.. mencari si dia yang soleh ..
Menilai Jodoh Yang Beriman
Sekiranya kita meneliti Maklumat Diri di myJodoh, kita akan dapati hampir 80% daripada pengguna menginginkan pasangan hidup yang “beriman”. Namun, bagaimana kita menilai keimanan seseorang itu? Adakah kerana pakaiannya atau kerana solatnya atau kerana kepandaiannya dalam hal-hal hukum hakam agama ?
Yang jelas sekali di dalam Surah Al-Hujurat ayat 14, Allah telah berfirman kepada segolongan Arab Badwi yang mengaku diri mereka beriman, “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.”
Ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara seorang yang beriman dan seorang yang beragama Islam. Ramai yang inginkan pasangan hidup yang beriman, tetapi akhirnya hanya mengahwini mereka yang beragama Islam sahaja. Lalu bagaimana anda menilai ciri-ciri pasangan hidup yang beriman ?
Ada sesiapa ingin komen ?
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on April 11, 2007 at 10:52 pm, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
tak salah kalau letak ciri2 pasangan yg kita nak tu seseorg yg beriman..tapi muhasabahlah diri..apekah kita ni layak dipanggil beriman kalau nak psgn yg beriman jgak???
about 1 year ago
klu kite nakkn org yg beriman kite juge perlu mempunyai ciri2 tersebut terlebih dahulu…InsyaAllah
about 1 year ago
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
about 1 year ago
BERIMAN..
”dream impossible and make it possible”
INSYAALLAH..
about 1 year ago
ada madah berbunyi “cintaku seteguh Taj Mahal”… hebat bunyinya kerana Taj Mahal sebuah binaan yang beratus tahun usianya.. tapi tiada yang tinggal apabila bergoncang alam ini kelak… yang ada dan dapat menylamatkan kita akhirat kelak hanyalah amal soleh dan iman yang teguh..
about 1 year ago
bg sy kalau nak org baik mcm kita kita kenalah baik dulu dari org tersebut, kalau kita nak org ikut ckp kita kita kena ikut ckp (suruhan) tuhan yg maha pencipta…..
about 1 year ago
pendapat saya:
islam itu ibarat panduan atau peraturan hidup…..
manakala beriman pula sejauh mana kita menuruti atau mentaati panduan/peraturan hidup tersebut…..
perbetulkan jika saya salah……….
about 1 year ago
mah 183, falsafah yang tinggi!
about 1 year ago
bagaimana pndgn anda mengenai pasangan hidup nabi kita dahulu contohnya nabi nuh yang mana isterinya tergolong di klgn org yg tdk beriman???
about 1 year ago
kembali kpd Rukun Iman la..kalo 6 rukun 2 ade kat dia, of coz dah dikategorikan beriman..
muslim (org islam) dan mukmin (org beriman) itu ada bezanya. x caye, refer quran ye adik2..hehehe..jz kidding..ramai di antara kita yg muslim tp rukun islam pun x lepas.ramai jgk yg mengaku beriman tp stil x tahu bila ditanya psl rukun iman.kdg2 rukun itu pun xtau brp jumlahnya…jgn tuding jari kat sesape, sendirik mau ingat ek!
about 1 year ago
Saya mempunyai pengalaman gagal dalam rumah tangga kerana suami saya kelihatan seperti orang yang ‘beriman’ tetapi sebenarnya sebaliknya. Jadi kini saya lebih matang dalam menilai tahap keimanan seseorang. Untuk mengenali seseorang itu beriman atau tidak adalah ketekunan dia mengerjakan solat. Sekiranya solat 5 waktu diringankan misalnya semasa dalam perjalanan ataupun semasa berada di pusat membeli belah atau tempat-tempat awam lain, maknanya dia bukanlah seorang muslim yang baik. Keduanya lihat pada budi bahasanya. Sekiranya bahasanya kesat, merendah-rendahkan orang lain, suka meninggi diri serta sikap-sikap yang menyebabkan orang sekeliling makan hati dengannya, maka dia bukan seorang muslim yang baik walaupun dia bersembahyang cukup 5 waktu sehari semalam. Seorang yang suka berprasangka buruk, cemburu yang ketara, dengki yang ketara, busuk hati ataupun apa-apa penyakit yang berkaitan dengan hati adalah wajar dijauhi terutamya sekiranya ciri-ciri tersebut terlalu ketara walaupun dia seorang yang bersembahyang dan perwatakan baik. Ingatlah, seketul daging itulah yang akan menjadi raja menentukan hala tuju rakyat jelatanya yang lain. Secara rambang kita dapat melihat ciri-ciri individu yang mempunyai iman yang longgar sekiranya dia sering menghadapi masalah dengan masyarakat sekelilingnya, tetapi haruslah dia berada di keliling masyarakat yang beragama juga. Seterusnya nilailah kegiatan harian dia- di mana dia biasa pergi, dengan siapa dia berkawan, apa bahan bacaan, tontonan dan sebagainya. Untuk mendapat maklumat-maklumat ini, anda haruslah bertindak bijak. Maklumat yang dikumpul terus daripada dia adalah lebih cenderung untuk diselewengkan kerana sudah tentu dia yang anda puja akan menunjukkan sikap yang baik semata-mata. Sebaiknya anda tinjau kedaan keluarganya. Adalah penting untuk memastikan ibu bapa sidia juga muslim yang baik dan bergaul dengan masyarakat. Ini kerana sekiranya ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh cenderung untuk tidak memberikan didikan agam yang baik kepada anak-anak mereka. Bagi saya, mencari muslim yang beriman untuk dijadikan pasangan hidup pada zaman sekarang memanglah sesuatu yang sukar, tetapi sekiranya anda berjumpa dengan seorang insan walaupun sering gagal menghadirkan dirinya untuk beribadah tetapi senantiasa sedia untuk mendekatkan diri dengan agama serta sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik, itupun sudah memadai. Semua manusia tidak sempurna. Daripada mendapat pasangan yang dakwanya seorang yang beriman adalah lebih baik mendapat seorang pasangan yang kurang beriman tetapi sentiasa berkehendak kepada agama. Dikhuatiri orang sudah merasakan dirinya ‘beriman’ angkuh, tidak mahu menerima pandangan orang lain serta memandang rendah pada orang yang dirasakan lebih rendah tahap keimanannnya daripada dia. Ingatlah! Sifat angkuhlah yang telah mengeluarkan Iblis daripada syurga Allah, angkuh kerana merasakan Iblis yang dicipta daripada api tidak perlu sujud kepada Adam yang dicipta daripada tanah. Jadi nilailah dengan mata hati, jangan dinilai dengan mata nafsu kebendaan. Carilah cinta agama dahulu dalam diri seseorang kemudian barulah mencari cintanya.
about 1 year ago
as salam. 3 perkra yg sudah ditetapkan masa kita lahir lg, Allah s.w.t meniupkan roh dlm diri kita dgn adanya 3 perkara iaitu, ajal maut, jodoh dan rezeki. Ciptaan Allah sempurna. jodoh sudah ditetapkan, right?? ok, bila sampai masanya, insyaAllah urusan itu berjalan dgn smooth dgn SYARAT, Allah minta kita bersabar sebelum kahwin dgn menjaga batas pergaulan, tidak melakukan perkara yg menghampiri zina serta amal makruh nahi mungkar. ok, so perlu ke kita couple smpi meluahkan perasaan kepada si dia yg kita tdk pasti suami kita atau isteri kita. bukankah kita telah ditakdirkan utk ‘Mr Right @Miss Right kita? Wallahualam. bersabarlah.. sy sudah berjumpa dgn ramai pasangan yg bercinta nk rak seblm kahwion dgn bercinta nk rak slps kahwin. of course kebahagiaannya seleps kahwin.ini kerana tingkahlaku kita akan mencorakkan anak kita pd masa hdpn. if kita da melakukan maksiat pd Allah dgn zina hati, cmana dgn anak kita nt?? anda marah ke mereka sedangkan anda dlu??? wallahualam.tepuk dada tanya iman? mahu yg mana. sesungguhnya perempuan yg baik utk lelaki yg baik. hilangkan rasa rendah diri kerana Allah da berjanji dlm Al-Quran. so nk dpt yg baik kita kena berusaha ke arah kebaikan. kita manusia.. apa2pa pun, PUT YOUR TRUST TO ALLAH. wallahua’lam
about 1 year ago
Salam,
Boleh terangkan dengan lebih lanjut maksud, “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu la sebaliknya”…secara literalnya…maybe..tapi sy rasa ader deep meaning nyerkan…pls anybody..comment or opinions…most appreciated..thank u..
about 1 year ago
“Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula.” (An Nur: 26)
about 1 year ago
“Ya Allah!Kurniakanlah daku seorang lelaki yang beriman, berpengetahuan di dunia dan ukhrawi, baik dan sopan seperti Rasulullah saw, kacaknya juga seperti Baginda, tingkah laku budi pekerti segala seperti Rasulullah!..” (Adakah masih wujud lelaki sebegitu di dunia sementara ini?Bertuah siapa yang mendapatnya…)
about 1 year ago
salam, bagaimana jika lelaki ataupun wanita yang keji itu sudah bertaubat…
adakah masih dapat yang keji juga….sya rasa..salah anggapan begitu..
semunya terletak pada yang Esa..dia yang maha mengetahui jodoh kita..
sometime sya tengok org yang keji dapat yang baik….org yang baik dpt yang keji…dia yang Esa je yang tahu kenapa…
itulah dia…Yang Esa..dia sayangkan hambanya…
bagi saya tak ade sorang kat dunia ni yang sempurna imannya…for sure ade buat silap…
cuma kita perlu berdoa…dah jika dah melayarkan bahtera rumahtangga…SOLAT JEMAAH…buat dengan kerap..jgn tinggal solat…
itu lah tiang ugama..itulah yang akan backup kita di dunia dan akhirat…itulah yang akan buatkan rumahtangga seseorang itu bahagia sampai akhir hayat..mcm mak abah kita…
sya cerita ni certia benar,….cuma sya belum pernah alami(belum berumahtangga lagi)..cuma pernah lihat… kawan-kawan yg dah berumahtangga…ade yang dah berpisah…..walaupun dua-dua loving couple..yang Esa je yang tahu kenapa…mungkin ada tinggal satu..who knows
bgi saya..sya harapkan seorang lelaki yang tahu tanggungjawab dia, sayang kat sya…ikhlas…..yang lain kita boleh improve..sya pun sendiri masih lagi menuntut llmu akhirat utk mantapkan lagi dirii saya sebelum ke alam rumahtangga…
kalau ade jodoh ..insyaallah sya kawin tahun hadapan….
sya akan jemput rakan-rakan sekalian..
about 1 year ago
yang sempurna hanya yang Esa..
about 1 year ago
terima kasih kerana berkongsi ilmu yang amat bermanfaat.
about 6 months ago
Allahuakbar…..