.. mencari si dia yang soleh ..
Menilai Jodoh Yang Beriman
Sekiranya kita meneliti Maklumat Diri di myJodoh, kita akan dapati hampir 80% daripada pengguna menginginkan pasangan hidup yang “beriman”. Namun, bagaimana kita menilai keimanan seseorang itu? Adakah kerana pakaiannya atau kerana solatnya atau kerana kepandaiannya dalam hal-hal hukum hakam agama ?
Yang jelas sekali di dalam Surah Al-Hujurat ayat 14, Allah telah berfirman kepada segolongan Arab Badwi yang mengaku diri mereka beriman, “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.”
Ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara seorang yang beriman dan seorang yang beragama Islam. Ramai yang inginkan pasangan hidup yang beriman, tetapi akhirnya hanya mengahwini mereka yang beragama Islam sahaja. Lalu bagaimana anda menilai ciri-ciri pasangan hidup yang beriman ?
Ada sesiapa ingin komen ?
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on April 11, 2007 at 10:52 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 5 years ago
orang yang mendalami rukun-rukun iman kot ..
about 5 years ago
yang dapat membimbing pasangan menjadi seorang baik, penyayang pada isteri dan anak-anak, dapat memahami isteri, taat kepada kedua orang tua, tidak tinggal solat dan tidak merokok ….hihihihihi..
about 5 years ago
org yg berpendidikan Islam….
Yang dpt membimbing isteri kejalan Allah..dah mendidik anak-anak tentang agama islam..penyayang pada keluarga isteri dah keluarga sendiri..bertimbang rasa, bertolak ansur, dan sentiasa bersabar, yg paling penting sekali mesti mengajar solat keluarga sendiri, menunjukkan kelakuan baik di hadapan anak-anak.
about 5 years ago
interesting post, selama ini semua orang inginkan orang yang beriman dan beramal soleh, tetapi i sendiri tak pernah terfikir ciri-ciri orang-orang beriman. Mostly orang akan anggap lelaki yang alim, rajin ke masjid, baik budi pekerti dan lain-lain sebagai beriman. I think its more than that. Maybe, en azrul can give us a list of ciri-ciri orang beriman..
about 5 years ago
banyak betul yang ko nak Ana …… tapi tak per, semua ciri yang ko nak tu ada kat aku………nanti telefon aku……
about 5 years ago
1. Pasangan yang mencari keredhaan allah.
about 5 years ago
mungkin sebab itu lebih elok menggunakan istilah “mencari isteri solehah” atau “suami soleh”. Iman seseorang hanya tuhan sahaja yang tahu.
about 5 years ago
selalunya orang akan labelkan wanita yang baik budi pekerti, tutup aurat, rajin sembahyang, rajin mengaji, sebagai wanita beriman. Tapi iman tu tuhan saja yang tahu.
about 5 years ago
Tahap keislaman diukur melalui cara hidup seseorang samada pemikiran,pemahaman dan tingkahlaku seharian…..
about 5 years ago
teringat kat lagu raihan ..”Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.” Walaupun si bapaknya ustad, si anak belum tentu seorang yang beriman.
about 5 years ago
Selain mempercayai dan melaksanakan rukun iman, mereka yang menjalani hidup berdasarkan Quran dan Sunnah ..
about 5 years ago
masih anak dara, belum pernah dot .. dot .. dot ..
about 5 years ago
Seorang yang apabila dipandang, teringat kita kepada Allah.
about 5 years ago
Salam;
Ye, persoalan ni la yg sering saya terfikir, lebih-lebih lagi jika ketika berada di saat ‘hendak memilih pasangan’. Kita tidak akan mengenal peribadi sesorg dgn baik ketika sebelum kahwin (semua dapat disembunyikan), mungkin bila dah kahwin, ‘masyaAllah, islam pada nama saja, solat pon tak cukup, solat pon 5 minit dah siap,liat solat subuh, n mcm2 perangai lagi la’. Kalau kita dah berkahwin, baru nampak mcm2 seperti itu? Apa yang anda buat, redha dan berusaha ke arah yang baik, takpe la juga, tapi kalau berterusan begitu? Apa nak jadi? Ontahler.
Tapi pada saya, jika kita benar ingin yang terbaik, maka kita perlulah menjadi yang terbaik dahulu untuk diri kita sendiri. InsyaAllah akan ada yg terbaik utk kita, tapi realitinya, sampai bila?
Anyway, just nak share with you guys this videoklip, sila copy n paste utk link ini –> http://saifulislam.com/?p=236
dan ini, Erti Sebuah Perkahwinan —> http://saifulislam.com/?p=75
(ataupun just surf dlm kategori keluarga)
Walaupun tak mampu menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya berusaha menjadi yang baik, especially diri sendiri.
Wassalam
about 5 years ago
wanita solehah adalah ,e,punyai budi pekerti yang mulia, beriman, taat pada suami, islam dan allah….mengasihi kedua ibu bapa dan sesama islam
about 5 years ago
pilih lah daripada keturunan yang baik2 sesungguhnya keturunan mencerminkan aklah dan kebahagiaan.
about 5 years ago
Susah nak mencari wanita beriman sebenarnya, sekarang ni. Ramai yang mengaku diri beriman, tetapi apabila datang dugaan, tidak semua dapat menerimanya.
about 5 years ago
Ingin mendapat kan pasangan yang beriman…tapi pastikan dulu diri kita juga adalah seorang yang beriman. Memang sukar untuk mencari pasangan yang beriman seperti mana sukarnya kita hendak mendidik dan mengasuh hati dan jiwa kita untuk beriman kepada Allah.
about 5 years ago
reda di madu itulah perempuan beriman sejati menerima dengan hati yg terbuka..barulah di katakan perempuan soleh…
about 5 years ago
Ilmu,Iman,Amal,Alim..bukan pada jubah,bukan pada ketayap,bukan pada serban,bukan pada janggut,bukan pada tudung dan bukan pada busana,dihati letaknya,kita pun tak tahu kita ni dah beriman ke belum,yang tahu hanya allah swt semata mata,tugas kita hanya buat sebaik mungkin,rela,redha..pasrah,cuma cerita hati itu ada pada muka,ada pada percakapan ada pada perbuatan..renungkan.
about 5 years ago
Allah i2 adil…Dia mnciptakn laki yg baik utk prmpn yg baik…….
Laki mUkmin utk prmpn mukminah…
Wanita yg solehah utk llki yg soleh..
Wanita yg durjana utk llki yg durjana…
llki yg miang utk prmpuan yg miang…
Lainlah kalau Allah dah takdirkan sesuatu yg berbeza mengikut kehendakNya…..
@ segalanya trletak pd doa individu itu…nak pasangan yg mcmane…
about 5 years ago
To Bashirah: BUKANLAH ayat Al-Quran yang dikemukakan itu bermaksud, wanita yang baik, “CONFIRM” nanti dapat lelaki yang baik, atau sebaliknya. Sebenarnya ia bermaksud, wanita yang baik, “DISURUH MEMILIIH” atau “BIASANYA MIMILIH” lelaki yang baik. Sebab itu terdapat banyak hadith tentang “MEMILIH” pasangan yang beragama dan bertakwa…
about 5 years ago
Seseorang yg menerima dan mempraktik segala hukum hakam yg telah ditetapkan oleh syariat dengan sepenuhnya dalam kehidupan seharian boleh dikatogerikan sebagai beriman…
about 4 years ago
Assalamualaikum…………
Saya ni pemalu tp nk berteman….blh ke saya dpt dlm ruangan ini…
salam perkenalan……
about 4 years ago
assalamualaikum teman2 yg ku syi..
hai brtemu lg dlm ruangan komen kali ini..bg ju,klau nk kenal pasangan tu beriman ke tak mohon la ptunjuk pd Allah,solat Istikharah..di samping memanjat kan doa slalu pdNya..insyaAllah smoga kita dpt pasangan yg beriman di dunia n Akhirat..
klau org yg pura2 beriman ni..kita leh knal gak..kan Tuhan tu adil..klau niat kita ikhlas pasti suatu ari nnti pecah gak rahsia org yg dok tipu kita tu..prcaya la..
about 3 years ago
slm,paper pun tidak patut dan tidak bleh memperlekehkan kan imbuhan-imbuhan uutk mendapaykan pahala yang lebih,seperti janggut ,memakai tudung,bercakap lemah lembut dan menutup aurat,itu adalah suruhan yang tidak bleh dipertikaikan,dan sunah yang baik.Ia sebenarnyer bergantung pada diri sendiri dgn amal yang dilakukan ,cara pemikiran,dan hati yang cub utk menjadi baik
about 3 years ago
jangan menjadi baik semata2 kerana inginkan pasangan baik… means dat bukan takleh nak jadi baik, tapi perlu betulkan niat dulu… if kite berubah utk menjadi solehah for the sake of soleh husband, nanti, bila da dpt, kt akan kembali kpd yg tidak baik… tapi kita perlula ikhlaskan diri kita untuk berubah… betul taK??.. ape pun, kembali semula kepada niat kita yang sebenar…
about 2 years ago
Assalamualaikum..
Ramai antara kita mengaku islam.. tetapi tidak memahami alquran, manjadikan alquran itu panduan pun tidak..Tetapi dalam bab mencari pasangan, rata-rata semua mahukan yang beriman.. Jadi saya cuba huraikan apa itu “beriman” mengikut Al-Quran.
Sebelum itu kita perlu faham..ISLAM ada beberapa pecahan..iaitu
Orang fasiq – Orang yang dasi segi zahirnya rajin beramal, kemasjid, solat, puasa, zakat, sedekah dan sebagainya..tetapi Allah befirman “aku jadikan debu-debu berterbangan setiap amal mereka” kenapa? sebab mereka beramal tetapi tidak beriman. Iaitu amalan dari segi luaran dimana hati mereka lalai dari mengingati Allah. Mereka ini beramal sama dengan orang-orang beriman, tetapi allah berfirman “aku balas nereka setiap amalan mereka”.
Orang Musyrik – Orang islam yang percaya adanya selain allah yang lebih berkuasa. seperti mengganggap ada dua yang maha berkuasa, anggapan dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Cth : Ubat menyembuhkan penyakit, Senjata yang mengalahkan musuh dan sbgainya.
Orang Munafik – Orang yang mengaku allah hu rabbi, tetapi dari segi lafaznya sahaja. tidak diikutkan dengan amalan rohani. Mereka solat, tetapi dengan bacaan dan perbuatan sahaja..hati mereka ingat dunia. puasa kerana ingin menunjuk, sedekah ingin dipuji.. Hipokrit, suka berbohong, pendeknya apa yang diluahkan bukan apa yang terbuku dihati.
Siapakah orang beriman.
Orang beriman ialah orang yang hidup 100% hanya kerana allah. Mencintai Allah dan Rasullullah dan berjihad dalam mengejarkan amal kebajikan. Kemudian barulah meletakkan cinta pada selainnya. seperti Family, anak, harta dan sbgainya..tetapi semuanya cintanya akan membuatkan semakin kuat cintanya kepada Allah.
Orang beriman itu hatinya sentiasa berzikrullah. Ketika solat, sebelum solat, ketika berbaring, duduk, berdiri..sentiasa mengingati allah.
Mengingati dan menyebut nama allah (dikalbu) itu lah tanda iman. Dimulakan dengan iman, barulah dirikan solat, puasa, zakat haji. kerana solat itu tiang agama..tetapi iman itu asas agama.
Orang beriman itu orang yang sabar, redha, merendah kerana sentiasa takutkan azab allah. Mereka ini menjaga amanah allah sebaik-baiknya.
Orang beriman dipelihara Allah sentiasa. Itu janji allah didalam alquran.
Beriman bukan peringkat tertinggi didalam islam. Ada lagi satu peringkat iaitu orang mukmin.
Siapakah orang mukmin?
“Sesungguhnya berbahgialah orang-orang mukmin” (Al-Mukminun :1)
Orang mukmin ialah orang yang berbahgia dunia dan akhirat. Hatinya sudah tidak boleh dibelah bahagi terhadap cintanya kepada Allah dan Rasulnya. Hati yang telah musyahadah sebati ingatannya kepada Allah. Orang mukmin sentiasa merasakan apa yang terjadi adalah Qada dan Qadar Allah. Tidak mengharapkan balasan dan pahala didalam amal ibadah yang dilakukan. Hidayah Allah adalah kitab petunjuk yang sentiasa menjadi pegangan bukan lagi mahzab atau pendapat ulama yang berpecah belah. Kitab petunjuk ini atau disebut Al-Furqan akan membawa jiwanya kepada penciptanya dan kekal lah dia dalam cintanya yang abadi.
“Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)
Golongan inilah yang dijanjikan oleh Allah kebahagian kehidupan dari dunia hinggalah keakhirat. Golongan ini juga yang terselamat didalam mana-mana perang-perang dizaman rasullullah hingga lah peperangan zaman sekarang. Golongan yang sentiasa dilindungi Allah dan para malaikat seperti yang dijanjikan Al-Quran.
“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang mukmin.” (Al-Ruum :47)
Dilindungi tubuh badannya, dan jiwanya, dijauhkan siksa kubur, api neraka dan masuklah golongan ini kedalam syurga Allah melalui mana-mana pintu yang sukainya.
Semoga ketemu pasangan yang dicari…
Akhir sekali..”perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”
salam…
about 2 years ago
Assalamu’alaikum..
Saya juga masih belum berjumpa pasangan hidup. Marilah kita renungkan perkara ini bersama-sama.
Wanita dan lelaki yang benar-benar soleh tidak akan berada di sini bersama kita, mereka tidak pernah ada masa untuk online, apalagi untuk ber SMS, jauh untuk coupling..carilah mereka di masjid, mungkin juga di majlis tazkirah, atau di perpustakaan. Insan yang cintanya hanya untuk Ilahi, sentiasa sibuk dengan Allah, isian masanya adalah zikir dan fikir..realistiklah..mereka memang wujud tetapi tak ramai…hanya segelintir..
Jangan fikirkan mereka, fikirkan bagaimana untuk membina diri kita..jika ingin pasangan seperti watak Ali, kita sepatutnya sudah memiliki pakej seperti Siti Fatimah, dan sebaliknya.
Ramadhan kian hampir, sama-samalah kita bersedia untuk memasuki Madrasah Tarbiyah Ramadhan. Persiapkan diri dengan amalan, jodoh itu insya Allah tetapi mati itu pasti.
Dan menjadi INSAN SOLEH itu adalah suatu proses, bukannya seperti seorang lelaki bertukar menjadi Ultraman, atau Spiderman, dll. Yakinlah, jika kita baik, insya Allah, Tuhan akan beri yang baik..berusahalah untuk sentiasa melakukan kebaikan..
Andaipun tidak mendapat jodoh yang diharapkan, tetap ada ganjarannya di sisi Allah..ketahuilah..Allah hanya memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya, cuma kita yang sering terlupa!
about 2 years ago
Bagaimana kita meminta pasangan yang beriman, sedangkan diri sendiri tidak beriman. Kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki tang beriman dan sebaliknya…….
about 2 years ago
Jadi mintalah jodoh yang terbaik untuk diri kita dan terbaik untuk dirinya.
about 2 years ago
Nak tahu org beriman ?
Allah swt bersabda ” bersaksilah kamu org yg mengimarahkan/ berulang alik siang dan malam ke masjid adalah org beriman”
Iman berkaitan dgn amal kita. kita lihat amalan kita hari2, percakapan kita hari2, fikiran kita hari2 adakah berkaitan dgn Allah dan Akhirat?
Tanda iman lemah, solah malas, baca quran malas, zikir malas, taat perintah Allah malas..
Tanda iman kuat, suka solah, suka quran, suka zikir, suka mentaati perintah Allah..
Cara nak kuatkan iman,
1)kita selalu berada dlnm suasana iman spt di masjid, bersama kwn2 yg beriman
2)cakap/dakwah berkenaan perkara ghaib spt Allah, malaikat, alam kubur, qadar dan qadar, hari kiamat, quran
3)cerita selalu tentang janji2 Allah berkenaan keberkatan rezeki, perintah Allah
4)cerita mengenai sahabat yg tlh berjaya dan mendapat keredaan Allah spt Abu Bakar, Umar, Usman, Ali. Bagaimanakah mereka tingkatkan iman?
5) berdoa pd Allah agar kurniakan iman yang tulen.
Allahualam
about 2 years ago
Beriman itu bukan sekadar islam tetapi menghayati kalimat syahadah, dan yakin 6 rukun iman dan mengamalkan rukun islam…insyaAllah..yang penting..yakin..
about 2 years ago
Assalamualaikum…..emm.. sebenarnya iman seseorang tiada siapa yg thu, hanya Allah yang dpat menilainya… kita sebagai orang islam yang mengaku beriman kepada Allah hendaklah mengamalkan nilai hidup dan ciri2 keimanan kepada Allah yang sebenar… iman manusia ada turun dan naiknya… kita hndaklah sntiasa memperbaharui iman kita dengan bnyak mngenal Allah, mmpelajari ilmuNya, dan sentiasa mengingatiNya, mengamalkan semua suruhannya… Mudah2nya, iman kita akan terpelihara… InsyaAllah..
about 2 years ago
Tanda beriman bagi saya:
mengamalkan tanggungjawabnya sebagai khalifah dan hamba Ilahi, yakni berusaha beramal( seakan mati esok)utk pencapaian akhirat tanpa lupa memakmurkan bumi Allah (akan hidup 1000 tahun lagi)…
org berpersonaliti beriman akan memancarkan makna penyataan d atas..
about 2 years ago
Assalamu’alaikum,
Beriman lah kamu sebelum kamu inginkan pasangan yang beriman.
about 2 years ago
jika mahu cari pasangan yang beriman.. kenala cari kat kawasan baik… contoh kat masjid, kulian agama.. sebab kita tak tahu bila cinta itu datang..kot time balik masjid tertengok si dia:)hihi.. dan perasaan sayang dan cinta itu adalag anugerah allah swt kepada hambanya..kalu ashik p lepak kat kelab malam, kat keda mamat, kat tepi taman je..fikiir-fikir kan lah ye:) tapi yg terpenting kalu hati baik insyaallah, allah akan bagi pasangan sebaik mana diri kita sendir..renun-renun kan lah diri sendiri..:)
about 2 years ago
jangan mudah terpengaruh dengan apa yg dilihat secara luaran…kdg2 melalui raut wajah, cara kesungguhan bcakap, perbuatan….dapat menggambarkan siapa dia seseorang itu….
kita hanya mampu berusaha, berdoa dan sebagainya…
namun jangan putus harapan utk mjadikan lebih baik
about 2 years ago
Allah telah menjelaskan maksud orang bertaqwa dalam surah al-Baqarah, jadi tidak perlu definisi lain lagi:)
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
about 2 years ago
..according to Quran…orang beriman, bila di sebut nama Allah ‘wajilat kulubihim’..gementar hati-hati mereka, bila di bacakan ayat-yat Allah…’zadathum imana..’ meningkat iman mereka…orang yang beriman kesimpulannya, bila di sebuta nama ‘Allah’ dan ‘selain Allah contohnya Ah chong’ lain rasanya pada hati mereka…mereka tenang menyebuta Alllah…dan sampai ke peringkat seperti sahabah, gementar dan luluh dengar nama Allah, muka berubah..mengati syok dan indah ‘hatta pada kalimah Allah’…kalau sebuta Allah, mcm xda rasa ada, mungkin hati dia kosong dari nur iman kot…wallahualam
about 2 years ago
…dan berdasarkan ayat ‘waiiza tuliyat ayatuhu imana’, apabila dibacakan ayat allah meningkat hati mereka…seperti sahabat rad bila dengar kalamullah menitis air mata mereka…dan ada beberapa peringkat sehingga ada yang pengsen bila dengar firman Allah..oleh itu kita orang biasa nie,’sekurang-kurangnya’ atau ‘setidak-tidaknya’ suka bila dengar kalamullah…kalo yang blurr aja bila dengor Quran lebih dari Linkin Park, atau bosan atau benci…atau hot aje…susahlah aku nak cakap, era mutakhirin nie ramai ulama’ kata ‘baca orang islam’ dan ‘tak ramai orang beriman’….pasal, entahlah faktornya…maksiat, didikan, makanan syubhat sehingga cahaya iman semakin malap dan malap..nie aku kasi contoh aja ayat Quran tentang gambaran orang ada iman ikut Quran…tapi sebenarnya banyak contoh lagi..
about 2 years ago
Zaman dah berubah kalo dulu2 orang pakei telekong atau ketayab mengikut keadaan keinsafan diri mendalami..tapi skrg nie mengikut hukum hakam atu mengikut keadaan sekitar aje..nampak nye.
Cari lah yg mempunyai kefahaman diri atau memahami suasana keadaan hidup berumah tangga..kadangkala yg tak bertutup kepala mempunyai sedikit pengetahuan agama akan membawa kebahagiaan..tapi yg sempurna ilmu nya ..tak membawa apa2 erti..dalaman lopong. menyakitkan ati..
about 2 years ago
tak payah nak cari yg nampak veriman..cari yg poket ada bunyi..iq pemikiran dia..cair..leh membeza burok baik .okey laa…
about 2 years ago
tak payah nak cari yg nampak beriman..cari poket nyo ada bunyi..IQ pemikiran dia..cair..leh membeza burok baik ..okey laa….ado jugak yg beriman hari ni..esok bertukaq jadi nago berapi neraka jahanam……
about 2 years ago
Hanya yg layak menilai keimanan seseorangan hanyalah Allah S.W.T kita sebagai hambanya harus bersyukur kerna di beri taufiq & hidayah menjadi seorang islam dan selebihnya kita harus patuh dan istiqamah dan paling penting berdoa semoga sentiasa berada dlm perlindungan dan rahmatNYA sentiasa, Amiin Ya Rabbal Aalamiin…
about 2 years ago
orang yg dikatakan beriman adalah org yg sabar ketika menghadapi ujian Allah..
tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia belum diuji Allah..kadang2 kita nampak org tu warak tapi bila org tegur dia,dia melenting..sedangkan teguran itu salah satu ujian Allah utk melihat kesabarannya..
about 2 years ago
about 2 years ago
hai,bleh kha ngan kamu org…. aq boring bh kat labuan niey
about 2 years ago
Askum….memang sukar untuk mencari jodoh yg beriman dizaman sekarang…setiap insan dibuka bumi ini memang sudah ditetapkan jodohnya masing2 dan kita sebagai manusia hendaklah berusaha mendpatkannya…Ia itulah perkataan yang selalu kita dengar tetapi ingin dinyatakan disini kenapale sampai sekarang aku masih belum bertemu dgn yng beriman dan yg boleh membimbing kearah kebaikan……apakah mungkin pengalaman pahit pertama kali berumahtangga membuatkan aku forbia dan takut untuk kali kedua…..tlgler…..
about 2 years ago
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Andai diri tak sehebat SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Andai diri tidak sekuat Hajar, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Andai diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W., Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat, Tak guna ada hati kalau tak tau menilai……
So pandang la dengan matahati…..sejujur ikhlasnya.. pass tu tawakal dan redha sebab hidup hanya sementara…