.. mencari si dia yang soleh ..
Jika Si Dia Bukan Milikmu
Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”
Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.
Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.
BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
AMAL DAN TAKDIR
Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.
Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”
Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.
Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.
* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).
* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
BUKAN USAHA TETAPI DOA
Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. †{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}
Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitabâ€. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. â€
Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}
Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.
ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.
Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}
Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?
KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.
| Print article | This entry was posted by azrul.alwi on April 9, 2007 at 6:05 am, and is filed under Panduan Mencari & Memilih Jodoh. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 2 years ago
artikel yg bagus..
about 2 years ago
betul tu, artikel yg bagus.saya terkesima jap bila baca hanya ‘Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.
about 2 years ago
Assalamualaikum…
doa kan senjate org mukmin…
about 2 years ago
cik jiha..mintak ilmu skit,terkesima tu ape??
about 2 years ago
ala terkesima tu…rujuk kamus dewan (hehe). terkesima tu maksudnye terkedu sebentar (pd pahaman saya sendiri).sebab hal ni pernah terjadi pada saya sendiri. masa tu saya study lagi dan dpt pengerusi killer utk viva saya.kdg2 tu soalan killer & pendapat pengerusi boleh pengaruhi sama ada kita lulus atau tak.jadi saya berdoala siang mlm moga2 xde benda2 buruk yg berlaku,sebab tesis saya tu byk yg boleh dipertikaikan.last sekali bila viva, tukar pengerusi yg baik hati, sebab pengerusi killer tu balik kg ada hal penting.tu la kuasa doa boleh mengubah segalanya.
about 2 years ago
dah ke viva plak..sy plak terkesima dengau..haha..x paham la citer2 org berdegree ngan master ni..
about 2 years ago
abis tu..nak tau sgt maksud terkesima tu, so..saya bagi la contoh ingat ke paham..rupa2nya semakin terkesima hehe..
about 2 years ago
yela..stakat perodua viva tu gagah lagi..pe actually viva tu? mcm tesis ke?
about 2 years ago
maaf menyelit sikit….terkesima tu pendapat sy…..terpegun..tergamam..boleh jd terjekut seketika…
about 2 years ago
kat sini mcm dewan bahasa pustaka lak..haha
viva tu peperiksaan lisan, means bila siap buat tesis kena present dan Q & A session.
about 2 years ago
xpe..sape2 leh menyelit cik azie..open web meh…ntah le,ni bahasa melayu ke? x penah dengau org melayu cakap mcm tu..
about 2 years ago
aku ni,
ko ni lurus dan benar, suka cara ko…! aku ngaji tak tinggi tapi jiha suruh jawab bagi pihaknye.
Viva itu ialah satu majlis untuk mempertahankan hasil penyelidikkan seseorang dlm usaha utk menamatkan pengajiannya sama ada peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana maupun doktor falsafah.
Dlm kes ini, jiha sgt TIDAK teruja dgn pengerusi majlis yg dilantik utk majlis viva tersebut sbb dia seolah-olah suka mendera dgn pelbagai jenis soalan yg susah-susah dan tak boleh nak dijawab sehingga menampakkan ketidakupayaan calon mempertahan hasil kajian mereka.
Sekiranya ini terbukti dan jiha gagal, maka bolehlah dirumuskan jiha telah meniru/ciplak atau tdk buat keje spt yang disuruh. Kerana tidak mendalami displin/tajuk yg diberi sptmana sepatutnya.
Untuk itu jiha telah berdoa kpd Allah swt agar pengerusi itu ditukarkan – kerana di situlah sebaik-baik tempat mengadu. Di saat majlis nak bermula, jiha dpt tau pengerusi viva telahpun bertukar dan dia menjadi TERKESIMA sbb doanya telah dimakbulkan. Lalu mudahlah jiha lulus dan mendpt ijazah sarjana muda dgn kepujian sbb pengerusi viva tdk banyak songeh…!
Lantaran kejayaannya itu jiha tlh dihantar ke sabah untuk mengira berapa banyak lagi pokok balak yg belum ditebang di sana. Dan skrg ini sdg sibuk nak balik ke semananjung dan kalo boleh nak kawen secepat mungkin dgn org…
Sekian adanya ttg viva.., wallahu’alam
about 2 years ago
ohh…
itu macam ka..ada paham skit2 la..almaklum la,akaun xde wat thesis plak..dok bermain ngan nombor je ni sampai terbelit2 urat2 saraf otak den ni..
dh dapat belajau 2 ayat baru ni..terkesima & VIVA..
syukran..
about 2 years ago
haha..bestla cite en van ckulop bagi pihak saya. tapi paragraph yg last tu x betul, ade ke pi sabah..hihi, kira kayu balak lak tu, xde keje ke.untuk makluman saya org trg dan keje kat trg, bukan di sabah ye..hehe. dan satu lagi sebutan utk viva tu adlah ‘vaiva’=periksa lisan, bkn viva=kereta, hehe.
wassalam
about 2 years ago
mohon mahap ler cik jiha ttg perenggan yg akhir itu mmg dah tesalah org. Sebenornya, paragraph itu milik ‘najihanajwa’ BUKAN Jiha…
about 2 years ago
sebutan ke?? kitorang tulis la..mana da sebut..huhu
about 2 years ago
jika dia bukan milik kita pasrahlah dengan kehendak yang ditentukan….Allah adalah yang terbaik dia tahu ape yang terbaik untuk kita….
about 1 year ago
JAWAPANNYA ADALAH DOA DAN TEMAN2 DISEKELILING KITA…. UNTUK MENGHADAPINYA SEORANG DIRI ADALAH HAMPIR MUSTAHIL.RENUNGKANKAH.
about 1 year ago
Kadang kala dalam hati saya tertanya, betulkah ada takdir? Betulkah ada jodoh? Bukan saya tidak mempercaya qada dan qadar tetapi masih lagi dalam pencarian jawapan yang tepat.
Bagi saya orang yang berkata “kalau ada jodoh, adalaa..” seperti sesorang itu malas berusaha. Hanya mengharapkan jodoh datang bergolek. Betulkan wujudnya jodoh? Kalau betul ada jodoh mengapa kita perlu bersusah payah berusaha?Tidurkan lebih baik.
Saya sendiri berpengalaman bercinta dengan seorang wanita, dia selalu berkata “kalau ada jodoh, ada laa..” kata2nya itu seperti tidak ingin berusaha menjadi teman hidup saya.Walaupun pada mulanya dia begitu inginkan saya berkahwin dengannya namun setelah 3 tahun kami bercinta hadir orang ke-3 dalam hubungan kami.Dia terus menolak saya dan berkata hatinya telah tertutup untuk saya setelah penat lelah usaha saya selama 3 tahun.Walau cincin kahwin sudah dalam genggaman namun dia masih berkata hatinya telah tertutup untuk saya dan kalau ada jodoh ada laa.
Apakah maksud jodoh itu? Adakah jodoh itu keputusan dia sendiri?Kalau dia terima saya bermakna kami ada jodoh dan kalau dia tidak terima saya maknanya kami tiada jodoh?Apalah jodoh itu sebenarnya?Jodoh di tangan tuhan atau di tangan dia?Dalam hadis ada menyebut yang Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi mereka sendiri tidak mengubahnya.Jadi adakah perubahan hatinya kehendak sendiri atau kehendak Allah?Saya keliru..
Ada orang kata..kalau ada jodoh dapat la kahwin.Tapi bagaimana pula kalau dah kawin boleh bercerai?Adakah Allah menjadikan jodoh dan kemudian tarik balik jodoh tersebut?Apakah jodoh itu sebenarnya?Betulkah wujudnya jodoh itu?Atau usaha seseorang.Pernah saya tanya kepada kawan saya yang belajar agama tentang jodoh..jawapan dia ialah tiada.Tiada istilah jodoh sebenarnya.Semua nya bergantung pada usaha.Bagi saya orang yang hanya tunggu jodoh hanyalah mereka yang mencari alasan untuk malas berusaha.
about 1 year ago
Jika sidia bukan milikku… Apalah dayaku kerana sememangnya dia milik Allah.. Tuhanku dan Tuhanmu
DOA adalah senjata org mukmin… ‘Takdir boleh diubah dgn DOA’(SETUJU SANGAT). Doa adalah bentuk usaha yang paling hebat kerana semua org boleh mlakukannya. Sama ada yang lumpuh atau yg boleh bergerak bebas (tidak perlu kekuatan fzkl). Doa org sekeliling yg x mampu menolong dgn harta benda pun makbul kerana Allah maha mendengar. Bdoalah bsungguh-sungguh tanpa ragu (jgn m’persoalkan adakah doa anda diterima sdgkan anda bukan org yg baik) yg penting anda IKHLAS berdoa dan tolong jangan doakan kehancuran org lain…Allah suka pada hambanya yg SENTIASA mrendah diri padanya dan merayu-rayu padanya.
Sekiranya dah kahwin.. tetaplah berdoa semoga perkahwinan iu kekal dan berada pada landasan yg tepat. Allah yg maha berkuasa. Berkuasa mbolak-balikkan hati manusia. Janganlah kita angkuh berjalan di bumi ini jika kita lupa berterima kasih pada Allah. Jika kita lupa, lupa lagi berdoa kepada Allah, Allah mungkin memalingkan hati psgnmu dari kamu. (Who knows- kita pun marah kalo org tak mengenang budi kan)Jika ada perpisahan, itu sebab kita. Kita tidak berusaha dan tidak berdoa. Kita lupa KUASA yang Allah ada.
Jodoh mmg ada tapi kita tidak tau dgn siapa… Allah bagi kita bnyak peluang untuk mengenali seseorang sebelum kita mangambil keputusan berumahtangga. Adakah kita bertanya pendapat Allah tatkala membuat keputusan? Jadi tidak hairanlah mungkin pceraian berlaku kerana DULU… kita tidak mengambil keputusan yg tepat, lupa tanya Allah (tidak semua kes begini, ada yg mmg diuji Allah kerana mereka org-org yg mampu memikul beban itu)
DOA ADALAH TERAPI PALING BAIK BAGI MANUSIA SEJAGAT. BERDOALAH, MENGADULAH KEPADA ALLAH, MINTALAH DGN ALLAH DGN RENDAH DIRI KERANA DIA YG MAHA BERKUASA..
Yang baik semuanya datang dari Allah, Yang buruk adalah dari kelemahan kita sendiri..
about 1 year ago
BUKAN USAHA TAPI DOA….
setuju sgt2..
hanya doa yang mampu merubah segala2 nya…
Allah tue kan maha mengetahui..
segala dugaan datang dariNya,kepadaNya gk lah kte mohon iaitu dengan DOA…….
about 12 months ago
yes..setuju sgt dng komen Hanna…Jika si dia bukan milik kita,jgn putus asa dalam berusaha dan berdoa kepada Allah.Tak semua orang mendapat jalan yang senang dalam memilih pasangan.Ada yang sentiasa di uji oleh Allah. Mcm saya juga,bila perhatikan kawan2 yang rapat semuanya tuhan memberi jalan yang senang ke arah pembentukan rumahtangga tetapi kenapa saya berada di Myjodoh? untuk apa? saya juga spt insan lain,pernah kecewa dalam bercnta sehingga samapi satu tahap saya rasa x perlukan lelaki dalam hidup ini..tp saya salah dlm membuat keputusan.kini, Allah bukakan pintu hati sy untuk mengenali “SI DIA” yang belum pasti setelah sekian lama saya menutup pintu hati ini untuk sesiapa pun.semoga d pertemukan dgn ‘SI DIA’ yang selama ini ku cari..aminn!!
about 11 months ago
Doa & tawakkal adalah kekuatan bg orang beriman yg diuji dgn ujian dari Allah, sekiranya kita tiada jodoh di dunia ini so yakinlah dengan janji2 Allah bahawa pasti ada jodoh di akhirat yang kekal abadi. Insyaallah
about 11 months ago
KEBENDAAN DAN HARTA MEROSAKKAN MASYARAKAT…manusia lupa pada ajaran islam… pihak perempuan bukan yang ditanya tentng solat atau akhlaknya..tetapi ditanya pada besarnya kereta…berapa ratus ribu rumah yang dibeli..mkerja mpangkat apa?….kesemua ini merosakkan nilai-nilai suci islam…kalau kahwin semata-mata untuk bermegah-megah tengoklah setahun atau dua tahun berikutnya…dah bercerai berai… kalau kahwin ikut lunas islam kan selamat..sebab duit dan harta hak alllah,bukan hak kite..kita hanya memegang amanah..amanha yangn akan disoal akhirat nanti…
about 11 months ago
setiap urusan akhirnya kembali kepada Allah jua
about 11 months ago
salam kepada saudara blues… jodoh itu antara salah satu yang telah ditentukan oleh Allah.. tentang masalah saudara itu… itu sume asbab saja sebenarnya sumenye telah ditentukan olehnya.. jangan kerana seorang wanita anda hendak menyalahkan jodoh dan takdir… bersabarlah dan berusaha serta berdoalah.. insya allah anda akan bertemu orang yang anda inginkan.
about 11 months ago
patah tumbuh hilang beganti…
heheh….
tp masalahnye klu patah tun=mbuh hilang x berganti….
so banyak2 la berdoa…
about 11 months ago
Wallahi..this is a good article to “muhasabah”ourselves…may Allahswt helps us to be strong mukminin…whoever we r…aaamin
about 11 months ago
tanpa usaha dan doa tak akan ada perubahan dlm kehidpan kita…
cinta kita atau tulang rusuk payah kita nak jmpa…
tp skli dah jmpa,gaduhh mcm mn skli pun ttp akan melekat tak akan putus smpai bila2…
about 10 months ago
entahlah tapi memang diakui doa adalah senjata untuk mendapatkan sesuatu
about 10 months ago
best artikel ni..btul kta kna trima dan pasrah ngan ketentuan ALLAH..insyaalah klau dah jdoh xkan ke mana..jgan trlalu mnghrap yg lbih pnting niat kita..
about 10 months ago
Menarik bila dibaca..tapi kes sya pulak…berkat doa dapat yang lebih teruk dari dulu..mcm mane 2..mungkin silap doa kot..heheheheh
about 8 months ago
doa dengan usaha kena selari…
klu berdoa takde usaha xguna jgk…
Allah xkn merubah hambanya klu hambe nye xberusaha mengubah dirinye sendiri…
usaha saja pn xguna jugak..
mungkin kite dpt ape yg kite nk, tp mgkin xredhai ALLAH..
about 8 months ago
entry ini juga aku tujukan untuk siapa-siapa yang terdetik rasa ingin putus asa dalam diri, dalam mengejar segala macam matlamat dunia yang bersifat fana.
juga untuk siapa-siapa yang terasa letih dalam mengejar syurga…
wahai budak, sesungguhnya aku ingin mengajarkanmu beberapa kalimah:
peliharalah Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu.
peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu.
apabila kamu meminta sesuatu,maka mintalah dari Allah. apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan dari Allah.
ketahuilah! sesungguhnya manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sesekali tidak akan dapat memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.
dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu mudarat keatasmu, mereka tidak dapat mendatangkannya kecuali dgn sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah keatas dirimu.
TELAH DIANGKAT QALAM DAN TELAH KERINGLAH LEMBARAN..
[riwayat tirmizi,hadith sahih,hadith 19]
ini janji allah, segalanya telah ditetapkan tapi kenapa aku masih gusar untuk melangkah dalam hidup?
’sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. apabila ditimpa kesusahan dia sangat gelisah’ al-ma’arij:19-20
kenapa tatkala ditimpa ujian aku mesti bersedih hati sedangkan setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi, tak mampu dicapai oleh akal manusia hina? sedangkan allah serba tahu akan hal ehwal hambaNya.
‘katakanlah: semuanya(datang) dari sisi Allah. [an-nisaa:78]
‘bahawa kesabaran bermula dari saat pertama ditimpa musibah’ [mutafaqun 'alaih]
mengapa tatkala aku masih mampu berusaha dan bertawakal, aku terasa seperti tidak mampu menghayun langkah meneruskan kehidupan sedangkan apa yang Allah lihat adalah usaha, bukannya natijah?
‘dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah melihat pekerjaan kamu itu’ [at-taubah:105]
ayu, mengapa mesti kau mengharap selain kepada Allah, sedangkan Dia adalah sebaik-baik penolong?
Dia Tuhan yang sangat hampir,
‘dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku dekat.’ [al baqarah:186]
mampu menyahut dan menjawab setiap rintihan dan rontaan jiwamu,
‘berdoalah kepadaKu nescaya Aku memperkenankan doamu’ [ghaafir:60]
Tuhan yang tidak jemu memberi,
‘pohonlah kepada Allah supaya diberikan kurniaNya kerana sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta’
[riwayat Imam Tirmizi]
dan Tuhan yang takkan sesekali tewas.
‘jika Allah menolong kamu, maka tidak ada sesiapapun yang dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan) maka siapakh gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu? [al imraan:170]
pohonlah dari Allah, Tuhan yang Maha Baik dan Penyayang.
jika kau meletakkan harapan padaNya, menyatakan kecemasan dan mengharapkan kebergantungan kepadaNya, maka sesungguhnya Allah amat suka sedemikian.
tapi jika kau pilih anak Adam juga untuk diminta sesuatu hajat, impian dan pertolongan, maka itulah selemah-lemah tempat bergantung.
mintalah pada Allah yang tidak pernah menutup pintu pemberian. Allah murka jika kamu tidak meminta dariNya, sedangkan anak Adam, marah apabila kau meminta-minta daripada mereka.
tak ingatkah kau dulu, tatkala kau berharap pada manusia, betapa teruknya telah kau dikecewakan?
lupakah kau satu masa dahulu, kau pernah meletakkan harapan pada manusia, dan akhirnya betapa takut dan cemasnya manusia itu dengan harapan yang kau letakkan pada pundaknya?
about 6 months ago
terdakang aku sbg manusia aku audah menyerah untuk memiliki&dimiliki…
kdg kala hati aku terdetik mengatakan aku tidak layak untuk memiliki jodoh.
Insan lain yang mgkn sebaya dgnku atau lbh kurang umurnya mkgn sudah dimiliki dan mengecapi kebahagiaan yang dicari semua manusia.
Namun aku pula terus-manerus rasa takut untuk menghadapi kenyataan untuk berhadapan dengan soal jodoh.
Sehingga kini aku masih mencari pasanagn untuk merasai kebahagiaan itu,namun mengapa tidak bertemu cinta itu?
Apakah sebenarnya ada garis panduan yang wajib ku turuti jika kita inginkan diri ini dimiliki?
atu seperti yang ku katakan di awal mukadimah ayat ku tadi,adakah aku tidak layak untuk dimiliki atau memiliki?
about 6 months ago
AKU CAYA DENGAN TEKUN BERUSAHA SERTA MENDOA KITA AKN BERJAYA TETAPI SEBAGAI MANUSIA KERDIL KADANG KALA KITA LUPA DARATAN BILA DAH BERJAYA.
about 6 months ago
asalamualaikum, hanya ketenangan akan membuka seribu jalan dari itu serahkan diri kepadaNya. InsyaAllah
about 6 months ago
terima kasih balqis….aku sgt menghargainya..sesungguhnya aku mencari lelaki yg telah ditentukan utk ku….tanpa rasa jemu dan tanpa rs ragu pd Allah…aku yakin dgn jodohku…dia ada utkku cuma aku perlu bersabar utk bersama dngnnya…Ya Allah satukan lah aku dengan jodohku….amin ya rabbal alamin….
about 6 months ago
sya tlah jtuh cinta dgn someone yg bakal jd suami owg xlma lg…sya mla skakn dia dr taun lpas dr sblum sya tawu yg dia da ada gf…sya x prnah minx pasaan ni hadir..coz sya asa sgt trseksa bertpuk sblah tgn…sya skrg hnya mmpu brdoa agr sya redha dgn ktntuan ALLAH yg dia bkn ntok sya..
about 6 months ago
about 3 months ago
Assalamualaikum’ wat semua. Alhamdulillah dmasa ni aku merasakan seperti kurangnya insan2 seperti kalian yg masih bersyukur di ats ketetapan
about 3 months ago
Assalamualaikum’ wat semua. Alhamdulillah dmasa ni aku merasakan seperti kurangnya insan2 seperti kalian yg masih bersyukur di ats ketetapan Allah dn percaya kpada qada&qadarnya., tp aku sungguh bersyukur sbbnya dsini aku lihat masih rmai lg insan2 yang bersyukur. Percayalah pde janji Allah.. dan sesungguhnya jika bkn dsini ditunaikan oleh NYA Insyaallah disana pasti kte mendapat imbuhanNYA. bersabarlah dn berdoalh didlm menghadapi sgala ujianNYA. sesungguhnya sbr dan doa adalah senjata utama kte semua bg setiap muslim dan muslimat.
about 3 months ago
Kat myJodoh bnyk lg Amy.. usahalah sikit untuk cari pengganti.. Suami orang biarlah, jgn dilayan sgt.. nnt makan diri..
about 3 months ago
percaya, yakin, berdoa dan berserah kepada ALLAH jadikan pegangan, kesabaran separuh drpd iman… mudah-mudahan ALLAH memberi kite yg terbaik utk dunia dan akhirat…cuma cepat atau lambat,semuanya berlaku atas kehendak dn izin Allah…kerana ALLAH itu maha bijaksana. maha pemurah lagi maha mengasihani… kasih Allah melebihi kemurkaannya…
about 2 months ago
saya rdha dgn ktntn Allah setelah kita usaha dengan solat dan doa pepun yang terjadi…terima dgn rdha ..ada hikmahnye,