.. mencari si dia yang soleh ..
Archive for February, 2007
Guna IP Lebih Stabil
Feb 28th
Assalamu’alaikum,
Sekiranya anda hanya nampak laman ini tanpa menu seperti login, lupa kata laluan dan sebagainya. Sila klik sini untuk mengakses myJodoh dengan menggunakan IP. http://210.48.145.73/~myjodoh/
Harap maaf atas segala kesulitan.
Sekian, terima kasih.
myJodoh is Running
Feb 27th
Assalamu’alaikum,
Anda mungkin di antara mereka yang boleh melayari myJodoh. Atau anda mengakses laman ini melalui www.azrulalwi.com/myjodoh. Masih terdapat ramai lagi daripada mereka yang melihat laman "domain expired" apabila ke www.myjodoh.net Ada pula berjaya "nampak" myJodoh untuk seketika sahaja. Selepas itu kembali ke "domain expired".
Untuk keterangan (teknikal) mengapa kita mengalami keadaan demikian, sila rujuk sini
Aplikasi PHP myJodoh masih belum dibuka semuanya lagi, namun fungsi-fungsi asas seperti bbs, carian, penghataran pesanan telah diuji dan berjalan dengan baik. Fungsi-fungsi yang melibatkan sendmail atau penghataran emel automatik seperti pendaftaran, penghantaran kod pengesahan, terlupa kata laluan dan sebagainya belum saya benarkan. (Takut nanti entah ke mana emel yang dihantar)
Sila maklumkan kepada saya sekiranya terdapat "bug" atau sebarang kerosakkan.
Harap maaf atas segala kesulitan.
Sekian, terima kasih.
Lagi 17 Jam
Feb 26th
Assalamu’alaikum,
Seperti anda juga saya sendiri tidak sabar untuk merasai kelajuan server baru ini. Tengah hari tadi saya cuba aktifkan semula laman myJodoh, ia beroperasi. Namun, apabila saya refresh untuk kali kedua, ia bertukar kembali kepada "domain expired".
Menunjukkan proses propagate masih belum tamat.
Sekiranya anda cuba ping www.myjodoh.net melalui talian streamyx, kadang-kadang ia menunjukkan IP lama, kadang-kadang ia menunjukkan IP baru.
Jadi kita tunggu sampai malam ni! Harap bersabar.
Harap maaf atas segala kesulitan.
Sekian, terima kasih.
Dah Pindah
Feb 25th
Assalamu’alaikum,
Perpindahan domain myJodoh.net ke server baru telah dilakukan. myJodoh.net sedang mengalami proses
propagate
(proses rangkaian internet mula mengenali myjodoh.net telah berpindah tempat) yang mungkin mengambil masa 24 hingga 72 jam.
Sekiranya anda dapat membaca laman ini melalui myjodoh.net, bermakna proses tersebut telah selesai di rangkaian pembekal internet anda.
Harap maaf atas segala kesulitan.
Sekian, terima kasih.
Jangan Panik
Feb 22nd
Assalamu’alaikum,
Ramai bertanya kenapa domain myJodoh tiba-tiba
expired. Emel penuh dan telefon bimbit saya tidak henti
berbunyi. Macam-macam yang saya dengar, ada yang berkata "Azrul
lari kot" dan "Eh ! myJodoh ni illegal ker ?"
Sebenar saya bercadang untuk memindahkan hosting
myJodoh yang sedia ada ke Linux dedicated server yang dipercayai
akan menjadikan myJodoh lebih "laju". Lalu saya menunggu
peluang untuk tempoh pendaftaran domain yang sedia ada
tamat sebelum melakukan pemindahan.
Malangnya pada tarikh berkenaan, mereka yang sepatutnya
bertugas masih belum pulang, mungkin menambah cuti, masih menyambut
perayaan Tahun Baru Cina. Semua kerja-kerja pemindahan telah tergendala.
Lalu laman "domain is expired" terpapar untuk seketika.
(Padahal sekali klik sahaja dah boleh pindah
domain, masalahnya orang yang berkuasa untuk klik tu belum ada di
pejabatnya dan tidak dapat dihubungi)
Pemindahan data dari sebuah server Windows
ke Linux bukan suatu perkara mudah. Semua ini adalah untuk
memastikan agar laman web myJodoh dapat beroperasi dengan lancar.
Saya sering menerima aduan tentang kelembapan laman web myJodoh
pada waktu siang dan kiriman emel kepada bantuan@myjodoh.net yang
tidak sampai. Semua ini menyusahkan semua pihak termasuk diri saya
sendiri.
Harap maaf atas segala kesulitan !
Semua akses pengguna berbayar akan diganti. Untuk sementara waktu
mungkin anda boleh berkunjung ke www.jelita2u.com.
Laman web ini kebetulan baru dilancarkan.
Sekiranya anda boleh membaca notis ini di www.myjodoh.net,
bermakna domain myJodoh telah pun dipindahkan ke server
baru. myJodoh versi PHP sedang diuji dan akan dilancarkan tidak
lama lagi, pada bila-bila masa.(selewat-lewatnya hari Isnin, 26
Feb 2007). Anda akan dimaklumkan melalui emel !
Sekian, terima kasih.
