manusia diwajibkan  berusaha dan mempertingkatkan segala sesuatu yang menguntungkan demi kepentingan hidup yang layak.
     
    Justeru itu barang siapa yang memiliki naskhah kitab Tajul Muluk pilihlah mana yang dianggap penting dan berguna kepada anda dan amalkan dengan tenang dan sabar, insyaallah anda kan mendapat keberkahanya.
     di dlm itu jua ada cerita …kehidupan pertama manusia ialah kelahiran yakni detik sejarah seseorang bergelar manusia.  Detik menunggu kelahiran seorang bayi sangat mencemaskan seisi keluarga lebih-lebih lagi wanita yang akan melahirkan anak itu.  Justeru, dalam masyarakat Melayu, wanita yang akan menerima cahaya mata akan melalui pelbagai proses adat yang sudah menjadi amalan sejak zaman-berzaman lagi. 
     
            Dlm kitab ini ada amalan adat ini adalah satu proses jasmani dan rohani yang perlu dilalui oleh wanita-wanita yang akan menempuh hari kelahiran anak mereka.  Proses jasmani dan rohani yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita sebelum atau sesudah bersalin dalam masyarakat Melayu ialah amalan adat seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat menanam uri, adat bercukur rambut bayi, Adat berendoi, dan adat dalam pantang. Kesemua adat-adat tersebut adalah tahap-tahap peraturan yang perlu dilalui oleh wanita Melayu yang akan bergelar seorang ibu. 
    Mengikut ilmu perbidanan daun sirih itu adalah satu sumpahan kepada syaitan dan iblis yang mana ia boleh mengganggu manusia.  Daun-daun sirih adalah lambang-lambang ketakutan syaitan dan iblis.  Selain itu, daun sirih adalah lambang pengubatan dan bukan daun untuk dibuat sayuran.

    asuhan yang perlu diberi oleh ibubapa kepada anak-anak. Adakah ianya sekadar ungkapan bagi menambahkan keindahan bahasa atau telah dipraktikkan dengan sebenar-sebenarnya? Atau ianya sudah tidak relevan digunakan lagi untuk zaman sekarang kerana kebanyakan anak-anak membesar adalah lebih banyak bersama dengan pengasuh dan bukannya dengan ibubapa?

    Bayi yg baru lahir ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya. Itulah ungkapan peribahasa yang sering kita dengar bagi menunjukkan kepentingan asuhan yang perlu diberi oleh ibubapa kepada anak-anak. Adakah ianya sekadar ungkapan bagi menambahkan keindahan bahasa atau telah dipraktikkan dengan sebenar-sebenarnya? Atau ianya sudah tidak relevan digunakan lagi untuk zaman sekarang kerana kebanyakan anak-anak membesar adalah lebih banyak bersama dengan pengasuh dan bukannya dengan ibubapa?

    Kalau lahir tiap2 hari…. makna mengikut firashat dlm tajul Muluk makna jae sudah jadi IBU… dh jadikkk mak budak????????

    ALLAH maha Esa…….

  • jae says:

    wah bro Budin, nice conclusion.
    ironynya sy cuma buleh jadi ibu dlm mimpi. bersalin bulan july tahun lepas,itupun dlm mimpi. Pastu baby tu dah tak muncul2 lg dlm mimpi sy yg seterusnya… Mlm tu dia cuma baca bismillah byk kali. Mungkin bakal anak sy dah berpesan supaya memprbykkan membaca bismillah sehari-hari. mungkin juga bwat pesanan kpd org2 yg tlh sy ceritakan mimpi ni…

    btw,mmg saya lahir tiap2 hari kalau tido itu adlh mati yg sementara.

    Mungkin juga hakikat kelahiran yg btul2 abadi bermula apabila kita mati nanti. Alam baqa’.

    Oh ya, ibu sy kata sy lahir dr rahimnya hari Rabu 2.30 pagi. Kalau org nk menterjemahkn sy spt dlm Kitab Tajul Muluk tu, suit urself. I am me. aku.

    Allah Ahad. kita perbanyakkan lafaz atas namaMu.

  • Budin says:

    Jae….
    Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. rahsia disebalik mimpi anda, mimpi buruk? mimpi baik… kalau sebaliknya tentu kita tidak senang duduk..??

    ”Ambillah Wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat suci Al- quraan (tuu pun xcoti2 m’sia) bgi yg ppuan.. kalau lelaki tiada halangan….” ikutilah sunnah Rasullah S.A.W yg telah di ajar oleh Baginda utk umatnya… semuga tidur kita dirahmati Allah yg Esa…

    Nabi biasa tidur di awal malam dan bangun di akhir malam utk melaksanakan sholat (HR Muttafqu’alaih)… yg baik ucapkan ”alhamdulillah” jika sebaliknya… hendaklah segera beristigfar dan bertaubat….

    . Nabi Yusuf pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepada hamba-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil menghadap untuk tujuan itu…. Kisah ini ada di ceritakan dlm alquraan… Mimpi …bertemuan dengan Saidina Abu Bakar, Syaidina Othman, Syaidina Omar dan Syaidina Ali… ke4nya sahabat nabi… Akan mendapat faedah dari juru nasihat.

    Mengikut org tua2 dulu2 dan kitab tajul muluk… kalau mimpi bersalin tu maksudnya kalau org tu ada penyakit, semua penyakit akan keluar dri badan.. dan akan dapat rezeki….. xkiralah sakit atie, sakit perut memulas kaa…. semuanya akan keluar?????

    melahirkan bayi adalah JIHAD,… di dalamnya mimpi ada mmbaca bismillah… Jikalau anda mengimpikan keluarga. Maknanya ialah anda akan berusaha dalam sesuatu perjuangan. Mimpi hidup bahagia dalam keluarga. Anda akan mengalami keuntungan dalam keseluruhan keluarga anda yang ada.

    Jika anda bermimpi melihat, mmelihara dan mendengar suara anak alamat sesuatu keuntungan akan segera datang kpd anda.. Apatah lgi mimpi lihat anak lelaki… dan bermain2 bermakna akan mendapatkan jodoh yg cepat dh hampir tiba… dan di binkan dgn Omarm.. tidak sesekali di binkan dgn Budin??????

    Sebagai manusia kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, manusia tidak mengetahui segala2nya qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

    Wallahua’lam

  • vanCkulop says:

    “Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.”

    - Hati yg keras boleh dilembut oleh Omarm. Omarm sgt berkeupayaan dlm hal ini…, kerana telah terbukti ramai wanita yg keras telah menjadi lembut dan cayor…!

    - Pandai/bijak memperolehi sumber rezeki berupa wang ringgit. Tapi kurang arif dlm menabung. Omarm sebelum ini adalah seorang pengurus dana. Tidak syak lagi Omarm adalah calon yg tepat…!

    - Cintanya ampuh dan mampan sekali. Sangat memberi impak yang positif dlm membentuk keluarga bahagia…! Sekiranya Omarm setuju menjadi nakhoda, nescaya distinasi kehidupan duniawi dan ukhrawi tercapai matlamatnya.

    - Aktiviti di ranjang yang tdk boleh persoalkan. Tiada cacat-cela di situ. Keupayaannya merangsang, adu-domba mainan luaran dan dalaman dihamburkan pada tahap 150%. Omarm berfizikal tinggi dan berpinggang panjang adalah calon layak dan berwibawa sekali.

    Ayuhhh…, arahkan haluan berdayunglah Omarm.., tiada syarahan lagi tapi dapatkan pengajaran di sini dan nikmatilah rasa yang tidak berona dan berongga…!

  • Omarm says:

    tima kacih sahabatku VanCkulop yg berkempen utk teman..
    Jgn ghisau nnti bila teman ke hutan mmburu rusa akn teman bagi miker sepeha… yg lebih tuuu.. teman nk buat kenduri..
    Teman rasa udah sampai masa nyer teman nak bebi????ni…

    idak penat teman bersyarah tiada kesudahan… makin teman nengok gambor nyer… rasa udah tidak tetahan ghindu makin mendalam siang dn mlm?????

  • PuRpLe says:

    Klu mimpi mengandung apa maknanya erk n dibelai/disayangi suami..walhal blum berkahwin lagi..pelik kan..??

    Tp lelaki tue dah nk mkn nasi minyak raya cina nie..terkejut beruk gak arr..sb kwn lelaki kita tue adalah org yg saya rekemen pd seorg kwn perempuan saya..Alhamdulillah dah jodoh kwn perempuan saya..Teruja sesangat..

  • jae says:

    sis PuRpLe, actually mmg sgt pelik. sy cuma mimpi tang bersalin ja. proses mengandung etc etc prior to labour, tak la plak.

    Bro omarm ni mcm pewaris rasmi buku Tajul Muluk plk. tafsirkn mimpi sy yg ni
    -sambut kelahiran bayi org lain

    bro vanCkulop, iklan tu berbayar ke?.

  • Omarm says:

    Nampaknya peranan yg di mainkan oleh orang tgh amat berkesan dan baik sekali … mengalahkan “Barack Hussein Obama” Presiden AS yg baru yg berkempen utk menang…

    Tapi kali ini Vanckulop ternyata hebat mmbuat perancangan yg rapi dan mula menyusun pelan strategik utk melembutkan hati mjadi cayor…. teruskan kempen wahai sahabatku masuk kempen Fasa kedua…

    Teman udah kaborkan pada mak bapak teman… dan besetuju menjual dusun deroyan, kebun pisang, Estet kelapa sawit.. ladang getah… utk buat hantaran duit belanja… kalo udah xcukup teman sanggup gadaikan moto burok kapcai teman??? harap Van berkempen utk pusingan ke2 ini lebih mantap dan tmn berupaya memiliki “nikmatilah rasa yang tidak berona dan berongga”……
    Hakikatnya teman udah menebang buluh…buat balai knduri.. rasa udah miang n gatal buluh tiada siapa nk garu??????

  • tie says:

    best gak bce rahsia camnie…bleh thu rahsia yg kte mimpi

  • shimah says:

    assalamualaikum
    bagus kajian mengenai tajul muluk, kalau kita amat memahaminya. ilmu ini luas dan amat dalam pengertian nya jika di garabkan dengan ilmu taa sauf

    tolong berikan maana yang jelas mengenai tajul muluk dan hantarkan ke e. mail saya.

    thank you

  • firdaus says:

    karut jew

  • firdaus says:

    betul jgk kot tentang mimpi ular 2………

  • wida57 says:

    em, saya x twu are nk bg k0men perh.. hex3

  • ea cuha says:

    asalammualaikum

    saye nie ari selase bulan ogos tpt skali itulah perangai saye siape yg buat nie

  • pancarasmara says:

    paling malang sapa yg lahir pada 29 febuary hsusah nk d tafsirkn dan susah untuk memperingati mau pun menyambul ulang tahun hari lahirb

  • zima says:

    salam..
    kat mana nak dptkan kitab tajul muluk nih….
    ramai dengar dr org2 yg berusia bhw kitab ni macam2 adaaaa….
    sape2 yg tau mane nak dptkan yg original jgn lupa bgtau sy…

  • i my me mine says:

    kenapa tafsiran dari kitab ni banyak sgt gambarkan tabiat wanita yg negatif? macam boleh kata tafsiran ni sexism la pulak….but then again memang ada kaum wanita yang ditindas zaman dulu…..nasib baik dah bagi warning awal2 tafsiran ni tak boleh dipercaya 100%

  • INA says:

    BEST jugak……bace rahsia hari wanita

  • farhana says:

    mimpi berada di tempat tinggi

  • cody says:

    kita merancang tuhan yang tentukan.

  • Meruna says:

    Saya penah bermimpi membantu seorang wanita melahirkan bayi kembar lima..kelima-limanya dalam keadaan kritikal dan hanya seorang sahaja yang mampu saya selamatkan..mohon penjelasan…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.