.. mencari si dia yang soleh ..
Header

Berzina Dengan Ikhlas

April 10th, 2007 | Posted by azrul.alwi in Islam, Al-Quran & Hadith | Pra Perkahwinan

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

sexYang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Di ambil dari : http://www.formulacemerlang.com/modules/wfsection/article.php?articleid=26

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

22 Responses

  • lalalala says:

    Salam for all,…

    sumer kat atas semua sebut pasal jodoh lah aper lah…
    saya tau memang jodoh,rezeki,ajal maut sumer di tgn Allah…
    tapi saya nie….kirenye sorang jejaka…lah…saya nie punye perasaan
    geram,marah dan macam2 lagi pendek kate bengang…bile tgk org bertunang,kahwin skang nie…saye nie umur 24 …mude lagi kan…?sumer tue saya lihat mesti saye sakit hati….kadang2 saya pkirkan …agaknye ntah asalkan pompuan lawa jer…dah ada teman istimewa ataupundah bertunang…perkara nie lah yg saya sakit sangat hati…daripada ape yg saya luahkan kat ats dan nak kongsi bersama dgn kengkawan lain adalah…bile mane…saya suke pada jiran saya …die pun usia kurang sethn daripada saya…saya bercadang nak cube untuk luah kan perasaan inginkan die…tetapi saye rase dah terlambat …dalam diam die dah bertunang…itupun ibu saya yg bagi tau…dgr je ape yg ibu saye ktkan tue…saye terus rase marah sangat3..sampai saya bakar gambar dier (jiran yg saye nak tue)…orgnye cantik,comel tapi saye tak sangka belum sempat utk saya nak luahkan ape yg saye rase …..saye ditimpa perasaan regret…dan kesan die sampai skang saye …berseorang tanpa tmn wanita yg special dan …saya bercakap sorang2 dgn majalah yg memaparkan model2 fashion..kerana saya skang rase mcm takut untuk nak cari wanita yang saya rase saye nak tapi takut dier tue dah ade yg punye ataupun dah bertunang…saye rase sedih…sgt…sakit hati saye nie bile tgk pasangan ….ikut lah diorang bahagia ke tidak…tapi saye ttp sakit hati…lagi satu bile kenangkan budak pompuan yg saye nak tue…dah bertunang so nanti mesti nak kahwin…kadang2 saya bile tgk rumah org nak buat kenduri kawin saya terbayangkan yg bersanding nanti adalah die tue dgn lelaki die dan saya tgk dgn perasaan kalo boleh ade machinegun saya nak tmbk sampai mati dier…tue…saya sayangkan dier….tapi tak sempat…dan dah dipunyai org…woargh so sakitnye hati saye…nie…so inilah yg saye rase adakah memang bukan jodoh saya….dan sampai skang nie.biarlah saya pkkan saya sendiri tanpa ada cinta…saya marah,kecewa,bengang,rase mcm kalo dapat dier tue nak je saye ….saya sentiasa doa agar dapat pengganti kepada dia yg saye nak kan…tolonglah saye…saye takde tmpt utk nak luahkan ape yg terpendam di dalam hati selame nie….saye skang pun dah rase malas nak balik rumah yg mane jiran yg saye nak tue duduk dkt sgt dgn umah saye…plisss kawan2….sekuntum mawar yg gugur helaian satu persatu…..Jodoh saye harap ade lah jodoh ….jgn le sampai …jadi bujang tua…nanti tak jadi pulak saya nak ikut sunah nabi ….kahwin adalah sebahaian drpd umatku…tapi kalo dah pompuan skang belagak,sombnong,jual mahal,riak,takbur,tunjuk loaded,gaya good ….lepas tue nak kawin pun letak hantaran mahal2 …macam maner…nak beli biji 2 sebiji tue pun payah ker….taktau ler…bagaimane…saye sabar je lah….doa2 jugak kalo tak cari nanti tak dpt ..tau2 jadi anterulanusia.tolong komenlah aper2 ,,…bagi lah pdpt pada saye ….agar dapat jdkan panduan untuk saye…kawan2 lain usia nie dah bertunnang lah …dah nikah dan paling2 tidak pun ade kekasih….pliss all here reply

  • aku ni says:

    mana ada zina sebab ikhlas..zina sebab nafsu..klo ikhlas pi masuk meminang,nikah..kekalutan minda betoi mamat yg zina ikhlas tu..lawak betoi..

  • ntah says:

    sy rsa kesalahan zina yg jd pd zaman sekarang bukan hanya diletak pada mereka semata2. mungkin diorang dah merancang nak kahwin, nak elakkan drpd terlibat dalam hal seperti ini tp ditolak oleh keluarga, terutama keluarga sebelah perempuan dengn alasan yang tak berapa kukuh seperti anak masih muda, keadan cuaca tak mengizinkan untuk mengadakan kenduri, belajar tak habis lagi & mcm2 lg la… dah sampai seru diorng kahwin, kahwinkanlh, lepas tanggungjawab kan. bila anak dah terlibat dlm hal mcm ni, kenapa semua org menunding jari pd pesalah yg dituduh sedangkan pesalah sebenar tak sedar diri…. andai dah terlintas di hati anak muda nk mendirikan masjid, jgn lh ibu bapa sebagai org tua yg dh mkn garam dulu menghalang…. izinkan anak2 yg mintak keizinan untuk melakukan perkara yg baik sebelum anak2 tersebut merajuk hati & buat apa yg di luar kawalan… anak2 muda berdarah panas, tak guna ibu bapa menghalang kebaikan yg anak2 nk buat…………….. fikir kan…….

  • aku ni says:

    mak bapak leh halang klo dia takut calon anak dia tu x sekufu..to me pokok pangkal hati la..mcm mana pun niat dia nak kawin esok ke,lusa ke still x leh teme alasan berzina tu la beb..dah mak bapak x bagi tu xde jodoh la pada masa tu..cuba lagi lain kali..dan lagi..dan lagi…dan lagi….dan lagi….sampai satu tahap mesti dapat kawin nyek anak dia tu..still klo ada jodoh….

  • Gedong Lalang says:

    Saya rasa la kalau nak seribu daya. Kalau betul2 ikhlas nakkan that girl, then cuba la explain kat mak abah dia. Orang tua lama2 dia akan faham.insyallah.

    Tapi kalau bab dah sampai ke tahap keterlanjuran, di Malaysia ni macam dah tahap membimbangkan. Tahap pakaian wanita melayu juga saya tengok segan saya nak pandang lama2. Harap2 ibu bapa lebih prihatin dan memantau perlakuan anak2 sekarang. Orang kata biar la penat jaga anak, tapi kelak kita gembira anak2 semua berjaya dan punya akhlaq yang terdidik.

    Semoga warga myJodoh boleh membantu generasi cemerlang, terbilang, dan gemilang. Insyallah

  • n says:

    nak kwin,minte le org lain carikan..biar lmbt asal selamat..jgn berzina, zina dah jelas haram..sbr bnyk2

  • omarm says:

    Dengar Bunyi Tajuknya Cukup Mengerunkan… “Berzina Dengan Ikhlas”… seolah-olah Hukum tuhan di permainkan???? Atau kita kekurangan Ilmu… Kita akan Berdosa,
    Jika tidak menggunakan akal fikiran untuk mengenali tuhan dan menilai kebenaran para Rasul yg. di utuskan oleh Allah SWT berfirman, Surah Yunus,Ayat 101, yg mafhumnya, “Katakanlah Wahai Muhammad: Perhatikan dan fikirkanlah apa yg. terdapat di langit dan di bumi drp. segala kejadian yg. menakjubkan. yg membuktikan kewujudan Allah yg. maha Esa dan kekuasaannya….. tidak memberi faedah kpd orang yg tidak beriman…

    Hanya Ugama yg. mampu menyelesaikan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa manusia… Ilmu yg secukupnya mempunyai kaitan rapat dgn iman yg memandu seseorang mukmin ke jalan yg. diredai Allah.

  • insan.. says:

    a,kum sebagai org islam saya tentang!!! zina ikhlas tu.
    mana da niat boleh menghalalkan cara? yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. alooo kawan saya nei walau pun jahil banyak tetapi yang tetap dalam alquran dan dilarang tu i/allah dihindar.

    niat menghalalkan cara nei cara org barat amerika(yahudi,nasrani..& dll) laknatullah tu so kita orang islam yang mengaku islam dan nak mati dalam islam, nak mengadap Allah pemunya agama islam, tak kan nak ikut cara depa tu. saya bukan emo atau marah @ seumpamanya tapi
    kalau dah ngaku islam tu wat cara islam. tiada yang halal diharamkan atau yang haram dihalalkan jhon..
    dalam darurat pun w/pun ada keampunan tetapi tetap yang haram tetap haram.

    mmg betul diakhir zaman fitnah berleluasa, yang haram bercampuran dgn halal,iman kuar masuk, pagi islam petang kafir (nauzubillah)moga belindung dengan Allah.

    harapann ku jika xtau belajau jika rasa bersalah bertaubat
    thats all jhon… pa pun jgn cari pasal ikhlas woo
    ikhlas wat dosa/zina ishh xberani ckp. mmg benar kejatuhan tamadun adalah sebab nei semua. baguslah kita rujuk pada ahlinya iaitu ulama & ilmuan.

  • AM'i says:

    dunia da nk kiamat nie…

  • siapa la diri ini.. says:

    to whom this may concern,
    aku tgk korg2 ni mcm bgs dlm pendirian agama korg.. tapi ingat la, yg sapa kita ni nak ckp besar, ye tak? aku nasihat korg b4 post your comment, atau nasihat2, saranan2 on this blog, why dont you people p instil more emphaty dlm diri tu.. ada hak untk rasa marah, tapi belajar jgk untuk go deeper into the problem arise. mesti ‘si penzina ikhlas’ tu punya reasons why.. do pray for him ya.. may he changed his mind, nikah cpt2, lateer on, Allah will decides.. anyway, he is our responsibility too.

  • eva says:

    Ass. Wr. Wb. Saya telah berzina dan saya ingin mempertanggung jawabkan perbuatan saya tapi si laki-laki tidak mau kareana alasannya tidak disetujui oleh ortunya terutama dengan ibunya, ibunya berkata : “saya tidak merestui pernikahan ini, dan saya menghalalkan anak saya berbuat seperti itu,” saya dihina oleh ibunya padahal si laki-laki ini telah mengakui kebenaran bahwa telah berbuat berzina dengan saya sampai kami berdua memohon tapi ibunya tetap tidak mau saya sakit hati. karena si laki-laki ini menuruti kemauan ibunya dan saya ditinggalkan begitu saja karena bilangnya tidak mau durhaka dengan ibunya, saya benar-benar dibuat terombang-ambing dengan hal ini. saya telah banyak berusaha untuk menyadarkan ibunya tapi ibunya tetap tidak mau. dan si laki-laki ini memilih ortunya karena si alki-laki tidak ada daya apa-apa melawan kemauan ortunya. saya tahu saya juga tidak mengajak si laki-laki ini berbuat melawan ortunya tapi setidaknya dia harus mempertanggung jawabkan semuanya apa yang telah kami lakukan berdua dan si alaki-alaki harus menikahi saya,karena kami telah berbuat zina.saya harus bagaimana saya mohon tolonglah saya, saya mohon berikan saya solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini saya mohon bantulah saya.

  • spe2 jelah says:

    bodoh ke ape brzna ikhls..ni mest x sklh..dh jls brzna 2 hrm,hrmla woi…ni la dnia skrunk..arts trox gler..pkai bju dedh sna sni..bwk la bertobat..ish3..pndekkta,go to hell lh you all penzina!!!

  • jengjeng says:

    erm…..

  • mujahidah says:

    saya rase,org yang tanye soalan kat dr.daniel ni jahiltentang agama.naudzubillah…moga allah beri hidayah pd die..

  • mujahidah says:

    kan lebih baik kalau kat malaysia ni guna undang2 syariah.org akan ambil iktibar dan pengajaran pd hukuman yg diberikan pd orang yg melakukan zina

  • nuna says:

    assalamualikum wbt…
    sya nak tya.. adakah dgn merindui seseorg bukan muhrim, merupakan maksiat hati?? Adakah maksiat hati benar2 wujud

  • Masih Ada Harapan says:

    Marilah kita tlg doakan,
    supaya org2 yg bzina ini btaubat nasuha,
    dtunjuki Allah ke jln yg lurus,
    moga2 Allah mpermudahkn urusan pkahwinan diorang…

    Sesungguhnya Allah Maha Mendengar & Maha Pengampun. Dlm Quran, byk mnyatakn mengenai btapa Maha Pengampunnya Allah itu.

    Jika telah bzina tp still tak dapat bkahwin,
    adukanlah kpd Allah, brusahalah minta bntuan org tengah.
    Btaubatlah,Allah pasti akan mbantumu.
    “Tiada yg boleh menolak takdir slain doa…”
    sbda Nabi (rwayat Tirmizi).

    Jangan putus asa dgn rahmat Allah.
    Btaubatlah & bkerjalah, ssungguhnya Allah mlihat pkerjaanmu.

    Moga2 Allah menunjukkan jalan kpdmu.
    Jangan bimbang, sekarang memang sakit,
    akan tetapi ingatlah bhw Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
    Berbincanglah, luahkan kpd org yg anda pcayai.
    Moga2 dgn usaha itu, ada yg mbantu anda dgn izin Allah.

    Mengakulah bhw kita manusia lemah,
    kita rasa kita tak patut buat, tapi dah tbuat,
    nak kawin pn susah, rasa hina & terbuang,

    namun ingatlah Allah Maha Pengasih & Penyayang.
    Dan pilihlah Allah, Allah tak akan mengecawakanmu.
    Walaupun kita rasa sangat sakit skarang,
    sabarlah & minta lah banyak2 kpd Allah.

    Jangan putus asa thdp rahmat Allah!

  • ien says:

    ap ler nk jd mnusie skung nie..ala t’lepaz kt dnie jgn ingt kt akhirt pn t;lpz gk ! n0 way ! pkr r..id0p nie ad undg2..jgn men bantai jx undg2,,kt akhirt tanggung r cndri..ingt b’zina 2 baik cgt r? aq sumph 0wg cm 2 cpt ckt mti..

  • shahambia says:

    sy insan yg ingin kembali …
    tp nafsu duniawi sentiasa rapat di hati
    telah menolak syaitan ke tepi
    tapi hati ini diri ini keinginan ini…
    syaitan tentu tentunya bersalah tak boleh dikuti
    bagaimana pula mahu menyalahi diri sendiri?
    penasihat yang baik budi
    yang sudi memberi isi hati yang suci
    tampilkan diri
    bantulah insan kerdil ini kembali…..

  • Pingback: Double coupons

  • jejaka says:

    e2 smua adalah disebabkan nafsu..iman kita xsekuat ape yg disangkakan..bla dh ahki balig dn umur pn mngkt..kita mgkn dpt membezakan baik dn buruk..tp smua 2 kta buat mcm biasa je wlaupn kta taw ape yg kta buat e2 salah…pkkanlh smpai bla kta nk buat dosa???



Leave a Reply